Sunday, June 17, 2012

Israk Mikraj 2012

Hari ini merupakan hari israk mikraj. Disebabkan ramai yang mencari tentang israk mikraj  di blog aku, maka aku akan tulis serba sedikit mengenai israk mikraj yang di ambil daripada rujukan yang aku ada.

Israk mikraj jatuh pada 27 rejab dalam bulan Islam. Pengertian Rejab bermaksud mulia. Dinamakan rejab bulan mulia, kerana bangsa Arab dahulu sangat memuliakan bulan ini. 

Israk mikraj Rasulullah SAW.

Israk dan mikraj merupakan perjalanan nabi pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa terus naik ke langit ke tujuh dan Sidratul Muntaha. Di situlah baginda menerima perintah langsung dari ALLAH tentang solat lima waktu.

(Sumber rujukan: Kasmuri Selamat MA. 2000. Rahsia dan Amalan Bulan Islam. Darul Nu'man)



No comments: