Sunday, February 13, 2011

Tenaga: fakta dan dari pelbagai aspek

Mengapa aku sering rasa kehilangan tenaga? Bila buat kerja sikit, rasa keletihan yang amat sangat.

Dalam kimia tenaga pengaktifan merupakan tenaga minimum yang diperlukan untuk tindakbalas. Dalam pemakanan tenaga diukur dalam unit kalori. Dalam islam, tenaga dikaitkan dengan kekuatan roh, sekiranya bersama dgn orang2 soleh maka akan dapat kekuatan roh. Mungkin teori fizik keseimbangan tenaga dalam fizik, berkait dgn kekuatan tenaga rohani dan jasmani. Tenaga boleh diserap dan boleh diubah, tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan.

Dalam pemakanan, setiap komponen nutrien memberikan nilai kalori yang berbeza. Lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi, iaitu 9kcal/g, sedangkan karbohidrat dan protein hanya 4kcal/g. Kadang2 aku terfikir, adakah disebabkan oleh pemakanan yang kurang sihat? atau kekurangan vitamin atau mineral yang menjadi kofaktor dan koenzim dalam penghasilan tenaga?

Dalam islam, kekuatan roh itu penting. Bila rohani kuat, maka jasmani akan kuat. Sebab itu, mereka yang soleh dan sentiasa berzikir mengingati Allah, mendapat kekuatan dalaman yang luar biasa. Kita juga sering mendengar dan sekiranya ada gangguan luar yang jahat, tenaga kita akan diambil dan kita akan kekurangan tenaga. Adakah semua ini berkait?


Keletihan sering melanda diri. Ya Ilahi, berikanlah daku kekuatan jasmani dan rohani, agar diriku sentiasa dapat mengingatimu dalam berkat rahmatmu yang abadi. Sesunggunya hanya dikau dalam maha kuat. Ya Qawwiy.

Maka renung2kan...

No comments: