Semalam, saya ada terbaca di kosmo mengenai buku terbaru yg ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kosmo. Wah memang luar biasa, pelancaran buku pada hari pertama telah mendapat jualan 5,000 nashkah. Ini sumber daripada KOSMO yang aku baca dan MPH sendiri mengaku yang ini adalah buku pertama dalam sejarah Malaysia yang terjual paling tinggi di hari pelancarannya. Sebelum ini, buku paling tinggi pernah mencatat sebanyak 1,000 naskhah. Aku memang nak beli, banyak fakta menarik dalam buku ini. Tapi belum sempat cari di MPH. Ingat, tempah secara dalam talian kalau tidak sempat cari juga dalam masa terdekat. Tak mahu, tunggu untuk cetakan seterusnya. Aku ada terbaca, buku ini telah dicetak sebanyak 50,000 nashkah. Kalau tak silap. Buku ini juga telah dilancarkan dalam satu majlis di east Atrium Concourse, Mid Valley Megamall.
Antara kandungan menarik dalam buku ini (sumber KOSMO, 9 Mac 2011):
- Tun pernah jadi peniaga pasaran gelap semasa zaman Jepun memerintah.
- Isu Lee Kuan Yew pernah menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
- Isu pemecatan Anwar Ibrahim.
- Isu jambatan bengkok.
No comments:
Post a Comment