Wednesday, December 31, 2008

IELTS

"Kak, ini kawan saya pulangkan buku IELTS akak."
"Ok."

"Kawan engkau dapat berapa?"
"Dapat band 8."

"Wah, hebatnya..."
"Dia kata, dia duduk selang 2 meja dari speaker."
"Dia pun mesti dahsyat BI dia."
"Boleh tahan la."

Apa yang aku kagum bukan kerana dia dapat band 8. Tapi aku rasa seronok kerana dapat meminjamkan buku itu kepada sesiapa yang memerlukan. Setakat ini sudah 3 orang meminjam buku IELTS aku yang aku miliki sejak tahun 2004. Ilmu yang ada seharusnya dikongsi bersama.



Tuesday, December 30, 2008

PMR

"Hariz, ko dapat berapa PMR?"
"Ko kena belanja aku dulu."

Bunyi macam dapat A dalam semua mata pelajaran.

"Along tak janji pun nak bagi hadiah sebelum ni."
"Alah, 7A je"
"2B apa?"
"Bukan 2B, 2C"
"C itu BI dgn apa?"
"BI dan BA."

Aku dah agak dah. BI mesti salah satu yang C tu.

Sunday, December 28, 2008

Jalan-jalan

Hujung tahun, orang sibuk jalan shopping ada SALE sana sini. Aku sebenarnya jarang ambil tahu pasal SALE. Tapi semalam, aku sekeluarga jalan-jalan kat Jusco cari baju Qaisarah. Baju bayi dan kanak-kanak memang cantik-cantik terutamanya baju untuk bayi perempuan. Seingat aku, kalau pergi membeli-belah, aku mesti nak belikan Qaisarah baju. Kalau tak sepasang baju pun, aku akan belikan untuknya sepasang stokin. Anak perempuan memang banyak baju untuk melaram. Stokin untuk Qaisarah dihiasi dengan yang reben yang cantik-cantik. Baju Qaisarah pun banyak warna merah jambu.

Baju untuk suami, nasib ada saiz. Yang seronoknya, suami aku tertinggal dompet di rumah. Al-maklumlah sebelum pergi aku ada kata, belilah baju banyak-banyak. Asyik baju yang sama saja untuk kerja. Nanti aku belanjalah sepasang sebab gaji dia belum masuk lagi. Aku pula ada bonus akhir tahun. Niat di hati memang nak belanja suami sehelai baju. Dompet tertinggal di rumah bukannya sengaja. Jadi akulah yang belanja semua. Nasib baik polis tak tahan di tengah jalan tengok lesen memandu. Minta ampun tuan polis semua, tak disengajakan.


Wednesday, December 24, 2008

Cabaran

Esok cuti umum sempena Christmas. Aku tiada apa rancangan yang menarik. Mungkin sekadar merehatkan diri di rumah bersama Qaisarah dan suami tersayang. Pada aku masa cuti sekali-kali aku hendak meluangkan masa bersama mereka. Tugasan aku sebagai seorang pelajar, pekerja dan juga seorang ibu memang amat mencabar sekali. Ditambah tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suami. Kadang-kadang aku terfikir, memang sukar untuk memberi kesempurnaan dalam memikul semua tanggungjawab ini. Seawal 5.30 pg terpaksa bangun menyiapkan segalanya dan pulang ke rumah hampir 8.30 mlm setiap hari. Itulah rutin kehidupan aku sejak bergelar isteri dan ibu.

Sunday, December 21, 2008

Manjakan diri

Sekian lama, aku menghitung hari untuk memanjakan diri di butik-butik kecantikan. Akhirnya, pagi tadi aku telah ke sebuah SPA untuk membuat facial dan mengurut diri yg lenguh-lenguh. Bukan ke SPAQ yang aku sendiri tak pernah tengok satu pun episod cerita ini. Walaupun bukan urutan tradisional atau lepas bersalin (aku tak mengurut satu badan secara eksklusif masa berpantang), tapi kelegaan memang sedikit terasa. Lepas mengurut dengan minyak aromaterapi, suami berkata yang kelembutan wangian aroma terapi membuatkan dia terasa teruja untuk menghantar aku ke sessi mengurut lagi. Suami menawar diri untuk menghantar dan mengambil....Tapi...bajet sendiri lah.

Yang membuat aku bangga diri (Ya Allah! ampunkanlah dosa-dosa riakku), tukang facial dan mengurut kata rupa paras aku kelihatan lebih muda dari usia. Mudah-mudahan Allah panjangkan usiaku dan Alhamdulillah dikurniakan wajah yang sentiasa kelihatan muda dan ceria. Heeeeeeeeheeee.



Saturday, December 20, 2008

Kenduri Kahwin

Kalau ikutkan hati, malas nak pergi jemputan kenduri kahwin X. Almaklumlah cuma anak kepada sepupu mak. Aku kenal dgn mak cik Bedah ni. Tapi, maaf... anak mak cik Bedah mungkin kenal dari jauh. Tapi, aku terima SMS dari mak cik aku yang bongsu... "Along, pergi tak kenduri kawin anak mak cik Bedah besok? Mak pesan suruh pergi ramai-ramai. Masa Along kawin dulu dia ada datang." Aku balas "Ok." dalam hati, Ini pernyataan perangkap untuk aku pergi ke kenduri kawin anak mak cik Bedah ni. Untuk fakta: Mak mak cik Bedah ni adalah kakak kepada Atuk aku. Atuk adalah anak bongsu.

Balik dari kenduri, ada berkat (Makanan yang dibawa balik lepas hadir kenduri, budaya orang Jawa). Rezeki... malam aku tak masak lah.

Friday, December 19, 2008

Tidur

Suami mengeluh kata tak cukup tidur sebab jaga anak tengah malam. Aku tersenyum. Dalam hati berkata... Si isteri ini, selalu terjaga malam dek nak menyusukan anak dan tak lena tidur memikirkan perjuangan yang belum selesai.

Lantas suami berkata...hari ini nak ambik EL lah. Lagipun cuti tahunan ada sehari setgh lagi. Sukahati lah. Tapi yang paling kelakar, sanggup jadi driver aku hari ini. Alhamdulillah. Mudah-mudahan murah rezeki suami. Anak tetap disuruh hantar ke rumah penjaga yang sentiasa menanti. Itulah karenah lelaki. Kalau isteri bercuti, anak tak disuruh pula dihantar ke nurseri.

Tuesday, December 16, 2008

Satu perjuangan

Hari ini adik aku viva untuk master dia. Tengahari aku sempat sms dia bertanya tentang viva dia. Aku sangatlah teruja untuk mengetahui tentang viva master dia. Entah...kadang-kadang berdebar juga dengan diri aku yang sedang sibuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan PhD. Siapa yang satu perjuangan dengan aku, pasti tahu macamana debarannya.

"Ok, minor correction". Wah! Syoknya minor. Alhamdulillah. Tapi memanglah projek adik aku ni, aku tengok pening juga. Selalu dia complain kata sel selalu contaminated. Memang sungguh mencabar dalam membuat master atau PhD. Dalam hati aku berkata, aku mesti teruskan jua perjuangan yang belum selesai ini.


Monday, December 8, 2008

Eidul adha

Seawal pagi, aku menggosok baju untuk suamiku menunaikan solai Eidul Adha. Semua adik beradikku berada di kampung nenek untuk beraya di sana. Aku dan keluarga berada di sini, merehatkan diri dalam hujan sepanjang hari. Tengahari hanya masak ikan tenggiri. Tiada rendang, ketupat mahukan resipi istimewa untuk hari ini.

Kuala Lumpur dikejutkan dengan sebuah tragedi. Insiden tanah runtuh menimpa banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Pagi tadi, abah menghantar mesej mengatakan dia berdua sudah berada di Mudzalifah. Suasana di sana juga sejuk. Semalam mereka berada di Padang Arafah. Ibadah haji, hampir selesai.




Tuesday, December 2, 2008

Lambaian Kaabah


Petang semalam, ibubapa ku berangkat ke mekah untuk menunaikan haji. Ini merupakan kali ketiga bagi ayah dan kali kedua mak ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Bagi ayah, pengalaman kali ketiga mungkin membuatkan hatinya lebih teruja. Kali pertama ke tanah suci ketika ayah sedang belajar di negara orang. Kali ini ibubapa ku pergi ke sana berdua saja. Sebelum ini, mereka pergi berempat mengiringi ibu masing-masing.

Selepas asar, kami bertolak ke kompleks tabung haji di Kelana Jaya. Hati sayu terasa ketika ayah membaca doa untuk selamat pergi dan selamat kembali. Apa yang membuat hati bertambah sayu, ketika ayah dan emak sudah bersiap-siap memakai pakaian ihram. Siap mandi sunat ihram sekali sebelum berangkat ke tanah suci. Sebelum ini, aku pernah menghantar mereka, atuk dan juga nenek. Tapi aku dapat rasakan perasaan yang berbeza. Ini kerana, penerbangan mereka berdua merupakan penerbangan terakhir jemaah haji ke Mekah pada musim ini. Ahli jemaah semua terus masuk ke Jeddah.

Selepas maghrib, kami tiba di kompleks Kelana Jaya setelah singgah solat maghrib di Masjid Puchong. Kami makan dan berbual-bual sehingga waktu pendaftaran jemaah bermula. Kaunter pendaftaran dibuka 9.30 mlm. Semua jemaah haji telah bersiap dengan pakaian ihram. Terasa terpanggil di hati ini ingin menyambut lambaian kaabah. Bila tabung haji membuka video jemaah di hadapan kaabah, terasa kebesaran Ilahi....dengan suara jemaah bertakbir dan bertahmid... Lambaikkallah humma labbaik....labbaikka la syarikalakalabbaik..... Lebih kurang 10mlm, ibubapa masuk mendaftar ke dalam. Mudah2an mereka mendoakan yang terbaik untuk anak-anak yang berada di sini dan mendapat haji yang mabrur.... ameen.




Sunday, November 30, 2008

Kempunan nasi minyak

Sepatutnya hari ini aku pergi ke majlis perkahwinan Sima. Tapi orang yang pasang kabinet kat rumah aku siapkan hari ini. Semalam aku suruh datang pukul 10pg. Mereka semua datang pukul 1ptg. Aku sudah jangka akan berlarutan sampai hari ini. Geram rasanya. Nasib baik semua siap hari ini.

Sima, mintak ampun banyak-banyak. Insha-allah kalau ada kelapangan, akak pergi ke majlis resepsi pihak lelaki.



Thursday, November 27, 2008

Our Third Anniversary

Today is our third anniversary. Alhamdulillah... after three years married, we learn about understanding, caring, loving so much to each other. Our new daughter, Qaisarah give us lauhgter and happiness to our family.


Monday, November 24, 2008

Berpinar

Mata aku berpinar-pinar.

Macam-macam faktor.
1) Tengok komputer tak tentu masa untuk analisis data.
2) Mungkin tidur pun tak tentu masa dan tak cukup masa.
3) Mungkin juga mata yang keletihan

Tuesday, November 11, 2008

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah, ku panjatkan kesyukuran yang tidak terhingga kepada Ilahi kerana masih dipanjangkan usia di bumi yang fana ini.

1) Semalam petang aku menerima sekeping kad ucapan hari jadi yg comel dari seorang sahabat karibku, KHK. Kad yang comel dan cute sekali. "A great friend is like a good Bra". Sweet kata-kata yang tepampang di muka depan kad.

2) Hari ini, ada menerima hampir 10 SMS ucapan selamat hari lahir.

3) Sebelum hari lahir aku tiba, suami aku telah menghadiahkan aku sebiji HP. Almaklumlah HP aku tu versi lama yang bateri dia kena selalu dicaj. Alasan suami bagi awal, "takut terguna duit bajet untuk beli HP, siap suruh aku pilih lagi"...heeeeeehhheee.

4) Tahun ini tiada kek untuk hari jadi. Tahun lepas sampai 2 biji kek hari jadi. Nasib tak jadi tiga biji kek.

5) Yang menarik tentang birthday aku:
a) Seorang kawan yang berkongsi tarikh lahir dengan aku, mempunyai anak yang berkongsi tarikh lahir dan tahun yang sama dengan anak aku.



















b) Dalam keluarga aku ada dua orang yang mempunyai tarikh lahir yang sama. Seorang makcik dan seorang sepupu.

6) Harapan aku tahun ini, semoga aku cepat habis PhD dan sentiasa dimurahkan rezeki, dipanjangkan usia dan dikurniakan kesihatan yang baik. AMEEN.

Saturday, November 1, 2008

Tersilap jantina

Pagi tadi aku terima mesej ringkas dari Miss H.

"Huda, kau tahu tak anak Mrs Z lelaki bukan perempuan"?

Aku tergelak. Sebab aku dah kirim sehelai baju gaun perempuan untuk budak berumur setahun setengah ke Mrs Z. Aku terus menelefon Mrs Z.

"Takpela. Ko simpan baju tu untuk anak ko yang perempuan nanti"

Rupa-rupanya anak Mrs Z yang pertama yang perempuan. Anak Mrs Z yang pertama telah kembali ke Rahmatullah semasa dilahirkan. Allah lebih sayangkan anak perempuan sulungnya.



Friday, October 31, 2008

Bawa Qaisarah

Hari ini semua pelajar bawah penyelia aku ada perjumpaan mingguan. Sepatutnya perjumpaan bermula pukul 5.00ptg. Jadi aku bawa Qaisarah ke UPM dengan harapan dapat masuk ke perjumpaan dengan penyelia, sebab mak aku kena teman adik aku buat medical check-up kat hospital.

Pukul 12 tghari, aku buka e-mail. Tiba-tiba ada perubahan masa dalam perjumpaan mingguan hari ini. Daripada pukul 5 ke 3.30 ptg. Aku jadi buntu. Aku telefon penyelia. Dia kata bawa saja Qaisarah. Jadi aku nekad terus bawa Qaisarah ke bilik mesyuarat. Masa tu aku orang pertama sampai. Semua pelajar dah masuk. Meeting belum bermula. Pukul 3.45ptg, mak aku sampai dari hospital. Jadi, dia ambil Qaisarah. Kalau tak kalut juga aku.



Wednesday, October 29, 2008

Rezeki

Hari ini macam-macam makanan aku orang bagi aku. Ada kerepek ubi yang diimpot dari Indonesia. Ada beg kertas berisi air kotak, biskut dan gula-gula yang diimpot dari Terengganu. Ada sotong kering sira gula yang diimpot dari Pahang. Semoga yang memberi dimurahkan rezeki yang berpanjangan. Ameen


Friday, October 24, 2008

Detik mencemaskan

Semalam, lebih kurang 5.15 ptg, aku bersiap-siap untuk pulang ke rumah dari makmal. Tiba-tiba aku terdengar seperti bunyi autoclave mengeluarkan asap. Lantas aku pun bertanya kepada rakan di makmal aku.

Aku: Engkau tengah guna autoclve ke?
Mr Y: A'ah. Baru pasang.
Aku: Apasal bunyi macam autoclave bocor je. macam dulu. Rosak lagi ke?

Lantas Mr Y pun pergi ke arah autoclave dan memeriksa keadaannya. Alamak, getah dia terkeluar lah. Tiba-tiba........

kedengaran dan kelihatan bunyi asap dilepaskan. Aku yang ketika itu berada dihadapan di meja aku, terus terpaku. Dalam hati, "apasal Mr Y ni tak pergi jauh dari autoclave ni? Aku terus membayangkan sekiranya tekanan dalam autoclave tu menurun dengan mendadak, pasti akan autoclave akan terbuka dan barang di dalam akn melambung ke syiling.

Aku: Ko dah tutup suis?
Mr Y: Dah.
Aku: Apasal jd macam tu? Tekanan dah turun belum?
Mr Y: Semua dah.

Aku terus ke melihat jarum suhu dan tekanan pada autoclave. Tekanan sudah menurun ke sifar. Suhu masih 98oC. Bila Mr Y buka autoclave tu, kami melihat getah yang baru diperbaiki, tersasar dari landasan. Syukur tiada apa yang tidak diingini berlaku. Kelihatan seluruh badan Mr Y menggeletar.


Thursday, October 23, 2008

Dilema

Aku tengah berfikir bila hendak beli handphone baru..... Jenama apa? Fungsi yang macamana? Handphone Nokia 3310 aku, telah berusia hampir 7 tahun. Masih elok, tapi kadang2 tidak mampu menampung kuasa bateri. Tukar bateri baru pun, kadang-kadang hanya dapat bertahan sehari sahaja.

Laptop baru sudah dibeli. Handphone baru entah bila??? Buku telefon dalam handphone Nokia aku pun tidak mencukupi untuk menyimpan nombor-nombor penting. Aku terpaksa menyimpan secara manual dalam buku berasing bagi nombor-nombor yang jarang dihubungi.



Wednesday, October 22, 2008

Harga melampau

Tengahari tadi, makan lunch dengan seorang member. Dia telah mengajak aku ke sebuah tempat di BBB. Kami hanya makan ikan siakap tiga rasa, kailan ikan masin dan tomyam campur. Alangkah terkejutnya kami bila keseluruhan harga RM55.30. Hanya makan berdua. Dalam jangkaan kami, harga keseluruhan mungkin dalam RM25-RM35. Mungkin selepas ini, kami tidak akan menjengah ke situ lagi.

Monday, October 20, 2008

Blog kegemaran

Dalam banyak blog yang saya baca, ada beberapa blog yang memang saya suka membaca. Antaranya blog Che Det

Kenapa saya suka blog Che Det?

1) Cara penulisannya ringkas, kemas, mudah dibaca dan mudah difahami.
2) Hanya isi-isi penting yang diketengahkan dan tidak meleret-leret.
3) Bahasa yang gaya penulisan yang mantap.

Saya pernah pergi ke satu majlis Sepetang Bersama PM pada tahun 2002 di Stadium Bukit Jalil. Saya amat kagum dengan Che Det berucap. Dari situ saya dapat melihat Che Det dengan lebih dekat.



Wednesday, October 15, 2008

Lagi pasal amazing race

Aku sudah tertinggal 3/ 4 episod umtuk menonton amazing race. Hari ini, aku berpeluang untuk melayari website amazing race season 3. Nasib baik kedua-dua pasukan Malaysia masih bertahan.


Qaisarah looks like ....






































MyHeritage: Family trees - Genealogy - Celebrities - Collage - Morph


Sejak ptg semalam aku teruja buat benda ini nak tengok muka Qaisarah iras siapa. Kalau sebelum ini, mmg malas nak buat. Dari pemerhatian aku, sekiranya gambar yang di'upload' berbeza, mmg muka Qaisarah ni ada beza. Yang penting dia mmg anak kami berdua.


Tuesday, October 14, 2008

Minyak turun lagi

Ayah aku kata...bagus minyak turun lagi, nanti semua harga barang akan turun. tapi satu je jangan turun. JANGAN TURUN GAJI.

Aku kata... tak kan gaji boleh turun.

Ayah aku kata... Eh! Mana tahu elaun kakitangan Gred A akan turun.

Dalam hati aku... Elaun Menteri2 semua dah turun. Harap2 elaun kakitangan Gred A janganlah turun.

Sunday, October 12, 2008

Mee rebus udang

Tengahari td, makcik aku dtg berhari raya di rumah. Aku menghidangkan mereka dgn makanan mee rebus udang. Pertama kali aku mencuba dgn pes yang aku beli sebelum raya, rasanya amat menyelerakan. Semuanya terkesima dgn makanan yang aku hidangkan.

Sehari berhari raya

Semalam kami pergi beraya. Beraya di rumah terbuka cuma sebuah rumah. Yang lain cuma ziarah untuk berhari raya. Dari 10 pg sehingga10 mlm. Hari ini tiada rendang atau makanan tradisi raya yang dijamah. Kalau tidak, berat juga rasa perut ini.

Rumah pertama ini merupakan rumah yang membuat rumah terbuka. Makanan yang disediakan merupakan makanan ala Itali dan Arab. Ada spagetti dan kebab.

Rumah kedua hanya menjamah kuih raya. Lawatan berhari raya ke rumah yang kedua lebih kepada melawat bayi yang baru dilahirkan. Memang comel bila melihat bayi yang baru lahir. Teringat sejenak ketika melahirkan Qaisarah.

Rumah ketiga beraya ke rumah mak saudara. Mereka menjamu kami dengan mee goreng.

Rumah keempat merupakan rumah kawan satu kelas dulu dan lebih kepada urusan jual-beli. Bukanlah buat bisnes. Cuma mengambil barang yang kami telah tempah.

Rumah terakhir pula merupakan rumah penjaga aku semasa kecil. Makcik yang menjaga aku ini telah menjamu kami dgn hidangan KFC. wah! Raya2 pun dapat makan KFC.



Sunday, October 5, 2008

1 Syawal 1429=1 Oktober 2008



Tahun ini, di pagi syawal aku berhari raya di rumah mentua. Entah pada aku sama saja 1 syawal berada di rumah mana2, samada di rumah mentua atau ayahbonda sendiri. Yang penting syawal tetap disambut dengan sederhana. Lagipun, suasananya hampir sama sahaja. Makanan pun begitu juga. Mentua aku orang berdagang begitu juga dengan ayahbonda sendiri. Berdagang ke negeri orang mencari rezeki. Tahun ini dengan kelahiran puteri sulung kesayangan "Nur Qaisarah" membuatkan syawal begitu bermakna.

Dalam pukul 4ptg, 1 syawal...aku sekeluarga meluangkan masa mengambil gambar studio. Masa ni dekat gambar, Qaisarah tengah nangis kepanasan.

Malam 2 syawal, kami ke rumah buyut (istilah Jawa bagi moyang) Qaisarah, merangkap atuk nenek aku.

Yang aku tak tahan nak gelak bila bawa balik Qaisarah ke rumah buyut:

1) Belum aku turun kereta, berderet2 sepupu sepapat aku mengintai kat cermin kereta sebab nak sambut Qaisarah. Padahal sepupu2 aku ada yang dah tgk sebelum tu. Umur semua dalam lingkungan 4-7 thn.
2) Masa aku nak tidurkan Qaisarah, pasang kipas kecik, semua sepupu yang kecik2 ni berkerumun kat keliling Qaisarah. Macam ada tontonan filem.
3) Masa aku letak je Qaisarah kat bouncer, ada je sepupu kecik2 ni nak tolong buaikan. Part ni aku seronok je... relaks je aku.
4) Atuk aku kata, tak dengar suara langsung. Masa tengahari mandikan dgn air sejuk baru menjerit. Masa tu baru buyut Qaisarah kata..."Baru dengar suara nangis". Qaisarah ni mmg jarang nangis. Masa ngantuk dan nak susu je. Itu pun kejap je. Semoga bila besar tak banyak nangis.

Tahun ini pun aku tak banyak ambil gambar raya. Ini kerana:

1) Bateri kamera aku sudah tidak dapat menampung cas2 elektrik. Baru guna beberapa jam...bateri dah exhausted. Kena beli bateri yang baru lepas ni.
2) Beraya mmg tak jalan mana pun, banyak duduk rumah.
3) Mood untuk memegang kamera tiada. Mungkin sebab malas hendak bawa ke sana sini kamera tu. Simpan dalam beg rasa lebih selamat.


Sunday, September 21, 2008

KFC

Hari ini berbuka puasa dengan KFC. Entah kenapa suamiku mengidam sgt nak makan KFC. Kalau aku, mcm tiada perasaan nak makan apa2. Lauk ikan pari bakar dan bubur lambuk yang dibeli semalam masih belum terusik dalam peti ais.

Bila ada anak buat kerja semua cepat. Kadang2 rasa mcm jadi robot pulak. Nasib baik dapat suami yang sangat suka menjaga dan menidurkan baby Qaisarah. Mudah2an berpanjangan sehingga ke anak yang seterusnya.

Pagi td, tgk amazing race. Memang aku sebenarnya terlupa tentang rancangan kegemaran aku ini. Rupa2nya rancangan ini sudah dipanjangkan sehingga sejam setengah. Nasib baik dapat menonton rancangan ulangannya walaupun sudah terlepas 10 min terawal.



Thursday, September 18, 2008

Autoclave

Setelah sekian lama autoclave dalam makmal aku rosak, baru hari ini, autoclave diperbaiki. Seingat aku mungkin dah hampir 6 bulan. Kalau tak memang jenguh tumpang autoclave kat makmal orang.



Wednesday, September 17, 2008

Cuti Nuzul Quran

Seawal pagi, aku bangun menyiapkan juadah untuk bersahur. Hari ini, cuti umum nuzul Quran. Semalam seorang pelajar Sudan yang satu makmal dengan aku kata, sebenarnya 17 Ramadan ini yang pasti adalah terjadinya Perang Badar. Bukannya Nuzul Quran. Dalam al-quran Allah berfirman Al-quran itu diturunkan pada malam lailatul qadar. Dan sebenarnya kita tidak pasti bila lailatul qadar itu.

Selepas solat subuh, lelapkan mata seketika. Suamiku bekerja hari ini. Jadi aku dgn Qaisarah saja berdua di rumah. Sejurus selepas suamiku keluar menuju ke pejabat, aku terus buka komputer. Biasanya Qaisarah akan tidur lama di waktu pagi. Kadang2 pukul 1.00 pm baru terjaga. Jadi aku pun mengambil peluang ini menyiapkan kerja2 yang patut diselesaikan.


Monday, September 15, 2008

Kad raya

Pagi tadi suami aku bertanya... bila nak buat dan pos kad raya? Isk, suamiku ni. Sungguh prihatin dgn kad raya pula.

Sunday, September 14, 2008

Macam amazing race......

Tahun ini kami suami isteri bercadang untuk membeli baju raya siap. Bukan apa, aku sibuk dengan pelbagai tugasan dan juga baru lepas melahirkan zuriat yang comel. Jadi, semalam kami telah mengambil keputusan untuk membeli-belah membuat persiapan berhari raya.

Jam menunjukkan pukul 1.30pm, suamiku belum pulang lagi. "Aik! apasal lambat sangat betulkan kereta ni?" Hatiku berkata. Aku sudah menyiapkan diri sendiri dan juga Qaisarah. Pukul 1.45pm baru suamiku tiba. "Apasal lambat sgt, bang?" Lantas suamiku menjawab "Ramai orang servis kereta tadi."

Aku dengan pantasnya menyiapkan diri dan bersolat. Kami sampai di tempat yang dituju hampir 3.30pm. Bayangkan kami hanya ada masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk mencari keperluan berhari raya. Sampai di rumah mmg tepat pada waktu azan maghrib, waktu berbuka. Dan aku merasakan memang mcm amazing race. Tapi yang membuat aku tergelak seketika... sebelum memmbeli-belah tadi boleh suami kata.... "alah kita shopping ni, shopping org dah kawin... jalan cepat2, cari mana yang patut. Bukannya shopping org bercinta, jalan selangkah-selangkah... masuk semua kedai...." memang cepat betullah kami berjalan.

Friday, September 12, 2008

Amazing Race

Amazing Race Asia musim ke-3 sudah bermula. Aku dah mula gila tengok rancangan ini. Ini memang rancangan favourite aku. Sejak musim pertama lagi aku menonton. Musim pertama team dari Malaysia mendapat tempat pertama dan ketiga. Musim kedua team Malaysia masuk ke final juga. Harap2 tahun ini team dari Malaysia dapat jugak nombor tiga teratas.Kalau aku terlepas menonton rancangan ini pada khamis malam jumaat, aku akan pastikan menonton pada hari ahad pagi.

Wednesday, September 10, 2008

Break fasting

The best cook that I had been eaten since the first Ramadan was 'ikan terubuk bakar'. Just bought from Pasar Ramadan in Salak Tinggi. The rest is moderate.

I wonder that I don't have lot of appetite since I delivered my baby last two months ago.

Wednesday, September 3, 2008

Dunia Blog and Diari

Dalam aku membaca blog-blog di laman sesawang (istilah melayu bagi website), tiba-tiba aku berfikir..... Mengapa aku menulis blog? Sejak bila aku terfikir untuk menulis dan mempunyai blog sendiri ini?

Mulanya aku hanya berminat membaca beberapa blog rakan2 dan juga blog2 menarik di laman sesawang. Selepas itu baru aku sedari, alangkah baiknya jika aku mempunyai blog sendiri. Menulis mengenai kehidupan diri, berkongsi maklumat dan pengalaman yang diperolehi serta memenuhkan masa lapang yang ingin diisi.

Dalam aku berfikir, baru aku sedar yang sebenarnya aku mula menulis blog sendiri semenjak aku mempunyai talian internet di rumah. Dari situ, aku memang kerap melayari internet.

Setiap tahun aku memang mepunyai diari untuk diisi. Semenjak pada tahun 1992 lagi ketika aku berada di tingkatan satu. Pada masa itu, mak aku memberikan sebuah diari (yang lebih kepada planner) yang diperolehi secara percuma dari sebuah syarikat penjualan buku. Kemudian dari tahun ke tahun aku memang mempunyai diari. Pada masa di sekolah menengah, diari aku lebih kepada Diari Pelajar yang di dalamnya mempunyai doa-doa harian, dan kata-kata hikmah. Nota yang sering aku catatkan lebih kepada kerja-kerja sekolah yang perlu disiapkan, tarikh-tarikh penting untuk balik ke kampung serta hari lahir keluarga dan kawan2 rapat. Beberapa alamat dan nombor telefon rumah kawan-kawan juga ada dicatatkan.

Tahun 1998, aku mula melangkah ke alam universiti. Di alam universiti, aku lebih suka membeli planner dan buku catatan kecil yang mempunyai logo universiti. Di samping itu, aku juga ada mengumpulkan beberapa buah diari muslimah yang di dalamnya mempunyai maklumat tentang hal-hal muslimah dan doa-doa harian. Seingat aku, di dalam planner tercatat masa-masa kuliah dan peristiwa2 penting di universiti. Di dalam diari harian aku, kdgkala aku menulis luahan rasa dan kehidupan harian. Diari 2002 memang penuh. Tarikh2 penting hari kelahiran kawan2 dan keluarga juga tidak lupa dicatatkan.

Zaman berlalu, teknologi semakin maju.
Dua tiga tahun kebelakangan ini, aku lebih selesa dengan planner yang hanya mencatatkan mesyuarat2 penting, seminar2 penting, tarikh2 perkahwinan kawan2 yang perlu dihadiri serta cuti2 penting. Pada aku melihat cuti itu penting bagi merancang sesuatu agenda.

Kini, dunia blog pada aku bakal menceritakan pengalaman dan kehidupan yang dilalui dan untuk dikongsi bersama. Diari dulu lebih kepada luahan kehidupan untuk diri sendiri dan menjadi rahsia peribadi. Teringat aku pada sebuah diari berkunci yang pernah dihadiahi oleh teman sebilik semasa acara tukar-menukar hadiah pada akhir tahun 1995. (Siap ada kunci lagi tu...konon tak bagi orang baca)

Tuesday, September 2, 2008

Salam ramadan

Antara SMS menarik sempena menyambut Ramadan yang aku telah terima...

Berkata Imam Ghazali rahimahullah...
'Yang dekat itu mati,
Yang sedikit itu masa,
Yang besar itu nafsu,
Yang berat itu amanah,
Yang ringan itu solat,
dan Yang tajam itu lidah...
"Selamat menyambut Ramadan al-Mubarak dan semoga ibadah kita diterimaNYA"

Perkataan yang cantik "ALLAH",
Lagu yang merdu "AZAN",
Novel yang menarik "AL-QURAN",
Senaman yang baik "SEMBAHYANG",
Diet yang mujarab "PUASA",
Selamat menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan selamat menunaikan ibadah puasa.

Tiada hari sebaik jumaat,
Tiada kata sebaik zikir,
Tiada malam sebaik malam lailatul-qadar,
Tiada bulan sebaik ramadan.
Semoga Nur Ilahi menyinarimu.
Semoga Ramadan kali ini membawa banyak keberkatan dan ganjaran pahala yang sempurna.

Sunday, August 31, 2008

Jalan-jalan di Giant

Buat pertama kali, mama dan papa ajak Qaisarah shopping kat Giant. Sempena hari ahad dan hari merdeka hari ini. Mama nak cari beg untuk lap top mama. Mulanya Qaisarah tidur kat dalam stroller. Bila dah setengah jam mama cari barang, Qaisarah bangun. Papa dukung Qaisarah.

Ada orang puji Qaisarah comel. Papa punyalah bangga. Lagi dia tayang2 Qaisarah. Mama time tu sibuk cari hadiah untuk baby kawan mama. Mama pun kata " Memanglah comel, lagi2 bila papa yang dukung, kecerahan Qaisarah akan nampak lagi ketara.."

Friday, August 29, 2008

Lagu kemerdekaan ke-51


Pagi tadi buat pertama kali, aku terdengar lagu kemerdekaan ke-51 di radio. Aku terus mencari liriknya di website. Tema hari kemerdekaan bagi tahun 2008 ialah Perpaduan Teras Kejayaan.

PERPADUAN TERAS KEJAYAAN

Kini Semangat Jalan Seiring
Satu Amanah Kerjasama
Jadi Teras Bangsa Mulia
Sehati Sejiwa

Bangun Membantu Agar Sepakat
Moga Terserlah Perpaduan
Agar Teguh Dipersada
Dalam Hidup Harmoni

Sirami Rasa Kasih Sayang
Jadi Benteng Hidup Yang Harmoni
Nurani Ikhlas
Dihati Murni
Menjadi Kekuatan Kita

Bersatu.......Bersatu
Bersatu Gagah Bercerai Rebah
Hindarkan Hasrat Sengketa Kita
Perpaduan Teras Kejayaan

Berpadu......Berpadu
Berpadu Bulat Kata Sepakat
Menjadi Cita Negara Jaya
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan
Perpaduan Teras Kejayaan

Makna Logo Hari kemerdekaan ke-51.
3 rupa bentuk manusia digayakan bergandingan bahu adalah mewakili kaum-kaum di Malaysia yang bersefahaman bagi menunjukkan mereka telah mencapai kejayaan dalam perpaduan.

Warna merah simbol keberanian rakyat.
Warna putih simbol kesetiaan keseluruhan rakyat Malaysia.
Warna biru melambangkan perpaduan yang dijalinkan oleh kaum-kaum di Malaysia.
Warna kuning pula melambangkan Sistem Beraja dan Yang di-Pertuan Agong. Ianya juga membawa maksud warna kegemilangan/keemasan yang dikecapi oleh rakyat Malaysia.


Thursday, August 28, 2008

Pasal merdeka

Pagi tadi, masa dalam perjalanan kami ke pejabat.

A: Yang.. Ayang ingat tak lagu merdeka?
B: Lagu yang mana satu bang?
A: Alah..lagu yang "Malaysiaku gagah gemilang" (siap dgn nyanyi dengan irama tersendiri)
B: Oh! Lagu yang tu. Terlupalah pulak ayang ada lagu tu.

Kami bersama terus tergelak.

Tahun lepas lagu Malaysiaku Gemilang cukup popular sempena 50 tahun kemerdekaan. Sekiranya lagu ini kedengaran di radio, membuatkan kami teruja. Melodi dan lirik lagu ini memang menarik.

Tahun ini, lagu-lagu kemerdekaan seakan sepi. Mungkin sambutannya agak tenggelam dengan pelbagai isu seperti Sukan Olimpik Beijing, pilihanraya di Permatang Pauh, isu kenaikan harga minyak dsb. Esok bajet 2009 bakal dibentangkan.... Apa pula isunya?

Wednesday, August 27, 2008

Ketagih Tempe

Aku macam ketagih makan tempe.
Semalam lunch and dinner ada tempe.
Hari ni makan pun ada tempe.

Tempe semestinya makanan jawa.

Tuesday, August 26, 2008

Perkara

Perkara yang aku malas nak buat kat rumah.

Mengemas kain baju.
Rasanya baru lipat baju atau basuh baju, esok dah penuh balik kat bakul kain kotor.

Perkara yang aku rasa paling seronok bila buat.

Layan Qaisarah gelak2.

Monday, August 25, 2008

Rutin harian bermula

Rutin biasa bermula...

Sarapan bersama dengan suami tersayang.

Tapi, satu schedule dah bertambah... Hantar Qaisarah ke rumah Ummi sebelum mama dan papa pergi belajar dan work. Stok susu mama dah penuh dalam peti ais untuk Qaisarah minum seminggu. Dah cuba bagi dan latih Qaisarah minum susu guna botol, picagari and biker... semuanya OK. nasib baik Qaisarah tak cerewet. Masa Qaisarah umur 30 hari, mama dah cuba tinggalkan Qaisarah untuk minum susu guna picagari. Qaisarah minum sampai 3 botol. Masa tu mama dan papa sibuk bershopping kat Nilai3. Heheeeeeeeeheeee.

Pagi tadi sblm mama keluar, mama bagi susu kat Qaisarah. Tapi Qaisarah lebih seronok tidur...sebab pagi ni sejuk dan hujan. Harap2 Qaisarah OK lah sepanjang mama g belajar ni. Dalam perut pun Qaisarah tak meragam. Ikut mama pergi belajar tiap2 hari.

Sunday, August 24, 2008

Kempunan

Since cuti berpantang... berpantang sakan ke???

Untuk pengetahuan anda... Berurut lepas bersalin pun belum lagi. Mak aku je urut2 sikit badan aku dengan baring atas tilam sauna mak aku. Aku tengah berfikir ni, nak urut dekat SPA ke...? atau Bidan Urut...?

Bab makan masa bersalin tu, 10 hari pertama mmg asyik makan sup ikan haruan, Lepas tu sedap makan tempe goreng je... Mak aku tak terlalu strict macam org dulu2, cuma yg penting jgn makan makanan yang 'gatal2' je... Sekarang ni pun aku still belum cukup berani makan telur, udang dan makanan seumpama udang. Ayam dah makan sejak 30 hari bersalin lagi.

Tapi, yang sebenarnya... Aku kempunan nak pergi Tapak Ekspo MAHA kat MARDI... 2 tahun lepas, aku bersama2 suami ke MAHA, berdating2 dan berbelanja sakan. Teringat kembali zaman 2 tahun lalu.

Sunday, August 17, 2008

Jengah rumah sekejap

Balik sekejap jengah rumah. Bawa Qaisarah balik. Saje bagi dia tgk rumah dia.
Jika anda pembaca setia blog ini, haraf maaf... lama tidak menulis.

Sejak 10 Julai lalu, cuti bersalin. Alhamdulillah selamat melahirkan bayi comel, Nur Qaisarah. Banyak benda yang tak sabar tak buat, Antaranya:

a) Tulis cerita menarik dalam blog

b) Edit and masukkan gambar2 Qaisarah

c) Masuk makmal dan siapkan tesis
(tak sabar ke??? Hanya siapkan tesis sahaja. Semua seminar and kerja kursus dah selesai. Alhamdulillah seminar akhir result dpt A. Masa tu tengah mengandungkan Qaisarah 6 bulan. Rahim belum nampak membesar dgn ketara lagi, still maintain pakai baju kurung. Untuk pengetahuan anda... Masa pregnant naik 5kg je... Macam tak percaya je... Tapi lahir Qaisarah 3.3kg)

d) Makan tomyam campur dan ikan siakap tiga rasa (since berpantang banyak makan ikan bilis goreng, tempe and tauhu goreng - almaklumlah semua ni makanan ruji masyarakat Jawa)

e) Makan kat kedai berdua2-an dgn husband tersayang (pagi2 sebelum masuk makmal and husband ke tpt kerja, makan bersama, balik sebelum sampai rumah singgah warung atau restoran/ beli nasi bungkus, tapi rasanya lepas ni pun banyak makan nasi kedai juga... tapi versi bungkus makan kat rumah, bukan malas- tapi nak jimat masa dan tenaga)

f) Teringin nak makan mee bandung

Thursday, July 3, 2008

Ayam masak kicap

Sudah lama aku tidak menjamah lauk ini. Walaupun tahap kegemaran aku pada lauk ayam masak kicap adalah sederhana, namun aku tetap menjamah kerana..... aku meminta orang untuk me"napau"kan makanan tengahari aku.

Nota:
Ayam masak kicap versi Jawa - Mesti ada letak kentang dalam ayam masak kicap macam masak ayam kari.

Wednesday, July 2, 2008

Berkongsi Ilmu

Sekadar berkongsi ilmu apa yang baru didengar...

Orang yang menjaga solat lambat marah.
Orang yang tidak menjaga solatnya cepat marah.

Orang yang menjaga makanan dari sumber yang halal dan sihat mudah dimakbulkan doa.
Orang yang tidak menjaga makanannya sukar dimakbulkan doa.

Allah menyuruh kita menjaga kesihatan agar mudah beribadat, mencari nafkah dan membuat kebaikan di dunia.

Monday, June 30, 2008

Setengah tahun berlalu

Pejam celik, pejam celik...
Setengah tahun 2008 telah berlalu.
Setengah tahun 2008 bakal dilalui bersama.

Sunday, June 29, 2008

Relaks hujung minggu

Sejak pagi lagi, cuaca di luar agak mendung. Suasana menunjukkan yang hujan akan turun tidak lama lagi. Memang benar, ramalanku ini. Selepas tengahari, hujan turun dengan lebatnya membuatkan aku tidur dengan lena. Hampir 2 jam, aku dibuai mimpi.

Selepas bangunnya aku dari lena, aku memikirkan apa yang hendak dihidangkan buat juadah malam ini. Perkhidmatan TV tergendala seketika. Biasalah siaran berbayar ini. Jika hujan, siaran pasti tergendala. Nama sahaja berbayar. Sepatutnya siaran semakin baik. Aku dan suami bercadang menjamu selera di luar malam ini. Tapi, akhirnya kami berubah fikiran, masak sendiri di rumah. Hanya kentang goreng dan roti mengalas perut kami.

Wednesday, June 25, 2008

Bilik "study"

Akhirnya bilik study yang sekian lama berselerak, telah selesai dikemaskan. Kemas sikit demi sedikit, akhirnya selesai juga. Bertimbun sampah dan kertas2 yang hendak dibuang. Terasa lapang kepala.

Monday, June 23, 2008

Semester baru bermula

Buat pertama kali aku telah mendaftarkan diri di portal pelajar untuk semester baru pada hari pertama pendaftaran dibuka setelah sekian lama menjadi pelajar.

Hari Isnin

Hari ini aku berpuasa.
Mengqada'kan puasa yang masih ada.
Mudah-mudahan mendapat pahala dan keampunan dosa dari yang Esa.

Friday, June 20, 2008

Makan dalam Kampus

Husband aku suka makan dalam kampus. Bayangkan harga sarapan untuk dua orang hanya sekitar RM3-RM5 sahaja. Kalau luar kampus, paling minimum RM8 untuk dua orang makan sarapan pagi. Makan di RasaMas hanya sekitar RM30 untuk dua orang. Makan di Restoran yang lauknnya ikan siakap tiga rasa sekitar RM41.

Monday, June 16, 2008

Nyaris tersilap hari

Semalam aku ke kenduri kawan di Sijangkang. Sebenarnya, aku nyaris tersilap hari. Aku ingat 15 Jun 2008 hari Sabtu. Mujur sebelum pergi ke kenduri, aku baca kad tu betul2. Memang dah jadi lumrah aku sebelum membuat sebarang keputusan, aku akan menyemak semula dengan teliti informasi majlis atau agenda.

Selamat Pengantin Baru untuk Syura. Semoga jodohnya berpanjangan hingga ke akhir hayat. Tak banyak gambar aku snap time kenduri Syura ni. Hantaran pun aku lupa nak snap. Bilik tidur je sempat ambil gambar. Tapi yang penting muka aku mesti ada dengan Syura.

Makanan Yang Best: Ayam goreng tepung
Cenderahati Yang Unik: Balang ukiran Syura sendiri

Sunday, June 8, 2008

Sengkang Mata

Adakala bersengkang mata sungguh menyeksakan.
Namun, andainya terpaksa,
Ku gagahi jua untuk bersengkang mata,
Demi satu perjuangan dan pengorbanan.

Friday, June 6, 2008

Graf kerajinan

Dua hari lepas, graf kerajinan aku memuncak hingga ke tahap 100%. Hari ini, graf kerajinan aku merosot. Aku perlukan momentum untuk menggerakkan graf kerajinan ke tahap yang maksimum.

Monday, June 2, 2008

Bila.....

Bila... my lecturer call me asking about progress and data analysis.

Mulalah menggelabah... Tang nak analisis data tu yang aku letih. Time buat data, tak jadi masalah.

Thursday, May 29, 2008

Topik ikan bilis

Tengahari tadi semasa makan... kami bertiga makan nasi goreng kampung. Nasi goreng kampung yang sedap bila banyak ikan bilis. Sambil makan, tiba2 keluar topik, hukum makan tahi ikan bilis.

Saya berpendapat dan pernah mendengar bahawa tahi ikan bilis ini najis. Begitu juga seorang kawan saya ini. Kami sama2 memilih dan membuang tahi bilis bilis ini sebelum makan. Entah entah kenapa, balik dari makan, saya teringat untuk mencari hukum makan tahi ikan bilis ini. adakah najis?

Anda sebagai pembaca boleh membaca link ini untuk maklumat dan pengetahuan bersama.

Wednesday, May 28, 2008

Pengorbanan seorang kakak

Malam td, aku berkorban untuk membantu adikku yang bakal menduduki PMR menyiapkan folio Sejarah. Aku bukannya rajin sgt nak menolong.... Tapi disebabkan di rumahku segalanya lengkap dgn asas2 ICT, pencarian maklumat lebih mudah untuk dicari. Lagipun, sejak Jumaat lalu, adikku belum lg menjengah rumah ayahbonda. Kesian nanti mereka menanti kepulangan seorang anakanda tercinta.

Yang ajaibnya... dalam masa lebih kurang 6 jam sahaja...hampir 95% daripada folio itu siap. Kami mula mencari maklumat hanya pada malam Ahad. Itulah dia namanya... kalau hendak seribu daya, kalau tak nak...seribu alasan.... sampai adikku berkata... "ini boleh dapat A ni". Dalam hati... semuanya di depan mata dan hujung jari... Aku pun mendera adikku supaya berjaga untuk menyemak apa yang dikehendaki oleh format folio bersama-sama.

Tuesday, May 27, 2008

Sindrom insomnia

Entah kenapa malam ini aku terlebih rajin nak 'stay up'. Nak kata study tak jugak... Asalnya adik aku nak print bahan untuk projek kajian sejarah dia. Last2 dia yang tidur, aku yang duduk depan komputer. Sekadar printing, surfing and chatting.

Ini baru nak solat isyak... Tadi pun sebenarnya makcik aku yg duduk berhampiran katanya hendak tumpang tidur sini sbb rumahnya dah kehabisan air tangki. Tunggu punya tunggu, dapat SMS tak jadi. Nasib baik aku sedar air di singki dah mula kecil masa balik dr lab td. Kalau tak, mungkin aku juga mengalami nasib yg sama.


Wednesday, May 21, 2008

Aku sebuah kereta yang banyak berjasa

Kereta merah itu walaupun lama banyak berjasa. Seingat aku dalam 5 bulan kebelakangan ini, kereta itu jarang berada di jalanraya. Tiga hari lepas, ingatkan nak bawa kereta itu berjalan2 di jalanraya. Takut lama2 merajuk pulak...

Alamak...enjinnya tak boleh dihidupkan pulak. Apa pasal pulak ni? Nampak gaya, lampu semua hidup. Sah! Dah merajuk... Biarlah seketika.
Setengah jam kemudian...Alhamdulillah, boleh hidup kembali...

Esoknya...Tak boleh dihidupkan enjinnya kembali.

Dua hari lepas, mekanik datang meneliti apa yang perlu dibaiki.
Sah, bateri lemah... Apa taknya, rasanya dah seminggu lebih tak diberikan caj2 elektrik. Rasanya 2 bulan lepas dah buat penyelenggaraan kereta dlm RM750.

Semalam ambil bateri kereta yang telah dicaj. Hanya RM3. Semuanya OK.
Heheeee... Tanpa disedari, kereta itu telah digunakan sejak Dis 2003.... Kini Mei 2008...Hampir 5 tahun rupanya.

Wednesday, May 14, 2008

Isu nasi...

Rakyat Malaysia dinasihatkan mengamalkan makan hanya segenggam nasi atau separuh pinggan setiap kali mengambil makanan itu demi menjaga kesihatan selain mengurangkan penggunaan beras. (Petikan Utusan Melayu 12 Mei 2008).

Seingat aku, kalau aku tak makan nasi 2 hari pun, still ok. Cuma kenalah makan roti dgn telur ke... or biskut ke... Ahad yang lepas pun, aku tak makan nasi sehari... pagi buat cenkodok ikan bilis... tghari adik aku dtg dia bawa McDonald... (rezeki tu). Petang merangkap malam makan roti dgn tuna. Alhamdulillah husband aku pun jenis tak kisah pasal nasi. Semalam pun, aku tak makan nasi... Pagi makan roti canai telur, tghari makan roti bersama rendang kerang dan malam makan char kue tiaw.

Sunday, May 11, 2008

Setahun berlalu

Tanpa disedari, sudah setahun web ini usianya. Masa terlalu cepat berlalu... yg berlalu tak kan kembali, esok hari yg bakal menanti...

Monday, May 5, 2008

Special lunch

Tghari ini, budak lab aku bawa nasi siap berlauk. Bukannya sbb ada birthday sesiapa, tapi sebab dia baru balik dr kampung pagi ini dan terus ke lab. Lauknya bukan main sedap lagi, ikan sembilang masak cili dan telur goreng dadar. Tapi yang buat sedap tu sebab ikan sembilang ini dia baru tangkap kat laut semalam. Memang manis lagi, belum kena ais. Habis semua kita org berempat kat lab ni makan. Kalau kat sini mana nak dapat ikan tak kena ais lagi...

Tuesday, April 22, 2008

Roti Mickey Mouse

First time dgr roti mickey mouse.
Rupanya produk dr Silver Bird.
Kalau tak pergi membeli roti dgn member yg ada anak suka makan roti mickey mouse,
sampai sekarang pun aku tak tahu ada roti ni.

Monday, April 21, 2008

Percutian mingguan - Siri April 2008

Last Thursday, my mother in law came to my house. She came together with Fakhrul, Nadia, Siti and Iqram (Fakhrul and Nadia son - 6 months old). They arrived at our house at around 6.45pm. Saja mereka dtg untuk merehatkan diri dan fikiran.

Friday:
They just went to Seremban... Tour the Seremban Parade. I was in UPM and my husband went to work. When, I arrived to my house, my mother in law cooked for us. Eventhough just chicken soup, but I really enjoy her cook. Tinggal makan je...mmg sedap!!!

Saturday:
I woke up early 7am to made some breakfast. Just made 'nasi goreng kampung' and 'cenkodok ikan bilis'. Tak tahulah apa rasa... Tapi tgk habis semuanya... I think the taste is not too bad. At around 11am, we went to Nilai 3. Fakhrul wants to buy something. Then, we straight away go to Putrajaya. The first planning we wanted to take them to Dataran Putra, but the dataran has already full with buses and cars. This evening they had an event at Masjid Putra. So, we decided to go to Alamanda, have lunch there. After lunch and window shopping, we went to Bagan Lalang until maghrib. We arrived at home at around 9.30pm.

Sunday:
I and my husband went to Pasar Minggu to buy ikan siakap and Ketam. My husband want his mom to cook ikan siakap bakar and ketam cili padi. I help mom for cooking. Mom cook was very nice. Kuah cili padi still banyak lagi... Boleh buat masak lomak ayam cili padi pulak... heeeehheee. After Zuhur, they went back to JB.

Friday, April 18, 2008

Nama, Oh! Nama...

HotChat pagi ni...
Cerita tentang sejarah nama.

Seingat aku, mak aku pernah kata.
Nama huda diberikan sempena nama murid mak aku dulu yg pandai, rajin dan dapat 5A dlm penilaian Darjah 5. Mak aku berkenan dgn pelajar ni. Jadi, dia letaklah nama aku Huda agar menjadi seperti muridnya itu. :D

Wednesday, April 9, 2008

Bateri hp baru

Orang lain sibuk beli handphone baru. Aku pulak baru je beli bateri hp baru, sekejap tadi. Entahlah kenapa liat sgt nak beli hp baru. Banyak lagi benda yg aku rasa nak memerlukan duit. Setakat bateri baru aku boleh beli ni berharga RM25. Nasib baik ada lg model bateri hp NOKIA 3310 ni. Aku beli hp ni sudah lebih kurang 6 thn yg lalu. Tak silap awal tahun 2002. Semuanya still ok, cuma aku pernah hantar servis sekali dalam tahun 2004 disebabkan screen hp "sekejap hidup, sekejap padam". Pernah juga masuk air disebabkan terlupa keluarkan dari "cool box" kat makmal. Idea ku, bukak semua komponen bateri, masukkan dalam oven kat makmal. Heeeeeheeeeeee. So far, berjaya jugak eksperimen aku mengeringkan hp yg masuk air.



Friday, April 4, 2008

Ah! Leganya rasa hari ini...

Hari ini, aku telah membentangkan seminar result di fakulti. Memang aku akui, malam tadi tak lena tidur. Hampir setiap jam dan setiap minit aku terjaga... Yelah, ada beberapa 'slide' lagi yg aku tak tengok dan nak tambah. Pukul 4.30 pg aku bangun menyiapkan segala2nya.

Tiba giliran untuk aku membentangkan seminar, pendrive aku tak dapat recognize kat komputer bilik kuliah tu. Nasib aku tahu puncanya...mmg pendrive jenama X ni kdg2 tak dapat detect kat sesetgh2 komputer. Kalau nak detect jugak kena install software lah pulak. Last2 pergilah juga save ke pendrive lain dari pc. Nasib baik dah buka pc pagi2 sebelum present. Tak de lah panik sgt bila dah tahu punca. Tapi kesianlah Fitri, sbb kena mintak pertolongan dia dtg ke biotech... Maklumlah sekarang ni malas nak bawa kereta ke fakulti, nak jalan kaki boleh. Tapi lambatlah pulak nanti. Takut org yg present dah habis, tinggal tunggu giliran kita je... Sorry lah Fitri... Kalau ada Anas, mmg Anas akan jd mangsa... Tapi nasib baik Anas dah bla awal2. Roommate Anas pulak jd mangsa tak pasal2.

Yg leganya, semua subjek2 wajib masa buat PhD ni dah selesai. So, bolehlah tumpukan sepenuhnya kepada labwork and penulisan tesis... Mudah2an dipermudahkan segalanya... Malam ni rasa nak tidur dgn lena, esok boleh plan kerja tesis pulak... entah aku terasa lega sekali hari ini... Tapi part yg rasa beban sepjg buat PhD ni, time kena ambik QE (Qualified Exam)... Itu yg paling stress, siap bangun pukul 2 pg, baca macam2 masa hari nak oral QE tu... Ada dua session pulak written and oral. Written tak stress sgt, part oral tu, ada pula lecturer dr committe lain yg menilai oral kita tu. Part tu yg tak boleh thn tu... So far, alhamdulillah semuanya dah selesai....

Thursday, April 3, 2008

Cerita menarik di Hot FM

Hot Chat pagi ini... Pengakuan berani anda.

Yang menarik:
Ada seorg pemanggil meluahkan cinta kepada Fafau. Tapi Fafau mmg cute pun, sejak potong rambut. Tahniah Fafau...dapat dua anugerah bintang popular berita harian. Semoga berjaya selalu!

Friday, March 28, 2008

Pagi jumaat yang cerah

seawal pagi tiba di makmal...

hari yang cerah, suasana yang indah....
jiwa yang tenang,
mudah2an hari ini setenang dan secerah mentari pagi.

Tuesday, March 18, 2008

Kisah roti

Petang semalam, dalam pukul 3.30ptg aku terasa sungguh kelaparan. Al-maklumlah makan pagi dengan mee hoon sejak pukul 9.00pg. Aku bersama seorg rakan makmal, turun ke cafe berdekatan dengan bangunan kami.

Sampai di cafe, nasi sudah tiada. Yang ada cuma makanan dan minuman petang. Aku meng'order' roti nan dan ayam sementara rakanku berkenan dgn resepi sejenis roti ini.

Rakan K: Roti apa ni?
A yg berbangsa asing: Hemlet (dlm suara yg agak2 kurang didengari)
Rakan K: Apa? Roti Hamdan?
A yg berbangsa asing: Yeah Yeah
Rakan K: Macamana roti ni?
A yg berbangsa asing: Letak telur dgn kaya
Rakan K: Bagi dua lah.

Di kaunter pembayaran.
Rakan K: Apa nama roti tu? saya order dua. Dia kata roti Hamdan.
Jurujual: (ketawa berdekah2)... Tadi kata roti Helmet, ni roti Hamdan pulok doh (slang kelate)
Rakan K: La roti hemlet rupanya.
Jurujual: Dia org tu tak reti sebut roti hemlet.

Kami tersenyum seketika memikirkan tentang roti hemlet.

Monday, March 17, 2008

Mee Hoon Goreng

Seawal pagi... tidaklah awal mana pun. Dalam pukul 7 pg, aku terus ke dapur untuk menggoreng mee hoon. Actually, rencah untuk menggoreng mee semua aku telah sediakan sejak malam tadi. Cuma masukkan mee hoon yang telah direbus dan baasuh sahaja pagi ini. 5 min beres semua....apa tak je panaskan kuali, panaskan rencah yang telah ditumis dan masukkan mee hoon dan sayaur2an. Lalu, aku pun masukkan dalam bekalan aku dan husband aku.

Yang bestnya, bila bawak ke lab... semua puji... sedap... siap mintak resepi tu. Padahal mee goreng express je... mudah2an kita semua dimurahkan rezeki sentiasa. AMEEN

Sunday, March 16, 2008

Sambungan projek mengecat

Setelah hampir 6 bulan (sejak Sep 2007), projek mengecat dinding rumah kami tergendala seketika. Hari ini mood untuk menyambung projek mengecat datang kembali... walaupun hanya sedikit sahaja dinding yg kosong utk dicatkan... Namun, habis jua akhirnya.

Friday, March 14, 2008

Cerita Lucu HotFM

Pagi td di hot chat FM. Topik hangat: "Saya pantang sangat kalau ......"

Seorg pemanggil berkata yang dia pantang kalau isteri dia bersalin.

Lebih kurang begini perbualan mereka. (adaptasi)

FBI: Kenapa?
Pemanggil: Susahlah nak habaq. Nak kata pun payah.
Fara: Apsal isteri En yg pantang, Encik pulak yg pantang?
Pemanggil: Yelah...dia pantang sampai 60 hari. Kita pun kena pantang jugalah.
FBI: (Ketawa berdekah2). ooooo, ok ok...saya faham! saya faham!
Fara: Apa yg pantangnya? Saya tak fahamlah.
FBI: Nanti Fara kawin baru dia faham.
Fara: Saya pantang betulla...kalau orang lain faham saya tak faham.

Rakaman pemanggil ini telah diulang beberapa kali hari ini.
Harap2 Fara fahamlah...

Wednesday, March 12, 2008

SPM 2007

Cerita SPM Tahun ini. Rekod Amalina dipecahkan


Pelajar SMKA Yan, Kedah calon tunggal ambil 21 subjek peroleh 20 1A, satu 2A

PUTRAJAYA: Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Yan, Kedah, Azali Azlan, mendapat 20 1A dan satu 2A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 yang diumumkan semalam, mengatasi rekod 17 1A yang dipegang Nur Amalina Che Bakri dari SMK Ulu Tiram, Johor Bahru sejak 2004.


Azali meraih 20 1A dalam subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Sains, Pendidikan Islam, Fizik, Kimia, Biologi, Geografi, Matematik Tambahan, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Perakaunan, Bahasa Arab Tinggi, Kesusasteraan Melayu, Pendidikan Syariah Islamiah, Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah, Tasawwur Islam serta Pendidikan Seni Visual.


Tokoh Nilam Kebangsaan 2007 itu juga mendapat 2A dalam mata pelajaran English for Science and Technology (EST).


Azali dari Tikam Batu, Sungai Petani, adalah satu-satunya calon yang mengambil 21 subjek dalam peperiksaan SPM 2007.


Anak pasangan guru sekolah menengah, Azlan Othman, 51, dan Rozita Sanapi, 46, itu berkata pengambilan 21 subjek ini adalah pilihannya sendiri dan disokong ibu bapa serta guru.
------------------------------------------------------------------------------------------

Tujuan saya bukan untuk mengatasi mana-mana rekod tetapi bagi kepuasan saya belajar. Jika dibuat untuk memecahkan rekod, bagi saya, ia menjadi tidak bermakna. Saya lakukan ini untuk diri sendiri dan ibu bapa dan sebagai hadiah kepada guru.

“Memang guru ada menasihati saya supaya menimbangkannya baik-baik kerana bimbang saya tidak boleh `cope’, tetapi saya percaya pada Tuhan dan diri sendiri,” kata anak ketiga daripada lima beradik itu.


Mengenai resipi kejayaannya, Azali berkata, beliau berpegang kepada pendirian sabar dalam menghadapi segala dugaan kerana yakin setiap kesusahan akan ada kesenangan.

Azali mengakui keyakinannya pernah tergugat dalam menghadapi cabaran 21 mata pelajaran, tetapi beliau membina kembali keyakinan itu menerusi perbincangan dengan kaunselor dan ahli keluarga.

Katanya, beliau tidak pernah mengikuti tuisyen khusus, sebaliknya hanya menyertai tuisyen di sekolah untuk mata pelajaran Kimia dan Prinsip Perakaunan.


“Saya belajar sendiri sembilan subjek yang tidak diajar di kelas. Saya tiada sebarang jadual waktu, sebaliknya hanya belajar apabila ada semangat dan keinginan kerana bagi saya, jadual waktu memberi tekanan,” katanya.

Saturday, March 8, 2008

Pilihanraya Umum ke-12

Pilihan Raya Umum ke-12 Selamat mengundi kepada yg mendaftar dan layak mengundi... Andalah penentu masa depan negara...

Kepada yang tidak mendaftarkan diri, samada terlupa atau terleka... daftarlah diri anda sebagai pemilih selepas ini.

Saturday, March 1, 2008

Ayahbonda datang ke teratak kami

Ring...Ring...hp ku berbunyi.

Abah: Kat mana?
Aku: Rumah.
Abah: Abah tengah shopping2 ni. Tengahari nak singgah, masak sedap2.
Aku: Orait.

Kadang2 apabila kediaman kita berhampiran dgn ayahbondq, mereka jarang untuk menjenguk kecuali hal2 penting. Memang dah lumrah hidup. Seronok bila ayahbonda datang. Habis semua makanan.

Menu masakan tengahari ini:
a) Ayam dan ikan keli goreng
b) Ayam masak lada hitam
c) Tomyam campur
d) Air jus kurma (Zhulian)

Hanya di Mercu

Sebenarnya aku tidak pernah mengikuti program realiti One in The Million. Tetapi entah kenapa hari ini semasa dlm perjalanan, radio kegemaran sentiasa mengiklankan episod akhir OIM ini. Malam semalam, aku melihat seketika rancangan ini. Akhirnya aku tertarik dgn lirik lagu ini.


Lirik Lagu Hanya Di Mercu
Lagu: Aubrey Suwito
Lirik: Habsah Hassan


Mimpi dan harapan
Cecita yang tinggi menjulang
Tak pernah terluahkan
Hanyalah di hati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan diriku menjadi penghalang


korus:
Sampai bila aku bertanya sampai bila
Ku harus mencuba
Bila lagi desak hatiku bila lagi
Aku harus berani


Lalu ku bangkit tegak berdiri
Mengatur langkah ku terus mendaki
Cita-citaku
Di mercu


Mimpi dan harapan bagaikan duri yang mencengkam
Seandainya ku biar cecita dihati tersimpan
Terpendam
Keterbatasan tak wajar menjadi penghalang


Bridge:
Aku mencari kekuatan
Dalam kelemahan
Aku temui kejayaan
Dalam keberanian

Friday, February 29, 2008

Leap Year

Hari in 29 Feb 2008. That means this year a leap year.

Apa yang anda tahu tentang Tahun Lompat?
a) Setahun mempunyai lebih satu hari.

Bagaimana nak tahu, adakah tahun itu merupakan tahun lompat?
1- Bagikan tahun itu dgn 4 (Cth: 2008 / 4)
2- Sekiranya tiada baki, sah tahun itu tahun lompat (Cth: 2008/4 = 502)

Fakta mengatakan pada tarikh 29 Feb, harinya akan jatuh pada hari Jumaat sahaja.
(Fakta ini baru aku tahu hari ini)

Tuesday, February 12, 2008

Message from Dean

My Dean message me at 9:51:53
"Sedang mesy cuti belajar. Bila hantar tesis?"


I hope I can complete my lab work first before I coming back for working.

Semoga semuanya dipermudahkan.AMEEN

Friday, February 8, 2008

Cuti-cuti Malaysia (7-8 Feb)

Beristirehat bersama merupakan saat terindah dan yg ditunggu2 oleh kami berdua. Penat dan letih terasa hilang. Walaupun, kdgkala hanya seketika... yang pasti masa dan peluang itu tidak kami lepaskan bersama...

Wednesday, February 6, 2008

Esok cuti lagi

Esok cuti sempena Tahun Baru Cina. Ramai yg membuat pelbagai rancangan sempenan cuti 4 hari ini. Ptg ini aku sibuk melayari internet utk menempah hotel. Saje nak beristirehat berdua, menenangkan fikiran...malangnya banyak hotel yg sudah penuh ditempah... last2 dapat jugaklah satu bilik kat area yg berdekatan saje dgn kediaman... takpelah yg penting nak beristirehat.

Malamnya, kami ke rumah ayahbonda. Sebelum tu makan malam dulu menikmati mee bandung dan nasi goreng di warung favourite di kg ayahbonda yg harganya berpatutan.... saje menziarahi ayahbonda, sambil memberi sekotak buah limau mandarin. Buah limau ini suamiku dapat di tempat kerjanaya...melambak2 kotak limau mandarin... Dah 11 mlm, malas nak balik rumah, tido semalaman di rumah ayahbonda...seronok sbb dpt mkn sedap2 jer...

Wednesday, January 23, 2008

Tentang Cuti Umum

Cuti umum, cuti thaipusam....Sekadar beristirehat di rumah..sejenak...aku teringat tentang perbualan aku dgn seorg labmate bangsa asing....

A: Tomorrow Public Holiday?
Aku: Yeah...of Course!
A: Public holiday for what?
Aku: Thaipusam... celebrating by Hindus.
A: So many public holiday in Malaysia.
Aku: Of course, because we are in multi-racial country.
A: In my country, only New Year, Christmas and Islamic celebration. The rest no public holiday.
Aku: You remember, last month we celebrated Sultan Selangor birthday.
A: Next time, I will suggest to my country, my birthday must be public holiday (kidding).
Laughing together....


Bulan ini saje dah 3 kali Public Holiday.
1 Jan: New Year 2008
10 Jan: Awal Muharram
23 Jan (Today): Thaipusam...

Chatting dgn member kat UK...dia org tak cuti... hehheeeeeeee

Monday, January 21, 2008

Food safety seminar, Bangi

Seawal pagi jam 8.00pg...menuju destinasi...
Equotorial Bangi destinasi yang dijanji...
Atas tujuan ke Seminar Food Safety.

Mulanya, aku tidak merancang utk pergi.
Tetapi rupanya my Dean masukkan nama dlm senarai mereka yg ingin hadir.
Gamble je sorang2 ke sana.
Ramai jugak yg dikenali yg aku jumpa....

Happy birthday Ila.
Member yg sejak Tahun Satu di UKM aku kenali,
Semoga panjang umur dan murah rezeki...
AMEEN

Friday, January 11, 2008

Salam Maal Hijrah 1429 dan Tahun 2008

Rasanya belum terlewat utk mengucapkan salam maal hijrah dan tahun baru 2008. Semoga tahun baru ini, semua yg diimpikan menjadi satu kenyataan yg pasti. Bukannya angan-angan yang hanya mimpi.