Monday, March 28, 2011

Tempe disangka lepat

Di sini ada artikel tempe disangka lepat.

Mentua aku orang Kelantan. Kisah mak mentua dengan tempe juga agak melucukan. Setiap kali beli tempe dia basuh sehingga habis kulat-kulat tempe. Hanya tinggal kacang soya. Ini pengalaman pertama mak mentua aku memasak tempe di Klang. Pada masa itu, mereka bermastautin di Pelabuhan Klang. Lama-kelamaan, setelah bertanya dengan penduduk sekeliling, maka mak mentua, sudah pandai menyediakan tempe yang lazat.

Nenek aku memang pandai membuat tempe. Pada aku tempe sinonim dengan Jawa. Ye, aku memang keturunan Jawa.

Aku suka tempe.

Sebenarnya, dulu, masa aku kanak-kanak, aku memang kurang menggemari tempe. Mungkin kerana rasanya yang kurang enak disebabkan ramuan utama adalah kacang. Tapi aku suka tauhu. Makan dengan sambal kicap memang sedap.

Bila aku melangkah zaman remaja, aku bersekolah di Klang. Kuih utama di kantin adalah tempe dengan sambal. Bayangkan tempe yang dalam daun, hanya dibelah dua, digoreng, dan dicurahkan sambal. Harga cuma RM0.20. Pada masa itu, aku sudah mula menggemari tempe, makanan tradisi Jawa.

Semasa zaman matrikulasi, aku di Kuala Pilah. Di sana, jarang aku menjumpai resepi tempe. Makanan ruji, masak lemak cili padi.

Apabila aku di Bangi, banyak kafeteria menjual tempe sambal. Digaul dengan tauhu, ikan bilis dan kacang. Itu makanan kegemaran aku. Bila aku di Serdang, kafeteria anjung, ada menyajikan resepi tempe goreng ini. Pada aku, resepi tempe di anjung, Serdang adalah yang terbaik. Rangup, rasa kepedasan dan kemanisan yang cukup.


No comments: