Monday, March 28, 2011

Tempe disangka lepat

Di sini ada artikel tempe disangka lepat.

Mentua aku orang Kelantan. Kisah mak mentua dengan tempe juga agak melucukan. Setiap kali beli tempe dia basuh sehingga habis kulat-kulat tempe. Hanya tinggal kacang soya. Ini pengalaman pertama mak mentua aku memasak tempe di Klang. Pada masa itu, mereka bermastautin di Pelabuhan Klang. Lama-kelamaan, setelah bertanya dengan penduduk sekeliling, maka mak mentua, sudah pandai menyediakan tempe yang lazat.

Nenek aku memang pandai membuat tempe. Pada aku tempe sinonim dengan Jawa. Ye, aku memang keturunan Jawa.

Aku suka tempe.

Sebenarnya, dulu, masa aku kanak-kanak, aku memang kurang menggemari tempe. Mungkin kerana rasanya yang kurang enak disebabkan ramuan utama adalah kacang. Tapi aku suka tauhu. Makan dengan sambal kicap memang sedap.

Bila aku melangkah zaman remaja, aku bersekolah di Klang. Kuih utama di kantin adalah tempe dengan sambal. Bayangkan tempe yang dalam daun, hanya dibelah dua, digoreng, dan dicurahkan sambal. Harga cuma RM0.20. Pada masa itu, aku sudah mula menggemari tempe, makanan tradisi Jawa.

Semasa zaman matrikulasi, aku di Kuala Pilah. Di sana, jarang aku menjumpai resepi tempe. Makanan ruji, masak lemak cili padi.

Apabila aku di Bangi, banyak kafeteria menjual tempe sambal. Digaul dengan tauhu, ikan bilis dan kacang. Itu makanan kegemaran aku. Bila aku di Serdang, kafeteria anjung, ada menyajikan resepi tempe goreng ini. Pada aku, resepi tempe di anjung, Serdang adalah yang terbaik. Rangup, rasa kepedasan dan kemanisan yang cukup.


Tuesday, March 15, 2011

Buku sudah dimiliki

Tidak sampai seminggu dilancarkan, saya sudah memiliki buku A Doctor in The House.   Sebenarnya, pada hari ahad 13 Mac yang lepas, saya telah pergi ke Tesco, Nilai   untuk membeli-belah. Secara tidak sengaja, buku ini telah dipamerkan dipintu masuk utama di dalam ruang niaga. En Suami, terus memberitahu saya yang buku ini ada dijual di sini. Apa lagi, saya terus ambil tanpa ragu-ragu. Ye, En Suami tahu, kalau saya ingin memiliki sesuatu. Saya ada memberitahunya, yang saya ingin ke MPH, Putrajaya minggu hadapan unutk mencari buku ini.

Tapi, yang menarik, saya baru habis membaca bab 1. En Suami, sudah hampir 3/4 membaca buku ini. Maklumlah, saya memang sibuk dengan kerja-kerja di rumah seperti mengemas dan memasak. En Suami, sambil dia menonton TV, atau sambil menjaga Qaisarah, dia boleh membaca. Komen saya, buku ini memang mudah difahami bahasanya, dan memang menarik.




Monday, March 14, 2011

Lee Chong Wei Juara All England 2011

Tahniah, buat Chong Wei kerana mengekalkan kejuaraan Badminton All England. Semangat juang beliau patut dicontohi.

Saya sebenarnya melihat sendiri persembahan yang telah dipamerkan oleh beliau. En Suami dan anak sedang tidur ketika saya menonton perlawanan akhir Badminton All England. Memang persembahan Chong Wei mempersonakan dan nampak beliau sangat fokus semasa bermain. Pada akhir perlawanan, saya melihat begitu ramai peminat Chong Wei di bumi England. Wah, ketika itu, saya rasa dia seperti jaguh dunia yang lain seperti Michael Sgcumaker dan Rooney. Ya, Chong Wei pemain nombor satu dunia. Saya lihat peminat dia tidak kira kecil atau tua. Terserlah kegembiraan mereka apabila Chong Wei memberi tandatangan sebagai mengharagai sokongan peminat beliau.

TAHNIAH CHONG WEI!!!



Sunday, March 13, 2011

Kereta pinjam dan Qaisarah petah

Hari ini kami dah ada kereta. Pinjam dari bapa aku. Suami aku kata, untung kalau abang ada bapa macam ni. Kelakar, En Suami ni. Tapi, kereta bapa aku semuanya second hand car. Dia pun, sebenarnya suruh aku beli second hand car. Satu je kereta yang baru. Van Toyota. Umur van tersebut adalah sama dengan umur adik aku yang ke-7. Masa bapa aku ambil kereta tu kat kedai, malam tu dia dilahirkan. Dah hampir 18 thn. Van itu memang banyak berjasa. Semua barang, boleh angkut. Peti ais, televisyen, almari...segala macam benda, boleh masuk.

