Tuesday, January 24, 2012

Balik kampung

Cuti CNY thn ni balik kg. Balik JB, tgk anak saudara baru. Nur Fatin Farhana. Dah tiga bulan. Terlupa nak snap gambar dia. Sejak Qaisarah rosakkan kamera masa aidilfitri lalu, aku mmg berhati-hati bila nak ambil gambar. Dia mmg suka tekan2 butang snap kamera. Dua malam balik JB. Hari Khamis baru suami aku kerja. Orang Cina kalau mahu kerja tarikh mesti genap, baru ada Ong.



Saturday, January 21, 2012

Pelajar pra-siswazah seliaan aku

Pagi td mkn2 dgn student tesis yang aku selia. Dia orang belanja breakfast. Bawa Qaisarah yg banyak cakap sampai tak terlayan. Makan ayam goreng je menu Qaisarah.

Selamat Hari Lahir utk sahabat karib aku, Hazila. Semoga pjg umur dan murah rezeki dalam Iman.

Monday, January 16, 2012

Minggu memeriksa segala kerja pelajar

Minggu peperiksaan memang sgt sibuk memeriksa segala kerja pelajar. Dengan kerja kursus, tutorial dan amali. Paling pening bila tengok jawapan kertas peperiksaan pelajar. Macam-macam tulisan dan jawapan.

Pengalaman aku periksa kertas peperiksaan pelajar, yang nak tergelak:
  1. Ada pelajar yang siap tulis doa utk pemeriksa.... cth: Ya Allah, lembutkanlah hati pemeriksa kertas aku ni, utk bg aku A". (Kalau tak tahu jawap, jgnlah tulis merapu mcm ni, usaha dulu, baru doa dan tawakal. Kalau nak doa pun, dlm hati pun cukuplah, ta perlu tulis).
  2. Ada juga tulis nama aku Prof. Dlm hati aku, ini nak perli ke? Ke aku ada gaya Prof? Atau doakan aku cepat dpt Prof. Macam tak logik je.
  3. Paling popular...bila tak tahu jawap, salin balik soalan, atau ambil ayat2 soalan kat depan cantum2. Nak bg penuh lah tu muka surat. Tak payahlah, buat habis dakwat pen je... Kalau tak tahu jawapan, kosongkan je.
Macam-macam perangai pelajar sekarang ni.

Sunday, January 15, 2012

Lee Chong Wei Juara Terbuka Malaysia kali ke-8

Datuk Lee Chong Wei menang untuk kali ke-8 Badminton Terbuka Malaysia. Tahniah diucapkan. Kata Datuk, kali ini dia rasa menang dengan mudah untuk menjuarai perlawanan akhir.

Berita selanjutnya disini...

Sunday, January 8, 2012

Bowling

Dah lama tak main bowling. Hari ini, En suami telah mengajak kami bermain bowling di Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Sebenarnya, perlawanan bowling ini telah dianjurkan oleh kakitangan di tempat kerja suami aku. Agak bersemangat juga lah En suami dan banyak juga markah yang telah diskor olehnya.

Qaisarah memang paling seronok bila kami ajak main bowling. kali pertama jejak kaki tpt main bowling. Sebelum balik, kami main di Kenny Roger. Tapi tidaklah sesedap mana pun. Harga memang mahal.

Sunday, January 1, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Hari ini bermula 1 Jan 2012. Pukul 10pg kami keluar kePasaraya Giant untuk mencari keperluan sekolah Qaisarah. Sebenarnya, kami tak rancang pun untuk menyekolahkan Qaisarah. Tapi, minggu lepas, mak ada tanya, kalau-kalau nak hantar Qaisarah kat sekolah PASTI dekat rumah mak. Fikir punya fikir dan tanya Qaisarah, dia kata, dia nak school. Apa lagi, pagi2 dah ke Giant, cari tudung sekolah, kasut dan stokin.

Maka dapatlah:
  1. sepasang kasut sekolah yang bertali - yg lekat2 dah habis dan tinggal satu pasang je, rezeki Qaisarah
  2. tudung putih - 3 helai
  3. stokin sepeket - 3 pasang
Kemudian, kami membeli-belah utk keperluan bekalan makanan dan minuman sekolah Qaisarah. Antaranya, Susu Dutch Lady Kid, Cocoa Crunch versi bekalan kecil2, biskut tiger peket2 kecil. Papa Qaisarah kat ... Ini baru tadika, dah banyak makanan. Aku bukan apa, memang dah dididik oleh mak aku, suruh dan bawa bekal dlm beg utk ke sekolah.

Selamat menempuhi alam tadika, Qaisarah. Mama dan papa dulu tak sekolah tadika.