Friday, December 28, 2007

Diambil dari Utusan Malaysia 28 Dis 2007.

Sekadar berkongsi Ilmu

Risiko kanser dari tenusu


PEMBERIAN susu lembu dan hasil tenusu yang terlalu banyak didapati meningkatkan risiko kanser usus kepada kanak-kanak.

Kumpulan penyelidik dari Universiti Queensland, Australia mendapati kanak-kanak yang minum dua cawan susu setiap hari menghadapai sehingga tiga kali ganda risiko menghidap kanser usus apabila dewasa kelak.


Kajian dari 1948 hingga 2005 itu mengambil kira pengambilan hasil tenusu yang 94 peratus daripadanya datang daripada meminum susu lembu.


Rumusan ini juga dibuat selepas penyelidik menolak kebarangkalian kesan sampingan daripada makanan lain seperti daging, buah-buahan dan sayur-sayuran serta taraf sosioekonomi keluarga pesakit dalam kajian tersebut.


Kumpulan penyelidik itu bagaimanapun mencadangkan kajian lebih mendalam ke dalam cara hidup pesakit sebelum kesimpulan muktamad dibuat terhadap pengambilan hasil tenusu.


Jadual kerja fleksibel pekerja sihat


SEDIKIT kelonggaran dalam jadual kerja dapat melahirkan golongan pekerja yang lebih sihat, produktif dan mengurangkan tanggungan kos rawatan bagi majikan.

Sekumpulan penyelidik dari Sekolah Perubatan Universiti Wake Forest, Carolina Utara Amerika Syarikat mendapati pekerja yang tidak dikongkong jadual kerja ketat dapat mengamalkan senaman secara berkala dan berehat dengan secukupnya.


Lebih 3,200 pekerja sebuah syarikat farmasi ternama yang dinilai menunjukkan amalan cara hidup lebih sihat hasil pengurusan masa yang lebih baik dan fleksibel.


Pekerja-pekerja berkenaan diberikan pilihan untuk mengatur sendiri waktu kerja mereka mengikut keperluan syarikat termasuk bekerja dari rumah, berkongsi tugas atau menentukan waktu kerja sendiri.


Mereka bukan sahaja merasakan lebih bebas dalam jadual bekerja malahan dapat menyelitkan aktiviti senaman dengan jadual yang tidak terlalu ketat.


Kumpulan penyelidik itu juga merumuskan jadual yang terlalu sibuk dapat menggalakkan pengambilan makanan segera daripada makanan sihat bagi mengejar masa serta mengurangkan aktiviti senaman akibat terlalu letih bekerja.


Berjalan lebih berfaedah


AKTIVITI berjalan kaki terbukti meninggalkan kesan positif kepada kesihatan badan walaupun tanpa mengubah tabiat pemakanan seseorang.

Penyelidikan klinikal di Pusat Perubatan Universiti Duke, Amerika Syarikat menunjukkan aktiviti berjalan selama 30 minit untuk enam hari seminggu turut mengurangkan risiko sindrom metabolik yang dikaitkan dengan masalah obesiti dan kurang aktiviti fizikal.


Kajian terbaru itu mendapati penurunan mendadak masalah kesihatan seperti darah tinggi, kandungan gula darah yang tinggi dan perut buncit dengan hanya berjalan kaki sekitar kawasan rumah selepas makan malam.


Tahap kesihatan kumpulan sukarelawan kajian itu juga semakin bagus sehingga hampir menyamai tahap kesihatan individu yang mengamalkan aktiviti berjoging hampir 30 kilometer seminggu.


Selain itu, kajian berkenaan turut membuktikan aktiviti fizikal ringan setiap hari secara berterusan lebih baik daripada mengamalkan aktiviti fizikal berat hanya beberapa kali dalam satu minggu.


Penyelidik turut merumuskan penurunan berat badan hampir 10 kilogram dan pengurang ukur lilit pinggang sehingga 10 inci (25.4 sentimeter) boleh dicapai tanpa perubahan kepada cara hidup selepas 10 tahun dengan hanya riadah berjalan kaki untuk tempoh singkat setiap hari.


Penurunan ukur lilit pinggang dan berat badan ini pula akan lebih cepat dicapai dengan memperbanyakkan aktiviti berjalan kaki daripada menaiki kenderaan serta mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat.

Thursday, December 20, 2007

salam aidiladha

salam aidiladha kepada semua yang mengenali diri ini

Tuesday, December 18, 2007

happy birthday Hana

Tetiba aku teringat yg hari ini merupakan hari ulangtahun adik ku, Hana. Terus aku menghantar sms mengucapkan Selamat Hari Lahir kepadanya. Tidak sampai 5 min, tel berdering. La.. apsal tiba2 dia tel pulak. Rupanya dia telah mendapat panggilan percuma selama seminggu sempena birthday dalam senarai 8pax nya. Bulan lepas, aku pun ada dapat..... Terima Kasih CELCOM!

Mimpi atau Realiti

Betul ke bunyi tel tgh malam ni. Jam di hand phone menunjukkan lebih kurang pukul 01:34 pagi. Isk..betul! bunyi hand phone. Bunyi yang kedengaran datangnya dari hphone suami ku. Aku teringat seketika sekitar Mac 2006, bunyi telefon kedengaran di waktu2 begini. Adik ipar ku menelefon mengatakan abah mentua ku ketika itu dimasukkan ke hospital kerana sesak nafas. Sejurus selepas itu, selepas subuh kami bergegas ke kg dan melawat abah di hospital. Abah ketika itu sudah tidak sedarkan diri. Dua hari selepas itu, abah telah kembali ke Rahmatullah...semoga dicucuri rahmat.

Setelah ku amati, panggilan tadi...rupa2nya suamiku telah mendapat panggilan dari seorang kawan. Panggilan dibuat dari Switzerland. Laaaaaa! kawan lama rupanya, sejak di bangku sekolah rendah semasa sama2 menetap di Singapura. Rupanya mereka dipertemukan di www.facebook.com Memang teknologi kini, impian pasti menjadi realiti.... Lega rasanya....ingat ada panggilan kecemasan. Di Switzerland pukul 6.30 ptg. Patutla.....

Sunday, December 16, 2007

Today entry

10.30 am: Wrap a wedding present for my friend.
11.45 am: Go to SS14, Subang Jaya - A friend sister and brother wedding.
13.15 pm: Rush to Rantau Panjang, Klang - My ex-samth friend wedding.
( My husband said, "Jauh tu nak pergi Rantau Panjang, Kelantan". I just reply "Tak sampai sejam pun Rantau Panjang, Kelantan ni"). If you all want to know, Klang also got Rantau Panjang.
14.45 pm: Going back to our house.
15.50 pm: Arrive to our home....

In the evening,
8.00 pm: Make a chicken chop menu and satay goreng...
9.00 pm: Four of my siblings visit us.

Tuesday, December 11, 2007

Cuti UMUM - SELANGOR

Hari ini, merupakan cuti umum sempena hari ulangtahun kelahiran Sultan Selangor. Sekadar duduk di rumah, mengisi slot ulangkaji dan memasak untuk suami tercinta. Bila kepala kurang memikirkan hal2 study... menu masakan memang sedap2 belaka. Menu hari ini, ayam masak rendang dan sup ikan kerisi... memang menyelerakan sungguh!!! Tetapi bila kepala memikirkan hal2 study... apa lagi... "makan menu kat kedai je lah". Itulah dia wanita bekerjaya dan berpendidikan masa kini.... Yang penting, tingkatkan prestasi...jauhkan kontroversi...

Selamat UlangTahun ke-28 kepada sahabat ku semenjak sekolah rendah lagi... NURSUHAILA ABDUL SUKUR serta kembarnya.... Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki dlm Iman

Sunday, December 9, 2007

Kenduri Kawin - Episod 1/ dis 2007

Sebenarnya, hari ini aku diundang ke majlis perkahwinan 2 org adik kepada kawan aku. Seorg NSAS dan seorg lagi MHHM. Apa yang bakal hendak ku ceritakan di sini ialah, adik MHHM sebenarnya akan melangsungkan perkahwinan dgn adik kepada kawan aku juga ketika aku di sekolah menengah dulu...

Walaupun, ketika di sekolah menengah dulu, dia merupakan seorg senior sebilik aku, aku kenal dgn nama ibu bapa dan tpt lokasi yg tertera di kad undangan. Aku telah mengesahkannya 2 minggu lepas dgn berbalas SMS. Ternyata mmg benar. Kecil dunia ini. Seingat aku, aku sudah "lost contact" dgn senior aku sejak 1993 lagi. Sekitar 15 tahun yg lalu. Masing2 sudah berkeluarga dan ingatan ketika di bangku sekolah masih segar lagi...

Saturday, December 1, 2007

Disember......2007

Pejam celik, pejam celik..Disember 2007. Akhir tahun dah. sekejap je masa berlalu. Biasanya, Disember, penuh dgn berita Banjir dan Hujan sana sini seluruh Malaysia. Tidak kurang juga yang mengakhiri zaman bujang pada cuti2 sekolah begini.... Setiap minggu, kad undangan pasti ada. Bukan satu kad, setiap minggu, malah 2 atau 3 kad. Semoga yang bakal melangsungkan perkahwinan, sentiasa bahagia hingga akhir hayat...Ameen

Thursday, November 29, 2007

Report...report...report....

My co-sub call me just now. Asking about report. He want me to submit the report in this Saturday or Sunday. Why in the weekend??? Because he get many things to do in week days...

The result for the PRPI come yesterday. I did not get any medal for my poster. But, some of my friends got gold, silver or bronze. Congratulation!

Tuesday, November 27, 2007

Last minute printing

Today, the PRPI exhibition start at 9.30am. In the early morning, I rush to the faculty to print out the poster. Alhamdulillah...everything is ok... But, this is the second time in once a week I do the last minute job.

The hall was crowded with lots of people. I straight away go to the counter to register for the participation. Time go too fast. Now, 9.15 am. The judges are busy evaluating the poster. I am waiting for the judges to evaluate my poster, but the judges were not come until I feel bored. My supervisor confirm and keep asking to the counter, and they tell us that the judges will come after 3.00pm. So, I go to the faculty and have lunch. Just eat mee hoon goreng and some sandwich.

Until I and my husband go back to our house, we forget that today is our second anniversary day. Lately, I always thinking about my thesis. Suddenly, when I just want to go to bed, I notice that today is our 2nd annivesary. "may Allah Bless us in whatever we do".

Photo sekitar PRPI

Saturday, November 24, 2007

PRPI

PRPI stand for Pameran Rekacipta dan Penyelidikan Inovasi. This week I am busy preparing the poster presentation for the exhibition.

Today my younger sister, Hani birthday. Happy birthday of 22th.

Friday, November 23, 2007

Episod 2 Angkawasan Negara

Kecederaan Dr Faiz tak jejas peluang ke angkasa

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Kecederaan serius tangan kiri angkasawan kedua negara, Mejar Dr Faiz Khaleed, yang memerlukan lebih 100 jahitan, tidak akan menjejaskan peluang beliau untuk ke angkasa lepas nanti, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Itulah sedikit sedutan berita hari ini tentang Dr Faiz Khaleed. Selepas kematian adik Syeikh Muszaphar, kita dikejutkan pula dgn cubaan merompak Dr Faiz pula. Itulah dugaan namanya. Semoga agkasawan negara tetap tabah menghadapi dugaan dan cabaran akan datang.





Sunday, November 18, 2007

Last minute submitting

In the evening, at around 7.05pm, suddenly I noticed that I haven't submit the progress report yet. Without any thinking, I straight away opened my laptop and upm website. http://www.upm.edu.my and open the GSO web. However, the website can't be opened... "sorry, error in the connection". Ya Allah! Macamana ni?..... I pray maghrib first before trying open the website in the cc. But, the website can't also open the website. Then, come back to my home, just thinking about the last minute work. "I have to submit the progress report through online before 12am today. If not, the computer will be automatically give the result TM (mean terminated)".

After having dinner et al., I tried again to log in to the website, suddenly the GSO homepage successfully appear. Alhamdulillah... I quickly fill the form completely and click the submit button. Then, "successful" . The status of my progress report...appear NEW.... So, for the next time I have to submit earlier. Maybe because I am very busy with several tasks and constrain with my work. My co-sub want me to complete the sci fund report et al. before this. But, the most important thing is, I have to manage my time. Actually, some of my friends have remind me the progress report, but I just said that I can do it in my home because I got the internet.

Friday, November 16, 2007

Institut Halal, UPM

Agenda Today.

3.00PM: All Prof DR Yazid students, visiting Institute Halal, UPM.

Tuesday, November 13, 2007

Kek Harijadi Episod 2

Hari ini, seorang rakan lab aku, baru balik dari KP (dua hari pulang bertemu suami - biasalah weekend wife). Dia bercerita bahawa, sememangnya dia telah membuat sebiji kek coklat sempena harijadi aku. Malangnya, kek itu tertinggal di KP. Itulah namanya kalau bukan rezeki. Tetapi yang menariknya...semua kek ada coklat moist.

Monday, November 12, 2007

Rezeki Kek Harijadi



Semalam merupakan hari ulang tahun kelahiran aku. Aku telah menempah sebiji kek utk dibawa ke makmal untuk dimakan bersama kawan-kawan. Seawal pagi, rakan seperjuangan ku menghantar sebiji lagi kek ke makmal aku. Kek yang sama jenis tetapi dari tempat yang berbeza. Itulah dia rezeki namanya. Terima kasih kepada semua sahabat yang menghantar sms, e-mail dan mengucapkan selamat hari lahir. semoga doa kalian akan dimakbulkan Ilahi. Aku juga berdoa pada kalian semua akan dimurahkan rezeki dipanjangkan umur dalam Iman serta berjaya dalam jua cita2 yang diimpikan. Bagi siapa yang belum ada jodoh, didoakan dipertemukan jodoh yang beriman, yng sudah berkahwin ditambahkan rezeki anak yang soleh dan solehah... AMEEN YA RABBAL 'ALAMIN

Friday, November 9, 2007

Edisi Khas - Episod Angkasawan Negara

Sudah hampir sebulan, misi negara dalam melaksanakan program angkasawan negara berakhir. Namun, program ini tiada noktahnya. Episod suka duka silih berganti. Sebelum perjalanan ke destinasi, episod mendebarkan sentiasa bermain di benak fikiran rakyat Malaysia. Setibanya ke bumi, episod debaran bermula dgn tersasarnya kapsul hampir 600km dari lokasi. Yang paling mendukacitakan, kita digemparkan dgn cerita perginya adik angkawasan pertama kita ke pangkuan Ilahi. AL-FATIHAH, dan salam takziah buat sekeluarga Dr Sheikh Muszaphar Shukor. Yang pasti... itulah ketentuan Ilahi, kita mampu merancang, Allah yang menentukan.

Hari ini, yang pasti misi kedua negara bakal dilaksanakan lagi. Mungkin 2010 atau 2011. Semoga Dr Faiz Khaleed mengikuti jejak 'abangnya' Dr Sheikh Muszaphar.

Mereka sedang menjalankan ujian sensori di Mardi, serdang. Gambar dr http://waterlily79.fotopages.com dan Ehsan Anas Othaman.




Mereka di Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM


Wednesday, November 7, 2007

Kisah Lucu - Episod 2

Sempena Deepavali esok, ramai yang memakai sari beserta selendang panjang.

Dalam perjalanan pulang, sepasang kekasih (nampak gayanya la), maaf seandainya mereka suami isteri atau adik-beradik sedang menunggang motosikal. Si perempuan memakai sari dgn selendang yang panjang berwarna biru. Si lelaki pula, memakai dhoti pakaian tradisional India.

Sedang si lelaki asyik membonceng si perempuan, tiba-tiba motosikal yang dipandunya terhenti dgn tiba-tiba. Lalu si lelaki, memberhentikan motor dan turun dari motor.

Rupa-rupanya, selendang si perempuan terlilit di tayar belakang motor. "Jam" terus tayar belakang. Terpaksalah sepasang kekasih ini menolak motornya yg berat disebabkan tayar belakang tidak berfungsi.... Alamaknya, esok tak dapatlah pakai selendang baru.... Selendang baru beli tu... Heeeeeeheeeeeeee

Moral: Pakailah pakaian yg sesuai dgn keadaan sekeliling

Cerita ini adalah cerita benar dari suamiku ketika perjalanan pulang ke rumah. Terbahak2 aku mendengarnya. Malam ni, dia terpaksalah cari selendang baru...seloroh aku.

Tuesday, November 6, 2007

Kisah Lucu

Akibat kurang perihatin tentang bulan Hijrah......

Dua sahabat, sedang menunggang motor menuju ke rumah rakannya.
KA : Ko tahu tak Doa Awal dan Akhir tahun?
RAS : Tahu. Kenapa?
KA : Hari ni kita kena bacalah. Selalu orang baca bila doa ni?
RAS : Sebelum maghrib dan lepas maghrib.
KA :Ko hafal tak doa tu?
RAS : Aku mana hafal, kena cari kat rumah la balik nanti.
KA : Kita kena cari jugaklah, sbb ptg ni kita kena baca.
RAS : Kita kena balik cepatla macam tu.

Setibanya ke rumah rakan.
KA : assalamualaikum, kawan2 ptg ni kita semua kena baca doa awal dan akhir tahun.
Suasana diam seketika, tiba2....

KKA : Mu giler ke ape? Esok aku ada "open house" kat rumah member aku (slang kelantan).
KA : Betul aku tgk TV semalam.
KKA : TV apa ko tgk? Syawal pun belum habis.
KA : Aku semalam tgk FORUM PERDANA kat Tv1, Dia kata esok tuan puan jgn lupa baca doa awal tahun dan akhir tahun.
KKA : Wei, FORUM PERDANA tu kan rakaman, mu ni tgk rakaman yg bila? Merepekla.
KA : Ye tak ye jugaknya. Aku silapla.
KKA : Syawal pun tak habis lagi.
RAS : Patutlah aku rasa mcm baru je baca Doa tu kat masjid.

Ketawa semua orang yg ada di rumah itu, mendengar segala cerita dan announment yg telah dibuat oleh KA.

Moral:
Kita sbg umat Islam kdgkala lupa tentang bulan2 hijriah yg sentiasa dilalui. Hanya Ramadan dan Syawal je yg sering dlm ingatan kita.

Cerita ini adalah cerita benar yg diadaptasi daripada cerita seorg kawan yg baru mengalami peristiwa ini. Mudah2an bulan hijriah sentiasa dlm ingatan kita.

Saturday, November 3, 2007

Masak-memasak

Semlm lepas maghrib, after going back from UPM, beraya rumah Derih (Kwn suami sejak diploma). sampai rumah pukul 2 pg.

Pagi ini, hanya breakfast dgn air teh hijau organik. Masakan tghri ni walaupun simple menyelerakan.

1) Ikan talapia masak kukus asam ala thai
2) begedel kentang
3) sayur sawi dan karot tumis

Thursday, November 1, 2007

Aktiviti hari ini

9 pg- 12 tghri: USIM, Nilai

Tuesday, October 30, 2007

Mee Hoon Ladna

Pertama kali merasa mee hoon Ladna.
Memang sedap dan menyelerakan.
Cubalah bagi sesiapa yg belum mencuba.

Seminar siswazah FST

Tarikh: 29-30 Nov 2007
Tempat: Bilik Tutorial FST, UPM
Peserta: Semua pelajar siswazah FST, UPM

Saturday, October 27, 2007

Sepetang di BBB

Sepetang di BBB, sempat kami singgah ke rumah makcik di Kajang dan menziarah bekas penjaga aku semasa kecil. Aku merupakan anak sulung yang dia jaga kerana pada waktu itu mak bekerja. Yang menariknya walaupun dia tidak dikurniakan zuriat sendiri, sehingga kini dia masih menjaga anak orang lain. Mengikut perhitungannya, ada hampir kepada 100 orang yang pernah dia jaga. Andainya aku orang pertama yang dijaga, bermakna haampir 28 thn dia telah menjaga anak2 orang. Makcik Z ini mmg seorg yg baik hati dan peramah. Semoga amal jariahnya akan mendapat ganjaran dari Allah. Ameen.


Cerita duit raya

Minggu lepas, saya sempat berbual dgn adik bongsu saya.

"Berapa dapat duit raya?" saya bertanya.
"Adalah dalam RM280." Adik menjawab.

Terfikir sebentar difikiran saya. Banyak juga budak sekarang dapat duit raya. Dan saya bertanya lagi. "Majoriti bagi berapa?" Adik saya menjawab "Ramai yang bagi RM5." Banyak tu dalam hati saya. Saya teringat sewaktu saya berumur dalam lingkungan adik saya. Duit raya saya tidak sampai mencecah RM100 pun. Saya terfikir, bahawa ramai orang sebenarnya berkemampuan untuk memberi sebanyak itu. Paling minimum duit raya diberi RM1. Dahulu, kalau tak silap saya, RM0.20 sudah cukup. Keperluan sekarang juga semakin meningkat, dengan pemberian yang diberi.

Apa yang penting di sini, niat di hati mestilah ikhlas memberi. Yang menerima perlu mengsyukuri dengan nikmat yang diberi dan seharusnya mendoakan agar pemberi dimurahkan rezeki dalam limpahan berkat Ilahi. Dan yang paling penting, si penerima membelanjakan pemberian yang diberi dengan bijak sekali. Si pemberi memberi dengan niat sedekah dan seikhlas hati. Hari raya, bukan untuk mengutip duit. Niat bersedekah, menziarah dan bermaafan sesama insan adalah lebih utama.

Mengimbas cerita dari TV "Jutawan Fakir". Bersedekah dengan RM2, diberi rezeki RM2 juta. Walaupun itu hanya cerita sekadar hiburan, kadang2 kita harus berfikir positif setiap perkara yang berlaku. Teringat saya sejenak hadith yang pernah saya belajar di sekolah dulu "Al-Yadu 'Ulya khairum minal Yadus Sulfa" Maknanya "Tangan yang memberi lebih baik daripada yang menerima." Mudah-mudah2an apa yang kita lakukan seharian akan diberkati Ilahi. AMEEN

Thursday, October 25, 2007

Breakfast together

Seawal pagi, bertolak dari rumah bersama...
Niat di hati bersarapan bersama...

Menu: Nasi lemak, teh ais
Lokasi: Anjung, Serdang

Alhamdulillah, semalam aku telah melengkapkan puasa sunat enam Syawal. Semoga amalan berpuasaku diterima Ilahi.

Wednesday, October 24, 2007

Beraya di rumah Arul


Hari ini, hari lahir Dr FAB. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki sentiasa.

Sejurus selepas maghrib semalam, kami ke lokasi kediaman Arul (member baik suami ku sejak Diploma). Kami orang pertama yang menjengukkan diri ke rumahnya. Menu malam ini, mee hoon sup (makanan kegemaran aku). Sampai rumah hampir pukul 12.30 mlm.

Monday, October 22, 2007

Kerja Baru

Pagi ini, hatiku sungguh gembira sekali.

Apa taknya... Suamiku baru saje mendapat kerja baru setelah sethn lebih bekerja 'shift'. Tetapi bukan itu yang menjadi masalahnya. Lokasi tempat kerja yang baru ini sangat berdekatan dgn tpt belajarku. Jadi apa lagi...peluang utk berkongsi kereta dan ada 'driver' yg aku tunggu selama ini termakbul akhirnya.

Saturday, October 20, 2007

Makan-makan raya di rumah ayahbonda

Hari ini, di rumah ayahbonda ada makan-makan sempena aidilfitri. Hanya saudara mara dan jiran tetangga saja yang ramai datang berhari raya. Menu makanan: sate, nasi tomato, mee bandung. Ella rakan yang paling hampir dgn kediaman ayahbonda turut datang merai.

Saturday, October 13, 2007

Hari raya kedua di Gelang Patah.

Masa ini hari raya kedua di rumah mertua. Mak mertua kalau masak memang sedap. Aku hanya makan je. Itu yang syok.


Friday, October 12, 2007

Salam aidilfitri


Today, we break fasting at outside. Just have our meals at 'kedai mamak' because most of the Malays warong or restaurant closed. They are preparing for celebrating hari raya tomorrow. After praying solat maghrib, we go to Nilai square looking for last minute preparation for hari raya. I am looking for new tudung, while my husband looking for a new sampin. However, most of the shop have closed yet. Without long thinking, we go to PASARAYA BINTANG (last time was known as WARTA) in Bandar Baru Bangi. The pasaraya is crowded by many people who are looking for last minute hari raya preparation. At last, we buy sampin, tudung, brooch and some raya biscuits. We arrive at home around 11.30 pm.

Tomorrow, we are celebrating Aidilfitri.

To all my lecturers, teachers, friends, and relatives...
Salam aidilfitri maaf zahir batin...
Eid Mubarak...
May Allah give us happiness always.

Thank for those who sending me SMS to wish Salam Aidilfitri.
Nowadays, the technology make life easier and become faster.
I remember that last few years ago, people always send card for wishing Hari Raya.

Makan ketupat pagi raya,
Makan bersama saudara mara,
Saya sekeluarga ucapkan selamat hari raya,
Ampun dan maaf kami pinta. -Halina, Riza & Family

Ada ketika mata silap memandang,
Telinga salah mendengar,
Fikiran khilaf menafsir,
dan hati silap menduga, mohon maaf atas segalanya,
Salam lebaran - Yamin S

Indah sungguh dipagi hari,
Bunga mekar harum setaman,
Maaf dipohon seikhlas hati,
Moga bahgia dihari lebaran - Norhanin

For things 1 did wrong,
For word which might hurt,
For jokes u can't take,
and for advise u can't accept, 1001 apologies,
SELAMAT HARI RAYA Z&B - CT SALHAH

Pelita diletak di atas para,
Hendak dinyalakan ditepi perigi,
SMS dihantar pengganti kad raya,
Tanda ingatan di aidilfitri,
Maaf Zahir Batin - Shamsiah

Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi,
Dalam kelembutan lidah ada keterlajuan kata,
Dalam gurau senda ada khilaf dan dosa - Noraini aman

Wednesday, October 3, 2007

Berbuka puasa di Nilai Spring

Buat pertama kalinya, ini adalah kali pertama kami berbuka puasa di luar sepanjang Ramadan. Tahun lepas pun, berbuka di rumah. Bukan apa, memikirkan masa yang suntuk untuk berkejar solat maghrib dan isyak. Ini juga adalah kali pertama kami makan di Nilai Spring. Andai tiada agenda berbuka puasa dalam diari FST, USIM mungkin tahun depan baru kami berbuka di luar. Makanannya alhamdulillah, lazat belaka. Ramai juga tetamu dari agensi lain yang membuat majlis berbuka di situ. Kadangkala, aku selalu berfikir...alangkah bertuahnya bumi Malaysia. Saat berbuka banyak juadah yang lazat dijamu di depan mata. Pasar Ramadan penuh sesak sana sini. Terima kasih kepada mereka yang memasak, menjamu, membelanjakan wang untuk majlis ini. Semoga kalian semua dimurahkan rezeki sentiasa....

Wednesday, September 19, 2007

Resepi ala2 mee rebus

Sampai saja aku di rumah, waktu berbuka tinggal hampir sejam saja lamanya. Dalam kereta tadi aku terfikir untk masak mee rebus. Tapi fikir punya fikir bahan banyak yang tak cukup. Tapi menurut firasat aku, masakan yang aku bakal masak ini mungkin sedap. Apa lagi eksperimen aku pun bermula. Untuk kawan2 yang mahu mencuba, silakan...

Bahan-bahan;
Cili boh
Bawang merah
Bawang putih
Ayam
Mix vegetable
Telur
Tomato puree
Kentang rebus yang sudah dikisar
Garam

Cara-cara memasak:
1) Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga kekuningan
2) Masukkan ayam, dan tunggu sehingga kekuningan
3) Masukkan cili boh sehingga naik minyak
4) Masukkan tomato puree dan garam secukup rasa
5) Kacau sehingga sebati
6) Masukkan kentang yang sudah dikisar
7) Masukkan air (jangan terlalu cair)
8) Tunggu sehingga mendidih
9) Masukkan telur
10) Tutup api

Hidang bersama:
Mee
Taugeh
Tauhu goreng
Bawang goreng

Cubalah...pasti sedap!

Monday, September 17, 2007

BALQIS

Cerita tenang Balqis, di zaman Nabi Sulaiman

“Nabi Sulaiman berkata pula (kpd golongan bijak pandainya): “wahai pegawai2ku, siapakah diantara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya (Balqis) sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam.” (Surah An-Naml:38 )

“Berkatalah Ifrit dari golongan jin: “Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu, dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah membawanya, lagi amanah.” (Surah An-Naml:39)

“Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah: “Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!” Setelah nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia: “Ini ialah dr limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah ku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya. Dan (sebenarnya) sesiapa yg bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yg tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kpd Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.” (Surah An-Naml:40)

BALQIS - UNIC


Engkaulah ratu di mahligai permata
Istana bayangan syurga
Harta dan takhta mengaburi mata
Tersesat dikau di terang cahaya
Langsung tidak kau endah kata bicara
Utusan hud-hud yang benar

Seruan mengajakmu taat Yang Esa
Tinggalkan menyembah Tuhan sang suria
Balqis, kau bijak dalam menilai dan membuat pemilihan
Di antara yang sementara dan yang kekal buat selamanya
Keindahan dunia yang hanya pinjaman untuk seketika
Atau kebahagiaan hidup di akhirat yang dijanjikan-Nya
Tak perlu kau singkapi labuh kainmu

Ketika kau melangkah ke istana Sulaiman
Bukannya air yang kau pijak tapi kaca
Terpedaya dikau dek kemilau sinarnya
Hanya sekelip mata mahligaimu pun beralih
Abid memindahkannya tanpa kau sedari
Kebijaksanaan Sulaiman telah merubah sekeping hati
Akhirnya Balqis akur juga akan kelemahan pada diri

Kau kutip iktibar dari apa yang telah engkau lalui
Menjadikan kau isteri yang taat kepada seorang nabi
Pangkat dan jua harta tak menjamin bahagia
Cantik dan keayuan wajah kan pudar akhirnya
Kemiskinan di dunia tak bererti kau terhina
Itu hanya di pandangan mata
Kemewahan tidak bermakna hidupmu akan sentosa
Kesempurnaan, Tuhan menilainya...

BALQIS - Siti Nurhaliza

Biar apa pun rupa yang terbina
Takkan gentar merela kehendaknya
Terdengarlah bicara tersembunyi
Yang tertebar di langit dan di bumi

Siapakah yang mampu menundukkan bayu
Siapakah yang tahu hanya ada satu

Turut titah setia ratu kota
Lirik mata yang cerah bak sahmura
Singgahsana nan indah tak terperi
Halus santunnya wajah bidadari

Siapa yang mengutus surat keajaiban
Siapa yang menghunus rebah di pelukan

Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Bisakah jelita luruh kuasa
Lai lai lai lai lai lai lai lai lai lai
Terpukau hatinya demi sakti kurnia
Laksana terkalam tiada diilham
Segala ternyata hanya sekelip mata (Syahadah)

Terpedaya istana kaca
Terkesima kata mulia

Seribu utusan
Mahkota hiasan
Membingkis berita
Damaikan dua kota
Agungnya... suara... sucinya... sang cinta...

Bertemu di alam pesona
Bersatu di dalam cahaya
Semilah... bermadah... kasihnya...
Di puncak singgahsana (Syahadah)


Sunday, September 16, 2007

Hari minggu

Hari ini, hari minggu. Hari keempat bulan Ramadan. Mudah-mudahan ibadat kita sentiasa diberkati Ilahi.

Seawal pagi, terbitnya mentari, saya telah menghabiskan buku yang saya telah baca hasil nukilan Dr HM Tuah. Banyak pengajaran dan motivasi yang saya dapat melaluinya, walaupun kadangkala saya rasa ceritanya sering berulang. Namun, ini adalah cara penulis membentangkan karyanya. Yang penting ambil yang positif buang yang negatif.

Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua


Thursday, September 13, 2007

SALAM RAMADAN

Berlabuh sudah tirai SYAABAN,
Lambaian RAMADAN kini kembali,
Luhur hati Ikhlas AMALAN,
Semoga segala ibadah diberkati ILAHI.

SYAABAN berlalu pergi,
RAMADAN menjenguk lagi,
Jalanilah seikhlas hati,
Semoga diRahmat ILAHI.

Jika seluruh harta adalah racun,
zakat adalah penawarnya,
jika seluruh hari adalah nista,
maka jumaat adalah penyuciannya,
Jila seluruh bulan adalah noda
maka Ramadan adalah pemutihnya.

Jika HATI seputih AWAN,
Jangan biar ia MENDUNG,
Jika HATI seindah BULAN,
Hiasilah ia dengan IMAN... Salam al-Mubarak

Monday, September 10, 2007

RAMADAN KIAN MENJELMA

When I wake up in the morning, I feel not comfortable with my eye. My sore eye become more serious. I need to go to clinic to check my eye either it serious or not.

I received a Ramadan message from my friend.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Salam Ramadan to all my friends. Semoga RAMADAN yang bakal menjelma memberi seribu berkat. Tambahkan Ibadah, Gandakan amalan. Mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat Ilahi. AMEEN

Sunday, September 9, 2007

Selamat Hari Lahir

Today, my friend, Norlelawati Birthday. Semoga dipanjangkan umur dalam nikmat Iman, dimurahkan rezeki yang halal, ditetapkan Iman yang sempurna. AMEEN

Saturday, September 8, 2007

Friday, September 7, 2007

Mengapa Mengantuk selepas Makan.

Selepas makan tengahari, biasanya ramai yang mengeluh. Mengantuk! Mengantuk!. Ada juga segelintir member aku yang tidak mahu makan tengahari. Alasannya mengantuk dan tidak fokus untuk melakukan tugasan. Namun hakikatnya, aku juga kadangkala begitu. Dalam melawan mata yang terasa beratnya, aku berfikir sejenak. Apakah penyebab sebenar mengantuk selepas makan tengahari? Adakah kanji pada nasi? Atau minda yang mengawal segalanya? Sebab dalam banyak perkara, aku percaya pada kuasa minda...MINDA mengarah segala perbuatan kita. Dalam Islam "Niat atau Nawaitu".


Namun aku cari juga apa penyebab sebenarnya. Dan ini jawapannya...AIR. Memang ada logik. Sebab dari pemerhatian aku, kalau aku minum banyak air, badan akan terasa lebih segar. Teringat aku pada kisah sepupu aku, masa pertama kali mendaftar ke universiti. Dia meminta ayahnya membelikan 2 cartoon air mineral. Dia memberi alasan, sekiranya kurang minum air, mata akan terasa mengantuk... dan fokus untuk belajar akan menjadi kurang. Di sini aku lampirkan sedikit fakta tentang air dan penyebab mengantuk.

----------------------------------------------------------------------------------------------

KHASIAT AIR

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

"MENGANTUKNYA! Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata. Rasanya bukan sebab tidak cukup tidur sebab tiap-tiap malam aku tidur nyenyak," rungut seorang rakan yang beberapa kali tersengguk-sengguk depan komputer.

Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.

Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.

Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.

Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.

Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.

Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.

Berapa banyak air yang kita perlukan?

Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.

Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.

Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.

Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.

Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.

Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.

Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.

Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang, jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.

Kesan kekurangan cecair

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:
  • Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  • Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  • Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  • Tekanan darah menurun
  • Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
  • Lesu pada waktu siang
  • Sakit belakang
  • Dehidrasi
  • Sakit kepala
  • Memperlahankan kadar metabolisma
  • Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
  • Sendi dan otot mengalami kekeringan
  • Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  • Meningkatkan keinginan untuk makan
  • Darah menjadi pekat
  • Mudah keliru.
  • Degupan jantung meningkat
  • Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan



Tuesday, September 4, 2007

Ke Giant Kinrara

Member aku ajak ke Giant Kinrara. Dia kata saje untuk melepaskan kempunan. Apalah yang best kat sana. Pada aku semua pasaraya sama jer. Tiada yang terlalu istimewa. Dia kata, Giant Kinrara baru bukak. Mana tahu ada promosi. Tapi takpe, sekurang2nya bila org tanya di mana, or dah ke sana belum, boleh aku menjawab pertanyaan2 itu.

Tapi apa yang membuatkan kami terfikir sebentar...., Dalam perjalanan ke sana terdapat satu papan tanda. "Mengapa perlu memandu sejauh 5.6km?" Kami tergelak seketika. Anda tahu kenapa? Kerana sebelum kami jumpa papan tanda ini, ada satu papan tanda "TESCO 5.6km" arah terus. Bagi mereka yang cekap berfikir, pasti anda tahu maksud tersirat. Tetapi yang menakjubkan kami, apabila kami mahu pulang ke Serdang semula. Kami perlu membuat pusingan U yang mana pusingan U ini, mmg betul-betul berjarak 5.6km. Jadi apa signifikan nya? Fikir! Fikirkan lah... Renung! Renungkanlah...

Monday, September 3, 2007

Semoga berjaya Haziqah!

PADA hari ini Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bermula, dengan seribu satu harapan, dan debaran bukan sahaja dalam kalangan calon, malah lebih lagi kepada ibu bapa dan guru.

Selamat berjaya kepada adik bongsuku Nur Haziqah. Pastikan 5A dalam genggaman.

Sunday, September 2, 2007

Hari yang penuh kerajinan

Hari ini masuk hari kedua bulan September. Bila masuk je bulan baru, terasa masa begitu cepat berlalu. Semalam 1 september, terus terlintas difikiran aku, hari lahir seorg member satu makmal aku di UPM, Muhammad Anas Othaman. Terus aku sms mengucapkan selamat hari lahir, semoga dimurahkan rezeki dalam nikmat Iman. Mudah2an kita terus berjaya bersama2. Anas, semoga bertambah anak ko tahun depan. Itu yang ko impikan kan?

Tengahari tadi, graf kerajinan memasak aku begitu tinggi. Sebanyak 4 jenis lauk telah aku hidangkan untuk makan bersama2 suami tercinta. Siap boleh buat senarai kat bawah ni:
1) Ikan goreng
2) Ikan bilis sambal petai
3) Ayam masak kari
4) Sup sayur cendawan + kobis bunga

Suamiku pulak, kerajinan mengecat rumah dia memuncak. Petang td dia telah mengecat dinding di halaman rumah kami. Bilik air utama di bili kami siap dicatnya. Malamnya pulak, siap semua mentol yang tak berfungsi, diganti dgn baru.

Friday, August 31, 2007

Salam Kemerdekaan ke -50

50th Malaysia National Day logo

Buat pertama kali, lagu Malaysiaku Gemilang, telah dicipta sempena kemerdekaan ke-50.

TEMA KEMERDEKAAN ke-50: MALAYSIAKU GEMILANG


MALAYSIAKU GEMILANG

Marilah kita semua
Atas nama negarabangsa
Dengan tekad mulia
Maju berwawasan
Mencipta keagungan


Berpadulah kita semua
Di dalam satu suara
Dengan degupan Merdeka
Menjulang budaya bangsa
Untuk Malaysia tercinta


Malaysiaku gemilang
Merdekanya terbilang
Berdaulat dan makmur
Berjaya kami syukur


Malaysia, kebebasan kedamaian
Malaysia, kebahagiaan kebanggaan
Malaysia, cemerlang terbilang
Malaysiaku gagah gemilang


Muzik oleh : Nik Nizam Jaafar - Istana Budaya
Lirik oleh : Rais Yatim & Hairul Anuar Harun

Ambang kemerdekaan ke-50

Malam tadi, kami sempat menonton siaran langsung ambang kemerdekaan di kaca TV. Wah! sungguh meriah. Saya melihat begitu bersemangatnya perdana menteri Datuk Seri Abdullah AhmadBadawi melaungkan sorakan MERDEKA sebanyak 7x. Terharu saya seketika, bagaimana pemimpin2 terdahulu bersusah payah mendapat kemerdekaan negara. Selama hampir 170 tahun, kita telah dijajah oleh British, akhirnya negara mencapai kemerdekaan 50 tahun yang lalu.

Saya terfikir sejenak, walaupun kini negara sering dipertontonkan dengan pelbagai berita jenayah yang menggerunkan, tetapi kita sebagai rakyat Malaysia mesti bersyukur bahawa, negara masih lagi dapat mengawal setiap keadaan dengan berjaya. Rakyat dapat bekerja dengan aman, tidak seperti negara lain, yg sering hidup dalam ketakutan. Rakyat pelbagai kaum saling hormat menghormati kepercayaan masing2. Setiap perayaan dapat diraikan dengan aman dan damai, tanpa rusuhan, tanpa gangguan. Aku bersyukur kerana lahir dalam negara yang bertuah ini... Ya Allah! Kurniakanlah kemakmuran yang abadi di bumi bertuah ini. AMEEN

Sunday, August 26, 2007

Projek mengecat

Petang semalam, we decide to go to Giant untuk membeli-belah barang keperluan harian. Sebelum kami ke sama, terlintas di hati kami untuk ke Jotun iaitu jenama terkemuka cat di tempat berhampiran tpt tinggal kami... Pasti anda semua tahu, jenama cat terkemuka yang telah menjadi penaja cat utama rancangan Casa Impian musim2 yg lalu. Itulah selalunya bila kami merancang betul2 tak jadi... tapi bila tak dirancang jadi lah pulak kami beli. Selepas pukul 10.00 mlm, kami telah mengecat separuh daripada dinding hall rumah kami... warnanya memang menyejukkan mata... tapi oleh kerana kami dah kepenatan, kami sambung projek mengecat kami hari ini...

Hari ini, seawal pagi....tapi tak delah pagi sgt, dalam lingkungan 9 pg... kami ke pasar, membeli lauk pauk untuk seminggu...tak lupa juga sarapan kami sebelum projek mengecat kami diteruskan... sehingga hampir 1.30 ptg barulah selesai projek kami... wah! hasilnya sungguh memuaskan... memandangkan cat itu masih byk (sbb hanya mengecat bahagian yg dijadikan "feature wall"), maka selepas solat zuhur...saya telah mengecat bilik air untuk tetamu kami... (disebabkan warna dinding mozeknya hampir serupa dgn warna cat yg kami telah beli). Macam bilik air dalam hotel (walaupun nampak tak semewah hotel2 5 bintang), dihiasi dengan bunga2 plastik. Walaupun sedikit kepenatan...tapi kami merasa puas dgn hasil kerja kami lak bini.

Sunday, August 19, 2007

Organ terbalik, tiada yang mustahil di dunia...

Semalam, saya telah menempah sebiji kek untuk dibawa ke majls kenduri marhaban anak saudara saya yg pertama. Kek yg diusahakan oleh pengusaha kedai ini, memang sedap. Dia satu-satunya kedai yg beroperasi di Salak Tinggi yang saya yakin status "HALAL"nya. Mulanya dia seorang jurutera... tetapi atas minatnya, dia telah mengusahakan sebuah kedai kek. Kedai ini hak milik sepenuhnya mereka suami isteri.

Walaupun sering ke kedainya, semalam saya terbaca satu artikel yang telah di"frame"kan di ruang hadapan kedainya... tentang anak bongsunya yang seluruh organ tubuhnya berada dalam keadaan terbalik... macam tak percaya bukan??? Sebenarnya, sebelum ini saya sudah mengetahuinya, tetapi saya sangkakan hanya jantungnya sahaja yang berada di sebelah kiri anggota. Rupa-rupanya hampir semua anggota tubuhnya berada dalam keadaan yang berlawanan. Saya terpaku seketika... Allahu Akbar! Allah Maha Besar.. tiada yang mustahil di dunia ini...

Di sini saya lampirkan artikel tersebut untuk renungan anda semua...
------------------------------------------------------------------------------------


Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau Organ Terbalik

Organ dalaman Norsabrina terbalik
Oleh: RAHANA MD


HAMPIR tidak ada bezanya Norsabrina Izzati Zulkifli, 2, dengan kanak-kanak sebaya yang lain.

Dia lincah bermain, melompat-lompat dan tersenyum manis bila diajak berbual-bual.

Tatkala jurugambar memintanya beraksi, dengan gaya bersahaja Sabrina memberi kerjasama yang memuaskan ketika wajahnya terakam di lensa kamera.

Norsabrina ditemui di rumahnya di Taman Seroja, Bandar Baru Sepang, Selangor baru-baru ini dengan ditemani ibu, ayah dan abangnya.

Walaupun kelihatan sihat, hakikatnya di sebalik tubuh kerdil itu tersembunyi dugaan Tuhan kepada ahli keluarga.

Ketika baru beberapa hari dilahirkan, ibunya, Che Tinor Kamaruddin, 38, seorang guru di Sekolah Kebangsaan Desa Cempaka, Sepang, Selangor, hampir meraung bila diberitahu bayi yang masih merah itu tidak ada harapan untuk hidup.

Sampai ke hari ini, kata-kata doktor itu masih terus terngiang-ngiang dan bermain dalam fikirannya. Ada kala air mata Che Tinor merembes tanpa boleh disekat-sekat.

Perasaan sedih dan pilu yang bercampur-baur itu ditenangkan suaminya, Zulkifli Md. Nor, 42, seorang pengusaha kedai kek yang tidak henti-henti memanjatkan doa agar si anak sentiasa sihat dan sejahtera seperti dua orang anaknya yang lain.

Melihat daripada luaran atau keadaan fizikalnya, Sabrina memang kanak-kanak yang sihat tetapi sebenarnya dia diduga Tuhan dengan pemberian beberapa organ yang terbalik kedudukannya di dalam tubuh.

Menurut ibunya, daripada penjelasan doktor yang merawatnya, sejak dilahirkan Sabrina mengalami masalah yang disebut Congenitally Corrected Transposition of Great Arteries atau dalam bahasa mudahnya kedudukan organ yang terbalik.

“Semasa baru dilahirkan, pihak doktor mengatakan kes yang menimpa Sabrina agak kompleks kerana kebanyakan salur-salur darah yang menghubungkan antara jantung dengan organ lain disambungkan dalam kedudukan yang bersimpang siur.

“Jantungnya berlubang dan dua daripada empat ‘tingkap’ yang ada pada jantungnya beralih kedudukan.

“Misalnya salur darah yang sepatutnya dari jantung ke paru-paru bertukar tempat dengan salur darah yang mengepam ke tubuh. Situasi ini menyebabkan Sabrina akan mengalami kekurangan oksigen dan dia akan berasa penat dan sukar bernafas,’’ katanya.

Bagaimanapun, menurut ayahnya, atas kehendak Tuhan sehingga kini Sabrina belum pernah diserang sesak nafas atau tubuh kebiru-biruan seperti mana yang lazim dialami oleh kanak-kanak sepertinya.

“Syukur... saya anggap ini satu anugerah Tuhan untuk menguji hambanya. Sabrina masih sihat dan menjalani kehidupan seperti biasa walaupun setiap kali mencelikkan mata, saya diburu kebimbangan dan hati digayut seribu satu persoalan berkaitan keadaannya,’’ ujarnya sambil mengusap rambut anak tersayang.

Menurut Che Tinor lagi, Sabrina dilahirkan pada 24 Ogos 2004. Dia mempunyai kakak, Faridatul Farhana, 14, dan abangnya Hafizul Fahmi, 9.

Rawatan Sabrina kini dirujuk kepada pakar kardiologi pediatrik, Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

“Sungguhpun kelihatan sihat, tetapi setiap tiga bulan sekali Sabrina akan menjalani rawatan susulan di IJN dan enam bulan sekali dibawa bertemu dengan doktor yang menyambut kelahirannya di Klinik Pakar An-Nur, Kajang, Selangor.

“Sabrina memerlukan sokongan ubat-ubatan dan vitamin terutama asid folik bagi membantunya membentuk beberapa organ tambahan.

“Misalnya, kekurangan asid folik akan menyebabkan kukunya cepat rapuh dan bila dicabut, ia boleh tertanggal sendiri.

“Menurut doktor, Sabrina kekurangan protein dalam tubuhnya dan memerlukan makanan tambahan bagi mengekalkan kesihatan,’’ ujarnya.

Che Tinor menambah, walaupun Sabrina nampak sihat dan cuma sesekali kelihatan agak penat namun hatinya tetap bimbang.

“Doktor menjelaskan, selain jantungnya bermasalah, kedudukan hatinya juga berubah. Hatinya berada di sebelah kiri, begitu juga dengan apendiksnya, sedangkan hati dan apendiks manusia normal berada di sebelah kanan.

“Saya pernah bertanya, apakah jantungnya boleh dirawat dan kedudukan organ boleh diubah melalui pembedahan.

“Pihak doktor menjelaskan, ia memerlukan pembedahan yang besar dan Malaysia masih kekurangan kemudahan untuk melakukannya. Mereka nasihatkan kami membesarkan Sabrina seperti anak-anak yang lain dan tidak menganggap kepelikan yang dialaminya sebagai satu kekurangan.

“Pihak doktor bimbang jika keganjilan kedudukan organ dan saluran darah didalam tubuhnya ‘diusik’ ia akan mengakibatkan kesan kepada organ-organ lain dan menjejaskan kesihatannya.

“Kami sekeluarga pasrah dengan keadaan Sabrina dan akan sentiasa memberi perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi. Saya percaya segala-galanya terkandung hikmah,’’ ujar Che Tinor dengan mata berkaca.



Saturday, August 18, 2007

Renungan sejenak

Lebih kurang seminggu yg lalu, saya telah membeli sebuah buku hasil nukilan Dr HM Tuah. Anda kenal dgn beliau???

Buku itu merupakan buah terbaru karya beliau. Mungkin anda semua sudah membaca atau belum terjumpa lagi... Tajuknya begitu unik "Jangan Main-Main". Buat pengetahuan anda semua, ini merupakan kali pertama saya membeli dan membaca sepenuhnya buku hasil nukilan beliau. Sebelum ini saya lebih suka membaca buku motivasi nukilan dari Dr Fazilah Kamsah... dan ada beberapa penulisan beliau dalam koleksi simpanan saya. Bukan apa, kadangkala walaupun kita merasakan motivasinya dan isinya lebih kurang sama, dan mungkin ada yg kita sudah tahu, tapi...hakikatnya manusia sentiasa dan perlu me"motivasi"kan diri sendiri.

Sebelum ini, saya ada cuba utk membaca satu daripada nukilan beliau...kalau tak silap "Hatimu Milikmu Siapa". Tetapi mungkin saya tidak meneliti satu persatu bait2 tulisan yg dicoretkan...saya merasakan ia membosankan... itu pun disebabkan rakan baik saya, telah menghadiahkan buku itu kepada adiknya yg begitu meminati penulis ini. Mungkin pada masa itu juga masa tidak mengizinkan saya untuk meneliti satu persatu setiap helaian ceritanya, yg kebetulan saya singgah sebentar di rumahnya.

Apa yg menarik perhatian saya tentang buku ini. Walaupun tajuk agak ringkas..."Jangan Main-Main" tapi isinya cukup bagus. Walaupun penulis, menulis dgn gaya main-main (ye lah, bahasa yg digunakan cukup mudah dan santai), tapi kita jangan ambil mudah apa yg penulis ingin kongsi bersama. Pengalaman dan pengamatan penulis melihat manusia sekeliling dijadikan iktibar dan landasan untuk beliau terus berjaya. Terus terang saya katakan, bahasa santai yg digunakan penulis, boleh memberi kesan mendalam dan ingatan yg cukup kuat untuk pembaca... sehingga saat kini, saya telah membaca lebih separuh buku penulis (halaman 160 daripada 326).

Pada sketsa 46 bertajuk Ahad, saya terfikir seketika. Mungkin ada sesetengah pembaca yg kurang faham apa yg sebenarnya yg mahu dikatakan penulis... Nampak mudah ahad. Pernahkah anda tahu dan membaca tentang Bilal bin Rabah. Bilal apabila masuk islam, dia diseksa supaya kembali kepada agama asal. Lantaran ketabahan hatinya untuk tetap dengan agama Islam dia pun berkata...Allahu ahad! Allahu ahad!...dan lama kelamaan menyebut ahad! ahad! ahad! apa maksud ahad? ESA... Allah Maha Esa... Satu...Tunggal... Penulis cuba menyebut yg biasanya hari ahad manusia yang taraf awam ini, bila disuruh buat sesuatu terutama subuh...akan sering memberi alasan "ahad"...alim sungguh..mudah2an mereka bertambah alim dan bertambah iman... seterusnya... (sila baca sketsa ini). Pada saya memang ada kebenarannya, tapi pada yg kurang arif bahasa arab mungkin kurang faham apa yg ingin disampaikan penulis... mujurlah saya arif tentang bahasa al-quran ini. pertama kali saya bercerita dgn suami saya pun, mulanya dia kurang faham.... Bilal ini juga merupakan orang pertama yang melaungkan azan, apabila pertama kali disyariatkan azan....Mudah2an ilmu yg kita ada dikongsi bersama, dan dimanfaatkan bersama.


Thursday, August 16, 2007

Lunch

12.45: lunch hour... Ingatkan nak makan dgn Ila, rupanya2 dia ada kat Melaka. So, just lunch dlm UPM...time nak ambik sayur tu, tak tahu apa sayur nak ambik... tiba2 nampak daun pudina yg dijadikan ulam utk dimakan dgn sambal belacan... terfikir sejenak....sedap ker? tak pernah pun rasa pudina dgn sambal belacan...yg sedap...ulam raja or selom jer....
so, bila makan tu ok lah... tp, rasanya taklah seserasi gabungan ulam raja + sambal belacan atau selom + sambal belacan.

Ptg2 time duduk2 dgn PC tetiba teringat pulak pudina yg dimakan td....
Ish! apanya khasiat pudina ni...org selalu makan dgn laksa penang...
makan pudina berangin...mcm makan ubat gigi pulak...
kalau makan dgn laksa penang..takdela terasa sgt...

Oh ye...td, lab mate ada kata nak buat laksa penang...
dia kata...dah lama dia tak buat laksa penang...silakan! silakan! bawak sekali makan ramai2 kat lab ni...

Ha...Inilah dia serba sedikit khasiat Pudina

Pudina bantu Penghadaman

Pudina merupakan sejenis herba yang berasal dari keluarga Labiatae. Ia tergolong dalam spesies mentha. Tumbuhan ini mempunyai batang yang bersegi dan dedaun yang harum baunya manakala sesetengahnya mengeluarkan bunga-bunga kecil berwarna ungu muda atau merah jambu. Terdapat berbagai-bagai jenis pudina di seluruh dunia, antaranya Mentha spicata " moroc-can" yang berkesan dalam meredakan kekejangan otot, Mentha xsmithiana "rubra" yang digunakan dalam manisan dan minuman, Mentha aquatica untuk merawat cirit birit, Mentha arvensis, sejenis pudina Jepun yang boleh melegakan selesema dan menghilangkan rasa loya dan Mentha x piperita "crispa" yang boleh menjauhkan tikus.

Kesemua jenis pudina ini juga boleh bertindak sebagai perangsang dan membantu penghadaman serta mengurangkan flatulens. Ia juga bersifat sebagai antiseptik, antiparasit dan anti virus. Pemakanannya boleh meransangkan tubuh badan mengeluarkan peluh. Daun pudina juga digunakan untuk membuat ubat sapu untuk merawat selesema, sakit kepala, kekejangan otot dan sakit-sakit badan manakala minyak yang diperbuat daripada daun pudina boleh menghilangkan rasa loya serta kejutan dan mempertingkatkan konsentrasi.

(Rujukan diambil dari: http://pkukmweb.ukm.my/~ahmad/tugasan/s3_99/s_norazian.html)

Baguslah pudina ni rupanya...

Sekadar renungan...berita yang menarik perhatianku hari ini

Sihat: Kencing tidak terkawal boleh jejas kualiti hidup


Penghidap perlu dapatkan rawatan, tidak harus anggap masalah normal kesan kehamilan, kelahiran

PERANGKAAN daripada negara maju menunjukkan bahawa satu daripada empat wanita mengalami masalah pembuangan air kencing tidak terkawal atau inkontinens. Walaupun tiada kajian khusus di Malaysia, dijangka lebih daripada sejuta masyarakat negara ini menderita masalah yang sama.

Malah, masalah rahim dan pengawalan air kencing adalah penyakit kronik yang paling utama di kalangan wanita, iaitu sebanyak 35 peratus mengalami masalah ini diikuti penyakit darah tinggi (25 peratus), kemurungan (20 peratus) dan kencing manis (lapan peratus).

Apa yang menyedihkan, kebanyakan daripada mereka ini tidak mendapat rawatan yang sepatutnya kerana menganggap masalah ini adalah sesuatu yang normal kesan daripada proses kehamilan dan kelahiran serta sebahagian daripada proses penuaan yang harus diterima apabila umur meningkat.

Walaupun tidak memudaratkan atau membawa kepada kematian, masalah ini akan menjejaskan kualiti hidup pesakit. Malah hal ini juga memberikan tekanan fizikal dan emosi bukan saja kepada diri sendiri, bahkan pasangan mereka turut terkena tempiasnya.

Menyedari akan pentingnya pendedahan penyakit ini kepada orang ramai, Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi dengan kerjasama Jabatan Fisioterapi, Hospital Ipoh (HI) mengadakan satu forum yang dikenali sebagai Forum Awam Masalah Rahim dan Kencing di Kalangan Wanita bertempat di HI, Ipoh baru-baru ini.

Forum berkenaan diadakan bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai masalah rahim dan kencing di kalangan wanita yang selama ini menganggap penyakit itu sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.

Pakar Perunding Obstetrik, Ginekologi dan Uroginekologi HI, Dr Aruku Naidu, berkata kebanyakan wanita enggan menjalani pemeriksaan dan menganggap apa yang mereka hadapi adalah sesuatu yang normal dan tidak memerlukan rawatan.

"Wanita yang kencing lebih daripada 10 kali dalam sehari dan lebih daripada dua kali pada waktu malam sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

"Tanda lain yang dialami oleh seseorang yang mengalami masalah ini apabila seseorang wanita itu tidak mampu mengawal pundi kencingnya sehinggakan terpaksa bergegas ke tandas selepas berlaku kebocoran pada pundi kencing apabila batuk, bersin dan ketawa serta bersenam," katanya.

Forum itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.

Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir, Pengarah Hl, Dr Tan Poey Chin, Ketua Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hl, Dr Mukudan Krishnan dan Ketua Jabatan Fisioterapi, Siti Fatimah Muhamad.

Masalah rahim dan pengawalan air kecil boleh dibahagikan kepada empat kategori iaitu 'stress incontinence', 'overactive bladder/urge incontinence', 'overflow incontinence' dan 'functional incontinence'.

Bagaimanapun, ada juga pesakit yang mengalami 'stress incontinence' dan 'overactive bladder/urge incontinence' pada masa yang sama yang dikenali sebagai ‘mixed incontinence’.

Dr Aruku berkata, kategori pertama, iaitu 'stress incontinence' terjadi apabila seseorang wanita kerap melahirkan anak, pembedahan, batuk yang kronik dan juga apabila seseorang itu menopaus.

Katanya, seseorang wanita mungkin mengalami 'overactive bladder/urge incontinence' apabila kerap membuang air kecil dan tidak mampu mengawal pundi kencing sehinggakan ada antaranya tidak sempat untuk membuka seluar.

Kategori 'overflow incontinence' pula berlaku apabila pundi kencingnya terlalu penuh kerana berlakunya sumbatan atau kegagalan pundi kencingnya untuk berfungsi dengan baik.

'Functional incontinence' adalah kategori yang berlaku disebabkan kecederaan ketika kelahiran ataupun disebabkan kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.

Berdasarkan kajian kes, 'stress incontinence' mencatatkan jumlah peratusan yang tertinggi, iaitu antara 30 dan 60 peratus berbanding dengan tiga kategori yang lain.

Bagi kategori 'stress incontinence', masalah itu disebabkan otot pelvis yang longgar akibat kehamilan, proses kelahiran dan juga cara kelahiran sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan.

Selepas bersalin, risiko seseorang wanita untuk mengalami masalah ini adalah 24.6 peratus bagi satu kelahiran secara normal; lima hingga 11 peratus bagi satu kelahiran melalui pembedahan dan 35 peratus bagi wanita yang bersalin secara pembedahan sebanyak tiga kali.

Antara risiko lain masalah ini adalah mempunyai bilangan anak yang ramai, gemuk dan menghidap penyakit kronik seperti asma.

Penjagaan kesihatan diri amat penting untuk menghindari penyakit ini antaranya seperti mengurangkan berat badan, tidak merokok, tidak menjalani senaman yang berlebihan, elakkan sembelit, minum air yang secukupnya, elakkan minum dua jam sebelum tidur serta hindari tabiat 'just in case'.

Dr Aruku berkata, semua wanita mempunyai risiko untuk mengalami masalah pembuangan air kecil walaupun mereka tidak pernah melahirkan anak.

Oleh itu, katanya, wanita harus membuang perasaan malu dalam diri mereka seandainya berasakan diri mengalami gejala yang dinyatakan.

Sementara itu, Siti Salmah ketika berucap merasmikan forum itu, berkata, kesungguhan dan keprihatinan Unit Uroginekologi, Jabatan Obstetrik dan Ginekologi HI mengadakan forum itu tepat pada masanya.

Beliau berkata, kesedaran masyarakat dalam merawat penyakit itu masih rendah sehinggakan mereka tidak tampil untuk mendapatkan rawatan yang sepatutnya.

Katanya, pihak hospital dan pengamal perubatan juga bertanggungjawab untuk menyediakan kemudahan perubatan kepada orang ramai bagi memastikan kadar kejayaan rawatan yang diberikan kepada pesakit sentiasa meningkat.

Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai doktor pakar terutama di kalangan wanita dapat dilatih bagi merawat penyakit itu.

"Ramai wanita menganggap penyakit ini sesuatu yang amat memalukan sehingga menghalang mereka untuk membincangkan apa yang dialami dengan doktor terutama lelaki sehinggakan mereka lebih rela hidup ‘sengsara dalam kesunyian’.

"Jika masalah ini dibiarkan tanpa sebarang penyelesaian, ia sudah semestinya akan mengganggu ketrampilan seseorang wanita dalam mengurus rumah tangga dan mengurangkan produktiviti bagi wanita yang bekerja," katanya.

FAKTA
Punca masalah pembuangan air kencing

  • Berlaku sumbatan atau kegagalan pundi kencingnya untuk berfungsi dengan baik.

  • Kecederaan ketika kelahiran ataupun disebabkan kecacatan pada pundi kencing yang berlaku sejak kecil lagi.

  • Otot pelvis yang longgar akibat kehamilan, proses kelahiran dan juga cara kelahiran sama ada bersalin secara normal ataupun pembedahan.

  • Mempunyai bilangan anak yang ramai, gemuk dan menghidap penyakit kronik seperti asma.

  • Pemakanan seperti kerap mengambil kafein, alkohol dan dadah menyumbang risiko seseorang mengalami penyakit ini

  • Unit Kesihatan Pelvis Hospital Ipoh (HI) menyediakan khidmat nasihat (masa rawatan Selasa, Rabu dan Khamis).

    Wednesday, August 1, 2007

    Bulan Ogos...

    Pejam celik, pejam celik...
    Bulan Ogos dah,
    tgk2 ramai member2 yg menyambut hari lahir pd ogos...

    Yus, Nadhrah, Ira, Zue, dsb...

    Semoga semua dipanjangkan umur,
    dimurahkan rezeki dlm Iman...

    DOA ANAK MAKBUL

    Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa. Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.


    1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).


    2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)


    3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)


    4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).


    5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin m! engalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.


    6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).


    7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.


    8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)


    9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.


    10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.


    11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan! belajar menghargai orang lain).


    12. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.


    13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.


    14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.


    15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalammasa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.


    16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam.


    17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.


    18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.


    19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.


    20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

    PUNCA ANAK DERHAKA

    Saban hari kita sering mendengar ramai daripada kita mengeluh...
    Anak2 derhaka kepada ibu bapa... tidak mendengar kata dsb...
    Di sini ada beberapa saranan Rasullullah kpd kita...

    Sabda Rasulullah s.a.w.

    " Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya... .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... . itu salah...

    "Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan . Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka". Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka .

    "Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok.

    "Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk. Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup." Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan "bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka". inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita...

    Tuesday, July 31, 2007

    Tentang Mandi

    KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

    Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus. Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki.


    Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

    Mengeluarkan racun:

    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit. tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.


    Jangkitan kulit:

    Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

    Selesema dan sakit kepala:

    Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

    Insomnia:
    Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.