Sunday, November 30, 2014

i-inova 2014

Congrate to all winners. Semoga lebih berjaya di masa akan datang. Skinana... Bimzy...dan lain2...

Sunday, November 2, 2014

Malaikat Maut

Semasa dalam perjalanan pulang dari Padang, Indonesia ke airport, ada sedikit ilmu yang aku perolehi dari  pak Novi.

  1. Setiap hari, kita sepatutnya memohon ampun dari Allah sekurang2nya 40 kali sehari. Ini kerana malaikat maut akan lihat senarai untuk cabut nyawa sebanyak 40 kali sehari. 
Mudah2an peingatan untuk kita semua. Wa Allahu Alam.

Wednesday, October 29, 2014

Iman wajib dipelihara sehingga akhir hayat

Antara intipati bayan minggu lepas, pada taklim mingguan.

  1. Syaitan tidak akan mencuri harta kita, tapi akan cuba sedaya upaya untuk curi iman.
  2. Orang Islam yang beriman apabila mati, 5,000 para malaikat akan mengiringi rohnya naik ke langit, dan akan dibukakan untuknya pintu syurga sehingga tercengang selama 40 tahun.
  3. Di alam kubur, orang yang beriman akan diluaskan kuburnya seluas2nya sejauh luas mata memandang. Mereka merasa duduk di alam kubur itu seperti hanya 2 hari sahaja.
  4. Di dunia, manusia banyak nafsu, tapi tak mampu untuk buat semua. Sangat terhad. Tetapi di syurga, orang dalam syurga makan pisang sehingga 200,000 tahun kerana kesdapan pisang itu, sehingga malaikat berkata, "Wahai Pulan si Pulan cuma lihat belakang kamu, rupa2nya kulit pisang dah tinggi gunung".
  5. Doa seorang wanita solehah lebih makbul daripada doa 70 orang wali.
  6. Darjat orang yang sebelum azan sudah berada di sejadah untuk menunggu solat lebih tinggi daripada darjat orang yang atas sejadah selepas azan.

Semoga kita sama2 usaha untuk pelihara iman sehingga akhir hayat. 

Saturday, October 11, 2014

Hafos2014



Syukur hafos 2014 telah berjalan dengan lancar. Byk feedback positif dari peserta dan panel. Walaupun pertama kali buat konsep talk show dan pertama kali juga jadi penasihat.

Terima kasih biotech corp, hdc, cadbury dan panel2. Juga chef joe master chef yg sudi memeriahkan seminar.

Namun yg menjadi harapan aku supaya seminar ini memberikan banyak manfaat daripada mudarat. Amin.

Tuesday, September 23, 2014

Halal Food Seminar USIM 2014

For people who interest to know more about Halal Food, we are going to organize Halal Food Seminar or HaFoS in USIM.



 And this is the team behind the HaFoS program.




Thursday, August 7, 2014

Kek Aidilfitri dan Hari Lahir

Masa 10 Julai lepas, bg kek kat kawan Smart Khalifah je. Sempena sambutan Aidilfitri di Pra-sekolah, cikgu ada minta sumbangan kuih2 raya. Fikir2 bagi kek lah senng. Tp, lawak masa bg, kek dah lompong. Sbb Qaisarah tak sabar2 nak rasa dulu. Ini rupa bentuk kek yg dah lompomg tu dek kerana Qaisarah dah sibuk nak potong. Kiranya sethn sampi dua kali makan kek. Ingat masa 6 Rejab hari tu pun nak beli kek. Tp tak sempat.

Tuesday, July 29, 2014

1 Syawal 1435H = 28 Julai 2014

1 syawal di Gelang Patah. Konsep kami tahun ini, konsep baju pelikat. Warna ungu dan biru.




Tuesday, July 15, 2014

Kenapa ikan patin diberi makan organ babi?

Ini kisahnya, dan kisah ini tak akan habis kalau ada orang bukan Islam buat perkara ini. Kita mesti sedar dan ambil yang halal.


Menjimatkan kos dan mempercepatkan proses pembesaran ikan, dua sebab utama segelintir pengusaha ikan patin memberi makan organ babi kepada ikan ternakan mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Jimatkos_ikancepatbesar/Article

Thursday, July 10, 2014

Happy Birthday Qaisarah 6thn





Sempena birthday Qaisarah ke-6, mama belikan kek, secret recipe. Tp, sbb bulan puasa, kita bagi pd kwn2 ngaji Qaisarah je lah yg dkt Smart Khalifah Kota Seriemas. Tp, Qaisarh pun tak puasa. Lepas balik sekolah, dan sibuk2 nak bg member2 kek. Yg best tu, rupanya birthday Qaisarah sama dgn kwn setaman merangkap jiran sederet dia, Umairah. Tp, umairah 5thn. Semoga jadi anak soleh ye Qaisarah.Rajin2 ngaji. Hujung tahun kena masuk Quran dah. Baca dah pandai.

Saturday, June 28, 2014

Slaughter man

Yesterday, I evaluated for student industrial presentation. One of the terminology that student used to define penyembelih was slaughter man. But, actually this sound is like to sembelih seorang lelaki. I just noticed to the student maybe the right word to use is slaughterer not slaughter man. Yeah!!! After the presentation finish, i try to found the accurate word for penyembelih. The correct word is slaughterer.

Monday, June 23, 2014

Doa dan pengharapan pada Allah

Kanak2 mmg suka tanya kenapa....why? why? and why?
Bila dah remaja dia mencuba, bila dewasa memilih dan berfikir.

Qaisarah, memang suka tanya, kenapa mama? Kdg2 sampai dia tanya, kenapa hari ni panas? Jawapan saya hanya, itu semua kerja Allah. Kalau Allah, nak bagi panas maka panaslah dia. Kalau nak bagi hujan, hujanlah dia. Bukan tak nak bagi dia berfikir, tapi saya cuba didik dia bahawa semua itu dari Allah. Dan kalau nak apa2 minta doa pada Allah.

Pernah suatu hari, dia tanya, gigi papa dah cabut boleh tumbuh tak? saya kata, tak boleh, sebab gigi kekal. Tapi jawapan yang diri beri adalah...tapi kalau kita doa kat Allah boleh tumbuh balik. Saya pun jawab, boleh...Kalau Allah izinkan nak tumbuh.

Ada suatu hari, dekat rumah mak saya, saya terserempak dengan seekor anak ular depan pintu bilik air luar di siang hari. Dalam perjalanan pulang hantar mengaji petang, boleh dia kata dengan saya. "Mama, tadi Qaisarah dah doa, Ya Allah, janganlah bagi ular masuk rumah Ummi (Ummi ni panggilan utk nenek dia, iaitu mak saya). Bagilah dia duduk jauh2".

Ada lagi satu kisah. Suatu hari dia terserempak dengan ahli bomba di pejabat saya, sebab ada pelajar yg terperangkap dalam lif. Maka, setiap kali dia datang ke pejabat saya, dia mesti nak naik tangga. Lalu, saya ajar dia, kita naik lif baca doa, dan tawakal pada Allah. Lalu, setiap kali dia naik lif, macam2 doa dia baca. Sebenarnya, termasuk saya juga, setiap kali naik lif, sekurangnya baca Bismillahi Tawakaltu 'Ala All

Kalau saya tersilap cakap pun, Qaisarah akan ulang balik apa saya cakap. Contohnya, kalau saya kata, mama takutlah dengan kucing. Nanti Qaisarah akan kata, takut dengan Allah je. Saya pun ubah skrip...eh, mama bukan takut, mama geli. Soalan lain akan timbul, kenapa mama geli? Bulu2 dia tu.

Saya cuba didik anak supaya takut pada Allah, bukan pada makhluk. Kdg2 ada nak tergelak bila macam tak logik. Tapi mmg betul, segalanya tak mustahil dgn izin Allah. Contohnya, macam cerita gigi kekal nak tumbuh balik.


Mudah2an kita semua didik diri supaya mengharap seratus peratus pada Allah.

Saturday, June 7, 2014

Mungkinkah....Hanya Allah yang Maha Mengetahui

Isu cokolat cadbury walaupun halal, ada ramai pengguna masih was-was. Mungkinkah ini satu konspirasi atau kebetulan? Mungkin boleh baca di pautan ini. Hanya Allah saja yang tahu, dan siapa di pihak yang benar pasti suatu hari kebenaran akan terbukti. Yang siapa pihak yang salah, juga pasti suatu hari kebenaran akan terbukti. Wa Allah 'Alam.

Friday, June 6, 2014

Jawapan Qaisarah

Dua hari lepas, saya ke klinik kesihatan untuk buat pemeriksaan rutin Qaisarah. Siapa yang biasa dengan klinik kerajaan mesti buat pemeriksaan untuk anak sehingga darjah satu. Kali ini merupakan jadual terakhir sebelum masuk darjah satu. Lepas ini dah tak ada pemeriksaan, dan akan disambung ke darjah satu.

Berat Qaisarah 27kg. Tapi BMI kira normal BMI=19. Tapi bila jururawat tanya, akak suka makan apa? Qaisarah boleh jawab, saya suka makan semua yang sedap....hahahahah. Memang badan pun sedap juga lah tembam2. Anyway, Qaisarah...tahun ni kena belajar puasa dah ye. Dah masuk 6thn kalau mengikut bulan Islam.

Wednesday, June 4, 2014

Cokolat Cadbury Halal dimakan

Keputusan ujian DNA babi pada cokolat Cadbury nyata kesilapan KKM. Seandai pengguna masih ragu2 jangan makan, tapi kalau yakin makan. Sebenarnya banyak lagi isu, halal-haram dalam rantaian makanan.   

Boleh baca di pautan-pautan berikut:
Kementerian Kesihatan akui silap
Cadbury: Jakim sahkan bebas DNA babi
Coklat Cadbury Halal - Majlis Fatwa Kebangsaan

Tuesday, May 27, 2014

Genap 7 tahun

Rupanya tanggal 11 May 2014, genap 7 tahun blog ini dilahirkan dan beroperasi . Semoga apa yang ditulis akan memberi manfaat kepada pembaca. Saya sekadar berkongsi cerita apa yang saya tahu berdasarkan pengalaman, pengamatan dan ilmu yang sedikit.

Rintitan berita cokolat cadbury

Di Harian Metro, saya tertarik dengan kenyataan ini:


" Selain itu, Dr Subramaniam berkata, siasatan awal kementerian mendapati kehadiran DNA babi dalam dua produk coklat berkenaan mungkin berlaku akibat pencemaran di sepanjang rantaian pembuatan produk berkenaan".

Saya setuju. Macam pandangan saya yang lalu.

Mungkin juga kacang itu telah diklon atau mengalami proses GMO dan kemungkinan gen boleh juga diambil dari sumber yang tidak halal. Mungkin hormon atau baja atau antibiotik.

Cuma apa yang saya harapkan jangan pengguna terlalu melulu menuduh syarikat ini dengan sengaja menambah bahan yang tidak halal. Isu halal-haram memang sangat kompleks. Bukan sahaja sumber makanan, tetapi kosmetik dan macam2 lagi. 

Dan saya juga tidak memihak mana2 pihak. Cuma sebagai pandangan sebagai seorang yang ada sedikit ilmu tentang sains makanan. 

Artikel penuh boleh baca di sini.

Boleh juga baca artikel di berita harian online di sini.


Wa Allahu 'Alam.

Sunday, May 25, 2014

Cokolat Cadbury dikesan DNA Babi

Salam,

Mungkin ada yang dah baca tentang cokolat cadbury. Kalau sesiapa belum baca boleh baca di pautan ini. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140525/dn_07/Coklat-Cadbury-dikesan-DNA-babi


Saya tertarik dengan kenyataan ini:

Keputusan analisis mendapati sampel Cadbury Dairy Milk Hazelnut bernombor kelompok 200813M01H I2 bertarikh luput 13 November 2014 dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond dengan nombor kelompok 221013N01R I1 bertarikh luput 15 Januari 2015 dikesan mengandungi DNA babi, 

"Satu lagi sampel coklat iaitu Cadbury Dairy Milk Chocolate bagaimanapun tidak dikesan mengandungi DNA tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Soalan pertama yang bermain di kepala saya:

Kenapa cokolat yang tanpa kacang bebas dari DNA babi?
Kedua-dua sampel DNA babi yang ditemui hanya dalam cokolat yang ada kacang?

Pandangan saya,

Kemungkinan besar, baja yang digunakan untuk menanam kacang itu mungkin ada unsur DNA babi. Kalau pengemulsi yang digunakan, sekiranya di Malaysia, biasanya akan diambil dari unsur kelapa sawit.

Memang ada kes, yang bahan mentah yang digunakan semuanya halal, tetapi bila diambil samapel dan diuji, ada unsur DNA babi. Bila disiasat, baja yang digunakan untuk bahan mentah ada unusur DNA babi.

Ada juga kes yang bahan mentah dan pemprosesan semua Halal, tetapi rupanya, kilang pemprosesan bahan mentah berdekatan dengan kilang babi.

Wa Allahu 'Alam. Ini hanya pandangan. Siasatan masih dijalankan. 

Boleh juga baca di artikel ini:

Tuesday, May 6, 2014

Smart Khalifah KPC

Last Saturday, on 3rd May, I attended Khalifah Parenting Course organized by Dzul Iman Smart Khalifah. Actually, this is the last session for the course for this year. 

Byk sgt aral, setiap minggu ada je event. But, this time mmg nekad je. Pergi sorang2, syukur semua ni selamat.

Just want to share something that I felt valuable.

  1. Treat your child as a Khalifah Allah. Tanamkan dalam diri kita hidup di atas muka bumi sebagai Khalifah. I agree with this. Dalam prinsip dakwah tabligh pun ditekankan Yakin pada Allah. Masukkan semua kebesaran Allah dalam hati. Macamana nak dapat yakin Allah?
    • Gunakan pancaindera kita seperti mata, dan telinga dengan melihat langit dan berkata...Subhana Allah, cantiknya langit ini dan tak runtuh pun tanpa tiang, Telinga dengan mendengar perkataan yang baik dan dengar semua perkara yang membesarkan Allah.  Bila kita sering bercakap tentang kebesaran Allah, barulah yakin pada Allah masuk dalam jiwa dan hati. dan akan rasa semua yang berlaku atas takdir Allah.
    • Treat your children by saying "Allah is Watching", "Allah is Lessoning." Dalam dakwah, selalu akan dipesan, didik anak supaya takut Allah, bukan takut manusia. Bila takut Allah, bila kita tak ada pun, dia akan ikut perintah Allah.
  2. Pilih untuk jadi baik. Semua orang boleh memilih utk jadi baik atau sebaliknya. Manusia yang memilih. Setiap saat manusia boleh berubah either closer to Allah or closer to Syaitan. Mmg pun, umat nabi Muhammad ini imannya sgt lemah, dan iman orang awam ni, turun naik. Usahakan utk tingkatkan Iman. Perbaharui iman dengan ucap banyak2 La Ila Ha Illa Allah.
  3. Bantu orang lain untuk jadi baik.  Sebenarnya kita tak boleh paksa orang jadi baik. Cuma boleh bantu orang jadi baik. Dalam konsep dakwah, yang paling penting doa yang baik2 utk orang agar jadi baik supaya dapat hidayah dari Allah.  Dan, doakan seluruh alam agar dapat Hidayah Allah. Asbab doa, orang boleh berubah jadi baik.
  4. Sama-sama untuk jadi baik. Sbb maklamat utama kita untuk masuk syurga sama2. Di syurga kita nak jumpa semua org yg kita sayang di dunia. Nabi Muhammad sampai akhir hayat ingat umatnya sehingga kat pintu syurga pun dia tunggu. Mana lagi umat aku? 
For me, this course is valuable, and boleh apply gak utk sebagai guru2, dan pendidik. Daripada guru tadika sehingga mengajar orang berumur. Dalam 6 pesanan wanita yang biasa dibincangkan dalam dakwah pun, salah satunya adalah didik anak cara sunnah. Tujuh thn pertama 'bergurau senda atau main bersama', tujuh thn kedua 'disiplinkan mereka', dan tujuh thn ketiga 'jadikan mereka sebagai kawan'.
Wa Allahu 'Alam. 

Monday, April 14, 2014

Doa senjata orang Islam

Sekadar perkongsian di ikim tadi.

Zaman dahulu, masyarakat saling mendoakan sesama manusia. Ibu mendoakan untuk anak, anak mendoakan ibu, suami mendoakan isteri, isteri mendoakan suami, pemimpin mendoakan rakyat, rakyat mendoakan pemimpin...sehinggakan tok mudim pun mendoakan orang yang hendak dikhatan dengan berdoa, "Ya, Allah. Engkau peliharalah insan ini daripada zina". 

Apa yang berlaku sekarang, adalah memaki hamun sesama sendiri, bukan lagi doa. Maka, sentiasalah berdoa mohon kepada Allah, untuk keharmonian hidup.

Wa Allahu 'Alam.

Tuesday, April 1, 2014

Sifat Ikhlas

Untuk renungan,
Sifat ikhlas diumpamakan seperti seekor semut yang berjalan di atas batu hitam pada malam hari.

Untuk mendapat sifat ikhlas, para ulama mengatakan bahawa, periksa amalan atau perbuatan di permulaan, pertengahan, dan pengakhiran. Jika ada terdetik sifat riak, malas dan sebagainya, banyak2kan istifar. Syaitan tidak akan mencuri harta benda manusia, tetapi sering mencari peluang untuk mencuri keikhlasan dalam beramal.

Sentiasa berdoa kepada Allah agar diberikan hakikat ikhlas dalam beramal. Wa Allahu 'Alam.

Sunday, March 9, 2014

Madu campur lemon

Baru2 ini ada seorang kawan mengajar aku buat air madu campur lemon. Aku cuba kat rumah. Memang sgt sedap. Lagi2 kalau amdu tu madu tualang. Tak pasal2 suami kata ada menu air baru kat rumah.

Kawan kata boleh turunkan kolesterol dan ubat sakit tekak. Yang aku perasan mmg tekak aku ni kurang dah sakit. Mudah2an semakin pulih dengan izin Allah.

Lantas pagi ini aku cari di web2 yg menceritakan khasiat madu dgn lemon. Antaranya kata:
1) Boleh buat masker - tapi yang ini jgn campur dgn air.
2) Menurunkan berat badan
3) Melancarkan sistem pencernaan
4) Mencegah batu karang
5) Melegakan sakit tekak
6) Mencegah kanser usus


Resepi aku:

1) Madu, kalau madu tualang memang sedap
2) Perahkan lemon
3) Masukkan air biasa (jgn air suam)

Nak sedap letak sikit air sejuk...Cuba, jgn tak cuba.  hahahah


Wa Allahu 'Alam

Tuesday, March 4, 2014

Cerita2 pasal Qaisarah

Qaisarah makin cerdik dan bijak kdg2 lawak jugak dia borak dgn kawan2 atau soalan2 yang logik lagi saintifik.

Situasi 1 dengan kawan.

Suatu ptg, Qaisarah main basikal dgn 2 org kawan. 
Kawan 1: Basikal aku handle dah terkoyak.
Kawan 2: Basikal saya handle ok tak terkoyak.
Qaisarah: Yelah yang ini basikal murah (sambil tunjuk handle dah terkoyak), yang ini basikal mahal, mestilah tahan.

Dalam hati saya tergelak.

Situasi 2 dengan kawan.

Suatu ptg pada pukul 5 ptg. 
Kawan 1: Qaisarah, jom main taman.
Qaisarah: Main pukul 6, kena solat dulu. 4 rakaat je.
Kawan 1: Mana ada 5 rakaat.
Qaisarah: Solat 5 waktu, mana ada 5 rakaat.

Dalam hati, pandai jugak dia bezakan rakaat dan waktu, tapi tersenyum sendiri.


Situasi 3 dengan kawan

Suatu ptg, sebelum main.
Qaisarah: Dah solat belum? Nak main kena solat dulu. Kita dah solat.
Kawan 1: Kita tak belajar lg macamana nak solat.
Qaisarah: Belilah buku solat.

Pandai pulak dia cadangkan kat kawan dia. Kat rumah mmg ada bulu solat kanak2, tp dia tgk2 je...

Soalan2 logik dan saintifik.

Soalan 1:

Qaisarah: Mama, muslimin tu lelaki ke perempuan?
Mama   : Muslimin tu lelaki, muslimat tu perempuan.

Nasib mama pandai sikit bahasa arab. Boleh pulak dia fikir muslimin tu lelaki ke perempuan.


Soalan 2:

Qaisarah: Mama kalau kita solat dhuha, maknanya ada 6 waktulah.
Mama terus tergelak.

Qaisarah: Kenapa mama gelak?
Mama   : Solat dhuha tu sunat je, nak buat boleh, tak nak buat boleh. Yang wajib soalt 5 waktu je.

Kadang terfikir juga pandai jugak dia mengira.


Semoga Qaisarah jadi anak yang solah dan beriman.



Ini muka Qaisarah di Smart Khalifah semasa sambutan Maulidur Rasul pada 30 Jan 2014. Syukur dgn izin Allah dpt juga dia sertai perarakan majlis ini.

Wednesday, February 12, 2014

Khasiat buah berangan


Balik dari Jerantut, singgah Genting Sempah makan buah berangan. Makan buah berangan aku rasa kenyang. Semalm buah berangan tu ada lagi kat rumah mak. Aku pun makan. Maka, aku hari ni teringat nak google apa khasiat buah berangan. Dalam Bahasa Inggeris, disebut chestnut.

Rupanya buah berangan ni adalah satu2nya jenis kacang yang tinggi vitamin C, dan karbohidrat. Ada jugak ferum dan vitamin B-6

Boleh jugak tgk link kat bawah ini:

Khasiat berangan
Nilai Pemakanan Buah Berangan
Why Chestnuts

Tuesday, February 11, 2014

Cara terbaik minum madu

Kat rumah ada banyak madu. Suami pulak, beli dua jenis madu yang berbeza, madu tualang dan madu royal jelly.

Di sini ada cara2 makan madu secara berkesan, boleh baca. Antara blog yang aku rasa berguna untuk pengamal minum madu.

Madu lebah
Khasiat madu tualang dan pantang larangnya
Khasiat madu
Lapan cara mudah dapat khasiat madu

Semoga dapayt manfaat, Wa Allahu 'Alam.

Sunday, February 9, 2014

Selamat Pengantin Baru AL-AMIN-HIDAYAH

Kali ini kenduri kat Jerantut pulak. Kuarters kediaman PDRM Jerantut. Ramai polis datang. Ringkas tapi meriah... Tahniah...



Friday, January 31, 2014

Darjat bagi orang yang bersabar

Sedikit perkongsian semasa majlis taklim minggu lepas.

Orang yang bersabar Allah akan tinggikan darjatnya. Dan, sabar ada tiga peringkat, iaitu:
  1. Sabar akan muhibah atau ujian yang Allah berikan. Allah akan kurniakan kepadanya 300 darjat.
  2. Sabar dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Allah akan kurniakan kepadanya 600 darjat.
  3. Sabar dalam menahan dari melakukan maksiat yang ada di sekelilingnya. Allah akan kurniakan kepadanya 900 darjat.
" Barangsiapa bersabar atas berlaku musibah terhadap dirinya, maka ditulislah baginya tiga ratus darjat yang jarak antara tiap-tiap dua darjat adalah seperti jarak antara langit dan bumi. Dan barangsiapa sabar untuk melakukan ketaatan, maka ditulislah baginya enam ratus darjat yang jaraknya antara dua darjat adalah seperti jarak antara batas bumi yang teratas dan hujung bumi yang tujuh. Dan barangsiapa sabar untuk tidak melakukan kemaksiatan, maka ditulislah baginya sembilan ratus darjat, yang jaraknya antara tiap-tiap dua darjat seperti jarak antara “Arasy sampai ke bumi." (Maksud hadith)

Sunday, January 26, 2014

Selamat pengantin baru Hidayah_Al-Amin

Selamat pengantin baru unyuk adikku, semoga bahagia hingga akhir hayat dalam mawaddah dan rahmah.


Wednesday, January 22, 2014

Koleksi doa harian

Dalam mencari pelbagi doa harian, terjumpa blog yang mengandungi banyak doa dan sgt berfaedah. Semoga dapat manfaat daripadanya.

Sunday, January 5, 2014

Jadual Padat Qaisarah

Masuk tahun baru, persekolahan sessi baru bermula. Tahun ini, jadual persekolahan Qaisarah memang padat walaupun hanya sekolah di Pra-Sekolah. Qaisarah baru 6 thn. Sebenarnya, 5thn setengah belum 6 tahun lagi.  Seawal pg pukul 0615am dah kena bgn. Bertolak ke sekolah pukul 0655am, jarak perjalanan dari rumah ke sekolah ambil masa 15minit. Pra-sekolah mula pukul 0720am. Habis pukul 1130am. Tghari mama Qaisarah ambil Qaisarah kat rumah Ummi, utk hantar Qaisarah ngaji di Smart Khalifah. Belajar Qiraati dan baca e-Extra. Pukul 0600pm, mama ambil. Malam pulak lepas makan dan solat, ngaji lagi samapi 0900mlm. 

Semoga jadi anak yang solehah ye anak mama Qaisarah.