Friday, August 5, 2011

Macamana hendak menghentikan iklan atau spam yang tanpa sedar mengambil duit dari akaun telefon prabayar atau talian tetap Celcom

Minggu lepas, saya baru perasan yang baki duit prepaid telefon bimbit saya telah berkurang tanpa saya sedari. Mulanya, saya selalu mendapat mesej daripada mobile phone ini. Mesej yang saya terima kebanyakannya ada tertera alamat sebuah web, dan menyuruh menonton movie. Saya hanya menekan butang cancel. Saya pernah membuka sekali web mengikut alamat yang tertera. Kalau tak silap dari web berikut..... http://tinyurl.com


Pada hari itu, saya menyemak baki kredit prepaid saya kerana ingin menelefon seseorang. Ada baki dalam lingkungan RM3 lebih. Saya fikir, dalam setengah jam lagi saya akan menelefon. Tiba-tiba mesej yang hampir sama masuk ke dalam telefon saya, dan saya terus menekan butang cancel. Saya dengan rasa tidak sedap hati, terus menyemak baki kredit prepaid saya. Terkejut saya, tinggal beberapa sen sahaja. Saya terus mengesyaki yang selama ini iklan ini telah mengambil duit saya tanpa saya sedar.


Balik ke rumah, saya terus beritahu En Suami, tetapi En Suami semacam buat tak endah. Dalam hati masih belum puas hati. Sabtu lepas, 30 Julai, saya telah ke sebuah pasaraya. Di sana ada booth broadband Celcom, menjual prepaid dan mempromosi produk Celcom. Dengan rasa tidak puas hati, saya bertanya kepada seorang promoter di situ. Jawapan yang saya dapat hanya "You pergi ke Celcom Centre, dia akan buat, kami tak tahu. Memang customer banyak complain." Saya semacam geram di dalam hati. Celcom lagi suka ke kalau duit prepaid cepat habis. Ya lah, dia orang akan untung sebab pelanggan akan memberi kad prabayar. Saya bukan apa. Sekarang ini, banyak pakej yang pada saya banyak menguntungkan sebelah pihak sahaja. Kita pelanggan, sebolehnya mahu berjimat, dan hanya mahu membeli dan melanggan apa yang perlu.


Semalam, 4 Ogos, saya ke pasaraya yang sama tetapi ke booth yang berbeza.Saya dah merasa yang seolah-olah duit saya hilang begitu saja. Kalau diderma ke tabung bersamamu atau sebagainya, saya rasa adalah wajar dan munasabah. Pagi tadi, saya ada mendapat bonus Celcom sebanyak RM2 lebih dan menjadikan jumlah RM4 lebih. Dalam 2 jam, duit saya dah jadi beberapa sen akbiat dari SMS yang entah dtg dari mana dan entah bila saya langgan. Booth itu yang menjual hanya alat telekomunikasi. Dia mencadangkan saya supaya menelefon 1111 untuk pertanyaan dan perkhidmatan Celcom. Petang itu juga saya terus menelefon perkhidmatan pelanggan Celcom. Dari rekod dia ada beberapa nombor yang telahmenjadi punca duit dalam telefon saya berkurang, iaitu:

39919
32999
32918

Tetapi, dalam rekod online service Celcom saya, no 39918 yang banyak masuk ke telefon saya. Dia memberi saya cara bagaimana untuk menyekat masuk SMS dari nombor-nombor ini. Caranya adalah:

Taip STOP ALL, hantar ke nombor semua yang tertera di atas.

Contohnya: STOP ALL hantar ke 39919. Dan untuk menyekat masuk dicaj RM0.15

Saya ada bertanya kepada pihak Celcom macamana mesej macam ini boleh masuk ke telefon kita. Dia kata, sebenarnya ada pihak ketiga yang akan hantar mesej ini secara rambang. Kalau kita buka mesej ini, automatik, kita seolah-olah melanggan mesej in dan dicaj RM3. Senang-senang saja orang lain ambil duit kredit kita. Kita bekerja bertungkus lumus setiap hari mencari rezeki. Pihak Celcom juga berpesan mesej dari nombor lima angka yang bermula 3 dan 6 biasanya adalah dari pihak ketiga.

Saya berharap, sesiapa yang sedar kredit dari telefon mereka telah diambil, buatlah prosedur di atas untuk menyekat SMS rambang dari pihak ketiga ini.







2 comments:

Saya Sarah said...

huhu..samalah kite.. saya nak cubalah.. hantar stop all eh.. tq ye.

fareesha79 said...

ok..cuba