Thursday, January 20, 2011

Cuti Thaipusam

Bukan semua negeri cuti sempena Thaipusam hari ini. Dulu cuti Thaipusam, Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak bercuti. Sejak 21 Jan 2008, baru PM Tun Abdullah umumkan cuti umum.

Ini ada sedutan pengumuman cuti Thaipusam bg KL dan Putrajaya.

KUALA LUMPUR: Thaipusam diisytiharkan sebagai cuti umum di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula pada perayaan tahun ini, yang disambut lusa.

Mengumumkannya pada Majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri anjuran MIC Wilayah Persekutuan, di sini, semalam, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan membuat keputusan itu sebagai menghormati permintaan masyarakat India dan penganut Hindu.

"Lagipun, setiap kali sambutan Thaipusam, jalan raya di Kuala Lumpur sesak sehingga menyukarkan orang ramai hendak pergi kerja. Namun kita bersabar atas dasar saling menghormati upacara sambutan kaum lain," katanya.

Ketika ini, Selangor, Johor, Negeri Sembilan, Perak dan Pulau Pinang mengisytiharkan Thaipusam sebagai cuti umum.


No comments: