Tuesday, May 17, 2011
Seminar untuk pengusaha restoran fahami pensijilan halal
Seminar ini memberi peluang kepada semua penguasaha restoran tentang makanan Halal.
Wednesday, May 11, 2011
Pendapat tentang - Elak guna penapis air
Saya pernah menulis tentang kepentingan penapis air. Tetapi, ia terpulang kepada pengguna. Hari ini, saya terbaca tentang Syabas tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air. Hakikatnya, penapis air sudah bagai cendawan tumbuh selepas hujan di pasaran.
Ini artikel tentang artikel tersebut.
KAJANG: Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) tidak menggalakkan orang ramai memasang alat penapis air pada meter air utama rumah mereka kerana ia menyebabkan air yang ditapis mudah dicemari bakteria.
Pengarah Eksekutif, Bahagian Kualiti Air, Aset dan Sumber Strategik Syabas, Roowina Merican A Rahim Merican, berkata air yang ditapis itu tidak mempunyai kandungan klorin menyebabkan bakteria seperti E. coli dan Coliform sukar untuk dihapuskan kerana tiada tindak balas dengan klorin. Seterusnya...
Monday, May 9, 2011
Jakim tarik balik sijil halal pengeluar produk sosej
Entah syarikat mana. Ini mesti syarikat ternama.
Artikel seterusnya ...
Sunday, May 1, 2011
Kisah cuti hari pekerja
Bila 1 Mei ramai yang buat majlis kawin dan cuti-cuti Malaysia.
1 Mei 2009-Kami balik ke GP. Makan-makan satu family.
1 Mei 2007-Lepak-lepak di rumah. Masa ini Qaisarah belum lahir lagi.
1 Mei 2006-Kami balik ke GP. Sempena perkahwinan adik ipar aku pd 30 April.
1 Mei 2005-Pertunangan kami berdua.
Selamat melayari bahtera perkahwinan, Norlelawati dan Rozzan. Semoga sentiasa bahagia dalam melayari bahtera rumahtangga.
Tuesday, April 26, 2011
Imam Muda - musim kedua
http://ahrfn.blogspot.com/2011/04/majlis-pelancaran-imam-muda-2.html
http://nurizspace.com/2011/04/pelancaran-dan-pengumuman-10-calon-imam-muda-musim-ke-2.html
http://www.nurizan.com/imam-muda/imam-muda-musim-2-majlis-pelancaran-pengenalan-peserta-2
Paling menarik ada peserta dari Brunei dan Singapura. Selamat berjaya semua imam muda musim kedua.
Sunday, April 24, 2011
Imam Muda Musim kedua
Thursday, April 7, 2011
Viva
Friday, April 1, 2011
Telinga kena jahit
Kami panik seketika, pergi ke klinik panel, dia tak buat jahit telinga. lalu kami terus ke Hospital Putrajaya. Syukur, dipermudahkan. Data semua ada, sbb dulu Qaisarah lahir kat situ. Yg best, Qaisarah nangis kejap je, masa jatuh. Pukul 2.30pg, dr pakar jahit telinga dtg semata2 utk operation. Kami sampai rumah pukul 4pg. Aku bersyukur, walaupun telinga Qaisarah yang terluka, bukan mata atau kepala.
Moral: Aku dah malas nak beli barang2 berunsur kaca. Meja tu aku terus alas dgn kain2 alas meja yang tebal2. 3 lapis. Sebelum ini cermin kaca almari hiasan dah pecah. Berderau darah aku masa tu. Papa dah lah tak de kat rumah. Syukur juga Qaisarah masa tu tak ada apa2.
Monday, March 28, 2011
Tempe disangka lepat
Aku suka tempe.
Bila aku melangkah zaman remaja, aku bersekolah di Klang. Kuih utama di kantin adalah tempe dengan sambal. Bayangkan tempe yang dalam daun, hanya dibelah dua, digoreng, dan dicurahkan sambal. Harga cuma RM0.20. Pada masa itu, aku sudah mula menggemari tempe, makanan tradisi Jawa.
Semasa zaman matrikulasi, aku di Kuala Pilah. Di sana, jarang aku menjumpai resepi tempe. Makanan ruji, masak lemak cili padi.
Apabila aku di Bangi, banyak kafeteria menjual tempe sambal. Digaul dengan tauhu, ikan bilis dan kacang. Itu makanan kegemaran aku. Bila aku di Serdang, kafeteria anjung, ada menyajikan resepi tempe goreng ini. Pada aku, resepi tempe di anjung, Serdang adalah yang terbaik. Rangup, rasa kepedasan dan kemanisan yang cukup.
Tuesday, March 15, 2011
Buku sudah dimiliki
Monday, March 14, 2011
Lee Chong Wei Juara All England 2011
TAHNIAH CHONG WEI!!!
Sunday, March 13, 2011
Kereta pinjam dan Qaisarah petah
Malam tadi, masa kami ambil kereta tu, aku pun kata kat Qaisarah. Qaisarah, meh kita naik kereta atuk. Kereta papa rosak. Tiba-tiba, dia pun kata, pinjam. Aku tersenyum, sbb Qaisarah pun tak tahu erti pinjam. Hai Qaisarah... sekarang dah petah bercakap. Yang kelakar, ada satu hari tu, dia nyanyi dengan riang. tiba-tiba dia kata, suara Qaisarah sedap. kah kah kah...kami suami isteri tergelak besar dengar.
Saturday, March 12, 2011
Kereta kenari masuk hospital
Thursday, March 10, 2011
A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad
Semalam, saya ada terbaca di kosmo mengenai buku terbaru yg ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kosmo. Wah memang luar biasa, pelancaran buku pada hari pertama telah mendapat jualan 5,000 nashkah. Ini sumber daripada KOSMO yang aku baca dan MPH sendiri mengaku yang ini adalah buku pertama dalam sejarah Malaysia yang terjual paling tinggi di hari pelancarannya. Sebelum ini, buku paling tinggi pernah mencatat sebanyak 1,000 naskhah. Aku memang nak beli, banyak fakta menarik dalam buku ini. Tapi belum sempat cari di MPH. Ingat, tempah secara dalam talian kalau tidak sempat cari juga dalam masa terdekat. Tak mahu, tunggu untuk cetakan seterusnya. Aku ada terbaca, buku ini telah dicetak sebanyak 50,000 nashkah. Kalau tak silap. Buku ini juga telah dilancarkan dalam satu majlis di east Atrium Concourse, Mid Valley Megamall.
Antara kandungan menarik dalam buku ini (sumber KOSMO, 9 Mac 2011):
- Tun pernah jadi peniaga pasaran gelap semasa zaman Jepun memerintah.
- Isu Lee Kuan Yew pernah menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
- Isu pemecatan Anwar Ibrahim.
- Isu jambatan bengkok.
Monday, March 7, 2011
Kisah pen dan tahi lalat
Friday, March 4, 2011
Qaisarah berwuduk
Monday, February 28, 2011
Tesco Nilai
Jadi sesiapa yg belum tahu.... di Nilai sekarang dah ada Tesco.
Saturday, February 26, 2011
Masak-memasak di hari Sabtu
Friday, February 25, 2011
Tindakan bijak atau hukuman?
Thursday, February 17, 2011
Imam Muda Asyraf dipilih sebagai Tokoh Maulidur Rasul Pulau Pinang
Wednesday, February 16, 2011
Rancangan SITI: Episod Pertama
Aku terbaca dalam akhbar, Tun Dr Mahathir rasa kekok bila pertama kali ditemuramah oleh Siti.
Rupanya Tun Dr Mahathir, tidak makan ikan selama ini. Tun Dr Hasmah kata sebab dia telah didik oleh ibunya yang ikan ada cacing. Tapi, makanan laut lain seperti sotong, kerang dan udang Tun boleh makan.
Macamana nak mendidik anak rajin membaca?
Dari kecil, kita perlu medidik anak untuk membaca apa saja jenis buku, tidak kira buku cerita atau kartun. Lama-kelamaan, kita perlu didik dengan membaca buku-buku fakta dan ilmiah. Saya setuju.
Tuesday, February 15, 2011
Salam Maulidur Rasul
Ada cerita menarik tentang maulidur rasul yang akan ku ingat sampai sekarang.
Sunday, February 13, 2011
Tenaga: fakta dan dari pelbagai aspek
Dalam kimia tenaga pengaktifan merupakan tenaga minimum yang diperlukan untuk tindakbalas. Dalam pemakanan tenaga diukur dalam unit kalori. Dalam islam, tenaga dikaitkan dengan kekuatan roh, sekiranya bersama dgn orang2 soleh maka akan dapat kekuatan roh. Mungkin teori fizik keseimbangan tenaga dalam fizik, berkait dgn kekuatan tenaga rohani dan jasmani. Tenaga boleh diserap dan boleh diubah, tetapi tenaga tidak boleh dimusnahkan.
Dalam pemakanan, setiap komponen nutrien memberikan nilai kalori yang berbeza. Lemak mempunyai nilai kalori yang tinggi, iaitu 9kcal/g, sedangkan karbohidrat dan protein hanya 4kcal/g. Kadang2 aku terfikir, adakah disebabkan oleh pemakanan yang kurang sihat? atau kekurangan vitamin atau mineral yang menjadi kofaktor dan koenzim dalam penghasilan tenaga?
Dalam islam, kekuatan roh itu penting. Bila rohani kuat, maka jasmani akan kuat. Sebab itu, mereka yang soleh dan sentiasa berzikir mengingati Allah, mendapat kekuatan dalaman yang luar biasa. Kita juga sering mendengar dan sekiranya ada gangguan luar yang jahat, tenaga kita akan diambil dan kita akan kekurangan tenaga. Adakah semua ini berkait?
Keletihan sering melanda diri. Ya Ilahi, berikanlah daku kekuatan jasmani dan rohani, agar diriku sentiasa dapat mengingatimu dalam berkat rahmatmu yang abadi. Sesunggunya hanya dikau dalam maha kuat. Ya Qawwiy.
Maka renung2kan...
Saturday, February 12, 2011
web sosial www.salingsapa.com
Muka hadapan, memang menarik. Gambar kaabah. Di situ, ada ikon al-quran. Makin banyak laman sosial wujud.
| Kata Kunci | Kunjungan |
|---|---|
| air syabas berkualiti tinggi | 2 |
| buku nexus upsr | 2 |
| adi putera wikipedia | 1 |
| darab menggunakan cara adi putra | 1 |
| maksud ayat mengigal | 1 |
| tempat charger nokia rosak | 1 |
Carian popular minggu ini dalam blog saya
| Menerusi statistik nuffnang asraf imam muda | 3 |
| formula adi putra | 2 |
| duit rm50 edisi terhad | 1 |
| adi putra (formula) | 1 |
| mydin meriah card check point online | 1 |
| nilai duit rm50 jika ada lambang 50 tahun merdeka | 1 |
| duit rm50 edisi 50 tahun merdeka | 1 |
| warna baju ikut hari | 1 |
| bonus david teoh kepada pelakon mig | 1 |
| formula matematik adi putra | 1 |
Bila diamati, carian adi putra memang paling tinggi sejak dulu. Ini carta paling popular dalam blog saya setakat ini: Popular Posts
| |
Tuesday, February 8, 2011
Pelbagai jenis kalendar dalam kehidupan
"Saya ada pelbagai jenis kalendar. Kalendar kuda, kalendar bunga. Melambak. Sesiapa yang hendak kalendar percuma, sila bagitahu saya."
Saya terfikir sejenak.
Saya pun banyak kalendar. Semua saya dapat percuma. Satu planner sahaja yg saya beli. Tapi dalam fikiran saya, kalendar Jawa ada tak yek?? Sebab kalendar edisi Jawa ni susah nak dapat. Kalau kita ke kedai-kedai sekitar Klang, Johor, Banting. Mungkin senang nak dapat.
Sebenarnya bukan itu yang saya nak ceritakan. Dalam banyak kalendar yang saya dapat, saya rasa tiada saya kalendar pun yang pada saya lengkap. Sebab itu, dalam bilik di pejabat saya, ada 3 jenis kalendar. Di rumah saya, ada 2 jenis. Satu saya letak di aras bawah rumah, dan yang satu lagi di ruang atas rumah.
Di pejabat saya:
- Kalendar pertama (Kalendar universiti): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia, dan paling penting takwim akademik pelajar (cuti semester dan waktu perkuliahan) serta takwim Hijrah. Tiada waktu solat bagi bandar utama negeri seluruh Malaysia.
- Kalendar kedua (Kalendar Kuda): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan Singapura, lengkap jadual cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, takwim Hijrah serta kalendar Cina dan India. Tahun ini tahun arnab.
- Kalendar ketiga (Kalendar Keluaran Zhulian-percuma): Lengkap dengan segala cuti seluruh Malaysia dan takwim cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menangah di Malaysia. Yang menarik, ada tertulis hari-hari istimewa seperti hari guru, hari ibu, hari wanita dan hari bapa. Tapi menyedihkan...takwim Hijrah tidak tercatat. Cuma tercatat, cuti pada hari kebesaran Islam seperti Nuzul Quran, Israk Mikraj dan sebagainya.
- Kalendar keempat (Kalendar Dutch Lady-percuma beli dua buah susu kotak Dutch Lady di 7 eleven) - Hanya tercatat cuti umum negara (tidak seluruh negeri), dan hari susu sedunia (1 Jun). Tiada takwim Hijrah.
- Kalendar kelima (Kalendar dari sebuah Kedai Percetakan dan Alatulis) - Tercatat semua cuti seluruh negeri di Malaysia, cuti sekolah pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia dan takwim Hijrah. Paling penting tercatat jadual solat bagi negeri seluruh Malaysia.
Sesiapa yang hendak melihat kalendar Jawa, boleh capai pautan di sini.
Monday, February 7, 2011
Macam-macam Qaisarah
Qaisarah: Macam-macam Aznil.
Qaisarah: Tom Tom Bak.
Bila aku kata, clever.
Qaisarah: Memang bijak.
Aku: Bila masa aku tambah memang... Oh iklan susu...Bijak, bijak...memang bijak.
Aku terfikir adakah pengaruh TV atau pembelajaran melalui pemerhatian? Mungkin kedua-duanya sekali.
Thursday, February 3, 2011
Happy birthday...my love
Selamat hari lahir suamiku. Semoga dikau dipanjangkan usia dlm nikmat iman, dikurniakan kesihatan yang baik, diberikan kekuatan untuk menambahkan ibadah.
Wednesday, February 2, 2011
David Teoh bagi Bonus RM 4.5 juta
Yang menarik, bila dia kata:
Wednesday, January 26, 2011
Baju kurung untuk Qaisarah
Tuesday, January 25, 2011
Adakah penapis air pembawa mudarat???
Kenyataan di bawah dikeluarkan oleh Syabas.
Secara amnya, ada kenyataan yg saya setuju, dan ada kenyataan yg saya kurang bersetuju.
KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya? (Ya, sekiranya penapis air itu tidak ditukar pada tempoh yg ditetapkan. Kemungkinan penapis air sudah tidak mampu menapis air bersih. Oleh itu, selenggara penapis air anda mengikut tempaoh dan spesifikasi yg ditetapkan)
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. (Secara am, memang klorin akan hilang, dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria boleh berlaku. Tetapi ini berlaku sekiranya air yang telah ditapis dan disimpan dan dibiarkan pada suhu bilik pada tempoh yang lama. Sekiranya minum terus dari penapis air, kemungkinan bakteria untuk hidup tidak akan berlaku)
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya. (Saya yakin, air yg dibekalkan syabas mmg berkualiti dan bersih, tetapi penyaluran air ke rumah, telah menyebabkan air menjadi kotor semula. Ini disebabkan oleh proses pengaratan salur paip dan tangki di rumah, dan ia jarang diselenggara dgn baik. Air yg berada di dlm tangki boleh dicemari)
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. (Pada saya, air yang kita minum mestilah bersih. Kerana air adalah sumber kehidupan. Maka terpulanglah kepada anda untuk memasang atau tidak penapis air. Pada saya, penapis air penting. Tetapi perlu diambil kira aspek penyelenggaraan penapis air dan penyimpanan air yg telah ditapis. Klorin berlebihan dan sisa pengaratan paip air yang masuk ke dalam badan, boleh memudaratkan kesihatan)
Rujukan: Kosmo 25 Januari 2011
Qaisarah berbaju kurung
Monday, January 24, 2011
Perkembangan Qaisarah
Perkembangan Qaisarah:
Berat - 14.5 kg
Umur - 2thn 6 bulan
Pemeriksaan akan datang - 21 Julai 2011.
Aktif dan sihat.
Thursday, January 20, 2011
Cuti Thaipusam
Ini ada sedutan pengumuman cuti Thaipusam bg KL dan Putrajaya.
KUALA LUMPUR: Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada perayaan tahun ini, yang disambut lusa.
Mengumumkannya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.
"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.
Ketika ini, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.
Friday, January 14, 2011
Nasi goreng budu
Thursday, January 13, 2011
Bijih timah di Perak
Ada dua kaedah, pertama secara mendulang di kawasan yang beair dan yang kedua secara mencari bijih dalam ketulan batu. Cara kedua lebih rumit dan mengambil masa hampir 8 jam. Walaupun nampak remeh, hasilnya mmg lumayan, sekali mencari boleh mencecah sehingga RM450. Itulah rezeki namanya. Ada yang menjadikan mencari bijih timah sebagai pendapatan sampingan dan ada juga sepenuh masa. Paling kagum, ada pencari bijih timah yang sudah arif mengenal batu yang mengandungi bijih timah. Ibaratkan jauhari mengenal manikam. Bila difikirkan, walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi, tetapi sudah semacam ahli geologi untuk mengesan mineral dan hasil bumi ini. Ahli geologi mungkin memerlukan peralatan yang canggih, tapi mereka mengesan hanya dengan mengetuk batuan yang mereka rasakan terdapat bijih timah didalamnya. itulah dia, ciptaan Ilahi. Semuanya tiada yang sia-sia.
Sunday, January 2, 2011
Nexus Edisi Terkini UPSR SCIENCE
Tajuk: Nexus Edisi Terkini UPSR SCIENCE
ISBN: 978-983-59-5047-6
Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.
Saturday, January 1, 2011
Tahun baru
1 Jan 2011 = 26 Muharram 1432 Hijrah.
Friday, December 31, 2010
Hafiza dan Fithri
Tuesday, December 28, 2010
Nur Hanan Hazirah
Sunday, December 26, 2010
Saturday, December 25, 2010
Bengkel Kemahiran Insaniah dlm Pembelajaran dan Pengajaran
Bengkel ni mcm2 aktiviti ada. Paling tak lupa buat aktiviti, jual barang, kumpulan kami kena jual berus gigi. Ada kumpulan kena jual mesin basuh, siap air mesin basuh boleh dikitar semula buat air teh, memang kelakar. Yang tak tahan, ada kumpulan kena jual seluar dalam. Nasib, kumpulan kami tak dapat yang itu. Sebab aku yang cabut undi.
Monday, December 20, 2010
Friday, December 17, 2010
Happy Birthday
Semalam ada tiga biji kek untuk sambutan hari jadi mereka yang tersenarai di bawah:
- Nur Hana 18/12
- Nurul Syazaliza 13/12
- Cucu2 (Qaisarah, Ahnaf, Hanan, Najah) yg ini, istimewa untuk cucu-cucu Faujan-Samilah walaupun tidak dilahirkan pd bulan disember kecuali Hanan yg baru dilahirkan pada 4/12 yg lalu.
Wednesday, December 15, 2010
Seminar
Tuesday, December 14, 2010
Bengkel Coaching for Education Professionals 2010
Sesiapa yang perlukan bantuan coaching dgn coach Aziz boleh lawati web ini.
Friday, December 10, 2010
Amazing Race Asia: Season 4 : Finale
First place: Richard and Richard (Philiphine)
Second place: Michelle and Claire (Singapore)
Third place: Hussein and Natasha (Indonesia)
In a highly anticipated televised finale of The Amazing Race Asia (TARA) season 4, the duo of Richard Hardin and Richard Herrera emerged winners. Representing the Philippines, they finished ahead of Singapore's Claire Goh and Michelle S. Ng, and the Indonesian father and daughter team of Hussein Baron and Natasha Sutadisastra.
The three finalists began the final leg of the race in Korea, where they had to make their way to Singapore, the final destination. Once there, they had to extract crab meat at a popular seafood restaurant, perform a escape act on stage, walk a tight-rope across two buildings 55 storeys high and, finally answer questions about the race.
Claire and Michelle who had to catch a later flight out of Korea lost a lot of time but made up for it with sheer determination. Hussein faltered at the tight-rope task because of his fear of heights, and allowed the Singapore and Philippine duos to surge ahead. To their credit, they did not give up.
It was a tight dash to the finish line, where host Allan Wu and the other contestants waited anxiously for the winners. Television viewers were made to believe that Claire and Michelle were ahead, but in the end it was the two Richards who emerged at the finish line, to the applause of their fellow competitors.
The winners, Richard and Richard took home $100,000. All the contestants were winners in their own way. Many overcame their fears, forged stronger friendships, and gathered special memories along their journey. For the record, the other teams were - Sunaina Gulia and Dimple Inamdar, Sahil Banga and Manas Katyal, Nadine Zamira Sjarief and Hilyani Hidranto (Yani), Ivan Evetovics and Tengku Hilda, Lim Kok Hon (Ethan) and Mohd Khairi, Alan Luk and Wendy Lee.
Bengkel Pbgnan Kepimpinan Inovatif &Transformasi Pensyarah Muda
Satu perkara yang hendak aku kongsi adalah mengenai motivasi. Manusia melakukan sesuatu kerja itu atas dasar tiga jenis motivasi.
They are three types of motivations:
1) Because of reward.
2) Because of fear.
3) because of self-awareness.
When people do something because of reward or fear, the impact is temporary. However, when people do something because of self-awareness, they will get a satisfaction.
Let me give an example:
A person pray because he/ she want to get reward from God , or because he/ she fear of hell is different when a person pray because of his/ her self-awareness.
Tuesday, December 7, 2010
Bengkel di Melaka
Sampai rumah pukul 3ptg, setelah hampir seminggu kami meronda2. Petang ni aku kena check-in pula di Hotel Holiday Inn untuk menghadiri bengkel kepimipinan pensyarah muda pulak. Rasa kurang rehat.
Monday, December 6, 2010
Selamat Pengantin Baru Fathullah-Faizah edisi 2
Wednesday, December 1, 2010
Singki oh singki
Saturday, November 27, 2010
Ulangtahun perkahwinan ke-5
Friday, November 26, 2010
Selamat Pengantin Baru Fathullah-Faizah
Kamera memang tiada, sbb sudah dirosakkan oleh Qaisarah semasa aidilfitri yang lalu. Memang tak berbaloi jika dibaiki. Jadi tiada gambar menarik yang kami rakamkan. Cuma sedikit gambar di telefon bimbit yang gambarnya pun tidak berapa jelas.
Thursday, November 25, 2010
Dewan peperiksaan
Ya Rabbi...rupanya memang terlupa bawa langsung. Agaknya malam tadi dia ulangkaji bersungguh-sungguh, sampai terlupa bawa masuk kalkulator dalam beg. Apa nak buat, sejam selepas aku aku terpaksa bagi dia meminjamkan kalkulator dari kawan di belakang dia. Pelajar-pelajar aliran sains, kalkutor itu wajib ya untuk dibawa masuk ke dalam dewan peperiksaan. Macam-macam perangai lah.
Kaki aku terasa lenguh, sebab 3 jam tu berjalan keliling dewan.
Friday, November 19, 2010
Duit RM50 Edisi Khas sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia
Saya terus menyemak dompet saya, semasa suami memberitahu kepada saya. Tiada sekeping pun duit RM50 edisi terhad yang saya miliki. Duit RM50 cetakan baru, memang ada beberapa keping dalam dompet saya. Sejak itu, saya terus memeriksa setiap keping duit RM50 yang saya miliki.
Setelah seminggu, akhirnya saya dapat juga duit RM50 edidi terhad dengan logo 50 tahun kemerdekaan. Ini ada beberapa keping yang saya simpan, terutama duit RM50 dengan nombor bersiri.
Ramai yang tidak perasan sebenarnya duit RM50 ada edisi terhad. Saya mula sedar pun dalam akhir tahun 2009. Malah ada yang beranggapan duit RM50 edisi terhad ini adalah palsu. Ada lagi beberapa siri RM50 yang saya simpan untuk koleksi. Nombor siri yang kurang menarik, saya gunakan untuk belanja harian. Hanya sekadar mengambil foto sahaja.
Amazing Race Asia: Season 4
Team Malaysia dah terkeluar.
tersilap langkah dia orang masa buat lencongan tu.
Dia org pilih cari nama orang kat batu nisan.
Kedudukan Malaysia yg lalu:
Season 3: Ida-Tania (ke-3), Henry-Bernie (ke-5)
Season 2: Pamela-Vanessa (ke-2), Diane-Ann (ke-4)
Season 1: Joe Jer-Zabrina (Pertama), Andrew & Syeon (ke-3)
Jadi, kalau perkiraan tu, mcm selang satu je tpt dia org ni.
Apa-apa pun, mmg aku respect dgn dia org.
Mula-mula tu, dia nak bg Richard-Richard naik bot dulu.
Tahniah buat Ethan-Khairie walaupun dah tersingkir.
Cuma dirahsiakan dulu, juaranya.
Wednesday, November 17, 2010
Aidiladha 1431H
- Pagi Aidiladha tahun ini, kami hanya beraya di rumah. Mengemas rumah dan membasuh baju adalah rutin utama aku bila ada cuti.
- Mesej Aidiladha yang paling aku suka: Pengorbangan Ibrahim patut dicontohi, Ketaatan Ismail wajar diikuti, Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati, Salam Aidiladha 1431 Hijri.
- Qaisarah aku pakaikan baju kurung. Dia memang suka pakai baju kurung.
- Selepas zuhur, kami makan di RasaMas, kemudian membelah-belah hadiah untuk majlis-majlis perkahwinan yang bakal kami hadiri. Musim cuti sekolah akan bermula, maka bermulalah episod melangkah ke alam rumahtangga untuk bakal pengantin baru.
- Bulan Disember ini, aku juga bakal mendapat seorang lagi anak saudara.
- Tahun lepas, aku juga hanya beraya di rumah.
Aidiladha 1429H = 8 Disember 2008 (Isnin)
Aidiladha 1428H = 20 Disember 2007 (Khamis)
Aidiladha 1427H = 31 Disember 2006 (Ahad)
Friday, November 12, 2010
Penuh debaran dan kelucuan
"After completing the Chucker challenge, Michelle finally psyches herself to eat the worm and she ends up performing a dance to celebrate her bravery.
Racing towards the pit stop, Ethan and Kharie find someone who will guide them there but are too late as the Richards are the second team to arrive.
But while Ethan and Kharie are team number three, they do win a prize for being the fastest in the bed making challenge, and they get a free upgrade to a Hilton suite the next time they stay at the Hilton.
Claire and Michelle are the fourth, followed by a surprised Hussein and Natasha.
As night falls, Dimple and Sunaina have been summoned to the pit stop for being the last. They have been eliminated from the race".
Ini ada berita yg aku copy and paste pasal mereka berdua sebelum perlumbaan bermula.
2010/09/21
"Manas dan Sahil dari India membuatkan kita ketawa sejak dari awal perlumbaan, manakala Ethan dan Khairie dari Malaysia Malaysia pula sememangnya dua karakter yang kelakar. Begitu juga dengan pasangan Richard dari Filipina yang suka berlawak. Namun Hilda mungkin mencuri perhatian peminat dalam episod pembukaan," katanya.
Rujukan: http://eforum1.cari.com.my/news/bh/readmore.php?article=Penuhdebarandankelucuan/Article
Thursday, November 11, 2010
Semoga Allah memberkati hidupku di dunia.
- Hari ini genaplah umur aku 31thn (mengikut thn masihi). Alhamdulillah Allah masih memberikan aku nikmat kehidupan di dunia ini yang tidak terhingga.
- Banyak ucapan di FB aku terima mengucapkan happy birthday, selamat hari lahir, sanah helwa...dan mendoakan semoga aku dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki dan dilempahi rahmat.
- Hanya satu sahaja ucapan yang aku terima melalui SMS.





























