Mungkin ada yang dah baca tentang cokolat cadbury. Kalau sesiapa belum baca boleh baca di pautan ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi
Saya tertarik dengan kenyataan ini:
Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut
bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan
Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1
bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi,
"Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate
bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut," katanya dalam satu
kenyataan di sini semalam.
Soalan pertama yang bermain di kepala saya:
Kenapa cokolat yang tanpa kacang bebas dari DNA babi?
Kedua-dua sampel DNA babi yang ditemui hanya dalam cokolat yang ada kacang?
Pandangan saya,
Kemungkinan besar, baja yang digunakan untuk menanam kacang itu mungkin ada unsur DNA babi. Kalau pengemulsi yang digunakan, sekiranya di Malaysia, biasanya akan diambil dari unsur kelapa sawit.
Memang ada kes, yang bahan mentah yang digunakan semuanya halal, tetapi bila diambil samapel dan diuji, ada unsur DNA babi. Bila disiasat, baja yang digunakan untuk bahan mentah ada unusur DNA babi.
Ada juga kes yang bahan mentah dan pemprosesan semua Halal, tetapi rupanya, kilang pemprosesan bahan mentah berdekatan dengan kilang babi.
Wa Allahu 'Alam. Ini hanya pandangan. Siasatan masih dijalankan.
Boleh juga baca di artikel ini:
No comments:
Post a Comment