Hari ini aku cuti rehat. Ambil cuti sampai jumaat sebab nak balik JB. Ingat nak balik JB pagi hari ini. Tapi, aku terpaksa betulkan paip singki yang dah bocor. Sejak aidilfitri yang lalu, air sentiasa meleleh je dari lantai. Aku syak mmg dkt penyambungan singki. Mulanya sedikit, tapi lama-kelamaan air yang meleleh dah makin laju dan basah. Malam semalam aku ingat nak cuba betulkan, guna paip-paip lama. Tapi tak fit pulak. Akhirnya, pagi tadi kami beli semua perlatan baru untuk membaiki singki. Habislah dalam RM50. En Suami mangsa keadaan menjadi plumber amatur. Tapi mmg cekap. Jimat kos membaiki paip singki. Selepas En Suami membaiki singki, aku yang terpaksa membersihkan semua limpahan2 dan kotoran di dapur. Jadi, kami tidak jadi balik JB pada hari ini. Sekadar membaiki singki.
No comments:
Post a Comment