Aku mmg suka tgk rancangan imam muda. Jadi, ini ada beberapa laman sesawang yang cerita pasal imam muda musim kedua.
http://ahrfn.blogspot.com/2011/04/majlis-pelancaran-imam-muda-2.html
http://nurizspace.com/2011/04/pelancaran-dan-pengumuman-10-calon-imam-muda-musim-ke-2.html
http://www.nurizan.com/imam-muda/imam-muda-musim-2-majlis-pelancaran-pengenalan-peserta-2
Paling menarik ada peserta dari Brunei dan Singapura. Selamat berjaya semua imam muda musim kedua.
Tuesday, April 26, 2011
Sunday, April 24, 2011
Imam Muda Musim kedua
Semlm aku tgk ujian dan pelancaran imam muda musim kedua. Program ini akan bermula pd 29 April 2011. Jangan lupa saksikan di Astro Oasis.
Thursday, April 7, 2011
Viva
Pg td aku viva. Banyak juga yang aku kena baiki. Syukur lulus dan tesis diterima. Yang paling aku takut sekiranya tesis is not accepted, kena masuk lab, skop tak cukup. lepas ni kena buat correction dgn bersungguh2. Mudah2an dipermudahkan.
Friday, April 1, 2011
Telinga kena jahit
Malam td, tgh tgk tv. tiba2 Qaisarah jatuh atas meja. Meja kaca rumah aku. ya rabbi, telinga Qaisarah berdarah dan terkoyak.
Kami panik seketika, pergi ke klinik panel, dia tak buat jahit telinga. lalu kami terus ke Hospital Putrajaya. Syukur, dipermudahkan. Data semua ada, sbb dulu Qaisarah lahir kat situ. Yg best, Qaisarah nangis kejap je, masa jatuh. Pukul 2.30pg, dr pakar jahit telinga dtg semata2 utk operation. Kami sampai rumah pukul 4pg. Aku bersyukur, walaupun telinga Qaisarah yang terluka, bukan mata atau kepala.
Moral: Aku dah malas nak beli barang2 berunsur kaca. Meja tu aku terus alas dgn kain2 alas meja yang tebal2. 3 lapis. Sebelum ini cermin kaca almari hiasan dah pecah. Berderau darah aku masa tu. Papa dah lah tak de kat rumah. Syukur juga Qaisarah masa tu tak ada apa2.

Labels:
Qaisarah
Monday, March 28, 2011
Tempe disangka lepat
Di sini ada artikel tempe disangka lepat.
Aku suka tempe.
Bila aku melangkah zaman remaja, aku bersekolah di Klang. Kuih utama di kantin adalah tempe dengan sambal. Bayangkan tempe yang dalam daun, hanya dibelah dua, digoreng, dan dicurahkan sambal. Harga cuma RM0.20. Pada masa itu, aku sudah mula menggemari tempe, makanan tradisi Jawa.
Semasa zaman matrikulasi, aku di Kuala Pilah. Di sana, jarang aku menjumpai resepi tempe. Makanan ruji, masak lemak cili padi.
Apabila aku di Bangi, banyak kafeteria menjual tempe sambal. Digaul dengan tauhu, ikan bilis dan kacang. Itu makanan kegemaran aku. Bila aku di Serdang, kafeteria anjung, ada menyajikan resepi tempe goreng ini. Pada aku, resepi tempe di anjung, Serdang adalah yang terbaik. Rangup, rasa kepedasan dan kemanisan yang cukup.
Mentua aku orang Kelantan. Kisah mak mentua dengan tempe juga agak melucukan. Setiap kali beli tempe dia basuh sehingga habis kulat-kulat tempe. Hanya tinggal kacang soya. Ini pengalaman pertama mak mentua aku memasak tempe di Klang. Pada masa itu, mereka bermastautin di Pelabuhan Klang. Lama-kelamaan, setelah bertanya dengan penduduk sekeliling, maka mak mentua, sudah pandai menyediakan tempe yang lazat.
Nenek aku memang pandai membuat tempe. Pada aku tempe sinonim dengan Jawa. Ye, aku memang keturunan Jawa.
Aku suka tempe.
Sebenarnya, dulu, masa aku kanak-kanak, aku memang kurang menggemari tempe. Mungkin kerana rasanya yang kurang enak disebabkan ramuan utama adalah kacang. Tapi aku suka tauhu. Makan dengan sambal kicap memang sedap.
Bila aku melangkah zaman remaja, aku bersekolah di Klang. Kuih utama di kantin adalah tempe dengan sambal. Bayangkan tempe yang dalam daun, hanya dibelah dua, digoreng, dan dicurahkan sambal. Harga cuma RM0.20. Pada masa itu, aku sudah mula menggemari tempe, makanan tradisi Jawa.
Semasa zaman matrikulasi, aku di Kuala Pilah. Di sana, jarang aku menjumpai resepi tempe. Makanan ruji, masak lemak cili padi.
Apabila aku di Bangi, banyak kafeteria menjual tempe sambal. Digaul dengan tauhu, ikan bilis dan kacang. Itu makanan kegemaran aku. Bila aku di Serdang, kafeteria anjung, ada menyajikan resepi tempe goreng ini. Pada aku, resepi tempe di anjung, Serdang adalah yang terbaik. Rangup, rasa kepedasan dan kemanisan yang cukup.
Tuesday, March 15, 2011
Buku sudah dimiliki
Tidak sampai seminggu dilancarkan, saya sudah memiliki buku A Doctor in The House.
Sebenarnya, pada hari ahad 13 Mac yang lepas, saya telah pergi ke Tesco, Nilai
untuk membeli-belah. Secara tidak sengaja, buku ini telah dipamerkan dipintu masuk utama di dalam ruang niaga. En Suami, terus memberitahu saya yang buku ini ada dijual di sini. Apa lagi, saya terus ambil tanpa ragu-ragu. Ye, En Suami tahu, kalau saya ingin memiliki sesuatu. Saya ada memberitahunya, yang saya ingin ke MPH, Putrajaya minggu hadapan unutk mencari buku ini.
Tapi, yang menarik, saya baru habis membaca bab 1. En Suami, sudah hampir 3/4 membaca buku ini. Maklumlah, saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah seperti mengemas dan memasak. En Suami, sambil dia menonton TV, atau sambil menjaga Qaisarah, dia boleh membaca. Komen saya, buku ini memang mudah difahami bahasanya, dan memang menarik.
Labels:
Book,
Person,
Shopping,
Tun Dr Mahathir
Monday, March 14, 2011
Lee Chong Wei Juara All England 2011
Tahniah, buat Chong Wei kerana mengekalkan kejuaraan Badminton All England. Semangat juang beliau patut dicontohi.
Saya sebenarnya melihat sendiri persembahan yang telah dipamerkan oleh beliau. En Suami dan anak sedang tidur ketika saya menonton perlawanan akhir Badminton All England. Memang persembahan Chong Wei mempersonakan dan nampak beliau sangat fokus semasa bermain. Pada akhir perlawanan, saya melihat begitu ramai peminat Chong Wei di bumi England. Wah, ketika itu, saya rasa dia seperti jaguh dunia yang lain seperti Michael Sgcumaker dan Rooney. Ya, Chong Wei pemain nombor satu dunia. Saya lihat peminat dia tidak kira kecil atau tua. Terserlah kegembiraan mereka apabila Chong Wei memberi tandatangan sebagai mengharagai sokongan peminat beliau.
TAHNIAH CHONG WEI!!!
TAHNIAH CHONG WEI!!!
Sunday, March 13, 2011
Kereta pinjam dan Qaisarah petah
Hari ini kami dah ada kereta. Pinjam dari bapa aku. Suami aku kata, untung kalau abang ada bapa macam ni. Kelakar, En Suami ni. Tapi, kereta bapa aku semuanya second hand car. Dia pun, sebenarnya suruh aku beli second hand car. Satu je kereta yang baru. Van Toyota. Umur van tersebut adalah sama dengan umur adik aku yang ke-7. Masa bapa aku ambil kereta tu kat kedai, malam tu dia dilahirkan. Dah hampir 18 thn. Van itu memang banyak berjasa. Semua barang, boleh angkut. Peti ais, televisyen, almari...segala macam benda, boleh masuk.
Malam tadi, masa kami ambil kereta tu, aku pun kata kat Qaisarah. Qaisarah, meh kita naik kereta atuk. Kereta papa rosak. Tiba-tiba, dia pun kata, pinjam. Aku tersenyum, sbb Qaisarah pun tak tahu erti pinjam. Hai Qaisarah... sekarang dah petah bercakap. Yang kelakar, ada satu hari tu, dia nyanyi dengan riang. tiba-tiba dia kata, suara Qaisarah sedap. kah kah kah...kami suami isteri tergelak besar dengar.

Saturday, March 12, 2011
Kereta kenari masuk hospital
Semalam, suami telefon kata kereta mati kat area Mydin. Yang syok, Qaisarah relaks je. Tapi perangai Qaisarah mmg cool je. Aku memang dah balik awal dengan kawan setaman. Sebab, kalau tunggu En Suami memang lambat samapi rumah. Paling awal 8.30mlm baru sampai. Bayangkan, kalau aku rakam waktu bekerja, maka boleh samapai 12 jam kerja sehari.
Sebenarnya, aku memang dah bagi peringatan kat En Suami, supaya buat major service kat kereta dia. Tapi, alasan yang diberi...nantilah. Jadi, tadi hantar ke bengkel, kena buat overhaul kereta. Fikir2 tak pelah. Mungkin perlukan kos dalam RM2,000 ++. Kereta itu pun telah dibeli pada Feb 2002. Yang penting, En suami dan Qaisarah selamat.
Thursday, March 10, 2011
A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad
Semalam, saya ada terbaca di kosmo mengenai buku terbaru yg ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kosmo. Wah memang luar biasa, pelancaran buku pada hari pertama telah mendapat jualan 5,000 nashkah. Ini sumber daripada KOSMO yang aku baca dan MPH sendiri mengaku yang ini adalah buku pertama dalam sejarah Malaysia yang terjual paling tinggi di hari pelancarannya. Sebelum ini, buku paling tinggi pernah mencatat sebanyak 1,000 naskhah. Aku memang nak beli, banyak fakta menarik dalam buku ini. Tapi belum sempat cari di MPH. Ingat, tempah secara dalam talian kalau tidak sempat cari juga dalam masa terdekat. Tak mahu, tunggu untuk cetakan seterusnya. Aku ada terbaca, buku ini telah dicetak sebanyak 50,000 nashkah. Kalau tak silap. Buku ini juga telah dilancarkan dalam satu majlis di east Atrium Concourse, Mid Valley Megamall.
Antara kandungan menarik dalam buku ini (sumber KOSMO, 9 Mac 2011):
- Tun pernah jadi peniaga pasaran gelap semasa zaman Jepun memerintah.
- Isu Lee Kuan Yew pernah menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
- Isu pemecatan Anwar Ibrahim.
- Isu jambatan bengkok.
Labels:
Book,
Person,
Tun Dr Mahathir
Monday, March 7, 2011
Kisah pen dan tahi lalat
Tadi bawa Qaisarah ke tpt kerja. Mak abah balik kampung. Sangatlah kena banyak sabar. Kali ini, dia kurang panjat meja. Tapi menconteng buku2 dan kertas2. Habis semua marker dan pen dia selongkar. Qaisarah conteng tangan dia buat bintik2. Bila kawan aku tanya, tgn kenapa...dia kata taik lalat. Aku nak tergelak.
Ptg, masa balik, aku suruh abah ambil sambil lalu balik dari Johor. Umi Qaisarah (nenek Qaisarah) pun tanya. Tangan ni kenapa? Dia pun kata, tahi lalat. Aku tergelak je. Mentang2 mama Qaisarah ada tahi lalat besar kat tepi bibir. Teringin nak taik lalat juga ke Qaisarah ni.
Labels:
Qaisarah
Friday, March 4, 2011
Qaisarah berwuduk
Qaisarah ada satu sikap yang mesti dia buat sebelum tidur. Sebelum tidur dia mesti hendak basahkan badan dia, basuh muka, basuh kaki. Aku rasa sbb dia ini, mungkin rasa panas dan tak selesa nak tidur. Walhal, dalam bilik ada penghawa dingin. Lama-kelamaan aku pun, basuhkan tgn dan kaki dia ikut tertib seperti berwuduk. Sebelum ini, aku cuma kata ambil air sembahyang. Dua hari lepas, aku pun kata, jom lah kita berwuduk. Tiba-tiba, semalam, masa aku dah baring2 nak tidur...dia pun kata, papa... sarah nak wuduk. Terkejut aku. Terus melekat perkataan wuduk dlm ingatan dia. Aku memang jenis malas nak layan2 dia sgt. Letih. Jd aku pun kata, sarah masuk je lah bilik air berwuduk. Nasib baik, papa sarah suka layan. Tp, aku tak tahu lah kalau dgn papa, ikut tertib wuduk tak...
Labels:
Qaisarah
Monday, February 28, 2011
Tesco Nilai
Lepas lawat pelajar LI di Nilai, aku dgn suami singgah Tesco, Nilai. Saja melawat hypermarket baru di Nilai. Aku jarang sebenarnya membeli-belah. Sekadar belanaj apa yg perlu, maka jumlah perbelanjaan kurang RM100. Aku rasa waktu sekarang ini walaupun byk duit, tp perbelanjaan mesti berhemah.
Jadi sesiapa yg belum tahu.... di Nilai sekarang dah ada Tesco.
Labels:
Shopping
Saturday, February 26, 2011
Masak-memasak di hari Sabtu
Pagi sampai ptg td, aku dgn Qaisarah ke rumah mak. Tghari tiada orang kat rumah mak. Cuma aku, Qai, Najah (anak saudara) dan adik bongsu aku. Yg lain2 sibuk dgn hal masing2. Mak Najah ada kursus 5 hari. Isnin baru balik. Adik aku yg tgh praktikum cikgu, ada mesyuarat PIBG. Abah pun pergi mesyuarat PIBG. Yg lain2 di asrama dan di rumah sewa masing-masing.
Oleh itu, aku telah masak ikan goreng, sayur campur goreng dan sambal goreng ikan bilis. Sambal ini orang Jawa panggil sambal totok. Aku pun tak tahu betul ke ada istilah ini. Tapi pedas sampai menyengat.
Tp, yg best tu bila mak kata, kalau macam ni setiap sabtu, ko dtglah rumah mak. Tolong masak. Qaisarah tolong mama masak. Setiap sabtu cari menu sendiri. Aku pun kata, tak janji...Insya-Allah kalau ada kelapangan dan kesempatan.
Friday, February 25, 2011
Tindakan bijak atau hukuman?
Petang td ada kuiz utk student aku. Aku dtg tepat pukul 3ptg. Yg dtg cuma 6-8 org shj. Tepat 3.05ptg, aku terus mulakan kuiz. Ada 7 pelajar lg yg tidak hadir.
Maka dgn rasa bertanggungjawab dan berhemah, aku telah menolak 2 markah kuiz untuk pelajar yang lewat 10 minit, dan 4 markah selepas 10 minit. Ada seorang pelajar tidak hadir. Dulu, masa aku belajar, pensyarah tidak pernah bgtahu bila dia akan buat kuiz. Aku bukan apa, aku memang dah bgtahu awal2, kelas pg mula 8.15pg, ptg 3.00ptg. Td kdg2 lewat melampau2. Mudah-mudahan tindakan aku ini memberi pengajaran kepada yang lain.
Labels:
Students
Thursday, February 17, 2011
Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang
Sebenarnya, aku tak tahu pun imam muda Asyraf dapat anugerah ini. Suami aku yang cakap masa dia tengok berita pagi 2 hari lepas. Tadi baru google cari berita pasal IM Asyraf. Semoga IM lebih tabah dalam berdakwah kepada masyarakat di luar sana.
Labels:
Imam Muda
Wednesday, February 16, 2011
Rancangan SITI: Episod Pertama
Mula-mula tengok rancangan ini, aku teruja. Siti telah menemuramah Tun Dr Mahathir, mantan PM Malaysia.
Aku terbaca dalam akhbar, Tun Dr Mahathir rasa kekok bila pertama kali ditemuramah oleh Siti.
Rupanya Tun Dr Mahathir, tidak makan ikan selama ini. Tun Dr Hasmah kata sebab dia telah didik oleh ibunya yang ikan ada cacing. Tapi, makanan laut lain seperti sotong, kerang dan udang Tun boleh makan.
Macamana nak mendidik anak rajin membaca?
Dari kecil, kita perlu medidik anak untuk membaca apa saja jenis buku, tidak kira buku cerita atau kartun. Lama-kelamaan, kita perlu didik dengan membaca buku-buku fakta dan ilmiah. Saya setuju.

Celebrity,
Motivation,
Person,
Tun Dr Mahathir
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul
Hari ini cuti umum seluruh Malaysia, sempena maulidur rasul. Semoga kita umat nabi Muhammad akan mendapat syafaat di akhirat kelak. Banyakkan selawat ke atasnya.
Ada cerita menarik tentang maulidur rasul yang akan ku ingat sampai sekarang.
Ada cerita menarik tentang maulidur rasul yang akan ku ingat sampai sekarang.
Sunday, February 13, 2011
Tenaga: fakta dan dari pelbagai aspek
Mengapa aku sering rasa kehilangan tenaga? Bila buat kerja sikit, rasa keletihan yang amat sangat.
Dalam kimia tenaga pengaktifan merupakan tenaga minimum yang diperlukan untuk tindakbalas. Dalam pemakanan tenaga diukur dalam unit kalori. Dalam islam, tenaga dikaitkan dengan kekuatan roh, sekiranya bersama dgn orang2 soleh maka akan dapat kekuatan roh. Mungkin teori fizik keseimbangan tenaga dalam fizik, berkait dgn kekuatan tenaga rohani dan jasmani. Tenaga boleh diserap dan boleh diubah, tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan.
Dalam pemakanan, setiap komponen nutrien memberikan nilai kalori yang berbeza. Lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi, iaitu 9kcal/g, sedangkan karbohidrat dan protein hanya 4kcal/g. Kadang2 aku terfikir, adakah disebabkan oleh pemakanan yang kurang sihat? atau kekurangan vitamin atau mineral yang menjadi kofaktor dan koenzim dalam penghasilan tenaga?
Dalam islam, kekuatan roh itu penting. Bila rohani kuat, maka jasmani akan kuat. Sebab itu, mereka yang soleh dan sentiasa berzikir mengingati Allah, mendapat kekuatan dalaman yang luar biasa. Kita juga sering mendengar dan sekiranya ada gangguan luar yang jahat, tenaga kita akan diambil dan kita akan kekurangan tenaga. Adakah semua ini berkait?
Maka renung2kan...

Keletihan sering melanda diri. Ya Ilahi, berikanlah daku kekuatan jasmani dan rohani, agar diriku sentiasa dapat mengingatimu dalam berkat rahmatmu yang abadi. Sesunggunya hanya dikau dalam maha kuat. Ya Qawwiy.
Maka renung2kan...
Saturday, February 12, 2011
web sosial www.salingsapa.com
Baca kosmo, ada seorang pelajar 13 tahun telah mencipta satu lagi laman sosial. Seorang pelajar dari Indonesia. Aku cuba access web sosial in. www.salingsapa.com
Muka hadapan, memang menarik. Gambar kaabah. Di situ, ada ikon al-quran. Makin banyak laman sosial wujud.
Muka hadapan, memang menarik. Gambar kaabah. Di situ, ada ikon al-quran. Makin banyak laman sosial wujud.
Subscribe to:
Posts (Atom)