Tuesday, March 10, 2009

Kisah Lucu - Maulidur Rasul

Semalam, cuti Maulidur Rasul dan merupakan cuti umum di seluruh Malaysia. Memang seronok jadi rakyat Malaysia, banyak cuti umum.

Kawan satu makmal bercerita tentang anak dia.

Mrs KK : Amir, kemas buku. Esok nak sekolah.
Amir (Anak Mrs KK): Esok tak sekolah lah ibu.
Mrs KK : Eh, apasal pulak. esok sekolah.
Amir (Anak Mrs KK): Ibu, kita kan ada 25 nabi. Jadi kita ada cuti lagi 24 hari.
Mrs KK : Banyak cantik Amir. Esok sekolah. Pergi kemas beg.

Dalam hati Mrs KK. Budak ni buat lawak ke, atau memang tak tahu. Macam-macam lah. Tergelak jugak aku bila mendengar Mrs DK bercerita tentang anaknya.


No comments: