Tuesday, July 3, 2012

Azwan Ali terkeluar Master Chef Selebriti pada episod ke-24

Pada episod ke-24 ujian sajian pantas, telah menyaksikan kumpulan biru telah kalah dalam saingan luar yang bertemakan mengimbau nostalgia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Yang menarik semasa  sajian lepas ada menu tembikai dengan sambal kicap. Baru pertama kali dengar orang makan tembikai dengan sambal kicap. Sambal kicap memang terkenal di negeri Johor dan di kalangan orang Jawa. Kumpulan biru yang dianggotai oleh Dato' Fazley, Azwan Ali dan Soo Wincci terpaksa mengharungi cabaran ujian pantas. Mungkin kerana nasi kandar yang mereka sediakan tidak menepati cara masakan nasi kandar.

Pada pusingan ini, tema masakan adalah mee. Azwan Ali terpaksa meninggalkan dapur master chef selebriti untuk selama. Masakan mee hailam Azwan Ali tidak menepati ciri-ciri hailam. Kali ini masa terkeluar Azwan Ali tak menangis. Selalu bila kawan2 lain keluar dia menangis. Ini adalah kali ketiga Azwan Ali masuk pusingan penyingkiran dengan ketiga2 adalah semasa membuat sajian luar berkumpulan. Cuma kali ini, Azwan ALi bukan sebagai ketua kumpulan. Yang dua lagi Azwan ALi sebagai ketua kumpulan. 

Tahniah Azwan Ali yang telah menyumbangkan dana sebnayak RM6000 kepada Taman Sinar Harapan (JKM).



(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

No comments: