Monday, June 18, 2012

Raja Azmi peserta keenam tersingkir Master Chef Selebriti Malaysia Pertama

Pada episod ke 14, ujian saingan pantas dan penyingkiran, Raja Azmi telah terkeluar dari saingan. Pada saingan ini, mereka telah diminta menyajikan pencuci mulut dari Chef Zam iaitu Tart Tatin dan Cretan Kaltsounia. Yang menarik Tart ini telah dicipta secara tidak sengaja disebabkan terhangus. Mereka diberi peluang untuk merasa pencuci mulut ini sebelum menyediakankannya. Walaubagaimanapun, mereka telah disediakan resepi dan cara membuat dalam setiap laci peserta.




(Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11180.html)
 
Memang masing-masing nampak tertekan sebab pertama kali buat juadah yang tak pernah mereka buat. Raja Azmi terkeluar mungkin kerana dia telah tertuang kesemua gula ke dalam adunan. Nasib Dato' Fazley membantu. Chef Zam telah menilai juga cara kerja mereka semua. 
 
Tahniah kepada Raja Azmi yang telah menyumbangkan RM3500 kepada Kompleks Penyayang Bakti Sungai Buloh (JKM). Sebelum beredar Raja Azmi telah menyampaikan bahawa dia sedih sebab tak dapat menyumbangkan lebih banyak dana kepada badan kebajikan yang diwakili. Paling kelakar, dia kata dia segan dengan Tomok sebab Tomok tak pandai masak, dia tersingkir dulu. Takpelah rezeki Raja Azmi sampai disini sahaja. Raja Azmi juga sedih sebab tak dapat jadi top 10 Master Chef Selebriti. Walau apa pun, Tahniah!!!!


No comments: