Showing posts with label Haj. Show all posts
Showing posts with label Haj. Show all posts

Thursday, June 14, 2012

Keutamaan menunaikan Haji

Haji merupakan rukun islam kelima. Sepatutnya, tanggungjawab menunaikan haji mesti diutamakan oleh semua umat Islam sebelum melaksanakan tanggungjawab yang lain.

Rencana ini dipetik daripada akhbar utusan.online hari ini berkenaan Haji.


KUANTAN 13 Jun - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.
 
Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain".

Sunday, December 4, 2011

Monday, January 12, 2009

Kembali dari Tanah Suci

838am: Mendarat di KLIA. SMS aku terima dari abah.

Alhamdulillah, syukur mak abah selamat tiba di tanahair setelah 40 hari mengerjakan ibadah haji di mekah. Ketika itu, aku berada di Klinik Kesihatan, regular check-up untuk Qaisarah. Sepatutnya flight tiba dalam pukul 90 am dari madinah. Cepat flight ni mendarat.



Update Qaisarah:
Qaisarah dah 6 bulan.
Berat dah 7.05 kg.
Dah pandai golek2.
Dah pandai sebut pa-pa, ba-ba.

Bila tiba di KLIA, aku terpandang screen ketibaan dan perlepasan. Sah mmg cepat kapal terbang mak abah mendarat 0834am. Alhamdulillah.

Suasana di balai ketibaan penuh dgn sanak saudara. Tapi tidaklah sesesak mana. Mungkin penerbangan terakhir tiba di Malaysia. Yang menyambut mak abah cuma kami 9 beradik, 2 menantu dan 2 cucu mak abah.

Kami berpelukan, syukur selepas mak abah keluar dari pagar ketibaan. Dari jauh, kami sudah namapak mereka berdua. Selepas itu, abah membaca doa kesyukuran. Mudah2an mereka pulang dgn haji mabrur dan doa yang dipohon akan dikabulkan ILAHI.

Aku sms Ella. Alhamdulillah Ella tiba selepas kami bertemu dgn mak abah di balai ketibaan.



Monday, December 8, 2008

Eidul adha

Seawal pagi, aku menggosok baju untuk suamiku menunaikan solai Eidul Adha. Semua adik beradikku berada di kampung nenek untuk beraya di sana. Aku dan keluarga berada di sini, merehatkan diri dalam hujan sepanjang hari. Tengahari hanya masak ikan tenggiri. Tiada rendang, ketupat mahukan resipi istimewa untuk hari ini.

Kuala Lumpur dikejutkan dengan sebuah tragedi. Insiden tanah runtuh menimpa banglo mewah di Bukit Antarabangsa. Pagi tadi, abah menghantar mesej mengatakan dia berdua sudah berada di Mudzalifah. Suasana di sana juga sejuk. Semalam mereka berada di Padang Arafah. Ibadah haji, hampir selesai.




Tuesday, December 2, 2008

Lambaian Kaabah


Petang semalam, ibubapa ku berangkat ke mekah untuk menunaikan haji. Ini merupakan kali ketiga bagi ayah dan kali kedua mak ke tanah suci menunaikan ibadah haji. Bagi ayah, pengalaman kali ketiga mungkin membuatkan hatinya lebih teruja. Kali pertama ke tanah suci ketika ayah sedang belajar di negara orang. Kali ini ibubapa ku pergi ke sana berdua saja. Sebelum ini, mereka pergi berempat mengiringi ibu masing-masing.

Selepas asar, kami bertolak ke kompleks tabung haji di Kelana Jaya. Hati sayu terasa ketika ayah membaca doa untuk selamat pergi dan selamat kembali. Apa yang membuat hati bertambah sayu, ketika ayah dan emak sudah bersiap-siap memakai pakaian ihram. Siap mandi sunat ihram sekali sebelum berangkat ke tanah suci. Sebelum ini, aku pernah menghantar mereka, atuk dan juga nenek. Tapi aku dapat rasakan perasaan yang berbeza. Ini kerana, penerbangan mereka berdua merupakan penerbangan terakhir jemaah haji ke Mekah pada musim ini. Ahli jemaah semua terus masuk ke Jeddah.

Selepas maghrib, kami tiba di kompleks Kelana Jaya setelah singgah solat maghrib di Masjid Puchong. Kami makan dan berbual-bual sehingga waktu pendaftaran jemaah bermula. Kaunter pendaftaran dibuka 9.30 mlm. Semua jemaah haji telah bersiap dengan pakaian ihram. Terasa terpanggil di hati ini ingin menyambut lambaian kaabah. Bila tabung haji membuka video jemaah di hadapan kaabah, terasa kebesaran Ilahi....dengan suara jemaah bertakbir dan bertahmid... Lambaikkallah humma labbaik....labbaikka la syarikalakalabbaik..... Lebih kurang 10mlm, ibubapa masuk mendaftar ke dalam. Mudah2an mereka mendoakan yang terbaik untuk anak-anak yang berada di sini dan mendapat haji yang mabrur.... ameen.