Showing posts with label Dates. Show all posts
Showing posts with label Dates. Show all posts

Thursday, June 7, 2018

Kurma bukan sekadar juadah berbuka puasa di bulan Ramadan

06 Jun 2018

Bulan Ramadan menjelma lagi, kurma dijual di merata negeri malah pelbagai jenama dapat diperolehi buat juadah sahur dan berbuka untuk semua umat Islam seluruh dunia.

Kurma merupakan buah daripada sejenis pokok palma genus Phoenix. Suruhanjaya Kodeks Alimetarius telah mendefinisikan kurma adalah produk yang disediakan dari pokok kurma yang nama saintifiknya adalah Phoenix dactylifera Linn. Pokok kurma merupakan antara tumbuhan tertua yang ditanam oleh manusia dan buahnya telah digunakan sebagai makanan penting sejak dahulu lagi terutama di negara Asia Barat seperti Arab Saudi, Iran, Iraq, dan Mesir. Dalam Al-Quran, kurma disebut sebanyak dua puluh kali yang mana lapan kali disebut secara berasingan dan dua belas kali disebut bersama dengan buah-buahan lain seperti delima, anggur dan minyak zaitun.

Umum mengetahui bahawa buah kurma boleh dimakan terus dengan membuang bijinya. Namun, dalam industri makanan, buah kurma boleh diproses menjadi pelbagai jenis produk makanan termasuk jem, gula-gula, jus pekat, jeli, jeruk, dan sirap. Selain itu, kurma juga sangat popular digunakan dalam pembuatan produk roti, biskut, dan coklat serta boleh dijadikan inti produk yang boleh diadun bersama kelapa, madu, atau cuka. Walau bagaimanapun, minyak kurma dan kopi kurma merupakan produk sampingan kurma yang boleh dihasilkan daripada biji kurma.

Rasulullah SAW sangat suka makan kurma. Saidina A’ishah RA berkata pada suatu ketika rumah mereka tidak memasak makanan selama dua bulan, tetapi mereka hanya makan kurma dan minum air sehingga pada suatu hari Rasulullah SAW mengatakan pentingnya mempunyai kurma dalam rumah. Saiyidina A’ishah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sebuah keluarga yang mempunyai kurma tidak akan lapar”. (Hadis, Sahih Muslim, 5078).

Kurma sangat sinonim dengan bulan Ramadan. Disebabkan itu, apabila tiba bulan Ramadan banyak pasaraya tempatan mengimport dan menjual kurma di pasaraya mereka dengan pelbagai jenis dan jenama. Banyak hadis menyebut tentang disunnahkan bersahur dan berbuka puasa dengan kurma. Antara hadis yang menyebut tentang sahur dan berbuka puasa dengan kurma adalah “Sebaik-baik makanan sahur seorang mukmin ialah kurma”. (Hadis, Sunan Abu Daud 2338).

Rasulullah SAW juga bersabda, “Apabila diantara kalian berpuasa, maka berbukalah dengan kurma, jika tidak ada kurma, maka berbukalah dengan air, sebab air itu suci”. (Hadis, Imam Abu Daud, Al-Baihaqi dan Al-Hakim). Seterusnya, Anas bin Malik meriwayatkan bahawa “Rasulullah SAW biasa berbuka puasa sebelum sembahyang maghrib dengan ruthob (kurma basah), jika tidak ada ruthob, maka beliau berbuka dengan tamar (kurma kering), dan jika tidak ada tamar, beliau meminum seteguk air”. (Hadis, Imam Abu Daud, 2356).

Di pasaran, kurma boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu khal, ruthob, dan tamar yang bergantung kepada peringkat kematangannya. Kurma khal merupakan kurma yang segar, masak keras, dan rangup. Kurma ruthob atau kurma basah pula merupakan kurma yang masak separuh yang mana teksturnya antara rangup dan lembut. Kurma tamar atau kurma kering ialah kurma yang masak penuh. Manakala kurma mentah pula dikenali sebagai kimri.

Kajian saintifik membuktikan bahawa sebahagian besar kandungan kurma adalah gula iaitu antara 50 dan 75%. Gula ringkas dalam kurma termasuk glukosa, fruktosa, mannosa, maltosa, rhaminosa, dan sukrosa yang mudah digunakan untuk penjanaan tenaga segera dalam tubuh manusia. Kandungan gula dalam kurma bergantung kepada jenis kurma dan kematangan, tetapi umumnya lebih tinggi daripada delima dan nenas. Oleh itu, penyerapan gula kurma dalam tubuh manusia sangat cepat antara 30 dan 45 minit berbanding nasi yang memerlukan lebih kurang 4 jam untuk dicernakan. Justeru, berbuka puasa dengan kurma dapat memberi tenaga segera kepada tubuh manusia di samping dapat mencegah keletihan yang bersangatan.

Pengambilan kurma dalam diet seharian juga boleh mengelakkan daripada sembelit, penyakit jantung dan merendahkan kolesterol jahat. Kurma mengandungi peratusan serat tidak larut dan larut air antara 10 dan 20%. Serat tidak larut air sangat penting untuk membantu pergerakan najis dalam sistem penghadaman manusia seterusnya boleh mencegah sembelit. Manakala, serat larut air penting untuk mencegah penyakit jantung, dan mencegah peningkatan kolesterol jahat dalam darah. Dalam kebanyakan kurma, peratusan serat tidak larut air adalah lebih tinggi berbanding larut air.

Kajian saintifik telah melaporkan kurma boleh mencegah penyakit anaemia iaitu penyakit kekurangan darah merah akibat kekurangan pengambilan zat besi dalam makanan. Kurma mengandungi zat besi yang tinggi yang mana baik untuk orang yang mengalami anaemia. Kurma juga dianggap sebagai makanan tambahan yang praktikal bagi mereka yang mengalami kekurangan zat besi kerana ia tidak menunjukkan kesan sampingan seperti mual, sakit kepala, atau sembelit seperti dalam pengambilan tablet zat besi.

Kurma adalah baik untuk ibu yang mengandung. Ini kerana, kurma juga mengandungi mineral potasium dan kalsium. Kandungan potasium dalam kurma adalah 2.5 kali ganda lebih tinggi daripada buah-buahan lain. Potasium dapat mengekalkan rentak pengecutan otot badan dan jantung, serta mengawal atur tekanan darah ibu semasa pertumbuhan janin dalam rahim. Tambahan pula, kalsium adalah penting untuk pertumbuhan gigi dan tulang bayi dalam rahim. Di samping itu, kurma juga mengandungi vitamin C, tiamin, riboflavin, asid folik dan vitamin A. Walaupun kurma bukan sumber protein yang baik, namun kurma mengandungi kesemua dua puluh jenis asid amino. Namun, kandungan asid amino prolina, asid aspartik, alanina, glisina, valina dan leusina adalah lebih lebih tinggi berbanding asid amino lain. Kesemua nutrien ini dapat menyokong keperluan wanita mengandung dalam menyediakan nutrien yang mencukupi kepada ibu dan bayi.

Banyak kajian saintifik melaporkan kurma mengandungi bahan antipengoksida yang dikaitkan dengan komponen fenolik dan flavonoid yang terkandung dalam kurma. Komponen ini sangat penting untuk mencegah kanser. Kajian saintifik telah melaporkan yang kandungan komponen fenolik dalam kurma adalah paling tinggi pada peringkat awal pemasakannya dan berkurang apabila kurma masak. Selain itu, kurma juga mengandungi komponen antosianidin yang dipercayai boleh membantu merendahkan risiko kanser.

Secara umumnya, kurma memberikan banyak manfaat kesihatan kepada manusia. Kurma sepatutnya bukanlah makanan bermusim yang diambil ketika bersahur dan berbuka puasa di bulan Ramadan. Kandungan nutrien kurma bergantung kepada jenis kurma dan tahap kematangannya. Namun, sebagai pengguna yang bijak, pengambilan kurma dalam diet seharian perlulah dalam kadar yang sederhana supaya manfaat kesihatan dapat diperolehi dengan optimum.



Thursday, May 31, 2018

Tuesday, July 30, 2013

Chocodate

Semlm aku dah dapat chocodate yag aku beli online. Actually, before that I have bought 5 packets through the same person. Memang kurma kegemaran aku. Lagi2 bulan puasa. Masa awal puasa, aku ada beli kat Tesco, tapi hanya satu peket sahaja. 2, 3 hari lepas tu dah habis. That why aku beli je online, lagi mudah dan senang. 

Aku suka chocodate tu sbb senang nak bawa kat mana2. Dalam peket kecik2. Sebiji je memang mengenyangkan. Siapa tak tahu apa itu chocodate, ia adalah kurma yang disalut dengan chocolate, biji kurma telah diganti dengan badam. Memang sedap. keluaran Yusof Taiyob.

Thursday, June 21, 2012

Bunga Fatimah

Siapa yang pernah dengar pasal bunga Fatimah? Selalunya kalau orang nak bersalin, bunga Fatimah ini akan direndam untuk memberi tanda samada dah tiba masa utk bersalin ke belum.

Bunga ini aku dah kenal sejak mak aku mengandung dulu. Ayah aku ada beli kat Mekah masa dia menunaikan haji kali pertama, masa dia tgh belajar kat Manchester dulu. Tapi aku tak berapa ambil kisah sgt. Yang aku tahu, bunga ini masa orang nak bersalin, dia rendam je, kemudian bunga akan kembang. Seingat aku memang mak tak pernah minum, sekadar memberi tanda atau petunjuk je samada orang tu dah tiba masa nak bersalin ke belum.

Masa nak bersalin Qaisarah dulu, mak aku ada rendam bunga Fatimah ni. Dia kata, bunga Fatimah tu memang kembang mekarlah. Syukur, Alhamdulillah aku bersalin normal. Cuma kena vacuum je. Bukan vacuum cleaner je. Sbb aku dah tak larat nak teran. Tapi, dia kata adik-adik yang lain tak kembang bunga Fatimah dia macam aku punya. Kembang memang kembang, tapi kat hujung-hujung akar tu masih bertangkup. Dia orang semua kena telah bersalin melalui pembedahan. Wallahu a'lam. Setiap yang Allah jadikan ada yang tersirat.



Ini bunga Fatimah yang kembang semasa adik aku menunggu kelahiran anak kedua dia. Di hujung akar banyak masih bertangkup.


Aku ada baca juga serba sedikit pasal bunga Fatimah ini. Ada yang panggil, akar Fatimah atau sanggul Fatimah. Ada juga panggil genggam Fatimah. Rata-rata yang aku baca kata hanya ada di mekah dan madinah.

Puas juga cari nama saintifik di google. Banyak yang kata nama saintifik, tumbuhan ini adalah termasuk Famili Selaginellaceae dan species Selaginella lepidophylla. Tapi nama saintifik yang sebenar adalah Anastatica hierochuntica. Kebanyakan blog banyak menceritakan pengalaman menggunakan bunga fatimah ini.

Aku cuba cari istilah dalam bahasa Inggeris. Rupanya, istilah dalam bahasa Inggeris dalah Grass Fatima. Sangat sedikit masyarakat di Malaysia menyebut dengan nama rumput Fatimah. Tapi rupanya, orang Arab sebut sebagai Kaf Maryam atau Rosa Maria. Langsung tiada nama Fatimah. Nama Fatimah banyak dikaitkan dengan kacip Fatimah.

Di sini, aku terjumpa juga pasal kajian yang telah dibuat ke atas bunga Fatimah ini.

Lain-lain blog yang berkaitan:

http://myrojakblog.blogspot.com/2011/09/akar-bunga-sanggul-fatimah.html
http://h-arya.blogspot.com/2011/02/benefits-of-grass-fatima.html


Sedikit Info:
  • Kaf Maryam is a small grey desert plant which curls up into a ball and dies, protecting it's precious seeds within. When submerged in water, it miraculously unfurls and comes to life. Kaf Maryam means Mary's Palm , as legend has it that the Virgin Mary kept this plant with her during childbirth. It is used by herbalists to alleviate labour pains. It's also known as the Rose of Jericho.

Sumber: http://www.flickr.com/photos/92156627@N00/3573754482/

Forum berkenaan Kaf Maryam ni boleh juga dibaca di sini:

Mungkin juga tumbuhan ini ada kaitan dengan tumbuhan / tamar yang digunakan oleh Maryam semasa sakit hendak melahirkan anaknya Nabi Isa. Ini telah diceritakan dalam Al-Quran dlm surah Maryam (19), Ayat 23-26. Wallahu 'alam.

[23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
[24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
[25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
[26]
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".




Sunday, November 22, 2009

Kurma

Khasiat Kurma


1. KESIHATAN

a. Mencegah Penyakit Kronik Seperti Jantung & Kencing Manis
Berdasarkan kajian Prof Madya Asiah Zain, pensyarah Sains Makanan, Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi, Universiti Putra Malaysia (UPM) menyatakan “Dari segi perubatan, amalan memakan kurma setiap hari boleh mengurangkan risiko seseorang itu diserang penyakit kronik seperti jantung dan kencing manis kerana mengandungi zat galian seperti potasium, kalsium dan zat besi yang boleh menyihatkan sel darah merah”. (Berita Harian, Selasa, 20 Februari, 2001)

b. Merangsang Dan Memudahkan Kehamilan
Prof Madya Asiah juga berkata, buah kurma mampu memanaskan badan dan merangsang kesihatan wanita hamil dan anak yang dikandung, memudahkan wanita bersalin dan memberi tenaga tambahan.

c. Membunuh Kuman Dalam Badan
Saidina Ali r.a. meriwayatkan “Barang siapa yang memakan 7 butir tamar setiap hari, ia akan membunuh semua kuman di dalam badannya”.


2. KECERDASAN & KECERGASAN

a. Kecerdasan Minda Dan Membantu Proses Tumbersaran
Menurut Prof Madya Aiah lagi, kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat dari segi proses pembesaran, sekaligus membentuk minda kanak-kanakyang sihat.

b. Tenaga Segera
Maksud Firman Allah swt dalam surah Maryam: Ayat 25-26.
“Dan goyanglah pangkal pohon kurma tu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah yang masak kepadamu, maka makan serta minumlah dan bersenang hatilah kamu.”

Kurma mampu membekal tenaga dengan pantas ke dalam tubuh mereka yang memakannya. Maka dengan itu Allah swt menyuruh Saidatina Maryam memakan buah kurma agar beliau mendapat bekalan tenaga untuk melahirkan Nabi Isa a.s. dan sentiasa bertenaga setelah melahirkan Nabi Isa a.s., kerana kehilangan tenaga dan darahyang banyak.


3. KEPERIBADIAN

a. Membentuk Sifat Penyabar, Bersopan Santun Dan Cerdas Pemikiran

Maksud hadis Rasulullah s.a.w. : “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu, menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

“Melentur buluh biar dari rebungnya.” Islam mengajar kita mendidik anak sejak dari dalam kandungan ibu agar anak yang bakal dilahirkan itu dibentuk mengikut rohaniah yang suci serta memiliki tubuh badan yang sihat dan minda yang cerdas. Buah kurma merupakan makanan yang mampu membentuk insan yang berperibadi luhur. Seorang pelatih dari Universiti Sains Malaysia (USM) menulis tentang hadis ini dalam majalah Mingguan Wanita.


4. KEBERKATAN

a. Mengambil Keberkatan Sewaktu Kelahiran
Diriwayatkan daripada Abu Musa r.a. katanya: “Anakku lahir, lalu aku membawanya kepada Nabi s.a.w. lalu baginda menamakannya dengan nama Ibrahim dan meletakkan pada lelangitnya dengan buah kurma.”

b. Makanan Yang Paling Sempurna
Maksud Sabda Rasulullah s.a.w. : “Rumah yang tiada kurma nescaya penghuninya kelaparan.”

Dengan sebab itulah Prof Madya Asiah menyatakan lagi ” pengambilan buah kurma itu tidaklah sekadar penting pada bulan puasa atau ketika seseorang itu sedang berpuasa, sebaliknya memakan kurma wajar dijadikan amalan harian.”