Friday, January 31, 2014

Darjat bagi orang yang bersabar

Sedikit perkongsian semasa majlis taklim minggu lepas.

Orang yang bersabar Allah akan tinggikan darjatnya. Dan, sabar ada tiga peringkat, iaitu:
  1. Sabar akan muhibah atau ujian yang Allah berikan. Allah akan kurniakan kepadanya 300 darjat.
  2. Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Allah akan kurniakan kepadanya 600 darjat.
  3. Sabar dalam menahan dari melakukan maksiat yang ada di sekelilingnya. Allah akan kurniakan kepadanya 900 darjat.
" Barangsiapa bersabar atas berlaku musibah terhadap dirinya, maka ditulislah baginya tiga ratus darjat yang jarak antara tiap-tiap dua darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar untuk melakukan ketaatan, maka ditulislah baginya enam ratus darjat yang jaraknya antara dua darjat adalah seperti jarak antara batas bumi yang teratas dan hujung bumi yang tujuh. Dan barangsiapa sabar untuk tidak melakukan kemaksiatan, maka ditulislah baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak antara “Arasy sampai ke bumi." (Maksud hadith)

Sunday, January 26, 2014

Selamat pengantin baru Hidayah_Al-Amin

Selamat pengantin baru unyuk adikku, semoga bahagia hingga akhir hayat dalam mawaddah dan rahmah.


Wednesday, January 22, 2014

Koleksi doa harian

Dalam mencari pelbagi doa harian, terjumpa blog yang mengandungi banyak doa dan sgt berfaedah. Semoga dapat manfaat daripadanya.

Sunday, January 5, 2014

Jadual Padat Qaisarah

Masuk tahun baru, persekolahan sessi baru bermula. Tahun ini, jadual persekolahan Qaisarah memang padat walaupun hanya sekolah di Pra-Sekolah. Qaisarah baru 6 thn. Sebenarnya, 5thn setengah belum 6 tahun lagi.  Seawal pg pukul 0615am dah kena bgn. Bertolak ke sekolah pukul 0655am, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah ambil masa 15minit. Pra-sekolah mula pukul 0720am. Habis pukul 1130am. Tghari mama Qaisarah ambil Qaisarah kat rumah Ummi, utk hantar Qaisarah ngaji di Smart Khalifah. Belajar Qiraati dan baca e-Extra. Pukul 0600pm, mama ambil. Malam pulak lepas makan dan solat, ngaji lagi samapi 0900mlm. 

Semoga jadi anak yang solehah ye anak mama Qaisarah.