Showing posts with label News. Show all posts
Showing posts with label News. Show all posts

Friday, August 23, 2013

Tun M sindir Tun Abdullah

Saya memang meminati Tun M. Suka dengan cara pemikirannya, cara perancangannya, cara tindakannya. Bila baca artikel kat bawah ini memang ada logik dan kebenaran. Saya suka dia merancang utk masa depan negara yang cerah. Banyak perubahan Malaysia yang dia bawa ke arah kemajuan. Sampai dalam blog peribada saya ada label khas Tun M.  Yang lain saya tak nak komen. Sebenarnya saya ada juga menyimpan gambar2 dan pengalaman Tun M dalam album khas masa Tun M nak bersara dulu. Buku biografi dia pun mmg saya ada. Saya doakan Tun M dipanjangkan usia sehingga dapat melihat wawasan 2020 beliau. Mungkin ada org kata, wawasan 2020 Tun M tak tercapai utk menjadi negara maju seperti yg diimpikan. Tapi bagi saya, kalau tak tercapai 100% sekurang-kurangnya 80% dah tercapai. Kita mesti merancang utk masa depan yang cerah, bukan untuk sentiasa menidakkan perancangan. Dasar Ekononi Baru yg diperkenalkan oleh Tun M juga saya ada. Saya baca tentang DEB sgt sedih. Org Melayu sentiasa mengharapkan bantuan dari kerajaan, tidak mahu bersungguh2 membina ekonomi sendiri. Saya memang sedih, bila saya cerita dgn generasi baru, mereka banyak yang tidak tahu dan alpa. 

Ini adalah berita akhbar dgn Tun M yg menarik perhatian saya.


 Tnn M sindir Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.

Thursday, June 14, 2012

Keutamaan menunaikan Haji

Haji merupakan rukun islam kelima. Sepatutnya, tanggungjawab menunaikan haji mesti diutamakan oleh semua umat Islam sebelum melaksanakan tanggungjawab yang lain.

Rencana ini dipetik daripada akhbar utusan.online hari ini berkenaan Haji.


KUANTAN 13 Jun - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.
 
Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain".

Friday, June 24, 2011

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

Hari ini keluar berita kata Barbican belum disahkan halal. Ya, aku setuju dengan kenyataan UNIPEQ, yang mereka hanya mengeluarkan hasil data analisis. BUKAN status halal. Status HALAL mesti dapat JAKIM.

Ini artikel mengenai produk Barbican.

Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Susu Sedunia

Pagi tadi aku denagr kat HotFM, FBI ucap selamat hari susu sedunia. Yup aku mmg ingat, sebab aku ada kalender Dutch Lady. Rakyat Malaysia memang kurang minum susu. Jadi, Dutch lady tengah buat undian susu berperisa paling popular. Ada perisa Red Bean, Moo Melon, Caramel Toffee and Sweet Corn.

Ini ada fakta menarik tentang susu. Aku paling suka susu perisa semulajadi. Tanpa perisa tambahan.


Tuesday, May 31, 2011

Jakim tidak iktiraf 'bir halal'

Hari ini di Kosmo keluar kenyataan JAKIM tidak iktiraf bir Halal. Mana ada bir Halal??? Lagipun memang logo JAKIM pun takde di bir tu. Umat Islam tidak peka.

Ada pernah aku pergi satu restoran makanan. Memang gah namanya. Aku tanya, ada halal tak kedai ini? Pekerja dia boleh kata, Halal tu apa??? Yelah, pekerja Vietnam semua. Terus aku dan kawan aku keluar. Kita ada hak tanya, tapi ramai umat Islam tidak bertanya dan mengambil enteng tentang kehalalan makanan.




Monday, May 30, 2011

Sekat penjualan 'bir halal'

Susulan dari berita 'bir halal' yang lalu.
Hari ini terpampang berita sekat penjualan 'bir halal'.
Memang mana ada bir yang halal. Logikkah??? Dah nama pun bir, dah tentu haram.

Saturday, May 28, 2011

‘Bir halal’ jadi haram

Aku memang tahu, kat pasaran ada produk bir halal ni. Tapi, aku memang tak pernah minum, sbb aku meragui status halalnya. Ada ke bir halal??? Soalan ini memang sentiasa bermain di kepala aku. Dah namanya bir mesti haram. Sah, hari ini dah keluar surat khabar 'bir halal' ni memang haram.


Monday, May 9, 2011

Jakim tarik balik sijil halal pengeluar produk sosej

Isu pasal sosej ayam dan produk-produk daging seumpama ini, sudah banyak diperkatakan. Hari ini, ada lagi syarikat pengeluar makanan yang ditarik balik sijil halal.

Entah syarikat mana. Ini mesti syarikat ternama.

PUTRAJAYA: Sijil pengesahan halal sebuah syarikat pengeluar daging dan produk nilai tambah berasaskan ayam seperti sosej dan bebola daging yang beribu pejabat di Pulau Pinang ditarik balik serta-merta berikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam produk keluaran syarikat terbabit.

Artikel seterusnya ...

Monday, September 6, 2010

Diskaun Tol di 25 lebuhraya sempena aidilfitri 2010

Pagi tadi seorang member kata nak balik malam sebab dapat tol percuma. Aku kata eh mana ada, sekadar diskaun je. Tol percuma apa yang aku dengar hanya 2 lokasi iaitu ke pantai timur. Lalu aku pun google utk dapatkan kesahihan berita. Aku pasti yang PLUS bagi diskaun bukan percuma.

Ini ada website yang cerita pasal diskaun tol dan tol percuma sempena aidilfitri 2010.
http://www.cikgudahlia.com/2010/09/diskaun-tol-aidilfitri-2010.html
http://sharinginfoz.blogspot.com/2010/09/diskaun-tol-bagi-25-lebuhraya-sempena.html
http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/9/2/mstar_berita/20100902170832&sec=mstar_berita
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0903&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm

http://www.kkr.gov.my/ms/node/25383
http://www.kkr.gov.my/files/berita/25383/TOLLDISCOUNT.pdf