Monday, May 25, 2015

Tarbiah diri dengan solat

Para ulama telah mengkaji bahawa untuk mentarbiah diri sendiri, sekurang2nya kita perlu menunaikan solat 40 rakaat sehari. Ini kerana dalam solat ada doa untuk diri sendiri spt dlm surah Al-Fatihah dan bacaan di antara dua sujud. Bagaimana kita hendak mdapatkan 40 rakaat sehari. Caranya sgt mudah.
1. Jumlah solat wajib = 17 rakaat (2+4+4+3+4)
2. Jumlah solat ba'liah dan qabliah = 14 rakaat (2+4+2+2+4)
3. Solat hajat = 2 rakaat
4. Solat taubat = 2 rakaat
5. Solat tahajud = 2 rakaat
6. Solat witir = 3 rakaat

Maka jumlah rakaat solat sehari adalah 40 rakaat. Ini baru minimum. Andai ditambah dhuha dan ditambah bilangan rakaat bg solat tahajud dll maka jumlah rakaat akan bertambah. Ma Sha Allah. Sungguh tersusunnya ibadah sehari andai mahu mendidik diri.... semoga Allah bg taufiq untuk kita amal dan sampaikan kpd yg lain.

Friday, May 22, 2015

Doa

Sedikit perkongsian ilmu di pagi tadi di ikim.fm.

  • Orang yang mencari harta dengan cara tidak halal, akan mendapat tiga bala:
    1. Keluarga dan rumah tangganya tidak akan bahagia.
    2. Dia tidak akan mendapat kemanisan beribadah.
    3. Doanya tidak akan dimakbulkan


  • Apabila mendapat sesuatu ilmu yang baharu, terus beramal. Baru kita akan dapat beristiqamah dengan amalan tersebut.

Monday, May 18, 2015

Sedekah

  1. Sedekah tidak mengurangkan harta.
  2. Sedekah umpama pohon yang rantingnya apabila dibuang, makin hidup subur dan semakin banyak daun yang tumbuh.
  3. Sedekah bukan sahaja harta dan duit.
  4. Senyum itu salah satu cabang sedekah.
  5. Memberi nasihat yang baik juga cabang sedekah.
  6. Mengalihkan ranting ke tepi jalan juga sedekah.
  7. Solat dhuha juga satu sedekah. Sedekah ke atas tubuh kita.

Saturday, April 25, 2015

Seminar: Halal and Food Safety

Buat julung kali ke UKM selepas sekian lama... menghadiri seminar Halal dan keselamatan makanan di UKM anjuran PESAMAP.

Dalam seminar ini ada dua tajuk yang dikupas.
  1. Peranan Sains Makanan dalam Penentuan Status Halal.
  2. Kehadiran Virus dalam Makanan
Sedikit perkongsian ilmu yang telah diperolehi dalam seminar ini.

1.  Peranan Sains Makanan dalam Penentuan Status Halal.
  • Pemprosesan bahan makanan bermula dari bahan mentah sehingga ke pengguna.
  • Sebagai seorang ahli Sains Makanan, penentuan status Halal makanan perlu diambil pada keseluruhan rantaian makanan. Bermula dari bahan mentah, pemprosesan makanan, aditif makanan, produk atau bahan mentah (GMO), dan keselamatan dan kualiti makanan.
  • Sebagai contoh, dalam pembuatan roti. Bahan mentah yang digunakan mungkin Halal, tetapi mungkin semasa pemprosesan roti, berus yang digunakan untuk menyapu marjerin atau agen pengilat dari sumber haiwan yang haram. Aditif yang digunakan dalam roti seperti pengemulsi juga perlu dipastikan Halal.  Akhirnya makanan yang dihasilkan juga mesti baik dan memberi manfaat kepada manusia.
2.   Kehadiran Virus dalam Makanan.
  • Kehadiran virus dalam makanan sering diambil remeh dan ringan.
  • Biasanya, apabila seseorang mengalami cirit-birit atau muntah, doktor perubatan akan memberi ubat antibiotik. Antibiotik hanya membunuh bakteria tetapi tidak membunuh virus.
  • Apabila sesuatu kes cirit-birit berlaku, pegawai kesihatan akan mengambil sampel najis untuk diuji.
  • Terdapat banyak kes yang apabila sampel kajian diuji di makmal, jenis bakteria tidak dapat dikesan. Ini bererti kes adalah false negative.
  • Spesis bakteria yang selalu diuji di makmal adalah bakteria seperti E. coli dan Salmonella.
  • Virus yang biasa hadir dalam sampel makanan dikenali sebagai norovirus.
  • Virus norovirus, akan memberi simptom yang sama dengan bakteria tetapi tidak membawa kepada kematian. Virus ini juga dikenali sebagai Norwalk virus dan merupakan sejenis viral gastroenteritis kepada manusia.
  • Untuk mengesan kehadiran virus norovirus, pengesanan menggunakan Tindakbalas Rantaian Polimerase atau PCR, tidak berkesan.
  • Pengesanan virus ini hanya boleh dilakukan dengan tiga cara sahaja iaitu dengan menggunakan:
    • Mikroskop elektron
    • RT-PCR
    • ELISA
  • Perkara yang menarik tentang norovirus adalah virus ini lebih suka menyerang mereka yang berdarah O. Saintis masih mengkaji kenapa virus ini lebih suka kepada darah O.
  • Virus ini juga banyak tersebar dalam suasana dan keadaan tertutup seperti dalam Cruise, hospital, dan kolam mandi.
  • Virus ini juga tidak boleh dikulturkan seperti bakteria.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca.
Bersama pelajar USIM yang turut hadir.
UKM di hati ku...



Monday, April 20, 2015

Kanak-kanak riang dan ceria

Kanak-kanak mmg sentiasa riang dan ceria. Lihatlah gelagat dan karenah mereka. Menghiburkan hati tanpa memikirkan hal kehidupan yang mennti di hadapan mereka.

Gambar diambil pada 19 April 2015.

Sunday, April 19, 2015

Cerita dari Padang, Indonesia

Kali kedua ke UNAND, Padang, Indonesia. Syukur Allah izinkan lagi menjejaki bumi Padang. 

Hari pertama (17 April 2015) di Universitas Andalas, Padang. Kali ini ke sana kerana dilantik sebagai steering committee utk joint postgraduate seminar. Dan pertama kali juga diberi peluang untuk menyampaikan welcome speech.

Hari kedua (18 April 2015): QID Food Seminar di Bukit Tinggi. Dulu masa pertama kali ke Padang, ramai yg menyebut tempat ini sbg tpt membelah belah. Menarik. Rupanya tpt ini mmg tpt bersejarah. Kesan Indonesia telah dijajah Belanda ada di Bukit Tinggi.

Bila berada di negara orang... byk perkara yg dipelajari. Banyak juga keindahan Allah yg boleh dinikmati... Allah itu Maha Kaya. Kita hanya manusia kerdil sahaja.




Saturday, April 11, 2015

Selamat pengantin baru... Nor dan Fazly

Selamat pengantin baru kepada Nor... aku doakan agar kau bahgia hingga ke jannah... semoga persahabatan kita kekal ke syurga...

Nurulasikin Suhadis a.k.a aku kenal di SAMTH... masa form 5 baru sekelas... tp yg best tu sbb masa buat PhD... kami sama2 di UPM... walaupun lain bidang...tp kdg2 terjumpa sekitar Serdang...

Mula2 dpt tahu Nor nk kawin...melalui fb... oklah ingat kt fb je dia jemput... tetiba2 dpt kad kat pej... mmg kena pergi ni...dan niat pun mmg nk gi... syukur Allah izinkn ke majlis Nor hari ni.

Yg seronok bila masa majlis2 mcm ni adalah jumpa kwn2. Almaklumlah... kami ni sek semua perempuan... mmg kecoh kalau jumpa... walaupun aku cuma 2thn bersama...tp kemesraan tetap terjalin...


Monday, April 6, 2015

Gajah

Mama: apasal gajah warna pink?
Qaisarah: biarlah... ada je gajah warna pink dalam cerita cartoon...
Mama hanya tersenyum...

Monday, March 30, 2015

Anak saudara ke-8

Tahniah Hidayah dan Al-Amin atas kelahiran anak sulung mereka. Genap 7 hari pd 28 Mac lepas, nama rasmi sudah diberi:

Nama Rasmi:
AISYAH AL HUMAIRAA' BIMTI MUHAMMAD AL AMIN

Semoga jadi anak yg solehah.

Masukkan Yakin akan kebesaran Allah dalam diri

Dalam sehari mesti dakwahkan sekurangnya 13 kali tentang kebesaran Allah pada makhluk. Mudah2an yakin pada Allah masuk dalam diri... kita berdoalah mudah2an Allah bagi kita hakikat yakin pada kebesaran Allah...

Saturday, March 14, 2015

Sampan origami

Qaisarah addicted to do this sampan origami. I teach her how to do the sampan origami. Since she knows how do this sampan... she can't stop to create it by herself. Funny right.. you can see... from the smallest to the largest sampan...She did this origami while she was watching her favourite channel... She was very excited... 25 sampan...

Saturday, March 7, 2015

Iqra' dan Qalam

Sekadar perkongsian di iki.fm minggu lepas.

Iqra' dan Qalam saling berkait. Sekiranya kita membaca tanpa menulis, ilmu itu tidak akan berkembang. Sebaliknya, jika kita menulis tanpa membaca, ditakuti, ilmu yang ditulis itu sesat. 

Wa Allahu 'Alam.

Thursday, March 5, 2015

Comel

Semalam balik sekolah, tiba-tiba Qaisarah cakap... mama nak cakap sekejap.

Qaisarah: Mama nak cakap sekejap.
Mama: Apa dia?
Qaisarah: Tadi ada kawan Qaisarah lelaki, nama Huzin... cakap Qaisarah comel.

Saya terkedu sekejap. Perasaan bercampur baur. Gembira anak comel, risau juga anak ramai peminat. Baru darjah 1. Lalu secara spontan saya pun jawab.

Mama: Cakap dengan dia, mama saya lagi comel. Orang cakap saya dengan mama macam adik dengan kakak.

Ish... betul ke saya cakap ni????

Wednesday, February 25, 2015

Qaisarah darjah satu


Diam tak diam... Qaisarah dah masuk darjah 1. Rasanya macam baharu sahaja melahirkan Qaisarah. Masa Qaisarah lahir... mama tengah buat PhD. Ramai kawan sekerja yang melahirkan anak semasa buat PhD rupanya.

Sebelum masuk darjah 1... ada ujian LINUS. Ujian ini untuk melihat pelajar yang boleh membaca atau tidak... Syukur selepas ujian... Qaisarah dapat masuk kelas yang terawal. Masa ujian ini...mama tak ikut... papa sahaja yang temankan...

Maka bermulalah episod hari pertama darjah 1 pada 12 Jan 2015. Spt biasa...papa yang temankan. Yg seronoknya... Qaisarah langsung tak bg papa teman naik ke kelas. Rasanya budak zaman skrg ni... keyakinan diri dah tinggi kot... pagi sek keb biasa papa selesaikan semua... ptg pula... mama daftarkan Qaisarah ke KAFAI... mula2 sekolah tu mmg nmpk keletihan diwajah Qaisarah...  mlm mengaji pulak...

Skrg dah masuk bulan Feb. Nmpknya Qaisarah dah boleh menyesuaikan diri dgn alam persekolhan sebenar. Mama pun dah boleh urus masa dan kerja2 rumah dgn kerjaya. Bayangkan dulu.. tak patah gosok baju sekolah... Masa Pra Sekoah t shirt je... isnin dan jumaat je gosok baju. Tp sekarang... baju sek keb dan kafa tpaksa gosok. Semoga anak mama jd anak solehah.


Thursday, January 8, 2015

Nexus Bijak UPSR SCIENCE


Tahun: 2015

Tajuk: Nexus Bijak UPSR SCIENCE

Pengarang: Dr. Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah, Nur Huda Faujan 

ISBN: 978-983-59-7395-6

Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.