Malam tadi, masa kami ambil kereta tu, aku pun kata kat Qaisarah. Qaisarah, meh kita naik kereta atuk. Kereta papa rosak. Tiba-tiba, dia pun kata, pinjam. Aku tersenyum, sbb Qaisarah pun tak tahu erti pinjam. Hai Qaisarah... sekarang dah petah bercakap. Yang kelakar, ada satu hari tu, dia nyanyi dengan riang. tiba-tiba dia kata, suara Qaisarah sedap. kah kah kah...kami suami isteri tergelak besar dengar.



Saturday, March 12, 2011

Kereta kenari masuk hospital

Semalam, suami telefon kata kereta mati kat area Mydin. Yang syok, Qaisarah relaks je. Tapi perangai Qaisarah mmg cool je. Aku memang dah balik awal dengan kawan setaman. Sebab, kalau tunggu En Suami memang lambat samapi rumah. Paling awal 8.30mlm baru sampai. Bayangkan, kalau aku rakam waktu bekerja, maka boleh samapai 12 jam kerja sehari.

Sebenarnya, aku memang dah bagi peringatan kat En Suami, supaya buat major service kat kereta dia. Tapi, alasan yang diberi...nantilah. Jadi, tadi hantar ke bengkel, kena buat overhaul kereta. Fikir2 tak pelah. Mungkin perlukan kos dalam RM2,000 ++. Kereta itu pun telah dibeli pada Feb 2002. Yang penting, En suami dan Qaisarah selamat.



Thursday, March 10, 2011

A doctor in the house: The memoirs of Tun Dr. Mahathir Mohamad



Semalam, saya ada terbaca di kosmo mengenai buku terbaru yg ditulis oleh Tun Dr Mahathir Mohamad di Kosmo. Wah memang luar biasa, pelancaran buku pada hari pertama telah mendapat jualan 5,000 nashkah. Ini sumber daripada KOSMO yang aku baca dan MPH sendiri mengaku yang ini adalah buku pertama dalam sejarah Malaysia yang terjual paling tinggi di hari pelancarannya. Sebelum ini, buku paling tinggi pernah mencatat sebanyak 1,000 naskhah. Aku memang nak beli, banyak fakta menarik dalam buku ini. Tapi belum sempat cari di MPH. Ingat, tempah secara dalam talian kalau tidak sempat cari juga dalam masa terdekat. Tak mahu, tunggu untuk cetakan seterusnya. Aku ada terbaca, buku ini telah dicetak sebanyak 50,000 nashkah. Kalau tak silap. Buku ini juga telah dilancarkan dalam satu majlis di east Atrium Concourse, Mid Valley Megamall.


Antara kandungan menarik dalam buku ini (sumber KOSMO, 9 Mac 2011)
:
  1. Tun pernah jadi peniaga pasaran gelap semasa zaman Jepun memerintah.
  2. Isu Lee Kuan Yew pernah menyimpan hasrat untuk menjadi perdana menteri Malaysia.
  3. Isu pemecatan Anwar Ibrahim.
  4. Isu jambatan bengkok.
Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku terbaru ini yang hangat di pasaran.




Monday, March 7, 2011

Kisah pen dan tahi lalat

Tadi bawa Qaisarah ke tpt kerja. Mak abah balik kampung. Sangatlah kena banyak sabar. Kali ini, dia kurang panjat meja. Tapi menconteng buku2 dan kertas2. Habis semua marker dan pen dia selongkar. Qaisarah conteng tangan dia buat bintik2. Bila kawan aku tanya, tgn kenapa...dia kata taik lalat. Aku nak tergelak.

Ptg, masa balik, aku suruh abah ambil sambil lalu balik dari Johor. Umi Qaisarah (nenek Qaisarah) pun tanya. Tangan ni kenapa? Dia pun kata, tahi lalat. Aku tergelak je. Mentang2 mama Qaisarah ada tahi lalat besar kat tepi bibir. Teringin nak taik lalat juga ke Qaisarah ni.






Friday, March 4, 2011

Qaisarah berwuduk

Qaisarah ada satu sikap yang mesti dia buat sebelum tidur. Sebelum tidur dia mesti hendak basahkan badan dia, basuh muka, basuh kaki. Aku rasa sbb dia ini, mungkin rasa panas dan tak selesa nak tidur. Walhal, dalam bilik ada penghawa dingin. Lama-kelamaan aku pun, basuhkan tgn dan kaki dia ikut tertib seperti berwuduk. Sebelum ini, aku cuma kata ambil air sembahyang. Dua hari lepas, aku pun kata, jom lah kita berwuduk. Tiba-tiba, semalam, masa aku dah baring2 nak tidur...dia pun kata, papa... sarah nak wuduk. Terkejut aku. Terus melekat perkataan wuduk dlm ingatan dia. Aku memang jenis malas nak layan2 dia sgt. Letih. Jd aku pun kata, sarah masuk je lah bilik air berwuduk. Nasib baik, papa sarah suka layan. Tp, aku tak tahu lah kalau dgn papa, ikut tertib wuduk tak...