Sunday, December 11, 2011

Selamat hari lahir NurSuhaila

Setiap kali hari lahir Ella, aku mesti ingat, sbb sama tarikh dengan keputeraan Sultan Selangor sekarang. 11/12/2005 juga adalah tarikh majlis bertandang perkahwinan aku di Johor.

Wednesday, December 7, 2011

Halal Seminar

Halal Seminar di Nilai. Ini adalah kali yang keempat diadakan anjuran FST.

Sunday, December 4, 2011

Sunday, November 27, 2011

Ulangtahun perkahwinan kami yang ke-6



Tahun ini ulangtahun perkahwinan kami disambut di rumah orang kawin juga. Adik kpd kawan baik aku, telah melangsungkan perkahwinannya di Putrajaya. Tp kami tak sempat ambil gambar walau sekeping pun. Keadaan persekitaran dewan yang hujan telah membataskan pergerakan kami. Tahun lepas, kami berada di Felda Jengka, Pahang, meraikan perkahwinan adik kedua suami. Semoga perkahwinan kami akan sentiasa dalam Rahmat dan Mawaddah, walaupun selalu ada konflik2 dan banyak ragam antara kami.



27 Nov 2010: Jengka, Pahang
27 Nov 2009
27 Nov 2008
27 Nov 2007: UPM, Serdang, di PRPI.
27 Nov 2006: MAHA, Serdang.



Monday, November 14, 2011

Selamat hari lahir kepada MyAbah

Selamat hari lahir untuk abah yang tersayang. Semoga dipanjangkan umur dalam iman, dimurahkan rezeki yang halal, dan diberikan rezeki yang melimpah-ruah.




Sunday, November 13, 2011

11-11-11 di Morib, Banting

Syukur Allah masih memberiku nikmat di dunia. Hari ini adalah hari ulangtahun kelahiranku. Terima kasih mak yang telah melahirkan dan mendidik aku menjadi insan yang berguna. Ya Allah, Jadikanlah aku orang yang sentiasa memberi manfaat kepada orang lain.

Tengahari balik dari pejabat, belikan KFC untuk makan dengan keluarga. Balik awal sebab ada program FST di Morib. Malam baru program bermula.

Esoknya, 12-11-2011, tiba-tiba ada kek istimewa utk mereka yang lain pada bulan November. Terima kasih kpd pihak urusetia yang meraikan kami. Ini kek utk kami.


Pagi ahad, program riadah dan bersukaneka di tepi pantai.

Sunday, November 6, 2011

Aidiladha 1432 H

Salam Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. Kami hanya duduk di rumah, mengemas rumah yang memang bersepah. Rutin kami Aidiladha yang lalu. Petang, kami sekeluarga makan Pizza, tiada rendang atau ketupat.


Sunday, October 16, 2011

i-inova 11




14-16 Oktober memang sangat sibuk dengan program i-inova 11. Walaupun saya hanya sebagai ketua penerbitan, tapi tetap membantu rakan2 lain. tahniah kepada pemenang.

Saturday, September 17, 2011

Jamuan Aidilfitri dan Aqiqah



Hari ini ada jamuan aidilfitir di rumah ayahbonda serta aqiqah utk anak2 saudara. Satu ekor lembu telah ditumbangkan. Mereka yang telah diaqiqahkan adalah:

1) Muhammad Ammar Rusyaidi
2) Khairunnajah
3) Muhammad Ahnaf
4) Sekak (Pak cik aku - dulu2 nenek tak buat aqiqah).'

Anak-anak yatim juga tidak lupa kami raikan.




Terima kasih kpd kawan2 aku yg hadir, Kak Salhah sekeluarga, Kak Alina sekeluarga serta Jiran aku Abg Azahar sekeluarga.




Selamat Pengantin Baru Zaihawa-Achwan

16 September kami telah ke Puncak Alam Shah Alam, meraikan kawan sebilik aku semasa di PMKP kawin. Pertama kali ke Puncak Alam, hujan selebat-lebatnya. Member aku Cemah pun ada buat rumah terbuka tapi kami tak sempat datang.


Majlis persandingan adalah pada 17 September. Tapi aku tak dapat hadir sebab mak aku buat kenduri akikah beserta jamuan raya. Tapi 16 September cuti Hari Malaysia, suami aku pun tak kerja, jadi kami ke Puncak Alam. Hari pernikahan mmg 16 September.


Pengalaman pertama ke Puncak Alam, mmg terasa jauh perjalanan. Hujan selebat2nya bila sampai di Shah Alam. Tiba-tiba bila nak masuk ke lorong jalan rumah pengantin, kereta kami terhenti. Air yang menakung di jalan mungkin telah masuk ke enjin. Kami hanya menanti di tepi jalan kawasan perumahan Puncak Alam, Setengah jam kemudian, ada seorang pelajar UiTM datang membantu. Syukur Alhamdulillah. Kami pun bawa kereta ke bengkel berhampiran dan kereta diperiksa. Syukur hanya plug sahaja yang terbakar. Kos hanya RM35. Sampai rumah Zaiha dalam 6.15 ptg, dan majlis pernikahan sudah pun selesai. Tapi makan tetap makan. Yang kelakar, dua tiga hari lepas tu, jiran kata nampak kami dengan kereta rosak di tepi jalan, sbb dia pun ada ke puncak alam, tapi dia dari arah bertentangan. Memang tak de rezeki dia nak menolong kami. Yang penting, syukur semua selamat.


Ini adalah Zaiha selepas jadi isteri orang. Memang berseri.

Dr Zaihawa yang berseri.


Dr Zaihawa, dengan Qaisarah. Dulu dia sambut Qaisarah masa lahir 10 Julai 2008.


Pelamin pengantin di hari persandingan. Dah basah sikit kena hujan. Tapi memang cantik. zaiha kata dia design sendiri. Memang ada kelas.


Selamat melayari bahtera rumahtangga.

Ini dengan Zaiha masa thn 2006, melawat nenek kat Purtajaya. Belum jadi MO lagi. Sangat kurus.


Friday, September 9, 2011

Hari kesebelas Aidilfitri 11 Syawal 1432H= 9 September 2011

Pertama sekali, selamat hari lahir kepada kawan kami Norlelawati. Semoga panjang umur dan murah rezeki dalam iman.

Pagi-pagi sebelum ke kerja, aku bersiap-siap untuk menyediakan makanan tengahari nanti. Giliran aku pula ajak kawan-kawan makan di rumah sempena hari raya. Hujung minggu masing-masing ada hal dengan kelurga. Pukul 12.30 tghari aku balik rumah, masak kuah mee rebus. Pukul 1pg, kawan2 dtg dgn 3 kereta.

Thursday, September 8, 2011

Hari kesepuluh Aidilfitri 10 Syawal 1432H= 8 September 2011

Pagi 10 Syawal kami dikejutkan dengan berita kematian Arwah Dr Abdul Aziz. Al-Fatihah. Kali terakhir aku berbual-bual dengannya semasa sebelum Aidilfitri. Dalam kamera aku ada gambar beliau semasa menghadiri seminar kecil di FST bersama Prof Dr Jono dari Indonesia.

Arwah berbaju biru.

Sekitar 8.30 mlm, kami ke rumah Hafiza-Fithri bersempena jamuan hari raya Aidilfitri di Country Height, Kajang. Kami teruja tengok rumah2 di sini besar2 belaka.

Tuan rumah di dapur melayan tetamu. Terima kasih daun keladi. tahun depan jemput lagi.

Kami sekeluraga di rumah EnFithri-PnHafiza. Makanan memang sedap. Terutamanya nasi beriani walaupun nasi terlembik. Daging kurma yang memang ada kelas.


Saturday, September 3, 2011

Hari kelima Aidilfitri 5 Syawal 1432H= 3 September 2011

Sebenarnya adik ipar aku Fahmi bertunang dengan Hidayah. Kami mohon maaf sbb tak dpt hadir ke majlis pertunangan Fahmi-Hidayah. Tersilap komunikasi sebenarnya, mak mentua kata hari raya ketiga, yang sebenarnya 3 hb September. Suami terpaksa bekerja sbb 3.9.2011 dia tidak ambil cuti. Apa yang penting selamat bertunang Fahmi-Hidayah. Semoga cepat ke jinjang pelamin.


Sekitar 5ptg Angah sekeluarga dtg ke teratak teres kami. Hana-Syahmi-Ahnaf-Najah sedondong merah.


Salam Aidilfiti. Pertama kali berjumpa selepas 1 Syawal. Angah serta keluarga balik Teluk Intan, Perak untuk raya pertama 2011. Thn lepas angah raya dalam pantang selepas melahirkan Najah.



Friday, September 2, 2011

Hari keempat Aidilfitri 4 Syawal 1432H= 2 September 2011

Kami bersarapan nasi goreng. Sekadar berehat di rumah mentua, mengemas dan membasuh baju-baju. Sekitar 10.00 mlm, kami bertolak ke Nilai setelah 4 hari berhari raya di JB.



Thursday, September 1, 2011

Hari ketiga Aidilfitri 3 Syawal 1432H= 1 September 2011

Sejurus selepas sarapan di kedai mamak makan roti canai, kami ke rumah Fathullah-Faizah. Adik kedua suami aku di Quarters Kompleks Sultan Abu Bakar.


Ptg, selepas zuhur, kami ke rumah Fakhrul-Nadia. Adik pertama suami aku di Bukit Indah. Di rumah mereka ada seekor arnab dlm kandang.

Qaisarah bersama arnab. Qaisarah berasa sangat teruja.

Kemudian, terus ke pasar untuk acara BBQ pada malam hari di rumah mak mentua.






Wednesday, August 31, 2011

Hari kedua Aidilfitri 2 Syawal 1432H= 31 Ogos 2011

Sekadar pergi rumah atuk dan nenek di Kg Jawa, Pontian dari pukul 12:30tghri sehingga 6:30 petang.


Kad dan SMS raya

Tahun ini, aku hanya dpt sekeping kad raya dari adik aku. Terima kasih.

Zaman berubah, ramai yg bg ucapan di facebook.
SMS di handphone pun sudah berkurangan.
Dua tiga thn dulu, bila tiba Syawal, inbox tel tidak cukup2 dengan SMS.

Salam Aidilfitri 1432

Salam Aidilfitri kepada semua sahabat handai, para guru, para pensyarah, para pelajar serta semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir Batin dari kami sekeluarga.

Antara SMS hari raya dan pantun seloka menarik yang aku dapat:

Nyimpan jenang nang jero tin,
Arek di gowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.
Selamet Hari Dino Bhodo Idulfitri. - Wak Jalani & Keluarga. 30/08/2011 11:25

Andai ada lisan tak terjaga,
Janji tak tertunai,
Hati yang berprasangka dan salah yang pernah dilakukan,
Mohon maaf segalanya.
Salam Aidilfitri :-) - Ummi Kalthum. 30/08/2011 13:15

Laungan takbir bergema di pagi hari,
Memecah sunyi keriangan di seri,
SMS pengganti kad raya dan diri,
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. - rahim, zamzarina, hasnan dan husni. 30/08/2011 17:27

Masak lemang sambil berdiri
hendak makan di aidilfitri
nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja dpt diberi,
bukan lupa tradisi,
tapi ikut teknologi terkini yg ada dihujung jari.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. - andry, shida, aina, alea dan amera 31/08/2011 22:16

Jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di Aidilfitri,
sms dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tal layu dihati.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. -Ridwan 30/08/2011 06:09

"Sir Lump Mad Hurry Rare Year Ideal Fit Ree Moo Lee Year,
Ma Half Za Hair Bar Teen,
2 Loose Dairy Hearty Young Eek Class" Soory Baroo Ball Leak Dairy London. - inatomalyaakmalafza.

Tidak lupa juga kepada rakan2 lain yg telah memberikan SMS hari raya dan kad2 hari raya digital. Salam aidilfitri maaf zahir batin.


Salam Merdeka -Raya

Tahun ini kemerdekaan ke-54 Malaysia disambut serentak dgn Aidilfitri, 2 Syawal. Semoga kemerdekaan Malaysia akan terus berkekalan.

Tuesday, August 30, 2011

Hari pertama Aidilfitri 1 Syawal 1432H= 30 Ogos 2011

Berhari raya di rumah mentua di Gelang Patah. Mak mentua masak nasi dagang. Memang menyelerakan. Ini adalah juadah di pagi raya.


Kemudian, kami tiga beranak mengambil gambar dengan baju raya selepas solat Aidilfitri. Gambar tidaklah secantik mana.



Kemudian berhari raya di Tampoi, rumah mak ayah Nadia. Besan Mentua aku.


Qaisarah dan nenek serta AcikSiti


Qaisarah serta CikJam merangkap Besan CikMah (mentua)


Qaisarh bersama sepupu2nya, Iqram dan Nadirah serta CikNadia merangkap menantu kedua CikMah.

Kaum kerabat CikMah dan CikMat-CikJam.


Saturday, August 27, 2011

Berbuka puasa bersama keluarga di Concorde Inn KLIA

Adik aku Hani di MPSJ ajak kami sekeluarga berbuka puasa di Concorde Inn KLIA. Ada pakej percuma berbuka puasa yang ditawarkan oleh Concorde Inn kpd MPSJ sbb selalu buat event kat situ. Sbb semua staf MPSJ tak nak maka ditawarkan kepada kami. Syukur rezeki kami. Makanan memang banyak. Kadang-kadang terfikir, alangkah bertuahnya kita di Malaysia dilimpahi makanan yang melimpah ruah. Kami samapi tepat waktu maghrib sekadar minum air. Selepas solat maghrib baru kami makan. Adik-beradik dan abah sampai selepas maghrib sekitar 8mlm.



Thursday, August 18, 2011

Mentega DNA babi masih tidak diasing

Mentega yang haram masih belum diasingkan. Diharap pengguna Islam lebih berhati-hati apabila membeli mentega, terutama utk membuat biskut raya.



Wednesday, August 17, 2011

Cuti Nuzul Quran

Hari ini 17 Ramadan. Cuti umum Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Bila dah kerja di Negeri Sembilan, dah tak ada cuti umum Nuzul Quran. Cerita Nuzul Quran pd 2008 ada di sini.



Tuesday, August 16, 2011

Jakim sahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn haram

Hari ini, keluar lagi berita pasal makanan yang haram di pasaran. Mengapa pengusaha makanan tidak jujur? Tanda halal sudah tertera tetapi masih berlaku penipuan. Logo ini bukan logo Jakim. Berita selanjutnya di sini.



Friday, August 12, 2011

Berbuka puasa bersama rakan-rakan

Semalam, sangatlah seronok. Berbuka puasa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat. Bukan apa, sebab dah ramai yang balik ke Malaysia. Rasa meriah, mereka semua bawa keluarga. Aku memang tak bawa En Suami dan Qaisarah sbb En Suami balik lewat dari kerja.

Yang menarik, aku rasa ini kali pertama, kami berbuka puasa selepas solat maghrib. Selalu, sebelum maghrib dan agak kelam-kabut untuk solat maghrib. Kami berbuka di API, dan memang sampai pukul 9mlm. Bayangkan, tinggal kumpulan kami je yang masih menjamu selera. tetapi penuh berhemah. Kami semua seramai 16 orang.

Sebenarnya, aku yang mencadangkan kepada Ms Lela. Yang memulakan langkah untuk buat pengumuman adalah Ms Ida yang sentiasa prihatin. Dan yang membuat tempahan tempat adalah Ms Lela juga. Terima kasih kepada Zafwah, dan semoga selamat melahirkan anak ketiga. Juga Mr Ise dan keluarga, Fatin-Nizam-Naufal, Shukriernie. Terima kasih kerana meriahkan majlis. Kamera lupa nak bawa untuk ambil gambar aksi-aksi kami semasa menjamu selera.



Wednesday, August 10, 2011

Kereta atau rumah? Mana yang lebih penting dan bernilai?

Semasa aku di Food Safety Seminar yang lalu, aku bertemu dengan seorang sahabat karib yang sama-sama menuntut di UKM.

Kawan: Huda, ko pakai kereta apa sekarang?
Aku: Aku tak de kereta.
Kawan: Macamana ko pergi kerja?
Aku: Husband aku, hantar dan ambil.
Kawan: Wah, bertuahnya badan.

Aku hanya tersenyum.

Kemudian, seorang junior yang juga aku kenali di UKM bertanya.

Junior: Akak duduk Bangi kan?
Aku: Eh, mana ada. Akak duduk Nilai.
Junior: Bukan dulu akak duduk Bangi ke?
Aku: Akak tak pernah duduk Bangi, kecuali masa buat Master. Masa kerja pun tak duduk Bangi.
Junior: La, ingat duduk Bangi.
Aku: Akak duduk Nilai, sbb dah beli rumah kat sana sejak kawin, Belajar kat UPM pun ulang-alik, Nilai-UPM.
Junior: Cepatnya beli rumah.

Aku hanya terdiam.


Dalam pada itu, aku berfikir, generasi sekarang lebih mementingkan kereta berbanding rumah. Padahal, harga kereta akan sentiasa menurun, dan ramai daripada generasi sekarang akan membeli kereta dulu dan yang terbaru. Harga rumah akan semakin meningkat. Maka tidak kisahlah rumah itu kecil. 5-10 tahun akan datang pasti harga rumah akan melonjak-lonjak. Kedua-duanya perlu. Pada bulan lepas, aku memang ada terdengar di Hot.fm yang generasi muda sekarang lebih suka membeli gajet-gajet yang akan susut nilai seperti kereta, telefon bimbit, i-phone, i-pad dan sebagainya. Mereka sepatutnya memikirkan untuk membeli harta yang tidak akan susut nilai seperti rumah dan tanah. Walau apapun, fikir dengan bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.





Friday, August 5, 2011

Macamana hendak menghentikan iklan atau spam yang tanpa sedar mengambil duit dari akaun telefon prabayar atau talian tetap Celcom

Minggu lepas, saya baru perasan yang baki duit prepaid telefon bimbit saya telah berkurang tanpa saya sedari. Mulanya, saya selalu mendapat mesej daripada mobile phone ini. Mesej yang saya terima kebanyakannya ada tertera alamat sebuah web, dan menyuruh menonton movie. Saya hanya menekan butang cancel. Saya pernah membuka sekali web mengikut alamat yang tertera. Kalau tak silap dari web berikut..... http://tinyurl.com


Pada hari itu, saya menyemak baki kredit prepaid saya kerana ingin menelefon seseorang. Ada baki dalam lingkungan RM3 lebih. Saya fikir, dalam setengah jam lagi saya akan menelefon. Tiba-tiba mesej yang hampir sama masuk ke dalam telefon saya, dan saya terus menekan butang cancel. Saya dengan rasa tidak sedap hati, terus menyemak baki kredit prepaid saya. Terkejut saya, tinggal beberapa sen sahaja. Saya terus mengesyaki yang selama ini iklan ini telah mengambil duit saya tanpa saya sedar.


Balik ke rumah, saya terus beritahu En Suami, tetapi En Suami semacam buat tak endah. Dalam hati masih belum puas hati. Sabtu lepas, 30 Julai, saya telah ke sebuah pasaraya. Di sana ada booth broadband Celcom, menjual prepaid dan mempromosi produk Celcom. Dengan rasa tidak puas hati, saya bertanya kepada seorang promoter di situ. Jawapan yang saya dapat hanya "You pergi ke Celcom Centre, dia akan buat, kami tak tahu. Memang customer banyak complain." Saya semacam geram di dalam hati. Celcom lagi suka ke kalau duit prepaid cepat habis. Ya lah, dia orang akan untung sebab pelanggan akan memberi kad prabayar. Saya bukan apa. Sekarang ini, banyak pakej yang pada saya banyak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kita pelanggan, sebolehnya mahu berjimat, dan hanya mahu membeli dan melanggan apa yang perlu.


Semalam, 4 Ogos, saya ke pasaraya yang sama tetapi ke booth yang berbeza.Saya dah merasa yang seolah-olah duit saya hilang begitu saja. Kalau diderma ke tabung bersamamu atau sebagainya, saya rasa adalah wajar dan munasabah. Pagi tadi, saya ada mendapat bonus Celcom sebanyak RM2 lebih dan menjadikan jumlah RM4 lebih. Dalam 2 jam, duit saya dah jadi beberapa sen akbiat dari SMS yang entah dtg dari mana dan entah bila saya langgan. Booth itu yang menjual hanya alat telekomunikasi. Dia mencadangkan saya supaya menelefon 1111 untuk pertanyaan dan perkhidmatan Celcom. Petang itu juga saya terus menelefon perkhidmatan pelanggan Celcom. Dari rekod dia ada beberapa nombor yang telahmenjadi punca duit dalam telefon saya berkurang, iaitu:

39919
32999
32918

Tetapi, dalam rekod online service Celcom saya, no 39918 yang banyak masuk ke telefon saya. Dia memberi saya cara bagaimana untuk menyekat masuk SMS dari nombor-nombor ini. Caranya adalah:

Taip STOP ALL, hantar ke nombor semua yang tertera di atas.

Contohnya: STOP ALL hantar ke 39919. Dan untuk menyekat masuk dicaj RM0.15

Saya ada bertanya kepada pihak Celcom macamana mesej macam ini boleh masuk ke telefon kita. Dia kata, sebenarnya ada pihak ketiga yang akan hantar mesej ini secara rambang. Kalau kita buka mesej ini, automatik, kita seolah-olah melanggan mesej in dan dicaj RM3. Senang-senang saja orang lain ambil duit kredit kita. Kita bekerja bertungkus lumus setiap hari mencari rezeki. Pihak Celcom juga berpesan mesej dari nombor lima angka yang bermula 3 dan 6 biasanya adalah dari pihak ketiga.

Saya berharap, sesiapa yang sedar kredit dari telefon mereka telah diambil, buatlah prosedur di atas untuk menyekat SMS rambang dari pihak ketiga ini.







Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadan 1432 - 1 Ogos 2011

Salam ramadan kepada semua umat islam di dunia.
Tahun ini, hanya dua ucapan salam ramadan melalui SMS yang aku terima.
SMS hanya berbunyi peribadi dan tidak ada pantun seloka.

Ramai yang mengucapakan Salam Ramadan melalui facebook.
Teknologi sudah semakin canggih.

Apa-apa pun semoga Ramadan kali ini bertambah amal dan ibadah.

Monday, August 1, 2011

Lagi cerita pasal sosej - Sosej tanpa jenama disiasat

Awal Ramadan, negeri di kawasan utara dikejutkan dengan kemasukan sosej dari Thailand yang dikatakan masuk secara haram dan tidak. Mereka mensyaki yang sosej ini mungkin mengandungi DNA babi.

Berita selanjutnya disini.

Apa yang saya mahu pesan kepada umat Islam yang prihatin, supaya sentiasa berhati-hati dengan produk makanan terutama daging. Saya secara peribadi memang sentiasa ragu dengan penjualan makanan seperti sosej, bebola dan kek ikan, ayam dan seumpamanya. Saya hanya akan membeli produk ini sekiranya ada terpampang Logo Halal Jakim atau dari Syarikat yang saya yakin status Halal produk tersebut. Di pasar malam, memang sangat jarang saya membeli. Saya takut mereka yang menjual mengambil secara pukal, tanpa mengetahui siapa pengeluar produk tersebut. Kalau saya membeli Yong Tau Fu saya akan cuba mencari produk Hikmah Food. Sebelum ini, sudah banyak kali JAKIM menyiasat sosej yang diragui status Halalnya. (Klik di sini).

Berhati-hatilah dalam memilih makanan. Bulan Ramadan untuk kita beribadah. Semoga makanan yang masuk dalam badan kita juga adalah dari sumber yang halal.




Aznil dengan merisik khabar

Semalam, aku pergi beli air 100Plus di sebuah kedai menjual suratkhabar. Tiba-tiba, Qaisarah duduk dan kata...

Qaisarah: Mama, Ajnil.
Aku: Apalah budak ni cakap dan tunjuk (dalam hati).
Qaisarah: Mama, Ajnil.
Aku: Ok, Aznil.
Baru aku faham yang dia tunjuk gambar Aznil. Rupanya, ada poster merisik khabar untuk Ramadan tahun 2011.

Pelanggan tak tidak dikenali: Cerdik betul.
Aku hanya tersenyum.


Lagi cerita Qaisarah berkaitan dengan Aznil. Klik di sini dan di sini.

Nota: Qaisarah kalau nampak Aznil dalam TV memang kenal.

Friday, July 29, 2011

Contest / Peraduan di Malaysia

Sepanjang Julai ini, aku dah banyak hantar penyertaan untuk beberapa peraduan. Entah, aku tengok hadiah memang lumayan. Ada rumah, i-phone, i-pad dan macam-macam lagi. Soalan pun senang2. Kemudian, aku pun google web untuk peraduan ini.

Ada dua web yang aku rasa bagus untuk sesiapa yang berminat untuk menyertai peraduan ini.
Sila klik di bawah:
Offerstation
MyPeraduan

Setakat bulan Julai ini, aku dah hantar penyertaan untuk:
1) Minum Banyak, Menang Banyak - Anjuran Dutch Lady . Klik di sini.
2) Perkayakan Hidupmu Nestle - Anjuran Nestle. Klik di sini.
3) Tropicana Live.Love. Life - Anjuran Permanis Sandilands. Klik di sini.
4) Shell V-Power 97 Contest - Spend & Win Contest.

Qaisarah at Baiboo Baby Gallery

Semalam saja hantar gambar Qaisarah kat baiboo gallery. Mana tahu ada tuah boleh menang contest. Malamnya , saya tengok, gambar sudah dimuatnaik di laman web baiboo.

