Showing posts with label Master Chef. Show all posts
Showing posts with label Master Chef. Show all posts

Saturday, October 11, 2014

Hafos2014



Syukur hafos 2014 telah berjalan dengan lancar. Byk feedback positif dari peserta dan panel. Walaupun pertama kali buat konsep talk show dan pertama kali juga jadi penasihat.

Terima kasih biotech corp, hdc, cadbury dan panel2. Juga chef joe master chef yg sudi memeriahkan seminar.

Namun yg menjadi harapan aku supaya seminar ini memberikan banyak manfaat daripada mudarat. Amin.

Wednesday, June 26, 2013

Syura juara master chef selebriti musim kedua

Sebenarnya master chef selebriti musim kedua ini aku banyak ter miss nak tengok. Al-maklumlah ada ASTRO beyond aku rekod je. Tapi entah bila nak tengok pun tak tahu. Aku tahu minggu ni adalah minggu episod yang terakhir, sebelum bulan puasa. Masa peserta 5 akhir tu aku tengok. Rupa2nya Syura dgn Celina yg masuk akhir.

Dan akhirnya, dari mulut kawan2 aku, aku dengar Syura yang juara... Tahniah.... utk Syura.

Wednesday, April 24, 2013

Master Chef Selebriti kedua sudah bermula

Mulai 20 April, Master Chef Selebriti musim kedua bermula. Kali ini, suasana dia tak lah sekecoh tahun lepas. Rasanya macam banyak adegan sedih2, sbb adaPak Nil kot. Tahun lepas ada Azwan Ali, yang buat kecoh. Dah dua orang terkeluar, iaitu Yasin dan Keroz.  Selamat Maju Jaya buat semua peserta Master Chef.

Monday, July 16, 2012

Fazley juara MasterChef Selebriti yang pertama

Tahniah diucapkan kepada Dato' Fazley yang telah menjadi juara Master Chef Selebriti pertama. Sekaligus memberi dana RM57,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah juga buat angah. Memang kemenangan Dato' Fazley telah dijangkakan sejak awal lagi.


Sumber Gambar: http://www.astro.com.my/masterchef/

Monday, July 9, 2012

Farouk terselamat dari penyingkiran

Pada episod ke-26, 9 Julai...Farouk dan Angah telah diuji dalam ujian sajian pantas. Sebelum ini, mereka berlima telah diminta untk menyajikan makanan yang berkonsepkan lagu yang diberi. Memang sgt menarik. Soo Wincci telah menjadi juara ujian sajian misteri dengan sajian konsep rock. Terus-terang aku mmg suka presentation Soo Wincci. Siap drumstick bentuk gitar. Soo Wincci dpt lagu dari sinar mata.


Hidangan Sinar Mata Soo Wincci


Farouk dan Angah terpaksa berentap untuk tpt ke separuh akhir. Farouk telah menyediakan masakan tom yam. Asas masakn tom yam sudah disediakan, dan mereka dikehendaki menyediakan tom yam mengikut cita rasa mereka sendiri.




Ini tom yam Farouk...

Pada mulanya, memang Farouk telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Tapi..tiba2 bila Farouk nak keluar dari pintu besar Master Chef, juri masakan telah memanggil Farouk... Farouk, datang sini kejap. Rupanya, farouk pun dipilih untuk ke separuh akhir final. Tahniah Farouk Hussain. Aku rasa Dato' Fazley dan Juliza yang mungkin akan ke final nanti.

(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tuesday, July 3, 2012

Azwan Ali terkeluar Master Chef Selebriti pada episod ke-24

Pada episod ke-24 ujian sajian pantas, telah menyaksikan kumpulan biru telah kalah dalam saingan luar yang bertemakan mengimbau nostalgia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Yang menarik semasa  sajian lepas ada menu tembikai dengan sambal kicap. Baru pertama kali dengar orang makan tembikai dengan sambal kicap. Sambal kicap memang terkenal di negeri Johor dan di kalangan orang Jawa. Kumpulan biru yang dianggotai oleh Dato' Fazley, Azwan Ali dan Soo Wincci terpaksa mengharungi cabaran ujian pantas. Mungkin kerana nasi kandar yang mereka sediakan tidak menepati cara masakan nasi kandar.

Pada pusingan ini, tema masakan adalah mee. Azwan Ali terpaksa meninggalkan dapur master chef selebriti untuk selama. Masakan mee hailam Azwan Ali tidak menepati ciri-ciri hailam. Kali ini masa terkeluar Azwan Ali tak menangis. Selalu bila kawan2 lain keluar dia menangis. Ini adalah kali ketiga Azwan Ali masuk pusingan penyingkiran dengan ketiga2 adalah semasa membuat sajian luar berkumpulan. Cuma kali ini, Azwan ALi bukan sebagai ketua kumpulan. Yang dua lagi Azwan ALi sebagai ketua kumpulan. 

Tahniah Azwan Ali yang telah menyumbangkan dana sebnayak RM6000 kepada Taman Sinar Harapan (JKM).



(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Sunday, July 1, 2012

Tomok terkeluar master chef selebriti pada episod ke-22

Pada episod-22 yang disiarkan pd 1 Julai , tomok telah tersingkir setelah 6 kali terselamat pusingan penyingkiran. Tema lempeng yang dibuat oleh Tomok tidak menambat hati juri. Tomok telah menyajikan lempeng sos strawberi dan cokolat. Paling menarik, hidangan Angah. Lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Memang citarasa orang Asia. Farouk dan Tomok menyajikan Lempeng ala-ala Pancake.

 (Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tahniah kepada Tomok yang telah menyumbangkan sebanyak RM 5500 kepada Women’s Aid Organization (WAO).


Wednesday, June 27, 2012

Jehan Miskin tersingkir pada episod ke-20

Disebabkan kumpulan biru telah kalah dalam cabaran membuat cokolat, maka mereka telah masuk ke pusingan penyingkiran. Pada episod kali ini, tema masakan berkonsepkan 'Kari Ini Hari’. Sebelum cabaran bermula mereka telh diajar oleh Chef Amran untuk mencipta satu rempah dan hidangan kari tersendiri. Sebelum ini, mereka semua hanya menggunakan serbuk kari yang tersedia. Paling kelakar, Soo Wincci telah tiga kali kena masak kari di cabaran penyingkiran.

Ini adalah Wincci sweet curry. Dia telah telah mengolah kari dengan tema 1 Malaysia.

Sajian Jehan Miskin kurang menyerlah. Dekorasi hidangan pun kurang memuaskan. Mungkin ini yang menyebabkan dia tersingkir. Tahniah, Jehan Miskin yang telah sampai ke peringkat ini dan telah mengumpulkan dana sebanyak RM5ooo kepada SPCA Selangor. SPCA ini rupanya adalah pusat kebajikan haiwan.

Ini adalah Kari Hari-hari Pun Mau Jehan Miskin.

(Sumber foto: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11297.html)


Tuesday, June 26, 2012

Cabaran Sajian Luar Episod 19 - Master Chef Selebriti

Kali ini pada episod ke-19, 25 Jun, cabarannya sangat berbeza. Mereka diminta untuk menyediakan cokolat. Yang paling tak dapat tahan tu, Dato' fazley dah pilih ahli kumpulannya yang terdiri daripada Soo Wincci, Jehan Miskin dan Juliza Adnan. Tup, tup kat lokasi dia orang kena tukar ketua dengan Farouk.

(Sumber foto: http://www.astro.com.my/masterchef)

Tapi akhirnya, kumpulan yang diketuai Dato' Fazley menang juga. Dekorasinya memang menarik. Ini adalah hidangan cokolat daripada kumpulan merah yang telah diwakili oleh Dato' Fazley. Rasanya sedap dan menarik.


Monday, June 25, 2012

Thanuja tersingkir, peserta kelapan terkeluar Master Chef Selebriti Malaysia.


(Semua foto adalah sumber daripada: http://www.astro.com.my/masterchef)


Pada Episod ke-18, 24 Jun 2012.... cabaran ujian sajian pantas dan penyingkiran telah menyaksikan Thanuja telah tersingkir daripada Master Chef Selebriti Malaysia yang pertama. Tomok masih terselamat lagi walaupun ini adalah kali keenam cabaran penyingkiran untuk beliau.
Mereka yang masuk cabaran ini terdiri daripada Farouk, Angah, Thanuja dan Tomok.


Dengan bertemakan set ‘Minum Petang’, nasib Thanuja tidak baik. Tahniah kepada Thanuja yang telah mengumpulkan derma sebanyak RM4500 kepada Persatuan Kebangsaan Kenser Malaysia yang telah diwakilinya.


Wednesday, June 20, 2012

Karl Shafeq peserta ketujuh tersingkir Master Chef Selebriti

Episod ke 15 pada 19 Jun 2012, telah menyaksikan Karl Shafeq terkeluar daripada Master Chef Selebriti. Mula-mula sebelum sajian pantas dan penyingkiran bermula, Karl Shafeq dah kata mungkin dia yang akan terkeluar.  Sebab dia kata, sbb rakan-rakan lain hebat belaka. Masin pulak mulut dia.

Dengan bertemakan Chop, Karl Shafeq telah memilih ikan Salmon utk dijadikan hidangan istimewa. Mula-mula Chef Amran rasa memang sedap. Tiba-tiba bila Chef Joe potong, tengah-tengah ikan salmon mentah. Alamak...Ada tulang pulak. Mungkin ini, yang menyebabkan Karl Shafeq tersingkr.

Menu: Salmon Rangup bersama Kentang dan Lobak Lenyek

(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11152.html)
Apa2 pun tahniah kepada Karl Shafeq kerana menyumbangkan RM4000 kepada House of Joy. Hidangan paling cantik adalah daripada Tomok iaitu Menara Kambing.




Paling aku kelakar sangat Azwan Ali telah menyediakan dua jenis protein iaitu ikan salmon dan burung puyuh. Bukan apa, sebab dia boleh dengar ambil dua bahan. (Selalu dia konfius). Ini dia hidangan Azwan Ali, Salmonrung Mahawangsa Ala Tom.



(Semua foto adalah sumber daripada: http://www.astro.com.my/masterchef)

Monday, June 18, 2012

Raja Azmi peserta keenam tersingkir Master Chef Selebriti Malaysia Pertama

Pada episod ke 14, ujian saingan pantas dan penyingkiran, Raja Azmi telah terkeluar dari saingan. Pada saingan ini, mereka telah diminta menyajikan pencuci mulut dari Chef Zam iaitu Tart Tatin dan Cretan Kaltsounia. Yang menarik Tart ini telah dicipta secara tidak sengaja disebabkan terhangus. Mereka diberi peluang untuk merasa pencuci mulut ini sebelum menyediakankannya. Walaubagaimanapun, mereka telah disediakan resepi dan cara membuat dalam setiap laci peserta.




(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11180.html)
 
Memang masing-masing nampak tertekan sebab pertama kali buat juadah yang tak pernah mereka buat. Raja Azmi terkeluar mungkin kerana dia telah tertuang kesemua gula ke dalam adunan. Nasib Dato' Fazley membantu. Chef Zam telah menilai juga cara kerja mereka semua. 
 
Tahniah kepada Raja Azmi yang telah menyumbangkan RM3500 kepada Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh (JKM). Sebelum beredar Raja Azmi telah menyampaikan bahawa dia sedih sebab tak dapat menyumbangkan lebih banyak dana kepada badan kebajikan yang diwakili. Paling kelakar, dia kata dia segan dengan Tomok sebab Tomok tak pandai masak, dia tersingkir dulu. Takpelah rezeki Raja Azmi sampai disini sahaja. Raja Azmi juga sedih sebab tak dapat jadi top 10 Master Chef Selebriti. Walau apa pun, Tahniah!!!!


Wednesday, June 13, 2012

Peserta kelima terkeluar Master Chef Selebriti: Lousia Chong

Akhirnya pada Episod ke-12, 12 Jun 2012. Lousia Chong terkeluar utk prog Master Chef Celebriti setelah bertahan utk beberapa episod. Semasa pusingan penyingkiran, mereka diminta utk menyediakan popiah. Tapi konsep yang Lousia Chong buat tidak menepati ciri2 popiah. Poipah sepatutnya mesti digulung.

  
(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tahniah Lousia Chong yang telah mewakili Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor Dan Wilayah dan telah mengumpul derma sebanyak RM3000 untuk badan kebajikan ini.

  
(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)
Lagi info boleh dibaca di sini.  

Sunday, June 10, 2012

Peserta keempat terkeluar Master Chef Selebriti Malaysia: Serina Redzuawan


Cerita tentang master chef celebriti, peserta keempat terkeluar adalah Serina Redzuawan telah tersingkir. Semasa episod penyingkiran, empat peserta iaitu tomok, angah, serina dan thanuja telah disuruh untuk menduplikasikan masakan tradisional kontemporati Chef Joe. Masakannya adalah otak-otak bersama kerabu ulam raja. Memang tgk masakan Chef Joe sangat menarik.

Masakan Serina ada rasa, tetapi persembahan agak lari dgn Chef Joe. Serina pada pandangan saya pandai masak. Dan Chef Zubir kata, daging dendeng Serina pada episod pertama akan menjadi kenangan buat mereka. 

Apa2 pun tahniah buat Serina... yang telah menyumbang RM2500 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahniah...Boleh juga melihat pautan disini.

Wednesday, June 6, 2012

Peserta ketiga terkeluar master chef selebriti

Siti Sarah adalah peserta ketiga yang terkeluar dari Master chef celebriti. Debaran kali ini mmg mendebarkan sbb 50-50 akan terkeluar. Tema adalah satu Malaysia. Dan mereka dikehendaki masak Puree iaitu makanan masyarakat India.

Apapun tahniah kepada Siti Sarah yang mewakili Persatuan Untuk Orang-Orang Buta Malaysia dan jumlah wang yang terkumpul adalah RM2000 untuk diserahkan kepada persatuan tersebut.

Monday, June 4, 2012

Peserta kedua terkeluar Master Chef selebriti Pertama: Salamiah Hassan

Selepas Dr Faiz terkeluar Master Chef Celebriti pertama, Salamiah Hassan pula yang menyusul. Cabaran penyingkiran meminta mereka menyediakan masakan tradisional yang dimodenkan. Makanan yg mama buat kalau mengikut cita rasa juri memang sedap. tetapi tidak ada ciri2 moden di situ...klasik kata juri. mmg klasik jiwa mama...

Apa pun tahniah mama yang telah mewakili badan Pertubuhan Medifund Malaysia dan berjaya mengumpul RM1500 untuk diserahkan kepada badan kebajikan ini.


Wednesday, May 30, 2012

Dr Faiz peserta pertama keluar Master Chef Selebriti

Semalam tgk Master Chef celebriti. Rasa sedih sbb Dr Faiz terkeluar awal. Mmg haru lah kump Azwan Ali masa buat juadah burung unta. Tapi itulah rancangan realiti, tersilap sedikit... boleh mengundang padah. Dr Faiz terlebih letak paste tomato dlm masakannya, yg mana masakan semlm mesti bercirikan Malaysia. Kalau Dr Faiz tak buat kesilapan semalam, saya yakin, Dr Faiz boleh pergi jauh dlm bidang kulinari....

Apa-apa pun tahniah Dr Faiz yang mewakili Yayasan Angkasa Malaysia.

Sebelum ini, saya pun pernah tgk rancangan AFC, pasal omelet dari telur burung unta. Kulit telur burung unta memang tebal, dan perlu gerudi. Pijak pun tak pecah.

Bi bawah adalah pautan-pautan berkenaan peserta Master Chef Celebriti Malaysia.

http://mamatisya.blogspot.com/2012/05/masterchef-selebriti-malaysia.html
http://www.forblogger.net/2012/05/peserta-masterchef-selebriti-malaysia-2012.html

Sunday, May 27, 2012

Master Chef Selebriti Malaysia bermula

Semalam, master chef celebriti Malaysia pertama bermula. Yang best Dr Faiz, program angkasawan negara pun ada. Aku tak kan lepaskan peluang nak tgk master chef celebriti ini. Yang master chef Malaysia pertama mmg tak pernah terlepas tengok.