Saturday, July 31, 2010

Kemuncak Imam Muda Berakhir: Ashraf Juara Imam Muda Musim Pertama


ASYRAF

NAMA PENUH: MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD RIDZUAN
ASAL: Pulau Pinang
UMUR: 26 Tahun
TARIKH LAHIR: 12 Februari 1984
STATUS: Berkahwin
PEKERJAAN: Imam
PENDIDIKAN TERTINGGI: Ijazah Sarjana Muda Usuluddin & Fiqh, Universiti Malaya


Seperti yang aku telah jangkakan ASHRAF bakal juara IMAM MUDA TERUNGGUL telah menjadi kenyataan. Dua finalis memang hebat, malah semua Imam Muda yang masuk program ini memang hebat. Namun, pandangan aku tentang ASHRAF, dia mempunyai personaliti yang menarik untuk didekati masyarakat, mempunyai idea yang bernas, melihat sesuatu aspek dengan meluas, bijak menuturkan kata-kata. HIZBUR juga hebat. semua tetap juara dihati peminat dan rakyat malaysia. Semoga anda semua dapat memikul amanah dan tanggugjawab yang telah di amanah.




Hadiah pemenang Imam Muda.

1. Kereta bernilai lebih RM150,000
2. Pakej menunaikan haji
3. Wang tunai RM20,000
4. Komputer riba Apple Macpro
5. Berpeluang melanjutkan pelajaran di Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi
6. Jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Malam td memang nampak terserlah kematangan Ashraf menjawab soalan dr para juri. Kalau ada undian, semasa segmen tazkirah pilihan aku Ashraf, segmen menghafaz surah Taubah pilihan aku Hizbur dan segmen menguji minda pilihan aku Ashraf. Suara Ashraf memang serak sikit malam tadi. Aku ada rasa berdebar juga takut suara dia serak tiba-tiba. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Berita yang mengejutkan bila malam td diumumkan kesemua pelajar imam muda dapat tajaan biasiswa dari Universiti Madinah.

Ada satu lagi benda yang aku perasan masa persembahan akhir Asmaul Husna malam tadi. Kanak-kanak yang berdiri di sebelah imam-imam muda tu muka dia semua mcm muka imam muda masa kecil2. Agak2nya dia org tu adik beradik atau sanak saudara imam-imam muda kot. Memang kiut betulla dia org buat konsep muka-muka imam2 muda masa kecik. Budak berdiri sebelah imam muda Miril, Nuri, Adib memang sebiji muda.

MAJLIS PEMBUKAAN



Imam muda di Astro Oasis

Berita di dada akhbar:
Utusan Malaysia Online
Berita Harian Online
Kosmo Online
Keluarga kena tempias populariti
mstar Online
GelisahImamMuda


Blog pilihan untuk imam muda:
kepalabergetar.blogspot.com
sweetomoide.blogspot.com
kampungtepus.blogspot.com
azizie.com
mohdnadri.com
www.kakinakl.com

TAZKIRAH ASHRAF



TAZKIRAH HIZBUR




SEGMEN MENGUJI MINDA



SEGMEN MENGAJI



MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH



UCAPAN PEMENANG


No comments: