Sedikit perkongsian semasa majlis taklim minggu lepas.
Orang yang bersabar Allah akan tinggikan darjatnya. Dan, sabar ada tiga peringkat, iaitu:
- Sabar akan muhibah atau ujian yang Allah berikan. Allah akan kurniakan kepadanya 300 darjat.
- Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Allah akan kurniakan kepadanya 600 darjat.
- Sabar dalam menahan dari melakukan maksiat yang ada di sekelilingnya. Allah akan kurniakan kepadanya 900 darjat.
" Barangsiapa bersabar atas berlaku musibah terhadap dirinya, maka
ditulislah baginya tiga ratus darjat yang jarak antara tiap-tiap dua
darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Dan
barangsiapa sabar untuk melakukan ketaatan, maka ditulislah baginya enam
ratus darjat yang jaraknya antara dua darjat adalah seperti jarak
antara batas bumi yang teratas dan hujung bumi yang tujuh. Dan
barangsiapa sabar untuk tidak melakukan kemaksiatan, maka ditulislah
baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya antara tiap-tiap dua darjat
seperti jarak antara “Arasy sampai ke bumi." (Maksud hadith)
No comments:
Post a Comment