Salam Aidiladha kepada semua yang beragama Islam. Kami hanya duduk di rumah, mengemas rumah yang memang bersepah. Rutin kami Aidiladha yang lalu. Petang, kami sekeluarga makan Pizza, tiada rendang atau ketupat.
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Showing posts with label Aidiladha. Show all posts
Sunday, November 6, 2011
Wednesday, November 17, 2010
Aidiladha 1431H
Salam Aidiladha buat semua yang beragama Islam serta semua sahabat yang mengenali diri.
Aidiladha 1429H = 8 Disember 2008 (Isnin)
Aidiladha 1428H = 20 Disember 2007 (Khamis)
Aidiladha 1427H = 31 Disember 2006 (Ahad)
- Pagi Aidiladha tahun ini, kami hanya beraya di rumah. Mengemas rumah dan membasuh baju adalah rutin utama aku bila ada cuti.
- Mesej Aidiladha yang paling aku suka: Pengorbangan Ibrahim patut dicontohi, Ketaatan Ismail wajar diikuti, Kesetiaan Hajar lambang kasih sejati, Salam Aidiladha 1431 Hijri.
- Qaisarah aku pakaikan baju kurung. Dia memang suka pakai baju kurung.
- Selepas zuhur, kami makan di RasaMas, kemudian membelah-belah hadiah untuk majlis-majlis perkahwinan yang bakal kami hadiri. Musim cuti sekolah akan bermula, maka bermulalah episod melangkah ke alam rumahtangga untuk bakal pengantin baru.
- Bulan Disember ini, aku juga bakal mendapat seorang lagi anak saudara.
- Tahun lepas, aku juga hanya beraya di rumah.
Aidiladha 1429H = 8 Disember 2008 (Isnin)
Aidiladha 1428H = 20 Disember 2007 (Khamis)
Aidiladha 1427H = 31 Disember 2006 (Ahad)
Labels:
Aidiladha
Monday, December 8, 2008
Eidul adha
Seawal pagi, aku menggosok baju untuk suamiku menunaikan solai Eidul Adha. Semua adik beradikku berada di kampung nenek untuk beraya di sana. Aku dan keluarga berada di sini, merehatkan diri dalam hujan sepanjang hari. Tengahari hanya masak ikan tenggiri. Tiada rendang, ketupat mahukan resipi istimewa untuk hari ini.
Kuala Lumpur dikejutkan dengan sebuah tragedi. Insiden tanah runtuh menimpa banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Pagi tadi, abah menghantar mesej mengatakan dia berdua sudah berada di Mudzalifah. Suasana di sana juga sejuk. Semalam mereka berada di Padang Arafah. Ibadah haji, hampir selesai.
Thursday, December 20, 2007
salam aidiladha
salam aidiladha kepada semua yang mengenali diri ini
Labels:
Aidiladha
Subscribe to:
Posts (Atom)