Sunday, June 10, 2012

Peserta keempat terkeluar Master Chef Selebriti Malaysia: Serina Redzuawan


Cerita tentang master chef celebriti, peserta keempat terkeluar adalah Serina Redzuawan telah tersingkir. Semasa episod penyingkiran, empat peserta iaitu tomok, angah, serina dan thanuja telah disuruh untuk menduplikasikan masakan tradisional kontemporati Chef Joe. Masakannya adalah otak-otak bersama kerabu ulam raja. Memang tgk masakan Chef Joe sangat menarik.

Masakan Serina ada rasa, tetapi persembahan agak lari dgn Chef Joe. Serina pada pandangan saya pandai masak. Dan Chef Zubir kata, daging dendeng Serina pada episod pertama akan menjadi kenangan buat mereka. 

Apa2 pun tahniah buat Serina... yang telah menyumbang RM2500 kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Tahniah...Boleh juga melihat pautan disini.

No comments: