Tuesday, July 31, 2012

Qaisarah dan Ramadan

Lawaklah Qaisarah, bila bulan Ramadan, banyak lagu/ nasyid kat radio pasal bulan Ramadan. Tiba-tiba boleh dia kata, kat sekolah Qaisarah ada kawan nama Ramadan. Tapi gigi dia rongak. Ingat gigi Qaisarah tak rongak ke apa.

Paling kelakar bila bulan Ramadan dia kata puasa, tapi nak makan. Bila dah habis makan, kata puasa balik. Pandai betul berfikir. Mama kata, eh kata puasa... Qaisarah pun jawab, memanglah. Qaisarah dah buka, nanti qaisarah puasa lah balik... geleng kepala aku. Walaupun baru 4 tahun, tak puasa, sekurang2nya kita cuba terapkan istilah puasa dalam jiwa anak-anak. Tapi doa buka puasa dah hafal. Selalu tgk Upin Ipin, hafallah dia doa buka puasa.





Friday, July 27, 2012

Statistik blog

Tak sangka bila bulan Ramadan tiba, ramai yang cari entry berbuka puasa di Concorde Inn KLIA di blog aku. Makanan di Concorde Inn KLIA semasa buka puasa tahun lepas adalah berkonsepkan makanan melayu. Memang sedap.





Entry





Pageviews
Jun 1, 2012
19
18
16
11
9

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433 H

Salam Ramadan 1433H, semoga Ramadan kali ini akan lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas...Amin.


Monday, July 16, 2012

Fazley juara MasterChef Selebriti yang pertama

Tahniah diucapkan kepada Dato' Fazley yang telah menjadi juara Master Chef Selebriti pertama. Sekaligus memberi dana RM57,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah juga buat angah. Memang kemenangan Dato' Fazley telah dijangkakan sejak awal lagi.


Sumber Gambar: http://www.astro.com.my/masterchef/

Saturday, July 14, 2012

Majlis Makan Malam Fakulti 2012

Sempena dgn majlis makan malam bakal graduan dan majlis perpisahan Prof sbg dekan pada 13 Julai. Ada juga sambutan ulangthn kelahiran Prof. Ini ada sedikit gambar sbg kenangan.





Friday, July 13, 2012

Birthday Qaisarah yang ceria

Ini ada beberapa keping gambar yang cikgu sekolah ambil masa sambutan hari lahir qaisarah kat sekolah PASTI. This is the first time she celebrates her birthday with her friends. 

video

Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Lahir keempat MyQaisarah

Semoga menjadi anak yang solehah dan bijaksana. Pagi tadi ada bawakan kek coklat strawberi dari secret resepi untuk Qaisarah untuk sambut birthday di sekolah. Ada juga sediakan goodies bag utk kawan2 Qaisarah. Dah pesan kat ustazah Qaisarah ambikkan gambar. Nanti ada masa, mama akan ambil kat ustazah.


Monday, July 9, 2012

Farouk terselamat dari penyingkiran

Pada episod ke-26, 9 Julai...Farouk dan Angah telah diuji dalam ujian sajian pantas. Sebelum ini, mereka berlima telah diminta untk menyajikan makanan yang berkonsepkan lagu yang diberi. Memang sgt menarik. Soo Wincci telah menjadi juara ujian sajian misteri dengan sajian konsep rock. Terus-terang aku mmg suka presentation Soo Wincci. Siap drumstick bentuk gitar. Soo Wincci dpt lagu dari sinar mata.


Hidangan Sinar Mata Soo Wincci


Farouk dan Angah terpaksa berentap untuk tpt ke separuh akhir. Farouk telah menyediakan masakan tom yam. Asas masakn tom yam sudah disediakan, dan mereka dikehendaki menyediakan tom yam mengikut cita rasa mereka sendiri.




Ini tom yam Farouk...

Pada mulanya, memang Farouk telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Tapi..tiba2 bila Farouk nak keluar dari pintu besar Master Chef, juri masakan telah memanggil Farouk... Farouk, datang sini kejap. Rupanya, farouk pun dipilih untuk ke separuh akhir final. Tahniah Farouk Hussain. Aku rasa Dato' Fazley dan Juliza yang mungkin akan ke final nanti.

(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Sambutan Hari Lahir

Sambutan hari lahir prof bersama geng-geng yang ceria Tempat aku pun tak tahu nama. Tpt ni aku selalu lalu, tepi kubur jalan Nilai lama-stesen komuter. Tapi tak pernah perasan ada gerai makan, dek terlindung dgn pokok-pokok. Makanan dia mmg sedap. Prof makan sampai 2 pinggan. Selalu dia makan hanya nasi RM0.50.



Saturday, July 7, 2012

Selamat Hari Lahir Prof

Setiap kali 7 Julai, aku akan ingat besday Prof J. Pagi td aku sms dia mengucapkan Selamat Hari Lahir. Mudah2an sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dipjgkan umur dlm imna, diberikan ilmu yg bermanfaat dan rezeki yang berkat.

Dengan rasa gembira (agaknya lah...Wallahu 'alam) Prof menjawab TQ TQ 4 d wishes and doa. I hargai diatas ingatan itu. Paling penting  Prof kata...Esok golf dgn friends. Mmg tak boleh dipisahkan golf.


Friday, July 6, 2012

Jalan-jalan melawat kilang roti

Paling seronok bila jadi pensyarah bila jadi pengiring pelajar. Pertama, sebab semuanya percuma. Kedua, dapat pergi tempat-tempat yang sebelum ini aku tak pernah pergi. Tapi aku akui memang letih sedikit. Yang penting aku seronok dan sangat teruja.

Kali ini, pelajar Gen6 bioteknologi makanan ajak aku pergi lawatan ke kilang roti High5 dan Gardenia di Shah Alam. Sebelum ini, aku pernah juga melawat pelajar latihan industri di kilang roti IKS di Sg Mahang. Kilang roti Maria. Roti ini cuma ada di kawasan Nilai  saja. Pelajar kalau belajar teknologi bakeri, mesti ada bagi pada aku, bila mereka buat roti. Paling seronok, bila melawat kedua-dua kilang roti ini, mereka bagi bekalan roti. Memang puas hati.






Wednesday, July 4, 2012

Macam-macam karenah pelajar bila jawab periksa

Minggu menanda kertas peperiksaan akhir pelajar telah bermula. Kali ini aku dapat juga nota-nota yang ditulis oleh pelajar dalam kertas aku. Paling aku akan ingat...Dr, i answer this question because they have an extra time. (sbb banyak tak boleh jawab dengan baik, soalan aku suruh jawab 3 je daripada 4 soalan). Ada juga yang tulis...i cannot remember the answer. Kadang2 memang rasa nak ketuk juga sbb tulis nota2 macam ni. Biarkan je lah kosong. 





Tuesday, July 3, 2012

Azwan Ali terkeluar Master Chef Selebriti pada episod ke-24

Pada episod ke-24 ujian sajian pantas, telah menyaksikan kumpulan biru telah kalah dalam saingan luar yang bertemakan mengimbau nostalgia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Yang menarik semasa  sajian lepas ada menu tembikai dengan sambal kicap. Baru pertama kali dengar orang makan tembikai dengan sambal kicap. Sambal kicap memang terkenal di negeri Johor dan di kalangan orang Jawa. Kumpulan biru yang dianggotai oleh Dato' Fazley, Azwan Ali dan Soo Wincci terpaksa mengharungi cabaran ujian pantas. Mungkin kerana nasi kandar yang mereka sediakan tidak menepati cara masakan nasi kandar.

Pada pusingan ini, tema masakan adalah mee. Azwan Ali terpaksa meninggalkan dapur master chef selebriti untuk selama. Masakan mee hailam Azwan Ali tidak menepati ciri-ciri hailam. Kali ini masa terkeluar Azwan Ali tak menangis. Selalu bila kawan2 lain keluar dia menangis. Ini adalah kali ketiga Azwan Ali masuk pusingan penyingkiran dengan ketiga2 adalah semasa membuat sajian luar berkumpulan. Cuma kali ini, Azwan ALi bukan sebagai ketua kumpulan. Yang dua lagi Azwan ALi sebagai ketua kumpulan. 

Tahniah Azwan Ali yang telah menyumbangkan dana sebnayak RM6000 kepada Taman Sinar Harapan (JKM).



(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Monday, July 2, 2012

My new niece name

After seven days was born in the world, she was given named as Nur Aimey Thaqifah. We called her Aimey. Her head was balded and her face looked very round. This is her new faces.


Sunday, July 1, 2012

Tomok terkeluar master chef selebriti pada episod ke-22

Pada episod-22 yang disiarkan pd 1 Julai , tomok telah tersingkir setelah 6 kali terselamat pusingan penyingkiran. Tema lempeng yang dibuat oleh Tomok tidak menambat hati juri. Tomok telah menyajikan lempeng sos strawberi dan cokolat. Paling menarik, hidangan Angah. Lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Memang citarasa orang Asia. Farouk dan Tomok menyajikan Lempeng ala-ala Pancake.

 (Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tahniah kepada Tomok yang telah menyumbangkan sebanyak RM 5500 kepada Women’s Aid Organization (WAO).