Khamis petang aku balik ke JB. tapi singgah kejap kat rumah atuk aku yg jaraknya setengah jam dari rumah mentua aku. Sampai sana pukul 9mlm. Hujan renyai2. Atuk dan nenek baru saje selesai menikmati makan malam. nenek masak sambal petai bilis edisi tumbuk2. Almaklumlah orang tua, gigi tinggal sebatang dua. Alhamdulillah atuk nenek aku masih sihat dan dipanjangkan usia. Aku pun tidur untuk semalaman sebelum ke rumah mentua aku.
Pagi esoknya, kami sekadar berehat2 dan berbual2. Selepas solat jumaat, kami ke rumah mentua. Tapi, kami singgah ke kulai, rumah kawan suami aku. Rumah dia mmg betul besarlah. Masuk je dah macam hotel.Rumah dekat the peak, palm villa golf resort. mmg dasyat lah rumah dia. Malam baru sampai rumah mentua aku. Khemah, pelamin semua dah pasang. Masak pun tak payah. Sebab mak mentua aku tempah je kat orang.
Sabtu petang, aku saje telefon mak. Bila kita balik kampung mentua, mak sendiri mesti nak telefon juga. Mak bagitahu, aku dah dapat ank buah baru. Lahir mlm td 4/12 secara pembedahan. Perempuan.
Ahad pagi 5/12, majlis pun berlangsung. Kali ni aku dah ada kamera. Selasa lepas, aku beli juga kamera, sbb rasa mmg terasa tak seronoknya kalau kamera tiada di sisi. Ini akda beberapa keping gambar yang aku snap.
Ini raja sehari - Fathullah dan Faizah
No comments:
Post a Comment