Sesiapa yang sudi menjengah web baiboo..sila klik di sini. atau di sini.

Malaysia tidak layak ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2014

Hari ini, semua suratkhabar memaparkan kekecewaan ini. Tapi aku bukanlah hendak membuat sebarang komen dan kenyataan. Cuma, semalam ayah aku kata... abah dah kata, "Abah dah kata, main malam Jumaat siapa suruh, mmg akan kalah. Hari tu main bola malam Nifsu Syaaban ke apa ntah, kalah juga."






Thursday, July 28, 2011

Food Safety Seminar 2011


Last two days (26-27 July 2011) attending Food Safety Seminar 2011 at Cititel Hotel. This seminar was organised by Malaysian Nuclear Agency and Malaysian Radiation Protection Association (MARPA).

One of the important thing is Food Irradiation Regulations 2011 has been approved on 21 April 2011.




Sunday, July 10, 2011

Selamat hari lahir kepada MyQaisarah

Hari ini genap 3 tahun kelahiran puteri kesayangan kami, Qaisarah. Mama doakan semoga Qaisarah akan membesar dengan sihat, bijaksana, semakin rajin beribadah serta jadi anak solehah. Kurangkan tengok TV, terutamanya Astro Ceria.

Tengahari, Papa belanja makan Qaisarah dan Mama di Pizza Hut. Papa makan nasi mentega dengan ayam kari. Ini ada beberapa gambar Qaisarah di Pizza Hut.

Sebelum ke Pizza Hut.

Beraksi di depan kamera.


Menunggu menu.

Bilalah makanan Cayah nak sampai ni...?

Merenung jauh.

Makanan yang kami order dah sampai...

Makanan kegemaran Qaisarah, kentang goreng.

Kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya.
Mama yang sibuk menangkap gambar Qaisarah. Akhirnya, papa pun tangkap gambar mama.

Lepas tu, Qaisarah minta kek. Kami ke Secret Recipe cari sepotong kek. Maka di sini terjumpa seorang kawan, yang kebetulan anak dia punya hari lahir juga. Tapi yang kelima.


Birthday boy.

Qaisarah juga rupanya berkongsi birthday dgn Islam. (Exactly same date and year) dan juga Ayna . Wah Ayna punya ulangtahun kelahiran telah disambut besar-besaran. Dan paling aku tak lupa adalah birthday mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir bin Mohamad.

Saturday, July 2, 2011

Kemuncak Imam Muda Musim Kedua berakhir: Imam Muda Hassan Juara.

Musim kedua Imam Muda sudah berakhir. Sejujurnya, walaupun aku kdg2 tertinggal beberapa episod utk tgk IM musim ini, tetapi aku melihat semua peserta jauh lebih baik.









Segmen pertama, segmen Tazkirah. Saya melihat IM Nazrul lebih lancar daripada IM Hassan.



Segmen kedua, segmen hafazan. Ada sedikit kesilapan yang dilakukan oleh IM Nazrul. Namun kedua-dua bacaan yang diperdengarkan oleh mereka, memang sedap.




Segmen ketiga, segmen berhujah dalam mengupas hadith dan memberi pandangan. Memang terserlah IM Nazrul dalam memberikan hujah dan pandangan.



Secara peribadi, saya memang mengharapkan IM Nazrul menang. Tapi, bila IM Hassan diumumkan sebagai pemenang, saya juga tidak merasa terkejut. Mereka berdua sama hebat. Namun, apa yang saya rasa, mungkin IM Hassan, mendapat sedikit kelebihan semasa membuat kerja khidmat masyarakat di kampung. Saya sangat tertarik apabila IM Hassan membuat liputan dan bersama anggota TLDM di Teluk Batik. Ini jarang dilakukan oleh sesiapa. Saya juga merasakan perbezaan markah mereka terlalu sedikit. Ya, memang benar jangkaan saya. Harian metro hari ini melaporkan yang perbezaan markah mereka kurang daripada lima.



Apa-apa pun, mereka semua telah diberikan amanah untuk berdakwah kepada masyarakat
diluar. Tahniah!!!



Wednesday, June 29, 2011

ISRAK MIKRAJ

Hari ini Negeri Sembilan cuti umum sempena Israk Mikraj. Tapi, Selangor dan Kuala Lumpur bukan cuti umum. Terpaksa saya ke UKM menghadiri satu mesyuarat.

Semalam, saya ada terbaca saya artikel berkenaan puasa pada hari Israk Mikraj sama seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Sangat besar ganjaran puasa Israk Mikraj. Di sini ada artikel tentang kelebihan Israk Mikraj.







Sunday, June 26, 2011

Imam Muda Musim Kedua...sampai ke kemuncak.

IM Nazrul dan IM Hassan telah mara ke peringkat akhir. Tahniah. Jangkaan aku benar yg IM Nazrul akan ke akhir. Dan aku jangkakan IM Nazrul akan menjadi juara Imam Muda utk musim kedua ini. Dia ada ciri-ciri pemimpin dan nampak mesra, serta mudah didekati oleh setiap lapisan masyarakat. Kepetahan berhujah pada IM Nazrul juga nampak terserlah. Mungkin aura juga lebih menyerlah. IM Hassan, nampak berilmu tinggi, tetapi nampak kurang mesra. Seperti IM Hizbur dan IM Ashraf. Keduanya berwibawa, tetapi kepetahan dan kelancaran berhujah IM Ashraf memang nampak terserlah.

Apa2 pun kita tunggu, apakah penyudahnya di malam kemuncak Imam Muda pada 1 Julai. Tahniah sekali lagi kepada semua imam muda musim kedua.




Friday, June 24, 2011

Unipeq nafi sahkan Barbican halal

Hari ini keluar berita kata Barbican belum disahkan halal. Ya, aku setuju dengan kenyataan UNIPEQ, yang mereka hanya mengeluarkan hasil data analisis. BUKAN status halal. Status HALAL mesti dapat JAKIM.

Ini artikel mengenai produk Barbican.

Thursday, June 16, 2011

Kek sempena meraikan kawan sekerja

Ini adalah gambar kek, sempena perletakan jawatan kawan sekerja kami. Dia sambung belajar. Masa ini, kami buat surprise kat dia. Tapi peristiwa ini, adalah pada 31/1/2011.


Yang diraikan, memakai tudung biru. Ini adalah geng2 yang pernah duduk sebaris di bilik yang tersorok, di sebalik bilik-bilik kuliah.


Muka terkejut.


Kek yang memang sedap.





Tuesday, June 14, 2011

Hari Derma Darah Sedunia

Hari ini adalah hari kempen derma darah sedunia. Bagi sesesiapa yang berkemampuan dari segi tenaga dan cukup syarat, dermalah darah anda demi menyelamatkan nyawa manusia. Selalu aku dengar darah O yang tak cukup dalam simpanan bank darah negara. Aku bukan darah O. Aku darah A.




Thursday, June 9, 2011

7 Rejab = Genap 3 tahun

Hari ini, umur Qaisarah genap 3 thn, kalau mengikut bulan Islam. Qaisarah lahir pada 7 Rejab 1429, pukul 6.30ptg.

Semoga jadi anak yang soleh, bijaksana dan beriman. Ameen.





Wednesday, June 1, 2011

Selamat Hari Susu Sedunia

Pagi tadi aku denagr kat HotFM, FBI ucap selamat hari susu sedunia. Yup aku mmg ingat, sebab aku ada kalender Dutch Lady. Rakyat Malaysia memang kurang minum susu. Jadi, Dutch lady tengah buat undian susu berperisa paling popular. Ada perisa Red Bean, Moo Melon, Caramel Toffee and Sweet Corn.

Ini ada fakta menarik tentang susu. Aku paling suka susu perisa semulajadi. Tanpa perisa tambahan.


Tuesday, May 31, 2011

Budak-budak comel

Ini adalah budak-budak comel merangkap cucu FaLah. Emak aku jaga kelima-lima cucu dia. Paling tua - Ahnaf (16Jun ni 4thn)
Kedua - Qaisarah (10Julai ni 3thn)
Ketiga - Najah (bulan Ogos ni genap 1 thn)
Keempat - Hanan (baru 6 bulan)
Kelima - Ammar (baru 2 bulan)




Ini Ammar, baru lepas cukur rambut. Ini masa baru 7 hari.




Ini pula, Qaisarah, Ahnaf dan adiknya Najah.




Yang ini, Hanan dan Najah (dalam car sit) tengah lena tidur.

Dah macam nurseri, rumah mak aku. Tapi mak yang nak jaga sebenarnya. Mak kata, Allah akan mudahkan semua urusan kita kalau kita mudahkan urusan orang lain. Pahala jaga orang tua dan kanak-kanak itu besar. Semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada mak.