Wednesday, January 26, 2011

Baju kurung untuk Qaisarah

Tiba-tiba aku dapat idea untuk membeli dan mengumpul baju kurung untuk Qaisarah. Pagi td pun dia pakai baju kurung. Lalu bila aku kira-kira, baju kurung dia ada hampir 8 pasang. Ini termasuk yg mak cik aku bagi, nenak dan atuk Qaisarah bagi. Yang aku buat dan beli sendiri ada 3 pasang. Apa salahnya membeli baju kurung untuk Qaisarah kan??? Sangat comel.



Tuesday, January 25, 2011

Adakah penapis air pembawa mudarat???

Kenyataan di bawah dikeluarkan oleh Syabas.

Secara amnya, ada kenyataan yg saya setuju, dan ada kenyataan yg saya kurang bersetuju.


KUALA LUMPUR - Tahukah anda penggunaan penapis air yang tidak diselenggara dengan baik boleh membahayakan kesihatan penggunanya? (Ya, sekiranya penapis air itu tidak ditukar pada tempoh yg ditetapkan. Kemungkinan penapis air sudah tidak mampu menapis air bersih. Oleh itu, selenggara penapis air anda mengikut tempaoh dan spesifikasi yg ditetapkan)


Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), dua tahun lalu mendapati, penapis air boleh menghilangkan klorin sehingga menyebabkan berlaku pembiakan bakteria. (Secara am, memang klorin akan hilang, dan boleh menyebabkan pembiakan bakteria boleh berlaku. Tetapi ini berlaku sekiranya air yang telah ditapis dan disimpan dan dibiarkan pada suhu bilik pada tempoh yang lama. Sekiranya minum terus dari penapis air, kemungkinan bakteria untuk hidup tidak akan berlaku)


Menurut Pengarah Eksekutif Bahagian Kualiti Air Syabas, Roowina Merican A. Rahim Merican, air yang dibekalkan pihaknya adalah berkualiti tinggi namun pemasangan penapis air memberikan kesan sebaliknya. (Saya yakin, air yg dibekalkan syabas mmg berkualiti dan bersih, tetapi penyaluran air ke rumah, telah menyebabkan air menjadi kotor semula. Ini disebabkan oleh proses pengaratan salur paip dan tangki di rumah, dan ia jarang diselenggara dgn baik. Air yg berada di dlm tangki boleh dicemari)


"Kita memang tidak menggalakkan orang ramai memasang penapis air kerana air yang kita bekalkan memang terbaik dan menepati piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia termasuk Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)," katanya. (Pada saya, air yang kita minum mestilah bersih. Kerana air adalah sumber kehidupan. Maka terpulanglah kepada anda untuk memasang atau tidak penapis air. Pada saya, penapis air penting. Tetapi perlu diambil kira aspek penyelenggaraan penapis air dan penyimpanan air yg telah ditapis. Klorin berlebihan dan sisa pengaratan paip air yang masuk ke dalam badan, boleh memudaratkan kesihatan)


Rujukan: Kosmo 25 Januari 2011


Qaisarah berbaju kurung

Sudah dua hari berturut-turut, Qaisarah minta untuk dipakaikan baju kurung. Agaknya dia nampak aku nak pergi kerja pakai baju kurung kot. Tapi dia ni memang suka betul pakai baju kurung. Dia akan kata nak baju kain.

Dulu, masa aku mengandungkan Qaisarah memang aku suka pakai baju kurung, atas alasan segan nak pakai baju mengandung, Tapi memang tak beli pun baju mengandung. Aku cuma beli dua helai jubah cantik di Kompleks PKNS, Bangi. Baju seragam aku bila dah masuk bulan ketujuh adalah dua helai jubah PKNS Bangi, sehelai jubah seluar, dan sehelai baju kurung khas untuk mengandung yg dipinjamkan oleh dari mak cik. Empat helai baju ini aku akan tukar2. Malas nak beli, sbb fikir bukannya nak mengandung setiap tahun pun. Fesyen2 pun berubah. Sekarang ni macam2 fesyen baju mengandung di pasaran. Sebelum umur kandungan 7 bulan mmg aku pakai baju kurung. Sbb baju kurung aku semua besar2. Agaknya sbb tu Qaisarah suka betul pakai baju kurung.


Monday, January 24, 2011

Perkembangan Qaisarah

Tadi hantar Qaisarah ke Klinik Kesihatan untuk pemeriksaan rutin kesihatan.

Perkembangan Qaisarah:
Berat - 14.5 kg
Umur - 2thn 6 bulan

Pemeriksaan akan datang - 21 Julai 2011.

Aktif dan sihat.


Thursday, January 20, 2011

Cuti Thaipusam

Bukan semua negeri cuti sempena Thaipusam hari ini. Dulu cuti Thaipusam, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak bercuti. Sejak 21 Jan 2008, baru PM Tun Abdullah umumkan cuti umum.

Ini ada sedutan pengumuman cuti Thaipusam bg KL dan Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada perayaan tahun ini, yang disambut lusa.

Mengumumkannya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.

"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.

Ketika ini, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.


Friday, January 14, 2011

Nasi goreng budu

Sebenarnya nak buat nasi goreng. Tapi stok ikan bilis, bawang dan telur pun sudah habis. Maka, aku telah mencipta resepi sendiri, iaitu nasi goreng budu. Hari ini aku cuti sempena Keputeraan yang Dipertuan Negeri Sembilan. Suami kerja, sbb di bekerja di Selangor. Walaupun agak masin sikit, tapi suami tetap menjamah dengan seleranya.


Thursday, January 13, 2011

Bijih timah di Perak

Minggu lepas tengok majalah 3, mengenai melombong bijih timah di Perak. Walaupun sudah tiada melombong bijih timah secara besar-besaran namun masih banyak lagi pencarian bijih timah secara kecil-kecilan oleh penduduk tempatan. Aku sungguh kagum melihat cara mereka melombong.

Ada dua kaedah, pertama secara mendulang di kawasan yang beair dan yang kedua secara mencari bijih dalam ketulan batu. Cara kedua lebih rumit dan mengambil masa hampir 8 jam. Walaupun nampak remeh, hasilnya mmg lumayan, sekali mencari boleh mencecah sehingga RM450. Itulah rezeki namanya. Ada yang menjadikan mencari bijih timah sebagai pendapatan sampingan dan ada juga sepenuh masa. Paling kagum, ada pencari bijih timah yang sudah arif mengenal batu yang mengandungi bijih timah. Ibaratkan jauhari mengenal manikam. Bila difikirkan, walaupun mereka tidak berpelajaran tinggi, tetapi sudah semacam ahli geologi untuk mengesan mineral dan hasil bumi ini. Ahli geologi mungkin memerlukan peralatan yang canggih, tapi mereka mengesan hanya dengan mengetuk batuan yang mereka rasakan terdapat bijih timah didalamnya. itulah dia, ciptaan Ilahi. Semuanya tiada yang sia-sia.


Sunday, January 2, 2011

Nexus Edisi Terkini UPSR SCIENCE

Tahun: 2011 

Tajuk: Nexus Edisi Terkini UPSR SCIENCE

Pengarang: Dr. Faujan H. Ahmad, Alias Abdullah, Nur Huda Faujan 

ISBN: 978-983-59-5047-6

Penerbit: Sasbadi Sdn. Bhd.

Saturday, January 1, 2011

Tahun baru

Semoga 2011, mengundang seribu kecemerlangan dalam kehidupan ku, kehidupan kami sekeluarga, diberikan keberkatan yang berpanjangan, dilindungi dari segala mara bahaya, diberikan kesihatan yang baik.

1 Jan 2011 = 26 Muharram 1432 Hijrah.

Sebenarnya ptg td dalam pukul 6ptg, ruas jari manis aku terbelit dlm mesin basuh. Alhamdulillah tak terbelit 360 darjah. Tak tahu lah, selalu aku buat juga, tarik baju masa mesin basuh tengah beroperasi. Tiada kecederaan. Tup! tup! hari ni nak kena, berdarahlah sikit. Sakitlah juga.