Wednesday, August 31, 2011

Hari kedua Aidilfitri 2 Syawal 1432H= 31 Ogos 2011

Sekadar pergi rumah atuk dan nenek di Kg Jawa, Pontian dari pukul 12:30tghri sehingga 6:30 petang.


Kad dan SMS raya

Tahun ini, aku hanya dpt sekeping kad raya dari adik aku. Terima kasih.

Zaman berubah, ramai yg bg ucapan di facebook.
SMS di handphone pun sudah berkurangan.
Dua tiga thn dulu, bila tiba Syawal, inbox tel tidak cukup2 dengan SMS.

Salam Aidilfitri 1432

Salam Aidilfitri kepada semua sahabat handai, para guru, para pensyarah, para pelajar serta semua muslimin dan muslimat. Maaf zahir Batin dari kami sekeluarga.

Antara SMS hari raya dan pantun seloka menarik yang aku dapat:

Nyimpan jenang nang jero tin,
Arek di gowo mareng suro,
Keluputan kulo lahir batin,
Salah silap njalok ngapuro.
Selamet Hari Dino Bhodo Idulfitri. - Wak Jalani & Keluarga. 30/08/2011 11:25

Andai ada lisan tak terjaga,
Janji tak tertunai,
Hati yang berprasangka dan salah yang pernah dilakukan,
Mohon maaf segalanya.
Salam Aidilfitri :-) - Ummi Kalthum. 30/08/2011 13:15

Laungan takbir bergema di pagi hari,
Memecah sunyi keriangan di seri,
SMS pengganti kad raya dan diri,
SALAM AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN. - rahim, zamzarina, hasnan dan husni. 30/08/2011 17:27

Masak lemang sambil berdiri
hendak makan di aidilfitri
nak hantar kad raya posmen dah cuti,
SMS sahaja dpt diberi,
bukan lupa tradisi,
tapi ikut teknologi terkini yg ada dihujung jari.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN. - andry, shida, aina, alea dan amera 31/08/2011 22:16

Jambangan indah lagi berseri,
menjadi hiasan di Aidilfitri,
sms dikirim pengganti diri,
tanda ingatan tal layu dihati.
SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN. -Ridwan 30/08/2011 06:09

"Sir Lump Mad Hurry Rare Year Ideal Fit Ree Moo Lee Year,
Ma Half Za Hair Bar Teen,
2 Loose Dairy Hearty Young Eek Class" Soory Baroo Ball Leak Dairy London. - inatomalyaakmalafza.

Tidak lupa juga kepada rakan2 lain yg telah memberikan SMS hari raya dan kad2 hari raya digital. Salam aidilfitri maaf zahir batin.


Salam Merdeka -Raya

Tahun ini kemerdekaan ke-54 Malaysia disambut serentak dgn Aidilfitri, 2 Syawal. Semoga kemerdekaan Malaysia akan terus berkekalan.

Tuesday, August 30, 2011

Hari pertama Aidilfitri 1 Syawal 1432H= 30 Ogos 2011

Berhari raya di rumah mentua di Gelang Patah. Mak mentua masak nasi dagang. Memang menyelerakan. Ini adalah juadah di pagi raya.


Kemudian, kami tiga beranak mengambil gambar dengan baju raya selepas solat Aidilfitri. Gambar tidaklah secantik mana.



Kemudian berhari raya di Tampoi, rumah mak ayah Nadia. Besan Mentua aku.


Qaisarah dan nenek serta AcikSiti


Qaisarah serta CikJam merangkap Besan CikMah (mentua)


Qaisarh bersama sepupu2nya, Iqram dan Nadirah serta CikNadia merangkap menantu kedua CikMah.

Kaum kerabat CikMah dan CikMat-CikJam.


Saturday, August 27, 2011

Berbuka puasa bersama keluarga di Concorde Inn KLIA

Adik aku Hani di MPSJ ajak kami sekeluarga berbuka puasa di Concorde Inn KLIA. Ada pakej percuma berbuka puasa yang ditawarkan oleh Concorde Inn kpd MPSJ sbb selalu buat event kat situ. Sbb semua staf MPSJ tak nak maka ditawarkan kepada kami. Syukur rezeki kami. Makanan memang banyak. Kadang-kadang terfikir, alangkah bertuahnya kita di Malaysia dilimpahi makanan yang melimpah ruah. Kami samapi tepat waktu maghrib sekadar minum air. Selepas solat maghrib baru kami makan. Adik-beradik dan abah sampai selepas maghrib sekitar 8mlm.



Thursday, August 18, 2011

Mentega DNA babi masih tidak diasing

Mentega yang haram masih belum diasingkan. Diharap pengguna Islam lebih berhati-hati apabila membeli mentega, terutama utk membuat biskut raya.



Wednesday, August 17, 2011

Cuti Nuzul Quran

Hari ini 17 Ramadan. Cuti umum Nuzul Quran bagi negeri Selangor. Bila dah kerja di Negeri Sembilan, dah tak ada cuti umum Nuzul Quran. Cerita Nuzul Quran pd 2008 ada di sini.



Tuesday, August 16, 2011

Jakim sahkan mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn haram

Hari ini, keluar lagi berita pasal makanan yang haram di pasaran. Mengapa pengusaha makanan tidak jujur? Tanda halal sudah tertera tetapi masih berlaku penipuan. Logo ini bukan logo Jakim. Berita selanjutnya di sini.



Friday, August 12, 2011

Berbuka puasa bersama rakan-rakan

Semalam, sangatlah seronok. Berbuka puasa bersama-sama dengan kawan-kawan sepejabat. Bukan apa, sebab dah ramai yang balik ke Malaysia. Rasa meriah, mereka semua bawa keluarga. Aku memang tak bawa En Suami dan Qaisarah sbb En Suami balik lewat dari kerja.

Yang menarik, aku rasa ini kali pertama, kami berbuka puasa selepas solat maghrib. Selalu, sebelum maghrib dan agak kelam-kabut untuk solat maghrib. Kami berbuka di API, dan memang sampai pukul 9mlm. Bayangkan, tinggal kumpulan kami je yang masih menjamu selera. tetapi penuh berhemah. Kami semua seramai 16 orang.

Sebenarnya, aku yang mencadangkan kepada Ms Lela. Yang memulakan langkah untuk buat pengumuman adalah Ms Ida yang sentiasa prihatin. Dan yang membuat tempahan tempat adalah Ms Lela juga. Terima kasih kepada Zafwah, dan semoga selamat melahirkan anak ketiga. Juga Mr Ise dan keluarga, Fatin-Nizam-Naufal, Shukriernie. Terima kasih kerana meriahkan majlis. Kamera lupa nak bawa untuk ambil gambar aksi-aksi kami semasa menjamu selera.



Wednesday, August 10, 2011

Kereta atau rumah? Mana yang lebih penting dan bernilai?

Semasa aku di Food Safety Seminar yang lalu, aku bertemu dengan seorang sahabat karib yang sama-sama menuntut di UKM.

Kawan: Huda, ko pakai kereta apa sekarang?
Aku: Aku tak de kereta.
Kawan: Macamana ko pergi kerja?
Aku: Husband aku, hantar dan ambil.
Kawan: Wah, bertuahnya badan.

Aku hanya tersenyum.

Kemudian, seorang junior yang juga aku kenali di UKM bertanya.

Junior: Akak duduk Bangi kan?
Aku: Eh, mana ada. Akak duduk Nilai.
Junior: Bukan dulu akak duduk Bangi ke?
Aku: Akak tak pernah duduk Bangi, kecuali masa buat Master. Masa kerja pun tak duduk Bangi.
Junior: La, ingat duduk Bangi.
Aku: Akak duduk Nilai, sbb dah beli rumah kat sana sejak kawin, Belajar kat UPM pun ulang-alik, Nilai-UPM.
Junior: Cepatnya beli rumah.

Aku hanya terdiam.


Dalam pada itu, aku berfikir, generasi sekarang lebih mementingkan kereta berbanding rumah. Padahal, harga kereta akan sentiasa menurun, dan ramai daripada generasi sekarang akan membeli kereta dulu dan yang terbaru. Harga rumah akan semakin meningkat. Maka tidak kisahlah rumah itu kecil. 5-10 tahun akan datang pasti harga rumah akan melonjak-lonjak. Kedua-duanya perlu. Pada bulan lepas, aku memang ada terdengar di Hot.fm yang generasi muda sekarang lebih suka membeli gajet-gajet yang akan susut nilai seperti kereta, telefon bimbit, i-phone, i-pad dan sebagainya. Mereka sepatutnya memikirkan untuk membeli harta yang tidak akan susut nilai seperti rumah dan tanah. Walau apapun, fikir dengan bijak sebelum membuat sesuatu keputusan.





Friday, August 5, 2011

Macamana hendak menghentikan iklan atau spam yang tanpa sedar mengambil duit dari akaun telefon prabayar atau talian tetap Celcom

Minggu lepas, saya baru perasan yang baki duit prepaid telefon bimbit saya telah berkurang tanpa saya sedari. Mulanya, saya selalu mendapat mesej daripada mobile phone ini. Mesej yang saya terima kebanyakannya ada tertera alamat sebuah web, dan menyuruh menonton movie. Saya hanya menekan butang cancel. Saya pernah membuka sekali web mengikut alamat yang tertera. Kalau tak silap dari web berikut..... http://tinyurl.com


Pada hari itu, saya menyemak baki kredit prepaid saya kerana ingin menelefon seseorang. Ada baki dalam lingkungan RM3 lebih. Saya fikir, dalam setengah jam lagi saya akan menelefon. Tiba-tiba mesej yang hampir sama masuk ke dalam telefon saya, dan saya terus menekan butang cancel. Saya dengan rasa tidak sedap hati, terus menyemak baki kredit prepaid saya. Terkejut saya, tinggal beberapa sen sahaja. Saya terus mengesyaki yang selama ini iklan ini telah mengambil duit saya tanpa saya sedar.


Balik ke rumah, saya terus beritahu En Suami, tetapi En Suami semacam buat tak endah. Dalam hati masih belum puas hati. Sabtu lepas, 30 Julai, saya telah ke sebuah pasaraya. Di sana ada booth broadband Celcom, menjual prepaid dan mempromosi produk Celcom. Dengan rasa tidak puas hati, saya bertanya kepada seorang promoter di situ. Jawapan yang saya dapat hanya "You pergi ke Celcom Centre, dia akan buat, kami tak tahu. Memang customer banyak complain." Saya semacam geram di dalam hati. Celcom lagi suka ke kalau duit prepaid cepat habis. Ya lah, dia orang akan untung sebab pelanggan akan memberi kad prabayar. Saya bukan apa. Sekarang ini, banyak pakej yang pada saya banyak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kita pelanggan, sebolehnya mahu berjimat, dan hanya mahu membeli dan melanggan apa yang perlu.


Semalam, 4 Ogos, saya ke pasaraya yang sama tetapi ke booth yang berbeza.Saya dah merasa yang seolah-olah duit saya hilang begitu saja. Kalau diderma ke tabung bersamamu atau sebagainya, saya rasa adalah wajar dan munasabah. Pagi tadi, saya ada mendapat bonus Celcom sebanyak RM2 lebih dan menjadikan jumlah RM4 lebih. Dalam 2 jam, duit saya dah jadi beberapa sen akbiat dari SMS yang entah dtg dari mana dan entah bila saya langgan. Booth itu yang menjual hanya alat telekomunikasi. Dia mencadangkan saya supaya menelefon 1111 untuk pertanyaan dan perkhidmatan Celcom. Petang itu juga saya terus menelefon perkhidmatan pelanggan Celcom. Dari rekod dia ada beberapa nombor yang telahmenjadi punca duit dalam telefon saya berkurang, iaitu:

39919
32999
32918

Tetapi, dalam rekod online service Celcom saya, no 39918 yang banyak masuk ke telefon saya. Dia memberi saya cara bagaimana untuk menyekat masuk SMS dari nombor-nombor ini. Caranya adalah:

Taip STOP ALL, hantar ke nombor semua yang tertera di atas.

Contohnya: STOP ALL hantar ke 39919. Dan untuk menyekat masuk dicaj RM0.15

Saya ada bertanya kepada pihak Celcom macamana mesej macam ini boleh masuk ke telefon kita. Dia kata, sebenarnya ada pihak ketiga yang akan hantar mesej ini secara rambang. Kalau kita buka mesej ini, automatik, kita seolah-olah melanggan mesej in dan dicaj RM3. Senang-senang saja orang lain ambil duit kredit kita. Kita bekerja bertungkus lumus setiap hari mencari rezeki. Pihak Celcom juga berpesan mesej dari nombor lima angka yang bermula 3 dan 6 biasanya adalah dari pihak ketiga.

Saya berharap, sesiapa yang sedar kredit dari telefon mereka telah diambil, buatlah prosedur di atas untuk menyekat SMS rambang dari pihak ketiga ini.







Tuesday, August 2, 2011

Salam Ramadan 1432 - 1 Ogos 2011

Salam ramadan kepada semua umat islam di dunia.
Tahun ini, hanya dua ucapan salam ramadan melalui SMS yang aku terima.
SMS hanya berbunyi peribadi dan tidak ada pantun seloka.

Ramai yang mengucapakan Salam Ramadan melalui facebook.
Teknologi sudah semakin canggih.

Apa-apa pun semoga Ramadan kali ini bertambah amal dan ibadah.

Monday, August 1, 2011

Lagi cerita pasal sosej - Sosej tanpa jenama disiasat

Awal Ramadan, negeri di kawasan utara dikejutkan dengan kemasukan sosej dari Thailand yang dikatakan masuk secara haram dan tidak. Mereka mensyaki yang sosej ini mungkin mengandungi DNA babi.

Berita selanjutnya disini.

Apa yang saya mahu pesan kepada umat Islam yang prihatin, supaya sentiasa berhati-hati dengan produk makanan terutama daging. Saya secara peribadi memang sentiasa ragu dengan penjualan makanan seperti sosej, bebola dan kek ikan, ayam dan seumpamanya. Saya hanya akan membeli produk ini sekiranya ada terpampang Logo Halal Jakim atau dari Syarikat yang saya yakin status Halal produk tersebut. Di pasar malam, memang sangat jarang saya membeli. Saya takut mereka yang menjual mengambil secara pukal, tanpa mengetahui siapa pengeluar produk tersebut. Kalau saya membeli Yong Tau Fu saya akan cuba mencari produk Hikmah Food. Sebelum ini, sudah banyak kali JAKIM menyiasat sosej yang diragui status Halalnya. (Klik di sini).

Berhati-hatilah dalam memilih makanan. Bulan Ramadan untuk kita beribadah. Semoga makanan yang masuk dalam badan kita juga adalah dari sumber yang halal.




Aznil dengan merisik khabar

Semalam, aku pergi beli air 100Plus di sebuah kedai menjual suratkhabar. Tiba-tiba, Qaisarah duduk dan kata...

Qaisarah: Mama, Ajnil.
Aku: Apalah budak ni cakap dan tunjuk (dalam hati).
Qaisarah: Mama, Ajnil.
Aku: Ok, Aznil.
Baru aku faham yang dia tunjuk gambar Aznil. Rupanya, ada poster merisik khabar untuk Ramadan tahun 2011.

Pelanggan tak tidak dikenali: Cerdik betul.
Aku hanya tersenyum.


Lagi cerita Qaisarah berkaitan dengan Aznil. Klik di sini dan di sini.

Nota: Qaisarah kalau nampak Aznil dalam TV memang kenal.