Lagu ini pada aku memang sedap dari segi lirik dan melodi. Bila Shahir menyanyi memang terasa aura dia sampai kepada penonton. Tahniah Shahir! Semoga berjaya di persada seni tanahair.
Sebenarnya bila dia jadi juara, aku teringat cerita dia kat trek celebriti, hilang motor dan duit sbb nak buat bisnes dek kena tipu dengan kawan. Malam sabtu hari tu, Allah bagi rezeki kereta pula. Ye, kadang2 bila kita hilang sesuatu, mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik atau berharga. Yang pasti. dalam apa jua situasi...reda, usaha dan tawakal.
Kebahagiaan dalam Perpisahan Tak perlu ucapkan sepatah kata Kerna lantang terbaca dari muka Kau dan daku sudah tiada Keserasian di jiwa Mungkin magisnya sudah hilang
Tak perlulah kita mencuba lagi Betulkan kesilapan perhubungan ini Bila setiap perbincangan Menjadi perbalahan Manakah agaknya cinta pasti
Chorus:
Embun pun takkan mampu menyubur sekuntum Bunga yang layu pada musim luruh Yang dulunya mekar di sinar suria Bila sudah kering pasti akan gugur
Seperti cinta kita yang jelas ternyata Semakin lama oh semakin rekah Menimbulkan tanya, apa mungkin kita Temu kebahagiaan dalam perpisahan..
Usah titis air mata kau tangiskan Ku dah cukup menampung selautan Begitu lama ku pendam Tapi hanya berdiam Kerna cuba menafi realiti
RASULULLAH S.A.W BERSABDA YANG ERTINYA : Barang siapa yang mengerat kukunya pada ;
* Hari Sabtu : Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
* Hari Ahad : Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
* Hari Isnin : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
* Hari Selasa : Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
* Hari Rabu : Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan.
* Hari Khamis : Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit.
* Hari Jumaat : Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah Taala.
Ada juga golongan yang mempertikaikan riwayat-riwayat di atas. Apapun secara amnya sunat memotong kuku pada hari Isnin, Khamis dan Jumaat. Ada juga riwayat mengatakan siapa potong kuku setiap hari Rabu miskinlah ia. (Kesahihannya wallahua’lam). Seboleh-bolehnya elakkan dari mengekalkan memotong kuku pada hari Rabu (sekali-sekala tidak apa). Ini kerana isteri nabi iaitu Siti Khadijah pernah bertanya bagaimanakah caranya untuk menghabiskan harta beliau yang banyak. Maka jawab Nabi s.a.w. potonglah kuku pada setiap hari Rabu.
Nabi juga pernah berkata, jangan panjangkan kuku kerana syaitan berlari di atas kuku yang panjang. Begitu juga misai yang melebihi bibir mulut.
Sebenarnya aku musykil pasal tarikh lahir Dr Mahathir Mohamad. Sebab apa, tak silap dulu tarikh lahir dia akhir tahun, dan sama dengan kawan aku 20 Disember (Khadijah WMG) .Tahun dia lahir sama dgn atuk aku. Alhamdulillah, atuk aku masih lagi hidup sezaman dgn Dr Mahathir.
Sebab apa aku musykil?
Sekarang ni banyak ilmu metafizik kira tarikh lahir ini kira tarikh lahir pemimpin2 dan orang2 ternama. Aku musykil tarikh lahir Dr Mahathir lahir pada Julai. Jadi aku pun google dpt kesahihan dia di sini. Bila aku amati tarikh lahir Dr Mahathir, sama pula dengan anak aku, Nur Qaisarah. Aku ada juga beli buku rahsia tarikh lahir semasa minggu usahawan pelajar. Aku pernah juga dapatkan e-book percuma utk rahsia tarikh lahir ini. Kat sini pun ada pasal tarikh lahir Dr Mahathir. Rupanya kawan aku sejawatan baru pergi seminar mengenal potensi diri pasal tarikh lahir ahad lepas.
Tarikh lahir ini untuk mengenal potensi diri, bukan menilik nasib. Kalau tilik nasib, kita dah tahu apa yang berlaku akan datang, itu boleh jatuh kepada dosa besar. Potensi diri, kalau kita ada potensi untuk jadi sekian... kalau kita usaha dengan gigih insha-allah akan berjaya. Tapi kalau kita tak berpotensi untuk jadi sekian, kita nak jadi, kena usaha lebih banyak lagi. Kalau ada perkara negatif, kena ubah dan kawal. Wallahu 'alam.
Dalam 3 minggu lepas, aku ada berbual dengan seorang rakan sejawatan yang duduk di sebelah aku pada masa bengkel. Kebetulan pada hari itu, hari selasa. Ada dalam empat orang yang memakai baju berwarna ungu.Tiba-tiba, aku pun kata, yang aku pakai baju ikut minggu, minggu ni warna ungu. Itu pun sebab ada seorang kawan yang pakai baju ikut warna dalam seminggu. Dia kata senang nak padan dengan gelang, keronsang dan sebagainya. Tak payah fikir nak pakai warna apa. Kawan sebelah aku kata, dia pakai baju ikut hari. Hari selasa pink atau ungu. Sebab setiap hari aura berbeza. Aku pun, teringat yang memang pernah terbaca dalam terapi aura, pasal pemakaian baju dan hari. Hari ini aku teringat nak cari semula pasal warna dan hari. Ini ada blog yang cerita pasal warna dan hari yang aku rasa boleh kita kongsi bersama. Aku rasa minggu depan nak praktikkan pakai baju ikut hari dan warna pula lah. Baru ada aura. Ini pun senang tak payah fikir nak pakai baju warna apa. Dan tak rasa bosan dengan satu warna dalam seminggu.
ISNIN- Putih SELASA - Pink / Ungu RABU - Biru KHAMIS - Kuning / Oren JUMAAT - Hijau SABTU - Merah AHAD - Hitam
(diambil dari http://canvasoflife.blogdrive.com/comments?id=203)
Fehhhh! Menarik nombor rumah itu," kata Ramey apabila terpandang tulisan No.1, Jalan Tempinis 1/1 pada sebuah banglo. "Haiii! Ada juga manusia yang percaya nombor macam tu!" kata Zidan yang duduk di sebelah. Mereka sama-sama ketawa, sementara Ramey terus memandu. Kedua-dua sahabat itu terus membisu. Masing-masing memikirkan tentang nombor. Betulkah ada nombor membawa tuah dan yang lain tidak?
"Apa yang aku tahu, orang Cina cukup taksub dengan nombor 8 ada ‘ong’ kata mereka," Ramey memecah kesunyian. "Tapi apa yang aku dengar, jangan sebut itu pada orang India, ia lambang kematian," balas Zidan. Kedua-duanya serentak terkekeh-kekeh.
Bagaimanapun seorang ahli fizik, Prof.Dr. Norhisham Wahab mengaku melalui kajiannya ada nombor yang membawa keburukan dan kebaikan. "Benar, nombor ada semangat atau tenaga semula jadi yang boleh membawa keburukan atau kebaikan. Jadi, jangan terkejut kalau ada orang gunakan nombor tertentu untuk menjadikan dirinya bertuah. "Setiap orang dilahirkan bersama nombor yang ada pertalian dengan planet. Kedua-duanya akan mempengaruhi tingkah laku seseorang," jelas Prof.Dr. Norhisham.
Pengasas rawatan terapi warna di Malaysia ini berpendapat, kalau seseorang tahu rahsia satu-satu nombor dan dapat menggunakan dengan betul, insya-Allah dia akan berjaya. "Tidak perlu jumpa bomoh-bomoh," katanya berseloroh. Lalu Prof. Dr. Norhisham menghuraikan rahsia nombor dan kegunaannya hasil kajiannya itu.
Satu: Lambang keunggulan Tuhan. Nombor kemakmuran, keutuhan diri, kekuatan, keberanian dan kekuasaan. Rumah bernombor 1 akan sentiasa makmur. Tetamu suka datang kerana suasana yang tenteram, damai dan tenang. Kalau orang yang bernaung di bawah nombor ini, dia seorang yang berani. Mempunyai pendirian yang kukuh, memiliki kekuatan fizikal dan mental.
Dua: Nombor ini bersifat pasangan seperti sejuk lawannya panas. Ia simbol pengesahan, penyaksian, perkaitan, syarat menemukan jawapan semula jadi dan jodoh. Menurut Prof. Dr. Norhisham, bagi seseorang yang sukar mendapat jodoh, berlindunglah di bawah nombor ini. Tidak perlu jumpa dukun atau mandi dibawah jambatan, cukup sekadar mengingati nombor itu. Untuk lebih mudah, ambil segelas air sejuk mentah atau air kelapa, lebih elok air zam-zam. Tuliskan nombor 2 di luar gelas, memadai menggunakan hujung jari. Kemudian minum, ingat nombor itu dan niatkan dalam hati untuk mendapat pasangan. "Lakukan tujuh kali atau tujuh hari berturut-turut. Insha-Allah.tak sampai sebulan pasangan yang sesuai akan diperoleh," tambahnya lagi.
Tiga: Rahsia akal, bijaksana, keceriaan, kesuburan, keseimbangan, pembalasan dan penindasan. Bernaung di bawah nombor ini menjadikan anda seorang yang pintar dan bijaksana. Biasanya apabila hendak melakukan sesuatu pekerjaan akal akan berkata-kata sama ada ia baik atau buruk. Boleh menjadi pencipta yang baik tetapi bermula dengan kemusnahan. Setelah melalui beberapa kegagalan baru menikmati kejayaan. Tapi kalau putus asa, habislah. Mudah memiliki sesuatu kekayaan, benda, rumah, kereta atau apa sahaja tetapi mudah pula melepaskannya. Pintar menyelesaikan setiap masalah walaupun terlalu rumit. Seorang yang subur, mempunyai anak ramai dan ibu bapa yang baik. Paling penting mereka ini awet muda.
Empat: Nombor ini membawa simbol rupa bentuk, kesempurnaan, kemantapan kedudukan, kewangan dan kehidupan. Lambang kekuasaan, kestabilan dan lengkap. Ia stabil dan tidak mudah di ganggu-gugat atau dipengaruhi. Kekuatan mereka yang bernombor 4 ialah mampu melihat melalui daya imaginasi. Agakan mereka selalunya tepat dan kalau merancang, insha-Allah berhasil. Ramai arkitek, jurutera dan pereka-pereka bernaung di bawah nombor ini.
Lima: Simbol kreatif, intelek, mampu mempengaruhi, pemikir, bijaksana, pengkritik dan tahap intelekual yang tinggi. Kalau menjadi hakim, dia akan laksanakan tugas dengan bijaksana dan dapat menyelesaikan segala masalah, perbalahan, kerumitan dan kesusahan. Kekuatannya adalah pada kata-kata. Mampu mempengaruhi orang lain membuat keputusan. Pandai memujuk, merayu supaya pertelingkahan dapat dileraikan. Jika anda tidak mampu membuat keputusan, ingatkan 5, nescaya mudah semuanya.
Enam: Hati-hati dengan 6 jika anda lemah semangat, jangan gunakannya kerana syaitan dan iblis mudah merasuk. 666 adalah lambang syaitan gandaan kelemahan bagi mereka yang lemah semangat. Tetapi 6666 pula adalah kekuatan dan kesempurnaan kerana ia adalah bilangan ayat al-Quran. Kalau nombor peribadi anda 6, anda suka meramal dan boleh meramal dengan tepat. Mulut masin. Suka pada benda ghaib, boleh melihat dan menembusi alam ghaib. Bagi yang belum kahwin tetapi sudah mempunyai pasangan atau idaman hati cubalah ingatkan 6 dan niatkan pada air seperti nombor 2. Percayalah tidak sampai sebulan niat akan terlaksana.
Tujuh: Inilah nombor paling baik. Selain itu ia juga lambang pembalasan, memerintah, membangkitkan tenaga dalaman, pelindung, pemusnah dan penghalau hantu. Insha-Allah doa mereka dimakbulkan jika mengulangi 7 kali. Mereka juga bersifat melindungi dan mampu memerintah dengan baik. Nombor ini digunakan untuk menghalau hantu yang meresap di dalam badan. Caranya mudah palitkan nombor 7 dengan menggunakan kapur di tempat yang sakit. Ia hanya mujarab dilakukan pada malam 13, 14 dan 15 (bulan penuh). Ataupun pelindung ibu yang sedang sakit bersalin daripada dimasuki iblis.
Lapan: Orang Cina cukup suka nombor ini. Kebanyakan mereka sanggup bayar berpuluh ribu ringgit untuk mendpatkannya untuk plat kereta atau rumah. Memanglah nombor itu mendorong ke arah menjadi semakin kaya tetapi sampai satu tahap jatuh bankrap. Sebabnya, kerana mereka tidak tahu 8 sebenarnya bermaksud penamat kehidupan. Bagaimanapun nombor ini memang baik jika tahu rahsianya iaitu ia mendorong ke arah kekayaan, kemantapan, kehidupan, keadilan, sempurna, lengkap dan akhirnya kematian. Jika anda tidak tahu rahsia 8, jangan sesekali cuba menggunakannya. Dari segi sains oksigen terletak dalam atom 8. Sebab itulah jika tidak cukup oksigen orang akan mati.
Sembilan: NOMBOR ini lambang kebenaran. Kerana itu polis menggunakan 999? Ia juga lambang tenaga yang kuat. Sebab itulah ia disimbolkan sebagai perjuangan, kepahlawanan, peperangan dan pertikaian. Bagaimanapun mereka yang bernaung di bawahnya mudah terlanjur dalam perbuatan dan percakapan atau suka lepas cakap. Tapi, jangan bimbang. walaupun mudah terlanjur tetapi anda seorang yang cukup sempurna dalam hal ilmu keduniaan. Nombor ini boleh digunakan untuk mencari semula barang yang hilang. Ingat nombor 9, barang yang hilang akan jumpa semula, jika tersalah simpan!
10 atau 0: Sombol keabdian Yang Mencipta, Maha Kuasa. Kebesaran yang tidak dapat diukur dengan apa sekali pun. Tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran – tiada penamat. Ia sentiasa akan berlingkar dalam pusingan yang sama tanpa ada titik akhir. Satu nombor yang cukup kuat, tidak mampu dikalahkan oleh segala ilmu yang ada. Tidak ada orang bernung dibawahnya. Hanya Pencipta memilikinya.
Menurut Prof. Dr. Norhisham, mengetahui nombor peribadi penting kerana melaluinya kita dapat mengenal diri. Hidup akan lebih teratur, sentiasa berwaspada ketika membuat perhitungan dan insha-Allah… tidak wujud penyesalan. Kita tidak perlu mencari Tok Piah, Kam tukang tilik, minyak cenduai Batin Yat atau bertemu bomoh fotostat bagi mencari barang hilang. Anda mampu meramal masa depan sendiri, menghalau hantu, mencari pasangan dan mendapat kekayaan.
Semuanya akan menjadi nyata kalau anda tahu apa rahsia nombor peribadi anda. Nak tahu nombor peribadi? Formula secara ringkasnya: Campurkan tarikh lahir anda. Misalnya 12-12-1969à 1+2+1+2+1+9+6+9 = 31 ( 3+1=4) Jadi nombor peribadi anda adalah 4.
Tetapi itu bukanlah perkiraan yang tepat. Ia hanya anggaran kasar sahaja. Ujian secara rohani diperlukan kerana hanya kita yang tahu rahsia sendiri....