Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

Tuesday, August 6, 2013

Baju raya 2013

Sabtu lepas pergi shopping baju raya. Aku kalau shopping tak adalah sakan. Main ambik je kalau dah berkenan. Malsa nak fikir dua tiga kali. Tahun ini warna purple juga. Tak habis2 warna purple. Last year pun warna purple juga. Selalu aku tiga beranak mmg tak decide warna apa, sbb bila pergi kedai akan cari baju En Suami dulu yang muat dgn badan dan yg dia suka. Lepas cari baju dia, barulah kita orang akan pilih baju kita orang. 

2013-Purple; 
2012-Light purple; 
2011-Purple-pink; 
2010-Green; 
2009-Pink-Red; 
2008-Gold; 
2007-Purple; 
2006-Cream-peach

Ramadan tinggal lagi 2 hari. Semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari Ramadan tahun lepas. Ya Allah pertemukanlah kami pada Ramadan yang akan datang. Salam Lebaran.

Monday, May 13, 2013

Tudung online

Baca blog orang, ada juga yang buat promosi atau iklankan kedai online yang biasa dia orang beli tudung.

Jadi tak pasal2 aku pun tahu pasal;

  1. butik inspirasihana  bila baca http://cikmanja.blogspot.com/. Butik ini rupanya dah banyak kali keluar radio IKIM.
  2. sugarscarf melalui barelysupermommy.com... web http://www.sugarscarf.com
Memang cantik2 dan berkenan jgaklah. Especially kat sugarscarf tu. 

Wednesday, May 2, 2012

Beli telefon baru

Telefon bimbit aku dah macam kedaifan. Bila orang telefon, mesti habis bateri. Fikir punya fikir, baik beli telefon baru. Bulan April ni pun adadpt tunggakan gaji SSM. Syukur padamu Ya Allah memberikan nikmat dan rezeki yg tidak terhingga.

Ahad lepas, 29 April 2012,  pergi Tesco lepas mebeli-belah, tgk kedai telefon. Ingat nak survey je. Minat tak minat pun touch screan dan tak pandai pun guna. Tgk hp Nokia C3 harga RM399. penjual kata, tak de Wi-Fi. Tapi Samsung Corbey harga RM299. Suami suruh beli Samsung tu. Aku macam malas je. Tapi memang murah dan lebih banyak applikasi. Keluar kedai dulu, fikir...last2 patah balik beli Samsung. Sbb fikir murah je.

Memang mula2 beli hp ni macam tak de perasaan. Sbb macam susah je nak touch screen. Suami yang banyak explore. Akhirnya, lepas 3 hari guna, aku dah mula suka dgn hp aku.



Tuesday, March 15, 2011

Buku sudah dimiliki

Tidak sampai seminggu dilancarkan, saya sudah memiliki buku A Doctor in The House.   Sebenarnya, pada hari ahad 13 Mac yang lepas, saya telah pergi ke Tesco, Nilai   untuk membeli-belah. Secara tidak sengaja, buku ini telah dipamerkan dipintu masuk utama di dalam ruang niaga. En Suami, terus memberitahu saya yang buku ini ada dijual di sini. Apa lagi, saya terus ambil tanpa ragu-ragu. Ye, En Suami tahu, kalau saya ingin memiliki sesuatu. Saya ada memberitahunya, yang saya ingin ke MPH, Putrajaya minggu hadapan unutk mencari buku ini.

Tapi, yang menarik, saya baru habis membaca bab 1. En Suami, sudah hampir 3/4 membaca buku ini. Maklumlah, saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah seperti mengemas dan memasak. En Suami, sambil dia menonton TV, atau sambil menjaga Qaisarah, dia boleh membaca. Komen saya, buku ini memang mudah difahami bahasanya, dan memang menarik.




Monday, February 28, 2011

Tesco Nilai

Lepas lawat pelajar LI di Nilai, aku dgn suami singgah Tesco, Nilai. Saja melawat hypermarket baru di Nilai. Aku jarang sebenarnya membeli-belah. Sekadar belanaj apa yg perlu, maka jumlah perbelanjaan kurang RM100. Aku rasa waktu sekarang ini walaupun byk duit, tp perbelanjaan mesti berhemah.

Jadi sesiapa yg belum tahu.... di Nilai sekarang dah ada Tesco.

Sunday, August 22, 2010

Membeli-belah baju raya

Tahun ni beraya tak tempah baju. Ready made baju kat pasaran dah makin banyak dan cantik-cantik. Harga pun lebih murah bila dibandingkan dengan kos tempahan.

Suami aku kata, dia tak nak beli baju. Nak pakai baju melayu 2 tahun lepas katanya. Warna gold baju ni. Sebab baju tu harga RM200. Sayang tak pakai selalu katanya. Bukannya takde murah. sbb saiz yang susah nak cari.

Jadi semalam, aku pun ke satu kedai kat Salak Tinggi. Ada iklan sampai kat rumah aku kedai baju ni. So, aku pun ingat nak beli baju meroon gold. Tup! tup suami aku berkenan baju hijau saiz XXL. Harga pun ok RM60 je sepasang. So, dia terus ambil dan aku pun ubah fikiran untuk beli baju hijau. Qaisarah aku beli baju kurung hijau kuning.

Bila sampai rumah, suami aku cuba tak selesa baju yang dia beli tu. Tu lah tadi tak nak cuba. Dengan keyakinan tinggi je ambik baju tu.

Jadi, ptg td kami cari baju melayu kat Nilai pula. Mula2 tgk baju semua harga dlm RM100-RM150 sepasang. last2 dapat juga RM80 warna hijau. tapi stok tahun lepas punya. Tak pe, janji ada baru baru. Tersangkut bila baju Qaisarah sepasang lagi. Ikut hati, aku nak beli sepasang lagi baju untuk aku. Tapi, lepas raya, aku gerenti baju2 tu akan turun harga.


Friday, April 16, 2010

Baju Qaisarah

Petang tadi, baru dapat baju Qaisarah yang beli secara online. Murah ma. Dua helai, baru RM9. Ini blog yang aku beli untuk baju Qaisarah secara online. Berbaloi-baloi...


Sunday, February 21, 2010

Beli online

Hari ini Qaisarah tidur nyenyak. Aku pula sibuk buat nota kuliah. Sambil buat nota sambil membeli-belah. Siapa kata, tak boleh membeli-belah di rumah. Sekarang dah banyak laman sesawang membeli-belah online. Aku dah tempah satu t-shirt untuk ibu menyusu dari mypermatahati.com. Esok buat pembayaran, lusa dapatlah kot. Macam tak sabar nak dapat baju ni. Sejak akhir-akhir ini aku suka betul berbelanja secara online. Barang-barang cantik-cantik. Lepas tu tak lah penat dukung Qaisarah jalan-jalan. Sekarang pun tengah musim panas. Nak keluar rumah memang meletihkan.

Minggu lepas dah beli satu bantal dan lencana yang comel untuk Qaisarah. Ini pun tak sabar nak dapat. Bantal yang aku beli masa hari jadi suami aku, tertinggal kat JB. Biarlah kalau nenek rindu Qaisarah boleh peluk2 bantal itu. Yang best dapat voucer 10%. Itu yang sakan bershopping2.



Tuesday, February 2, 2010

Selamat Pengantin Baru: Norhafniza dan Ali









Sabtu lepas 30 Jan 2010:

9:15-9:40 am:
Bertolak dari rumah ke Nilai 1 dengan Qaisarah untuk menunggu Cik Ila ambil. Kami bertiga nak ke kenduri rumah angah di Seremban.

10.05-10.15 am:
Kami bertolak dari Nilai 1 ke Nilai 3 untuk membeli hadiah perkahwinan angah. Dah Puan Hafniza dah. Semalam Jumaat malam Sabtu dah bernikah.

10.15am-11.30am:
Kami bertiga memilih hadiah perkahwinan yang sesuai untuk Puan Hafniza.

Inilah hasil perbincangan kami bertiga, maka inilah hadiah untuk Puan Hafniza dan En Ali dengan Qaisarah sebagai latar belakang gambar.























12.15-12.40 pm:
Tiba di rumah ibubapa angah dan kami makan sebelum berjumpa dengan angah. Menu makanan... ada rendang daging, ayam masak merah, buah limau sunkist, paling best ada tempoyak.










12.40- 2.10 pm:
Berborak dengan angah sehingga dia bersanding. Ini adalah beberapa keping gambar yang sempat dirakamkan semasa kenduri angah.








Monday, January 25, 2010

Membeli-belah

Dua hari lepas, kami sekeluarga pergi membeli-belah di Nilai 3. Aku borong tudung sebanyak 5 helai. Harga sehelai RM15. Mana nak dapat tudung bidang 60 inci dengan harga yang murah dan sulam yang cantik-cantik. Suami pula memborong seluar dan baju kerja. Qaisarh pun dapat baju samapi 4 helai. Lama tak membeli-belah. Tengok lampu dan aksesori untuk hiasan rumah. Keluar rumah pukul 2.30 ptg sampai 6.30 ptg. Sebelum balik hantar Qaisarah ke klinik panel. Badan Qaisarah kudis-kudis. Dr bagi cucuk kat bontot. Dr kata ada jangkitan.



Friday, June 5, 2009

Seronoknya membeli-belah

Ahad lepas aku borong kain untuk buat baju. Hari ini aku beli dua helai tudung. Warna merah jambu dan oren. Cuma bulan ni belum memborong keronsang. Minggu lepas, beli satu set sauna. Sungguh meriah membeli-beli.


Thursday, January 29, 2009

Balik Kampung

Sudah tradisi masyarakat Malaysia. Ada cuti panjang mesti balik kampung. Suami bercuti hampir seminggu sempena cuti tahun baru cina.

Yang menarik tentang balik kampung kali ini:
  1. Dapat jumpa kawan lama semasa di tingkatan 1-3. Masing-masing menetap di Selangor, tetapi kami berjumpa di JB. Cik Z baru sahaja bekerja di JB di jabatan kerajaan. Kami selalu berhubung, tapi sepuluh tahun tidak bertemu. Kali terakhir semasa kami di tahun satu. Cik Z datang ke UKM, melawat kawan2 di UKM.
  2. Makan sarapan di kedai mak. Memang tak makan langsung di rumah. Macam makan tiap-tiap pagi bersarapan di kedai.
  3. Jalan di Jusco. Rasanya sampai 3 kali. Suami yang duk sibuk mengajak, tapi tiada satu pun barang yang dibeli untuk dirinya.
Kepada pensyarah-pensyarah, rakan-rakan kami yang menyambut tahun baru cina, selamat menyambut tahun baru.

Yang memberi limau-limau percuma, terima kasih daun keladi, ada lagi boleh bagi lagi....



Sunday, September 14, 2008

Macam amazing race......

Tahun ini kami suami isteri bercadang untuk membeli baju raya siap. Bukan apa, aku sibuk dengan pelbagai tugasan dan juga baru lepas melahirkan zuriat yang comel. Jadi, semalam kami telah mengambil keputusan untuk membeli-belah membuat persiapan berhari raya.

Jam menunjukkan pukul 1.30pm, suamiku belum pulang lagi. "Aik! apasal lambat sangat betulkan kereta ni?" Hatiku berkata. Aku sudah menyiapkan diri sendiri dan juga Qaisarah. Pukul 1.45pm baru suamiku tiba. "Apasal lambat sgt, bang?" Lantas suamiku menjawab "Ramai orang servis kereta tadi."

Aku dengan pantasnya menyiapkan diri dan bersolat. Kami sampai di tempat yang dituju hampir 3.30pm. Bayangkan kami hanya ada masa lebih kurang 2 jam sahaja untuk mencari keperluan berhari raya. Sampai di rumah mmg tepat pada waktu azan maghrib, waktu berbuka. Dan aku merasakan memang mcm amazing race. Tapi yang membuat aku tergelak seketika... sebelum memmbeli-belah tadi boleh suami kata.... "alah kita shopping ni, shopping org dah kawin... jalan cepat2, cari mana yang patut. Bukannya shopping org bercinta, jalan selangkah-selangkah... masuk semua kedai...." memang cepat betullah kami berjalan.