Wednesday, July 25, 2007

Adi Putra cipta 183 formula matematik

How amazing the secret of number???

KUALA LUMPUR: Kanak-kanak pintar, Adi Putra Abdul Ghani berjaya menghasilkan sendiri 183 formula untuk membuat penyelesaian matematik termasuk menyelesaikan satu soalan matematik menggunakan 14 cara pengiraan.

Adi Putra, 8, berkata formula itu diciptanya pada 2005, menggunakan elemen seperti peredaran cakerawala, bulan serta bumi dan perjalanan mendaki gunung untuk kiraan darab, campur, tolak, bahagi atau kuasa dua.

“Saya juga menggunakan kod kosong untuk memudahkan pengiraan dengan pantas dan tepat. Seluruh rakyat Malaysia tahu sifir adalah kunci dan tunjang matematik, pelajar yang menguasainya dapat memudahkan pembelajaran ilmu lain,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini.

Adi Putra mula dikenali ketika berusia enam tahun dan tidak pernah mengikuti pendidikan formal sewaktu itu, tetapi menunjukkan kepintaran luar biasa dalam ujian kepintaran minda di Sekolah Kebangsaan Kuala Kurau Baru pada Ogos 2005.

Setakat ini, kanak-kanak pintar itu sudah menyiapkan 12 modul pembelajaran untuk membolehkan pelbagai peringkat umur dari muda hingga dewasa mudah mempelajari subjek itu.

Katanya, modul itu ialah asas juta dan sifir, mengenali angka kosong, mengenali angka satu, memahami angka sembilan, gabungan mengira sebaris, kuasa dua, kuasa tiga, kuasa empat, mengenali kod, kod satu, pelbagai kaedah dan memori.

Ketika temuramah itu, Adi Putra menyelesaikan satu soalan matematik di depan wakil Berita Harian dengan menggunakan 14 cara pengiraan sehingga boleh membuatkan pelajar senang dan seronok serta tertarik dengan matematik.

Sementara itu, bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid berkata, keupayaan anaknya menghasilkan 183 formula itu adalah anugerah Allah SWT dan beliau sekeluarga bersyukur atas pemberian Tuhan.


2 comments:

Anonymous said...

I usually do not leave a lot of responses, but i did some searching and
wound up here "Adi Putra cipta 183 formula matematik". And I actually do have a couple of questions for you if
it's allright. Is it just me or does it appear like a few of the comments come across as if they are coming from brain dead folks? :-P And, if you are writing on additional sites, I'd like to keep
up with anything fresh you have to post. Could you make a list of the complete urls of all your shared sites like your twitter feed, Facebook
page or linkedin profile?
my page - biggest acne myths

Anonymous said...

I almost never comment, however i did some searching and wound
up here "Adi Putra cipta 183 formula matematik". And I actually
do have 2 questions for you if you usually do
not mind. Could it be only me or does it look like some
of these comments look like coming from brain dead folks?
:-P And, if you are posting on other online sites, I would like to keep up with anything new you have to post.
Would you list of the complete urls of all your community sites like your twitter feed, Facebook page or linkedin profile?
Feel free to surf my page - Acne Free Treatments