Kenyataan di bawah dikeluarkan oleh Syabas.
Secara amnya, ada kenyataan yg saya setuju, dan ada kenyataan yg saya kurang bersetuju.
KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya? (Ya, sekiranya penapis air itu tidak ditukar pada tempoh yg ditetapkan. Kemungkinan penapis air sudah tidak mampu menapis air bersih. Oleh itu, selenggara penapis air anda mengikut tempaoh dan spesifikasi yg ditetapkan)
Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. (Secara am, memang klorin akan hilang, dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria boleh berlaku. Tetapi ini berlaku sekiranya air yang telah ditapis dan disimpan dan dibiarkan pada suhu bilik pada tempoh yang lama. Sekiranya minum terus dari penapis air, kemungkinan bakteria untuk hidup tidak akan berlaku)
Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya. (Saya yakin, air yg dibekalkan syabas mmg berkualiti dan bersih, tetapi penyaluran air ke rumah, telah menyebabkan air menjadi kotor semula. Ini disebabkan oleh proses pengaratan salur paip dan tangki di rumah, dan ia jarang diselenggara dgn baik. Air yg berada di dlm tangki boleh dicemari)
"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. (Pada saya, air yang kita minum mestilah bersih. Kerana air adalah sumber kehidupan. Maka terpulanglah kepada anda untuk memasang atau tidak penapis air. Pada saya, penapis air penting. Tetapi perlu diambil kira aspek penyelenggaraan penapis air dan penyimpanan air yg telah ditapis. Klorin berlebihan dan sisa pengaratan paip air yang masuk ke dalam badan, boleh memudaratkan kesihatan)
Rujukan: Kosmo 25 Januari 2011
No comments:
Post a Comment