Sihat: Kencing tidak terkawal boleh jejas kualiti hidup
Penghidap perlu dapatkan rawatan, tidak harus anggap masalah normal kesan kehamilan, kelahiran
PERANGKAAN daripada negara maju menunjukkan bahawa satu daripada empat wanita mengalami masalah pembuangan air kencing tidak terkawal atau inkontinens. Walaupun tiada kajian khusus di Malaysia, dijangka lebih daripada sejuta masyarakat negara ini menderita masalah yang sama.
Malah, masalah rahim dan pengawalan air kencing adalah penyakit kronik yang paling utama di kalangan wanita, iaitu sebanyak 35 peratus mengalami masalah ini diikuti penyakit darah tinggi (25 peratus), kemurungan (20 peratus) dan kencing manis (lapan peratus).
Apa yang menyedihkan, kebanyakan daripada mereka ini tidak mendapat rawatan yang sepatutnya kerana menganggap masalah ini adalah sesuatu yang normal kesan daripada proses kehamilan dan kelahiran serta sebahagian daripada proses penuaan yang harus diterima apabila umur meningkat.
Walaupun tidak memudaratkan atau membawa kepada kematian, masalah ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Malah hal ini juga memberikan tekanan fizikal dan emosi bukan saja kepada diri sendiri, bahkan pasangan mereka turut terkena tempiasnya.
Menyedari akan pentingnya pendedahan penyakit ini kepada orang ramai, Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dengan kerjasama Jabatan Fisioterapi, Hospital Ipoh (HI) mengadakan satu forum yang dikenali sebagai Forum Awam Masalah Rahim dan Kencing di Kalangan Wanita bertempat di HI, Ipoh baru-baru ini.
Forum berkenaan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah rahim dan kencing di kalangan wanita yang selama ini menganggap penyakit itu sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.
Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi HI, Dr Aruku Naidu, berkata kebanyakan wanita enggan menjalani pemeriksaan dan menganggap apa yang mereka hadapi adalah sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.
"Wanita yang kencing lebih daripada 10 kali dalam sehari dan lebih daripada dua kali pada waktu malam sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
"Tanda lain yang dialami oleh seseorang yang mengalami masalah ini apabila seseorang wanita itu tidak mampu mengawal pundi kencingnya sehinggakan terpaksa bergegas ke tandas selepas berlaku kebocoran pada pundi kencing apabila batuk, bersin dan ketawa serta bersenam," katanya.
Forum itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir, Pengarah Hl, Dr Tan Poey Chin, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hl, Dr Mukudan Krishnan dan Ketua Jabatan Fisioterapi, Siti Fatimah Muhamad.
Masalah rahim dan pengawalan air kecil boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu 'stress incontinence', 'overactive bladder/urge incontinence', 'overflow incontinence' dan 'functional incontinence'.
Bagaimanapun, ada juga pesakit yang mengalami 'stress incontinence' dan 'overactive bladder/urge incontinence' pada masa yang sama yang dikenali sebagai ‘mixed incontinence’.
Dr Aruku berkata, kategori pertama, iaitu 'stress incontinence' terjadi apabila seseorang wanita kerap melahirkan anak, pembedahan, batuk yang kronik dan juga apabila seseorang itu menopaus.
Katanya, seseorang wanita mungkin mengalami 'overactive bladder/urge incontinence' apabila kerap membuang air kecil dan tidak mampu mengawal pundi kencing sehinggakan ada antaranya tidak sempat untuk membuka seluar.
Kategori 'overflow incontinence' pula berlaku apabila pundi kencingnya terlalu penuh kerana berlakunya sumbatan atau kegagalan pundi kencingnya untuk berfungsi dengan baik.
'Functional incontinence' adalah kategori yang berlaku disebabkan kecederaan ketika kelahiran ataupun disebabkan kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.
Berdasarkan kajian kes, 'stress incontinence' mencatatkan jumlah peratusan yang tertinggi, iaitu antara 30 dan 60 peratus berbanding dengan tiga kategori yang lain.
Bagi kategori 'stress incontinence', masalah itu disebabkan otot pelvis yang longgar akibat kehamilan, proses kelahiran dan juga cara kelahiran sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan.
Selepas bersalin, risiko seseorang wanita untuk mengalami masalah ini adalah 24.6 peratus bagi satu kelahiran secara normal; lima hingga 11 peratus bagi satu kelahiran melalui pembedahan dan 35 peratus bagi wanita yang bersalin secara pembedahan sebanyak tiga kali.
Antara risiko lain masalah ini adalah mempunyai bilangan anak yang ramai, gemuk dan menghidap penyakit kronik seperti asma.
Penjagaan kesihatan diri amat penting untuk menghindari penyakit ini antaranya seperti mengurangkan berat badan, tidak merokok, tidak menjalani senaman yang berlebihan, elakkan sembelit, minum air yang secukupnya, elakkan minum dua jam sebelum tidur serta hindari tabiat 'just in case'.
Dr Aruku berkata, semua wanita mempunyai risiko untuk mengalami masalah pembuangan air kecil walaupun mereka tidak pernah melahirkan anak.
Oleh itu, katanya, wanita harus membuang perasaan malu dalam diri mereka seandainya berasakan diri mengalami gejala yang dinyatakan.
Sementara itu, Siti Salmah ketika berucap merasmikan forum itu, berkata, kesungguhan dan keprihatinan Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HI mengadakan forum itu tepat pada masanya.
Beliau berkata, kesedaran masyarakat dalam merawat penyakit itu masih rendah sehinggakan mereka tidak tampil untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.
Katanya, pihak hospital dan pengamal perubatan juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada orang ramai bagi memastikan kadar kejayaan rawatan yang diberikan kepada pesakit sentiasa meningkat.
Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai doktor pakar terutama di kalangan wanita dapat dilatih bagi merawat penyakit itu.
"Ramai wanita menganggap penyakit ini sesuatu yang amat memalukan sehingga menghalang mereka untuk membincangkan apa yang dialami dengan doktor terutama lelaki sehinggakan mereka lebih rela hidup ‘sengsara dalam kesunyian’.
"Jika masalah ini dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, ia sudah semestinya akan mengganggu ketrampilan seseorang wanita dalam mengurus rumah tangga dan mengurangkan produktiviti bagi wanita yang bekerja," katanya.
FAKTA
Punca masalah pembuangan air kencing

Unit Kesihatan Pelvis Hospital Ipoh (HI) menyediakan khidmat nasihat (masa rawatan Selasa, Rabu dan Khamis).
No comments:
Post a Comment