Thursday, June 28, 2012

Selamat Maju Jaya Prof

Semalam ada majlis penyerahan tugas dekan baru. Secara peribadi, prof telah bertugas selama 9 thn 15 hari di universiti ini. Prof telah mendaftar diri di sini pada 1 Jun 2003, dan aku pula telah bertugas di bwh kepimpinan prof sejak 15 Disember 2003. Terima kasih prof kerana telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan dorongan yang tidak terhingga kepada aku. Aku sentiasa mendoakan agar Prof di berikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang dalam iman. 


Wednesday, June 27, 2012

Jehan Miskin tersingkir pada episod ke-20

Disebabkan kumpulan biru telah kalah dalam cabaran membuat cokolat, maka mereka telah masuk ke pusingan penyingkiran. Pada episod kali ini, tema masakan berkonsepkan 'Kari Ini Hari’. Sebelum cabaran bermula mereka telh diajar oleh Chef Amran untuk mencipta satu rempah dan hidangan kari tersendiri. Sebelum ini, mereka semua hanya menggunakan serbuk kari yang tersedia. Paling kelakar, Soo Wincci telah tiga kali kena masak kari di cabaran penyingkiran.

Ini adalah Wincci sweet curry. Dia telah telah mengolah kari dengan tema 1 Malaysia.

Sajian Jehan Miskin kurang menyerlah. Dekorasi hidangan pun kurang memuaskan. Mungkin ini yang menyebabkan dia tersingkir. Tahniah, Jehan Miskin yang telah sampai ke peringkat ini dan telah mengumpulkan dana sebanyak RM5ooo kepada SPCA Selangor. SPCA ini rupanya adalah pusat kebajikan haiwan.

Ini adalah Kari Hari-hari Pun Mau Jehan Miskin.

(Sumber foto: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11297.html)


Tuesday, June 26, 2012

Cabaran Sajian Luar Episod 19 - Master Chef Selebriti

Kali ini pada episod ke-19, 25 Jun, cabarannya sangat berbeza. Mereka diminta untuk menyediakan cokolat. Yang paling tak dapat tahan tu, Dato' fazley dah pilih ahli kumpulannya yang terdiri daripada Soo Wincci, Jehan Miskin dan Juliza Adnan. Tup, tup kat lokasi dia orang kena tukar ketua dengan Farouk.

(Sumber foto: http://www.astro.com.my/masterchef)

Tapi akhirnya, kumpulan yang diketuai Dato' Fazley menang juga. Dekorasinya memang menarik. Ini adalah hidangan cokolat daripada kumpulan merah yang telah diwakili oleh Dato' Fazley. Rasanya sedap dan menarik.


Karenah Qaisarah

Pagi tadi...

Qaisarah: Mama, hari ini cuti lah.
Mama: Eh, mana ada. (Saja sebab malas tak nak pergi sekolah)

Mama: Kalau Qaisarah tak nak pergi sekolah boleh. Duduk rumah ummi (mak saya), jaga adik Aimey (anak buah baru lahir).

Qaisarah: Tak nak lah.

Terus je Qaisarah pergi bilik air, mandi. Lawak... sebab dia ada pulak rasa malas nak jaga budak-budak.



Monday, June 25, 2012

Thanuja tersingkir, peserta kelapan terkeluar Master Chef Selebriti Malaysia.


(Semua foto adalah sumber daripada: http://www.astro.com.my/masterchef)


Pada Episod ke-18, 24 Jun 2012.... cabaran ujian sajian pantas dan penyingkiran telah menyaksikan Thanuja telah tersingkir daripada Master Chef Selebriti Malaysia yang pertama. Tomok masih terselamat lagi walaupun ini adalah kali keenam cabaran penyingkiran untuk beliau.
Mereka yang masuk cabaran ini terdiri daripada Farouk, Angah, Thanuja dan Tomok.


Dengan bertemakan set ‘Minum Petang’, nasib Thanuja tidak baik. Tahniah kepada Thanuja yang telah mengumpulkan derma sebanyak RM4500 kepada Persatuan Kebangsaan Kenser Malaysia yang telah diwakilinya.


Sunday, June 24, 2012

My new niece




Introducing my new niece. This is her photo after three days of birth. Her name have not been given yet. Her weight was about 3.05 kg, and was delivered in hospital Putrajaya.

Friday, June 22, 2012

Our new car

Ptg td, kami telah mengambil kereta yang telah ditempah utk kegunaan kami sekeluarga. Jeng-jeng-jeng. Bukanlah kereta baru keluar kilang, tapi kereta terpakai yang mampu kami miliki.


Ini dia kereta kami. SOLD! Secara rasminya kereta ini milik kami. No pendaftaran telah digelapkan sebab nombornya mmg menjadi kesukaan ramai.


Thursday, June 21, 2012

Bunga Fatimah

Siapa yang pernah dengar pasal bunga Fatimah? Selalunya kalau orang nak bersalin, bunga Fatimah ini akan direndam untuk memberi tanda samada dah tiba masa utk bersalin ke belum.

Bunga ini aku dah kenal sejak mak aku mengandung dulu. Ayah aku ada beli kat Mekah masa dia menunaikan haji kali pertama, masa dia tgh belajar kat Manchester dulu. Tapi aku tak berapa ambil kisah sgt. Yang aku tahu, bunga ini masa orang nak bersalin, dia rendam je, kemudian bunga akan kembang. Seingat aku memang mak tak pernah minum, sekadar memberi tanda atau petunjuk je samada orang tu dah tiba masa nak bersalin ke belum.

Masa nak bersalin Qaisarah dulu, mak aku ada rendam bunga Fatimah ni. Dia kata, bunga Fatimah tu memang kembang mekarlah. Syukur, Alhamdulillah aku bersalin normal. Cuma kena vacuum je. Bukan vacuum cleaner je. Sbb aku dah tak larat nak teran. Tapi, dia kata adik-adik yang lain tak kembang bunga Fatimah dia macam aku punya. Kembang memang kembang, tapi kat hujung-hujung akar tu masih bertangkup. Dia orang semua kena telah bersalin melalui pembedahan. Wallahu a'lam. Setiap yang Allah jadikan ada yang tersirat.



Ini bunga Fatimah yang kembang semasa adik aku menunggu kelahiran anak kedua dia. Di hujung akar banyak masih bertangkup.


Aku ada baca juga serba sedikit pasal bunga Fatimah ini. Ada yang panggil, akar Fatimah atau sanggul Fatimah. Ada juga panggil genggam Fatimah. Rata-rata yang aku baca kata hanya ada di mekah dan madinah.

Puas juga cari nama saintifik di google. Banyak yang kata nama saintifik, tumbuhan ini adalah termasuk Famili Selaginellaceae dan species Selaginella lepidophylla. Tapi nama saintifik yang sebenar adalah Anastatica hierochuntica. Kebanyakan blog banyak menceritakan pengalaman menggunakan bunga fatimah ini.

Aku cuba cari istilah dalam bahasa Inggeris. Rupanya, istilah dalam bahasa Inggeris dalah Grass Fatima. Sangat sedikit masyarakat di Malaysia menyebut dengan nama rumput Fatimah. Tapi rupanya, orang Arab sebut sebagai Kaf Maryam atau Rosa Maria. Langsung tiada nama Fatimah. Nama Fatimah banyak dikaitkan dengan kacip Fatimah.

Di sini, aku terjumpa juga pasal kajian yang telah dibuat ke atas bunga Fatimah ini.

Lain-lain blog yang berkaitan:

http://myrojakblog.blogspot.com/2011/09/akar-bunga-sanggul-fatimah.html
http://h-arya.blogspot.com/2011/02/benefits-of-grass-fatima.html


Sedikit Info:
  • Kaf Maryam is a small grey desert plant which curls up into a ball and dies, protecting it's precious seeds within. When submerged in water, it miraculously unfurls and comes to life. Kaf Maryam means Mary's Palm , as legend has it that the Virgin Mary kept this plant with her during childbirth. It is used by herbalists to alleviate labour pains. It's also known as the Rose of Jericho.

Sumber: http://www.flickr.com/photos/92156627@N00/3573754482/

Forum berkenaan Kaf Maryam ni boleh juga dibaca di sini:

Mungkin juga tumbuhan ini ada kaitan dengan tumbuhan / tamar yang digunakan oleh Maryam semasa sakit hendak melahirkan anaknya Nabi Isa. Ini telah diceritakan dalam Al-Quran dlm surah Maryam (19), Ayat 23-26. Wallahu 'alam.

[23]
(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
[24]
Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya:" Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
[25]
Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
[26]
"Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merunsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan yang demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".




Wednesday, June 20, 2012

Anak saudara baru

Mak aku telefon dalam pukul 3ptg td. Beritahu yang adik aku Hani dah melahirkan anak perempuan secara operation. Tahniah!!!




Karl Shafeq peserta ketujuh tersingkir Master Chef Selebriti

Episod ke 15 pada 19 Jun 2012, telah menyaksikan Karl Shafeq terkeluar daripada Master Chef Selebriti. Mula-mula sebelum sajian pantas dan penyingkiran bermula, Karl Shafeq dah kata mungkin dia yang akan terkeluar.  Sebab dia kata, sbb rakan-rakan lain hebat belaka. Masin pulak mulut dia.

Dengan bertemakan Chop, Karl Shafeq telah memilih ikan Salmon utk dijadikan hidangan istimewa. Mula-mula Chef Amran rasa memang sedap. Tiba-tiba bila Chef Joe potong, tengah-tengah ikan salmon mentah. Alamak...Ada tulang pulak. Mungkin ini, yang menyebabkan Karl Shafeq tersingkr.

Menu: Salmon Rangup bersama Kentang dan Lobak Lenyek

(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11152.html)
Apa2 pun tahniah kepada Karl Shafeq kerana menyumbangkan RM4000 kepada House of Joy. Hidangan paling cantik adalah daripada Tomok iaitu Menara Kambing.




Paling aku kelakar sangat Azwan Ali telah menyediakan dua jenis protein iaitu ikan salmon dan burung puyuh. Bukan apa, sebab dia boleh dengar ambil dua bahan. (Selalu dia konfius). Ini dia hidangan Azwan Ali, Salmonrung Mahawangsa Ala Tom.



(Semua foto adalah sumber daripada: http://www.astro.com.my/masterchef)

Monday, June 18, 2012

Raja Azmi peserta keenam tersingkir Master Chef Selebriti Malaysia Pertama

Pada episod ke 14, ujian saingan pantas dan penyingkiran, Raja Azmi telah terkeluar dari saingan. Pada saingan ini, mereka telah diminta menyajikan pencuci mulut dari Chef Zam iaitu Tart Tatin dan Cretan Kaltsounia. Yang menarik Tart ini telah dicipta secara tidak sengaja disebabkan terhangus. Mereka diberi peluang untuk merasa pencuci mulut ini sebelum menyediakankannya. Walaubagaimanapun, mereka telah disediakan resepi dan cara membuat dalam setiap laci peserta.




(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11180.html)
 
Memang masing-masing nampak tertekan sebab pertama kali buat juadah yang tak pernah mereka buat. Raja Azmi terkeluar mungkin kerana dia telah tertuang kesemua gula ke dalam adunan. Nasib Dato' Fazley membantu. Chef Zam telah menilai juga cara kerja mereka semua. 
 
Tahniah kepada Raja Azmi yang telah menyumbangkan RM3500 kepada Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh (JKM). Sebelum beredar Raja Azmi telah menyampaikan bahawa dia sedih sebab tak dapat menyumbangkan lebih banyak dana kepada badan kebajikan yang diwakili. Paling kelakar, dia kata dia segan dengan Tomok sebab Tomok tak pandai masak, dia tersingkir dulu. Takpelah rezeki Raja Azmi sampai disini sahaja. Raja Azmi juga sedih sebab tak dapat jadi top 10 Master Chef Selebriti. Walau apa pun, Tahniah!!!!


Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj 2012

Hari ini merupakan hari israk mikraj. Disebabkan ramai yang mencari tentang israk mikraj  di blog aku, maka aku akan tulis serba sedikit mengenai israk mikraj yang di ambil daripada rujukan yang aku ada.

Israk mikraj jatuh pada 27 rejab dalam bulan Islam. Pengertian Rejab bermaksud mulia. Dinamakan rejab bulan mulia, kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini. 

Israk mikraj Rasulullah SAW.

Israk dan mikraj merupakan perjalanan nabi pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus naik ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Di situlah baginda menerima perintah langsung dari ALLAH tentang solat lima waktu.

(Sumber rujukan: Kasmuri Selamat MA. 2000. Rahsia dan Amalan Bulan Islam. Darul Nu'man)



Saturday, June 16, 2012

Happy Birthday to Ahnaf

Hari ini, genap 5 tahun Ahnaf lahir ke dunia. Ahnaf adalah anak saudara aku , yang merupakan anak angah. Kalau tak silap aku, 5 thn yg lalu, dia lahir hari sabtu juga pada waktu tghari. Apa2 pun semoga Ahnaf jadi manusia yang berguna kepada agam, bangsa dan negara. Dan jd anak soleh kpd ibubapa dan keluarga.



   
Ahnaf masa baru dilahirkan: 16 Jun 2007 


  
 Masa umur dalam 5 bulan.
  

Friday, June 15, 2012

Thursday, June 14, 2012

Keutamaan menunaikan Haji

Haji merupakan rukun islam kelima. Sepatutnya, tanggungjawab menunaikan haji mesti diutamakan oleh semua umat Islam sebelum melaksanakan tanggungjawab yang lain.

Rencana ini dipetik daripada akhbar utusan.online hari ini berkenaan Haji.


KUANTAN 13 Jun - Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman mengingatkan umat Islam yang mendapat giliran menunaikan haji tahun ini mengutamakan untuk menunaikan rukun Islam kelima itu berbanding tanggungjawab mengundi dan melakukan kerja-kerja parti pada pilihan raya.
 
Beliau berkata, ia berdasarkan prinsip fiqh aulawiyat iaitu meletakkan sesuatu perkara mengikut keutamaan yang mana ibadat haji adalah fardu ain sedangkan mengundi adalah fardu kifayah.

Begitupun, beliau turut mengingatkan, mengundi juga ada keadaannya boleh bertukar menjadi fardu ain jika kepentingan Islam boleh terjejas sekiranya kurang umat Islam mengundi.

"Kalau yang mahu menunaikan haji untuk kali kedua, itu dia boleh tangguh kerana mengundi atau memilih pemimpin juga wajib dan fardu kifayah. Tapi untuk kali pertama dia perlu utamakan haji berbanding mengundi kerana haji adalah rukun Islam yang merupakan fardu ain".

Hari Derma Darah Sedunia

Hari ini aku terdengar di Hot.fm tentang hari derma darah. Banyak cerita menarik. Ada seorang pemanggil dia telah menderma darah sebanyak lebih 30 kali dan melayakkan diri untuk dapat layanan kelas 1 kalau beliau ditakdirkan utk duduk di wad.


Moralnya: Siapa nak duduk wad kelas 1 di hospital, sila derma darah sila derma darah.

Nota: Aku sendiri belum pernah derma darah. Mak aku dah banyak kali derma darah.


Hari Derma Darah Sedunia 2011

Diet dan Darah

Wednesday, June 13, 2012

Peserta kelima terkeluar Master Chef Selebriti: Lousia Chong

Akhirnya pada Episod ke-12, 12 Jun 2012. Lousia Chong terkeluar utk prog Master Chef Celebriti setelah bertahan utk beberapa episod. Semasa pusingan penyingkiran, mereka diminta utk menyediakan popiah. Tapi konsep yang Lousia Chong buat tidak menepati ciri2 popiah. Poipah sepatutnya mesti digulung.

  
(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tahniah Lousia Chong yang telah mewakili Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor Dan Wilayah dan telah mengumpul derma sebanyak RM3000 untuk badan kebajikan ini.

  
(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)
Lagi info boleh dibaca di sini.  

Tuesday, June 12, 2012

Selamat Hari Lahir dan Ulangthn Perkahwinan

Selamat ulangtahun kelahiran kepada adinda Hafizah yg ke-25. Semoga dipanjangkan umur dalam iman dan keberkatan yang berpanjangan.


Selamat ulangtahun perkahwinan kepada adinda Hani dan pasangannya Fazli. Semoga bahagia dalam keberkatan dan kasih sayang Ilahi. Selamat menyambut bakal anak yang kedua.

Gambar telah dirakam pada 12 Jun 2010.

Monday, June 11, 2012

Musim cuti sekolah berakhir

Pagi tadi Qaisarah excited nak pergi sekolah. Pagi2 dah bgn.

Bila musim cuti sekolah, episod kenduri kawin pun bermula. Dua minggu lepas kami sekeluarga telah menghadiri kenduri kawin adik kawan aku Hazila. Selamat pengantin baru Hairen dan Nadzirin, semoga kekal bahagia hingga akhir hayat.

Sabtu lepas ada kami juga telah menghadiri seorang anak kepada ustaz di Sijangkang, iaitu Norfarhan serta pasangannya Rahmad Akbar. Kat sini paling sedap makan bubur jagung. Qaisarah makan sampai 2 mangkuk. Ada nasi dagang, walaupun Sijangkang adalah komuniti Jawa. Ingatkan menantu ustaz orang Terengganu, rupanya orang Riau, Indonesia.


Sunday, June 10, 2012

Peserta keempat terkeluar Master Chef Selebriti Malaysia: Serina Redzuawan


Cerita tentang master chef celebriti, peserta keempat terkeluar adalah Serina Redzuawan telah tersingkir. Semasa episod penyingkiran, empat peserta iaitu tomok, angah, serina dan thanuja telah disuruh untuk menduplikasikan masakan tradisional kontemporati Chef Joe. Masakannya adalah otak-otak bersama kerabu ulam raja. Memang tgk masakan Chef Joe sangat menarik.

Masakan Serina ada rasa, tetapi persembahan agak lari dgn Chef Joe. Serina pada pandangan saya pandai masak. Dan Chef Zubir kata, daging dendeng Serina pada episod pertama akan menjadi kenangan buat mereka. 

Apa2 pun tahniah buat Serina... yang telah menyumbang RM2500 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahniah...Boleh juga melihat pautan disini.

Friday, June 8, 2012

Wajah2 Qaisarah bertudung

Minggu lepas belikan Qaisarah tudung 2 helai, merah dan hijau. Sekarang Qaisarah dah pandai pakai tudung ikut warna2 baju. I am trying to practice her to wear tudung and until now there is no problem. She also like to wear baju kurung. Agaknya masa aku mengandungkan dia dulu, aku suka pakai baju kurung kot. So, here are some of the Qaisarah pic, wearing tudung. Later, i will upload the other nice pic (Kalau terlebih rajin).



Misi Lawatan Pelajar Latihan Industri selesai

Minggu ini selesai misi aku untuk melawat pelajar latihan industri. Ada 8 pelajar yang aku kena lawat, merangkumi 4 tempat. Minggu depan, minggu peperiksaan pelajar pula.



Wednesday, June 6, 2012

Kanak-kanak riang

Gambar ini dah lama aku nak upload. Sgt ceria alam kanak-kanak.  Ini semua cucu wak Jan. Gambar ini telah dirakamkan pada 14 Mei 2011. Dah setahun dah. Ammar pun dah mula jalan, tapi masih jatuh2 dan tak stabil lagi. Yang paling best masa ini Ammar 2 bulan, dan sekarang Ammar nak dapat adik. Bila2 masa je adik Ammar akan lahir.




Peserta ketiga terkeluar master chef selebriti

Siti Sarah adalah peserta ketiga yang terkeluar dari Master chef celebriti. Debaran kali ini mmg mendebarkan sbb 50-50 akan terkeluar. Tema adalah satu Malaysia. Dan mereka dikehendaki masak Puree iaitu makanan masyarakat India.

Apapun tahniah kepada Siti Sarah yang mewakili Persatuan Untuk Orang-Orang Buta Malaysia dan jumlah wang yang terkumpul adalah RM2000 untuk diserahkan kepada persatuan tersebut.

Monday, June 4, 2012

Peserta kedua terkeluar Master Chef selebriti Pertama: Salamiah Hassan

Selepas Dr Faiz terkeluar Master Chef Celebriti pertama, Salamiah Hassan pula yang menyusul. Cabaran penyingkiran meminta mereka menyediakan masakan tradisional yang dimodenkan. Makanan yg mama buat kalau mengikut cita rasa juri memang sedap. tetapi tidak ada ciri2 moden di situ...klasik kata juri. mmg klasik jiwa mama...

Apa pun tahniah mama yang telah mewakili badan Pertubuhan Medifund Malaysia dan berjaya mengumpul RM1500 untuk diserahkan kepada badan kebajikan ini.


Saturday, June 2, 2012

Makan Pizza

Lama sebenarnya tak makan Pizza. Rasanya last time kami bertiga beranak pergi masa nak celebrate birthday Qaisarah. Rupanya, Pizza pun dah berubah wajah.



Imam Muda Musim ketiga telah bermula

Format kali ini lebih menarik. Setiap peserta ada naqib masing-masing. Ada sepuluh imam muda yang terpilih dan seorang dari Indonesia. Aku dah tgk siaran rakaman semalam, yg direkodkan di Astro Byond. Rasanya kali ini lagi menarik dengan adanya penglibatan daripada imam muda musim kedua dan ketiga.





Friday, June 1, 2012

Hari susu sedunia

Dua tiga hari ini aku perasan yang blog aku telah dilihat dengan pencarian hari susu dunia. Rupanya, hari ini 1 Jun adalah hari susu sedunia. Sebagaimana kita tahu, susu memang sgt penting utk sumber kalsium. 

Semalam masa, sedang memandu, DJ radio kata adalah hari tembakau sedunia. Di dubai, mereka melarang penjualan rokok selama 24 jam. Alangkah bagusnya kalau Malaysia pun buat begitu. merokok bukan saja merosakkan kesihatan tetapi membazir duit.

Dr Halina blog

Yesterday, I accidentally found Dr Halina blog. Many interesting stories that she shared in her blog. Mostly about her daughter...Bella....Of course... For anyone who have children, they must want to story about her children. I indirectly knew little bit of the life of Dr Sheikh (First Malaysian Astronaut) yang rupanya suka juga main game bila free. Rupanya... ini mmg dah lumrah permainan lelaki zaman sekarang agaknya.. As my husband said, for releasing tension. Release tension ke??? heheheee

Notes:
Cerita pasal Bella berenang mmg complete dlm blog ni.