Friday, August 31, 2007

Salam Kemerdekaan ke -50

50th Malaysia National Day logo

Buat pertama kali, lagu Malaysiaku Gemilang, telah dicipta sempena kemerdekaan ke-50.

TEMA KEMERDEKAAN ke-50: MALAYSIAKU GEMILANG


MALAYSIAKU GEMILANG

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan


Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta


Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur


Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang


Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Ambang kemerdekaan ke-50

Malam tadi, kami sempat menonton siaran langsung ambang kemerdekaan di kaca TV. Wah! sungguh meriah. Saya melihat begitu bersemangatnya perdana menteri Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi melaungkan sorakan MERDEKA sebanyak 7x. Terharu saya seketika, bagaimana pemimpin2 terdahulu bersusah payah mendapat kemerdekaan negara. Selama hampir 170 tahun, kita telah dijajah oleh British, akhirnya negara mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu.

Saya terfikir sejenak, walaupun kini negara sering dipertontonkan dengan pelbagai berita jenayah yang menggerunkan, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersyukur bahawa, negara masih lagi dapat mengawal setiap keadaan dengan berjaya. Rakyat dapat bekerja dengan aman, tidak seperti negara lain, yg sering hidup dalam ketakutan. Rakyat pelbagai kaum saling hormat menghormati kepercayaan masing2. Setiap perayaan dapat diraikan dengan aman dan damai, tanpa rusuhan, tanpa gangguan. Aku bersyukur kerana lahir dalam negara yang bertuah ini... Ya Allah! Kurniakanlah kemakmuran yang abadi di bumi bertuah ini. AMEEN

Sunday, August 26, 2007

Projek mengecat

Petang semalam, we decide to go to Giant untuk membeli-belah barang keperluan harian. Sebelum kami ke sama, terlintas di hati kami untuk ke Jotun iaitu jenama terkemuka cat di tempat berhampiran tpt tinggal kami... Pasti anda semua tahu, jenama cat terkemuka yang telah menjadi penaja cat utama rancangan Casa Impian musim2 yg lalu. Itulah selalunya bila kami merancang betul2 tak jadi... tapi bila tak dirancang jadi lah pulak kami beli. Selepas pukul 10.00 mlm, kami telah mengecat separuh daripada dinding hall rumah kami... warnanya memang menyejukkan mata... tapi oleh kerana kami dah kepenatan, kami sambung projek mengecat kami hari ini...

Hari ini, seawal pagi....tapi tak delah pagi sgt, dalam lingkungan 9 pg... kami ke pasar, membeli lauk pauk untuk seminggu...tak lupa juga sarapan kami sebelum projek mengecat kami diteruskan... sehingga hampir 1.30 ptg barulah selesai projek kami... wah! hasilnya sungguh memuaskan... memandangkan cat itu masih byk (sbb hanya mengecat bahagian yg dijadikan "feature wall"), maka selepas solat zuhur...saya telah mengecat bilik air untuk tetamu kami... (disebabkan warna dinding mozeknya hampir serupa dgn warna cat yg kami telah beli). Macam bilik air dalam hotel (walaupun nampak tak semewah hotel2 5 bintang), dihiasi dengan bunga2 plastik. Walaupun sedikit kepenatan...tapi kami merasa puas dgn hasil kerja kami lak bini.

Sunday, August 19, 2007

Organ terbalik, tiada yang mustahil di dunia...

Semalam, saya telah menempah sebiji kek untuk dibawa ke majls kenduri marhaban anak saudara saya yg pertama. Kek yg diusahakan oleh pengusaha kedai ini, memang sedap. Dia satu-satunya kedai yg beroperasi di Salak Tinggi yang saya yakin status "HALAL"nya. Mulanya dia seorang jurutera... tetapi atas minatnya, dia telah mengusahakan sebuah kedai kek. Kedai ini hak milik sepenuhnya mereka suami isteri.

Walaupun sering ke kedainya, semalam saya terbaca satu artikel yang telah di"frame"kan di ruang hadapan kedainya... tentang anak bongsunya yang seluruh organ tubuhnya berada dalam keadaan terbalik... macam tak percaya bukan??? Sebenarnya, sebelum ini saya sudah mengetahuinya, tetapi saya sangkakan hanya jantungnya sahaja yang berada di sebelah kiri anggota. Rupa-rupanya hampir semua anggota tubuhnya berada dalam keadaan yang berlawanan. Saya terpaku seketika... Allahu Akbar! Allah Maha Besar.. tiada yang mustahil di dunia ini...

Di sini saya lampirkan artikel tersebut untuk renungan anda semua...
------------------------------------------------------------------------------------

Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau Organ Terbalik

Organ dalaman Norsabrina terbalik
Oleh: RAHANA MD


HAMPIR tidak ada bezanya Norsabrina Izzati Zulkifli, 2, dengan kanak-kanak sebaya yang lain.

Dia lincah bermain, melompat-lompat dan tersenyum manis bila diajak berbual-bual.

Tatkala jurugambar memintanya beraksi, dengan gaya bersahaja Sabrina memberi kerjasama yang memuaskan ketika wajahnya terakam di lensa kamera.

Norsabrina ditemui di rumahnya di Taman Seroja, Bandar Baru Sepang, Selangor baru-baru ini dengan ditemani ibu, ayah dan abangnya.

Walaupun kelihatan sihat, hakikatnya di sebalik tubuh kerdil itu tersembunyi dugaan Tuhan kepada ahli keluarga.

Ketika baru beberapa hari dilahirkan, ibunya, Che Tinor Kamaruddin, 38, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sepang, Selangor, hampir meraung bila diberitahu bayi yang masih merah itu tidak ada harapan untuk hidup.

Sampai ke hari ini, kata-kata doktor itu masih terus terngiang-ngiang dan bermain dalam fikirannya. Ada kala air mata Che Tinor merembes tanpa boleh disekat-sekat.

Perasaan sedih dan pilu yang bercampur-baur itu ditenangkan suaminya, Zulkifli Md. Nor, 42, seorang pengusaha kedai kek yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar si anak sentiasa sihat dan sejahtera seperti dua orang anaknya yang lain.

Melihat daripada luaran atau keadaan fizikalnya, Sabrina memang kanak-kanak yang sihat tetapi sebenarnya dia diduga Tuhan dengan pemberian beberapa organ yang terbalik kedudukannya di dalam tubuh.

Menurut ibunya, daripada penjelasan doktor yang merawatnya, sejak dilahirkan Sabrina mengalami masalah yang disebut Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau dalam bahasa mudahnya kedudukan organ yang terbalik.

“Semasa baru dilahirkan, pihak doktor mengatakan kes yang menimpa Sabrina agak kompleks kerana kebanyakan salur-salur darah yang menghubungkan antara jantung dengan organ lain disambungkan dalam kedudukan yang bersimpang siur.

“Jantungnya berlubang dan dua daripada empat ‘tingkap’ yang ada pada jantungnya beralih kedudukan.

“Misalnya salur darah yang sepatutnya dari jantung ke paru-paru bertukar tempat dengan salur darah yang mengepam ke tubuh. Situasi ini menyebabkan Sabrina akan mengalami kekurangan oksigen dan dia akan berasa penat dan sukar bernafas,’’ katanya.

Bagaimanapun, menurut ayahnya, atas kehendak Tuhan sehingga kini Sabrina belum pernah diserang sesak nafas atau tubuh kebiru-biruan seperti mana yang lazim dialami oleh kanak-kanak sepertinya.

“Syukur... saya anggap ini satu anugerah Tuhan untuk menguji hambanya. Sabrina masih sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun setiap kali mencelikkan mata, saya diburu kebimbangan dan hati digayut seribu satu persoalan berkaitan keadaannya,’’ ujarnya sambil mengusap rambut anak tersayang.

Menurut Che Tinor lagi, Sabrina dilahirkan pada 24 Ogos 2004. Dia mempunyai kakak, Faridatul Farhana, 14, dan abangnya Hafizul Fahmi, 9.

Rawatan Sabrina kini dirujuk kepada pakar kardiologi pediatrik, Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Sungguhpun kelihatan sihat, tetapi setiap tiga bulan sekali Sabrina akan menjalani rawatan susulan di IJN dan enam bulan sekali dibawa bertemu dengan doktor yang menyambut kelahirannya di Klinik Pakar An-Nur, Kajang, Selangor.

“Sabrina memerlukan sokongan ubat-ubatan dan vitamin terutama asid folik bagi membantunya membentuk beberapa organ tambahan.

“Misalnya, kekurangan asid folik akan menyebabkan kukunya cepat rapuh dan bila dicabut, ia boleh tertanggal sendiri.

“Menurut doktor, Sabrina kekurangan protein dalam tubuhnya dan memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan kesihatan,’’ ujarnya.

Che Tinor menambah, walaupun Sabrina nampak sihat dan cuma sesekali kelihatan agak penat namun hatinya tetap bimbang.

“Doktor menjelaskan, selain jantungnya bermasalah, kedudukan hatinya juga berubah. Hatinya berada di sebelah kiri, begitu juga dengan apendiksnya, sedangkan hati dan apendiks manusia normal berada di sebelah kanan.

“Saya pernah bertanya, apakah jantungnya boleh dirawat dan kedudukan organ boleh diubah melalui pembedahan.

“Pihak doktor menjelaskan, ia memerlukan pembedahan yang besar dan Malaysia masih kekurangan kemudahan untuk melakukannya. Mereka nasihatkan kami membesarkan Sabrina seperti anak-anak yang lain dan tidak menganggap kepelikan yang dialaminya sebagai satu kekurangan.

“Pihak doktor bimbang jika keganjilan kedudukan organ dan saluran darah didalam tubuhnya ‘diusik’ ia akan mengakibatkan kesan kepada organ-organ lain dan menjejaskan kesihatannya.

“Kami sekeluarga pasrah dengan keadaan Sabrina dan akan sentiasa memberi perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Saya percaya segala-galanya terkandung hikmah,’’ ujar Che Tinor dengan mata berkaca.


Saturday, August 18, 2007

Renungan sejenak

Lebih kurang seminggu yg lalu, saya telah membeli sebuah buku hasil nukilan Dr HM Tuah. Anda kenal dgn beliau???

Buku itu merupakan buah terbaru karya beliau. Mungkin anda semua sudah membaca atau belum terjumpa lagi... Tajuknya begitu unik "Jangan Main-Main". Buat pengetahuan anda semua, ini merupakan kali pertama saya membeli dan membaca sepenuhnya buku hasil nukilan beliau. Sebelum ini saya lebih suka membaca buku motivasi nukilan dari Dr Fazilah Kamsah... dan ada beberapa penulisan beliau dalam koleksi simpanan saya. Bukan apa, kadangkala walaupun kita merasakan motivasinya dan isinya lebih kurang sama, dan mungkin ada yg kita sudah tahu, tapi...hakikatnya manusia sentiasa dan perlu me"motivasi"kan diri sendiri.

Sebelum ini, saya ada cuba utk membaca satu daripada nukilan beliau...kalau tak silap "Hatimu Milikmu Siapa". Tetapi mungkin saya tidak meneliti satu persatu bait2 tulisan yg dicoretkan...saya merasakan ia membosankan... itu pun disebabkan rakan baik saya, telah menghadiahkan buku itu kepada adiknya yg begitu meminati penulis ini. Mungkin pada masa itu juga masa tidak mengizinkan saya untuk meneliti satu persatu setiap helaian ceritanya, yg kebetulan saya singgah sebentar di rumahnya.

Apa yg menarik perhatian saya tentang buku ini. Walaupun tajuk agak ringkas..."Jangan Main-Main" tapi isinya cukup bagus. Walaupun penulis, menulis dgn gaya main-main (ye lah, bahasa yg digunakan cukup mudah dan santai), tapi kita jangan ambil mudah apa yg penulis ingin kongsi bersama. Pengalaman dan pengamatan penulis melihat manusia sekeliling dijadikan iktibar dan landasan untuk beliau terus berjaya. Terus terang saya katakan, bahasa santai yg digunakan penulis, boleh memberi kesan mendalam dan ingatan yg cukup kuat untuk pembaca... sehingga saat kini, saya telah membaca lebih separuh buku penulis (halaman 160 daripada 326).

Pada sketsa 46 bertajuk Ahad, saya terfikir seketika. Mungkin ada sesetengah pembaca yg kurang faham apa yg sebenarnya yg mahu dikatakan penulis... Nampak mudah ahad. Pernahkah anda tahu dan membaca tentang Bilal bin Rabah. Bilal apabila masuk islam, dia diseksa supaya kembali kepada agama asal. Lantaran ketabahan hatinya untuk tetap dengan agama Islam dia pun berkata...Allahu ahad! Allahu ahad!...dan lama kelamaan menyebut ahad! ahad! ahad! apa maksud ahad? ESA... Allah Maha Esa... Satu...Tunggal... Penulis cuba menyebut yg biasanya hari ahad manusia yang taraf awam ini, bila disuruh buat sesuatu terutama subuh...akan sering memberi alasan "ahad"...alim sungguh..mudah2an mereka bertambah alim dan bertambah iman... seterusnya... (sila baca sketsa ini). Pada saya memang ada kebenarannya, tapi pada yg kurang arif bahasa arab mungkin kurang faham apa yg ingin disampaikan penulis... mujurlah saya arif tentang bahasa al-quran ini. pertama kali saya bercerita dgn suami saya pun, mulanya dia kurang faham.... Bilal ini juga merupakan orang pertama yang melaungkan azan, apabila pertama kali disyariatkan azan....Mudah2an ilmu yg kita ada dikongsi bersama, dan dimanfaatkan bersama.


Thursday, August 16, 2007

Lunch

12.45: lunch hour... Ingatkan nak makan dgn Ila, rupanya2 dia ada kat Melaka. So, just lunch dlm UPM...time nak ambik sayur tu, tak tahu apa sayur nak ambik... tiba2 nampak daun pudina yg dijadikan ulam utk dimakan dgn sambal belacan... terfikir sejenak....sedap ker? tak pernah pun rasa pudina dgn sambal belacan...yg sedap...ulam raja or selom jer....
so, bila makan tu ok lah... tp, rasanya taklah seserasi gabungan ulam raja + sambal belacan atau selom + sambal belacan.

Ptg2 time duduk2 dgn PC tetiba teringat pulak pudina yg dimakan td....
Ish! apanya khasiat pudina ni...org selalu makan dgn laksa penang...
makan pudina berangin...mcm makan ubat gigi pulak...
kalau makan dgn laksa penang..takdela terasa sgt...

Oh ye...td, lab mate ada kata nak buat laksa penang...
dia kata...dah lama dia tak buat laksa penang...silakan! silakan! bawak sekali makan ramai2 kat lab ni...

Ha...Inilah dia serba sedikit khasiat Pudina

Pudina bantu Penghadaman

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang boleh menjauhkan tikus.

Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.

(Rujukan diambil dari: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/s_norazian.html)

Baguslah pudina ni rupanya...

Sekadar renungan...berita yang menarik perhatianku hari ini

Sihat: Kencing tidak terkawal boleh jejas kualiti hidup


Penghidap perlu dapatkan rawatan, tidak harus anggap masalah normal kesan kehamilan, kelahiran

PERANGKAAN daripada negara maju menunjukkan bahawa satu daripada empat wanita mengalami masalah pembuangan air kencing tidak terkawal atau inkontinens. Walaupun tiada kajian khusus di Malaysia, dijangka lebih daripada sejuta masyarakat negara ini menderita masalah yang sama.

Malah, masalah rahim dan pengawalan air kencing adalah penyakit kronik yang paling utama di kalangan wanita, iaitu sebanyak 35 peratus mengalami masalah ini diikuti penyakit darah tinggi (25 peratus), kemurungan (20 peratus) dan kencing manis (lapan peratus).

Apa yang menyedihkan, kebanyakan daripada mereka ini tidak mendapat rawatan yang sepatutnya kerana menganggap masalah ini adalah sesuatu yang normal kesan daripada proses kehamilan dan kelahiran serta sebahagian daripada proses penuaan yang harus diterima apabila umur meningkat.

Walaupun tidak memudaratkan atau membawa kepada kematian, masalah ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Malah hal ini juga memberikan tekanan fizikal dan emosi bukan saja kepada diri sendiri, bahkan pasangan mereka turut terkena tempiasnya.

Menyedari akan pentingnya pendedahan penyakit ini kepada orang ramai, Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dengan kerjasama Jabatan Fisioterapi, Hospital Ipoh (HI) mengadakan satu forum yang dikenali sebagai Forum Awam Masalah Rahim dan Kencing di Kalangan Wanita bertempat di HI, Ipoh baru-baru ini.

Forum berkenaan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah rahim dan kencing di kalangan wanita yang selama ini menganggap penyakit itu sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi HI, Dr Aruku Naidu, berkata kebanyakan wanita enggan menjalani pemeriksaan dan menganggap apa yang mereka hadapi adalah sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.

"Wanita yang kencing lebih daripada 10 kali dalam sehari dan lebih daripada dua kali pada waktu malam sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Tanda lain yang dialami oleh seseorang yang mengalami masalah ini apabila seseorang wanita itu tidak mampu mengawal pundi kencingnya sehinggakan terpaksa bergegas ke tandas selepas berlaku kebocoran pada pundi kencing apabila batuk, bersin dan ketawa serta bersenam," katanya.

Forum itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir, Pengarah Hl, Dr Tan Poey Chin, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hl, Dr Mukudan Krishnan dan Ketua Jabatan Fisioterapi, Siti Fatimah Muhamad.

Masalah rahim dan pengawalan air kecil boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu 'stress incontinence', 'overactive bladder/urge incontinence', 'overflow incontinence' dan 'functional incontinence'.

Bagaimanapun, ada juga pesakit yang mengalami 'stress incontinence' dan 'overactive bladder/urge incontinence' pada masa yang sama yang dikenali sebagai ‘mixed incontinence’.

Dr Aruku berkata, kategori pertama, iaitu 'stress incontinence' terjadi apabila seseorang wanita kerap melahirkan anak, pembedahan, batuk yang kronik dan juga apabila seseorang itu menopaus.

Katanya, seseorang wanita mungkin mengalami 'overactive bladder/urge incontinence' apabila kerap membuang air kecil dan tidak mampu mengawal pundi kencing sehinggakan ada antaranya tidak sempat untuk membuka seluar.

Kategori 'overflow incontinence' pula berlaku apabila pundi kencingnya terlalu penuh kerana berlakunya sumbatan atau kegagalan pundi kencingnya untuk berfungsi dengan baik.

'Functional incontinence' adalah kategori yang berlaku disebabkan kecederaan ketika kelahiran ataupun disebabkan kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.

Berdasarkan kajian kes, 'stress incontinence' mencatatkan jumlah peratusan yang tertinggi, iaitu antara 30 dan 60 peratus berbanding dengan tiga kategori yang lain.

Bagi kategori 'stress incontinence', masalah itu disebabkan otot pelvis yang longgar akibat kehamilan, proses kelahiran dan juga cara kelahiran sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan.

Selepas bersalin, risiko seseorang wanita untuk mengalami masalah ini adalah 24.6 peratus bagi satu kelahiran secara normal; lima hingga 11 peratus bagi satu kelahiran melalui pembedahan dan 35 peratus bagi wanita yang bersalin secara pembedahan sebanyak tiga kali.

Antara risiko lain masalah ini adalah mempunyai bilangan anak yang ramai, gemuk dan menghidap penyakit kronik seperti asma.

Penjagaan kesihatan diri amat penting untuk menghindari penyakit ini antaranya seperti mengurangkan berat badan, tidak merokok, tidak menjalani senaman yang berlebihan, elakkan sembelit, minum air yang secukupnya, elakkan minum dua jam sebelum tidur serta hindari tabiat 'just in case'.

Dr Aruku berkata, semua wanita mempunyai risiko untuk mengalami masalah pembuangan air kecil walaupun mereka tidak pernah melahirkan anak.

Oleh itu, katanya, wanita harus membuang perasaan malu dalam diri mereka seandainya berasakan diri mengalami gejala yang dinyatakan.

Sementara itu, Siti Salmah ketika berucap merasmikan forum itu, berkata, kesungguhan dan keprihatinan Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HI mengadakan forum itu tepat pada masanya.

Beliau berkata, kesedaran masyarakat dalam merawat penyakit itu masih rendah sehinggakan mereka tidak tampil untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Katanya, pihak hospital dan pengamal perubatan juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada orang ramai bagi memastikan kadar kejayaan rawatan yang diberikan kepada pesakit sentiasa meningkat.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai doktor pakar terutama di kalangan wanita dapat dilatih bagi merawat penyakit itu.

"Ramai wanita menganggap penyakit ini sesuatu yang amat memalukan sehingga menghalang mereka untuk membincangkan apa yang dialami dengan doktor terutama lelaki sehinggakan mereka lebih rela hidup ‘sengsara dalam kesunyian’.

"Jika masalah ini dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, ia sudah semestinya akan mengganggu ketrampilan seseorang wanita dalam mengurus rumah tangga dan mengurangkan produktiviti bagi wanita yang bekerja," katanya.

FAKTA
Punca masalah pembuangan air kencing

  • Berlaku sumbatan atau kegagalan pundi kencingnya untuk berfungsi dengan baik.

  • Kecederaan ketika kelahiran ataupun disebabkan kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.

  • Otot pelvis yang longgar akibat kehamilan, proses kelahiran dan juga cara kelahiran sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan.

  • Mempunyai bilangan anak yang ramai, gemuk dan menghidap penyakit kronik seperti asma.

  • Pemakanan seperti kerap mengambil kafein, alkohol dan dadah menyumbang risiko seseorang mengalami penyakit ini

  • Unit Kesihatan Pelvis Hospital Ipoh (HI) menyediakan khidmat nasihat (masa rawatan Selasa, Rabu dan Khamis).

    Wednesday, August 1, 2007

    Bulan Ogos...

    Pejam celik, pejam celik...
    Bulan Ogos dah,
    tgk2 ramai member2 yg menyambut hari lahir pd ogos...

    Yus, Nadhrah, Ira, Zue, dsb...

    Semoga semua dipanjangkan umur,
    dimurahkan rezeki dlm Iman...

    DOA ANAK MAKBUL

    Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


    1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


    2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


    3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


    4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


    5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin m! engalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


    6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


    7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


    8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


    9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


    10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


    11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan! belajar menghargai orang lain).


    12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


    13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


    14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


    15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


    16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


    17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


    18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


    19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


    20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

    PUNCA ANAK DERHAKA

    Saban hari kita sering mendengar ramai daripada kita mengeluh...
    Anak2 derhaka kepada ibu bapa... tidak mendengar kata dsb...
    Di sini ada beberapa saranan Rasullullah kpd kita...

    Sabda Rasulullah s.a.w.

    " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

    "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

    "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

    "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...