Monday, July 9, 2012

Farouk terselamat dari penyingkiran

Pada episod ke-26, 9 Julai...Farouk dan Angah telah diuji dalam ujian sajian pantas. Sebelum ini, mereka berlima telah diminta untk menyajikan makanan yang berkonsepkan lagu yang diberi. Memang sgt menarik. Soo Wincci telah menjadi juara ujian sajian misteri dengan sajian konsep rock. Terus-terang aku mmg suka presentation Soo Wincci. Siap drumstick bentuk gitar. Soo Wincci dpt lagu dari sinar mata.


Hidangan Sinar Mata Soo Wincci


Farouk dan Angah terpaksa berentap untuk tpt ke separuh akhir. Farouk telah menyediakan masakan tom yam. Asas masakn tom yam sudah disediakan, dan mereka dikehendaki menyediakan tom yam mengikut cita rasa mereka sendiri.




Ini tom yam Farouk...

Pada mulanya, memang Farouk telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Tapi..tiba2 bila Farouk nak keluar dari pintu besar Master Chef, juri masakan telah memanggil Farouk... Farouk, datang sini kejap. Rupanya, farouk pun dipilih untuk ke separuh akhir final. Tahniah Farouk Hussain. Aku rasa Dato' Fazley dan Juliza yang mungkin akan ke final nanti.

(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

No comments: