Saturday, February 26, 2011

Masak-memasak di hari Sabtu

Pagi sampai ptg td, aku dgn Qaisarah ke rumah mak. Tghari tiada orang kat rumah mak. Cuma aku, Qai, Najah (anak saudara) dan adik bongsu aku. Yg lain2 sibuk dgn hal masing2. Mak Najah ada kursus 5 hari. Isnin baru balik. Adik aku yg tgh praktikum cikgu, ada mesyuarat PIBG. Abah pun pergi mesyuarat PIBG. Yg lain2 di asrama dan di rumah sewa masing-masing.

Oleh itu, aku telah masak ikan goreng, sayur campur goreng dan sambal goreng ikan bilis. Sambal ini orang Jawa panggil sambal totok. Aku pun tak tahu betul ke ada istilah ini. Tapi pedas sampai menyengat.

Tp, yg best tu bila mak kata, kalau macam ni setiap sabtu, ko dtglah rumah mak. Tolong masak. Qaisarah tolong mama masak. Setiap sabtu cari menu sendiri. Aku pun kata, tak janji...Insya-Allah kalau ada kelapangan dan kesempatan.


No comments: