Showing posts with label Tun Dr Mahathir. Show all posts
Showing posts with label Tun Dr Mahathir. Show all posts

Thursday, May 17, 2018

PROFIL TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD


Tahniah Tun Dr Mahathir kerana telah dilantik menjadi Perdana Menteri ke-7 untuk kali kedua pada 10 Mei 2018

Friday, August 23, 2013

Tun M sindir Tun Abdullah

Saya memang meminati Tun M. Suka dengan cara pemikirannya, cara perancangannya, cara tindakannya. Bila baca artikel kat bawah ini memang ada logik dan kebenaran. Saya suka dia merancang utk masa depan negara yang cerah. Banyak perubahan Malaysia yang dia bawa ke arah kemajuan. Sampai dalam blog peribada saya ada label khas Tun M.  Yang lain saya tak nak komen. Sebenarnya saya ada juga menyimpan gambar2 dan pengalaman Tun M dalam album khas masa Tun M nak bersara dulu. Buku biografi dia pun mmg saya ada. Saya doakan Tun M dipanjangkan usia sehingga dapat melihat wawasan 2020 beliau. Mungkin ada org kata, wawasan 2020 Tun M tak tercapai utk menjadi negara maju seperti yg diimpikan. Tapi bagi saya, kalau tak tercapai 100% sekurang-kurangnya 80% dah tercapai. Kita mesti merancang utk masa depan yang cerah, bukan untuk sentiasa menidakkan perancangan. Dasar Ekononi Baru yg diperkenalkan oleh Tun M juga saya ada. Saya baca tentang DEB sgt sedih. Org Melayu sentiasa mengharapkan bantuan dari kerajaan, tidak mahu bersungguh2 membina ekonomi sendiri. Saya memang sedih, bila saya cerita dgn generasi baru, mereka banyak yang tidak tahu dan alpa. 

Ini adalah berita akhbar dgn Tun M yg menarik perhatian saya.


 Tnn M sindir Tun Abdullah

KUALA LUMPUR 22 Ogos - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad secara sinis menyatakan Malaysia akan lebih terselamat daripada krisis bankrap sekiranya Tun Abdullah Ahmad Badawi terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri.

Menurut beliau, perkara itu berdasarkan 'kejayaan' Abdullah membatalkan projek pembinaan jambatan bengkok, projek landasan kereta api berkembar dan projek bekalan elektrik yang membabitkan kos berbilion-bilion ringgit.

Katanya, projek jambatan bengkok membabitkan kos kurang daripada RM1 bilion namun pembatalannya menyebabkan kerajaan rugi kira-kira RM200 juta dari segi nilai pampasan dan kerja-kerja yang belum selesai.

Tambahnya, pembatalan projek landasan kereta api berkembar dari Johor Bahru ke Padang Besar pula membolehkan kerajaan menjimatkan sebanyak RM14 bilion meskipun selepas itu kerajaan meluluskan projek serupa dari Ipoh ke Padang Besar dengan kos RM12 bilion.

"Saya mengakui saya adalah Perdana Menteri yang boros membelanjakan wang kerajaan untuk membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, West Port, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Putrajaya, Cyberjaya dan banyak lagi.

"Jika Abdullah terlebih dahulu menjadi Perdana Menteri, semua projek itu mungkin dibatalkan untuk menyelamatkan Malaysia daripada bankrap," katanya menerusi entri terbaharu di blognya di www.chedet.cc hari ini.

Menurut Dr. Mahathir, kerajaan ketika era Abdullah juga berjaya menyelamatkan berbilion-bilion ringgit ekoran projek koridor yang setiap satu dianggarkan menelan kos RM70 bilion tidak digerakkan.
Dalam keadaan itu, tambah beliau, kerajaan yang ada sebelum berlangsungnya Pilihan Raya Umum Ke-12 adalah sebuah kerajaan yang kaya.

Namun, apa yang dikesalkan, katanya, rakyat tidak menghargai berbilion-bilion ringgit yang diselamatkan itu sebaliknya memilih pakatan pembangkang memerintah di lima negeri selain menyebabkan kerajaan sedia ada hanya memperoleh majoriti mudah.

"Bayangkan berapa billion ringgit boleh diselamatkan jika saya berundur lebih awal sebelum membina Lebuh Raya Utara-Selatan, jambatan Pulau Pinang, KLIA, West Port, Putrajaya, Cyberjaya, Menara Berkembar Petronas dan pelbagai projek mega lain.
"Kita mungkin akan 'duduk' di atas berbilion-bilion ringgit," katanya.

Thursday, July 11, 2013

Selamat Hari Lahir Qaisarah ke-5

Semalam, birthday Qaisarah. Selamat Hari Lahir to my little Qaisarah. Thn ini birthday Qaisarah jatuh pd 1 Ramadan. Pagi2 1 Ramadan, Qaisarah bgn sahur, makan honey star susu. Kata dia, nak puasa penuh. Tapi tak tahulah. Nampak gaya, belum kenal erti puasa.

Balik rumah 530 pm, tanya mak, Qaisarah puasa tak. Haahhaha....puasa apa, makan nasi goreng.

Anyway, semoga jadi insan yang solehah.


Dan Selamat Hari Lahir juga buat Tun DR Mahathir Mohamed yang ke-89.

Tun Mahathir sambut hari jadi di The Loaf



MASIH KUAT. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad meraikan hari ulang tahun beliau yang ke-88 sehari lebih awal di cawangan kedai roti dan pastri miliknya, The Loaf di pusat beli-belah Sogo di Kuala Lumpur semalam. Ulang tahun kelahiran beliau jatuh pada 10 Julai iaitu hari ini manakala isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali bakal menyambut hari jadi ke-89 pada 12 Julai. Majlis tersebut diserikan dengan pelancaran secara rasmi cawangan The Loaf ke-11 yang memulakan perniagaan pada bulan Februari lalu. Turut hadir, Pengarah Urusan The Loaf, Jiro Suzuki yang juga rakan kongsi perniagaan Dr. Mahathir.

Sunday, July 10, 2011

Selamat hari lahir kepada MyQaisarah

Hari ini genap 3 tahun kelahiran puteri kesayangan kami, Qaisarah. Mama doakan semoga Qaisarah akan membesar dengan sihat, bijaksana, semakin rajin beribadah serta jadi anak solehah. Kurangkan tengok TV, terutamanya Astro Ceria.

Tengahari, Papa belanja makan Qaisarah dan Mama di Pizza Hut. Papa makan nasi mentega dengan ayam kari. Ini ada beberapa gambar Qaisarah di Pizza Hut.

Sebelum ke Pizza Hut.

Beraksi di depan kamera.


Menunggu menu.

Bilalah makanan Cayah nak sampai ni...?

Merenung jauh.

Makanan yang kami order dah sampai...

Makanan kegemaran Qaisarah, kentang goreng.

Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.
Mama yang sibuk menangkap gambar Qaisarah. Akhirnya, papa pun tangkap gambar mama.

Lepas tu, Qaisarah minta kek. Kami ke Secret Recipe cari sepotong kek. Maka di sini terjumpa seorang kawan, yang kebetulan anak dia punya hari lahir juga. Tapi yang kelima.


Birthday boy.

Qaisarah juga rupanya berkongsi birthday dgn Islam. (Exactly same date and year) dan juga Ayna . Wah Ayna punya ulangtahun kelahiran telah disambut besar-besaran. Dan paling aku tak lupa adalah birthday mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Tuesday, March 15, 2011

Buku sudah dimiliki

Tidak sampai seminggu dilancarkan, saya sudah memiliki buku A Doctor in The House.   Sebenarnya, pada hari ahad 13 Mac yang lepas, saya telah pergi ke Tesco, Nilai   untuk membeli-belah. Secara tidak sengaja, buku ini telah dipamerkan dipintu masuk utama di dalam ruang niaga. En Suami, terus memberitahu saya yang buku ini ada dijual di sini. Apa lagi, saya terus ambil tanpa ragu-ragu. Ye, En Suami tahu, kalau saya ingin memiliki sesuatu. Saya ada memberitahunya, yang saya ingin ke MPH, Putrajaya minggu hadapan unutk mencari buku ini.

Tapi, yang menarik, saya baru habis membaca bab 1. En Suami, sudah hampir 3/4 membaca buku ini. Maklumlah, saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah seperti mengemas dan memasak. En Suami, sambil dia menonton TV, atau sambil menjaga Qaisarah, dia boleh membaca. Komen saya, buku ini memang mudah difahami bahasanya, dan memang menarik.




Thursday, March 10, 2011

A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad



Semalam, saya ada terbaca di kosmo mengenai buku terbaru yg ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kosmo. Wah memang luar biasa, pelancaran buku pada hari pertama telah mendapat jualan 5,000 nashkah. Ini sumber daripada KOSMO yang aku baca dan MPH sendiri mengaku yang ini adalah buku pertama dalam sejarah Malaysia yang terjual paling tinggi di hari pelancarannya. Sebelum ini, buku paling tinggi pernah mencatat sebanyak 1,000 naskhah. Aku memang nak beli, banyak fakta menarik dalam buku ini. Tapi belum sempat cari di MPH. Ingat, tempah secara dalam talian kalau tidak sempat cari juga dalam masa terdekat. Tak mahu, tunggu untuk cetakan seterusnya. Aku ada terbaca, buku ini telah dicetak sebanyak 50,000 nashkah. Kalau tak silap. Buku ini juga telah dilancarkan dalam satu majlis di east Atrium Concourse, Mid Valley Megamall.


Antara kandungan menarik dalam buku ini (sumber KOSMO, 9 Mac 2011)
:
  1. Tun pernah jadi peniaga pasaran gelap semasa zaman Jepun memerintah.
  2. Isu Lee Kuan Yew pernah menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
  3. Isu pemecatan Anwar Ibrahim.
  4. Isu jambatan bengkok.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku terbaru ini yang hangat di pasaran.




Wednesday, February 16, 2011

Rancangan SITI: Episod Pertama

Mula-mula tengok rancangan ini, aku teruja. Siti telah menemuramah Tun Dr Mahathir, mantan PM Malaysia.

Aku terbaca dalam akhbar, Tun Dr Mahathir rasa kekok bila pertama kali ditemuramah oleh Siti.

Rupanya Tun Dr Mahathir, tidak makan ikan selama ini. Tun Dr Hasmah kata sebab dia telah didik oleh ibunya yang ikan ada cacing. Tapi, makanan laut lain seperti sotong, kerang dan udang Tun boleh makan.

Macamana nak mendidik anak rajin membaca?
Dari kecil, kita perlu medidik anak untuk membaca apa saja jenis buku, tidak kira buku cerita atau kartun. Lama-kelamaan, kita perlu didik dengan membaca buku-buku fakta dan ilmiah. Saya setuju.


Thursday, April 29, 2010

Tarikh lahir

Sebenarnya aku musykil pasal tarikh lahir Dr Mahathir Mohamad. Sebab apa, tak silap dulu tarikh lahir dia akhir tahun, dan sama dengan kawan aku 20 Disember (Khadijah WMG) .Tahun dia lahir sama dgn atuk aku. Alhamdulillah, atuk aku masih lagi hidup sezaman dgn Dr Mahathir.

Sebab apa aku musykil?
Sekarang ni banyak ilmu metafizik kira tarikh lahir ini kira tarikh lahir pemimpin2 dan orang2 ternama. Aku musykil tarikh lahir Dr Mahathir lahir pada Julai. Jadi aku pun google dpt kesahihan dia di sini. Bila aku amati tarikh lahir Dr Mahathir, sama pula dengan anak aku, Nur Qaisarah. Aku ada juga beli buku rahsia tarikh lahir semasa minggu usahawan pelajar. Aku pernah juga dapatkan e-book percuma utk rahsia tarikh lahir ini. Kat sini pun ada pasal tarikh lahir Dr Mahathir. Rupanya kawan aku sejawatan baru pergi seminar mengenal potensi diri pasal tarikh lahir ahad lepas.

Tarikh lahir ini untuk mengenal potensi diri, bukan menilik nasib. Kalau tilik nasib, kita dah tahu apa yang berlaku akan datang, itu boleh jatuh kepada dosa besar. Potensi diri, kalau kita ada potensi untuk jadi sekian... kalau kita usaha dengan gigih insha-allah akan berjaya. Tapi kalau kita tak berpotensi untuk jadi sekian, kita nak jadi, kena usaha lebih banyak lagi. Kalau ada perkara negatif, kena ubah dan kawal. Wallahu 'alam.