Saturday, November 27, 2010

Ulangtahun perkahwinan ke-5


Hari ini usia perkahwinan kami genap lima tahun. Tempoh lima tahun perkahwinan bukanlah suatu tempoh yang singkat. Banyak perkara dalam perkahwinan yang kami telah pelajari. Perkahwinan merupakan satu perkongsian hidup. Awal perkahwinan, terutama pada tahun pertama memang penuh pancaroba. Onak dan duri perlu dilalui dengan penuh kesabaran dan keimanan. Konflik rumahtangga pasti berlaku. Bila diamati... perkara ini berlaku kerana dua hati yang berbeza pemikiran, didikan, kerjaya, pendidikan, keluarga dan sebagainya tentu sekali ada konflik bila bersama. Namun, apa yang perlu setiap pasangan belajar adalah tolak-ansur, kesabaran dan saling lengkap melengkapi. Itulah dia erti sebuah kehidupan rumahtangga. Semoga kehidupan kami sentiasa disinari cahaya iman dan taqwa dalam melayari bahtera rumahtangga.



No comments: