Wednesday, June 23, 2010

Kisah ajaib di dewan peperiksaan

Kisah yang menarik untuk dibaca dan dijadikan pedoman.

Kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.


Cerita ini begini :

Terdapat salah seorang pelajar perempuan masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya.

Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru perempuan tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar perempuan tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan.

Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.
Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu?

Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti.

Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.
Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.


Tuesday, June 22, 2010

Kisah penjual tempe

Sebuah kisah yang dikirimkan pada e-mel aku. Menarik untuk dibaca.

Ada sebuah kampung di pedalaman Tanah Jawa. Disitu ada seorang
perempuan tua yang sangat kuat beribadat. Pekerjaannya ialah membuat tempe dan
menjualnya di pasar setiap hari.. Ia merupakan satu-satunya sumber
pendapatannya untuk menyara hidup. Tempe yang dijualnya merupakan tempe
yang dibuatnya sendiri.


Pada suatu pagi, seperti biasa, ketika beliau sedang bersiap-siap
untuk pergi menjual tempenya, tib a tiba dia tersedar yang tempenya
yang diperbuat daripada kacang soya hari itu masih belum menjadi, separuh
jadi. Kebiasaannya tempe beliau telah masak sebelum bertolak. Diperiksanya
beberapa bungkusan yang lain. Ternyatalah kesemuanya belum masak lagi.


Perempuan tua itu berasa amat sedih sebab tempe yang masih belum
menjadi pastinya tidak akan laku dan tiadalah rezekinya pada hari itu. Dalam
suasana hatinya yang sedih, dia yang memang kuat beribadah teringat
akan firman Allah yang menyatakan bahawa Allah dapat melakukan
perkara-perkara ajaib, bahawa bagiNya tiada yang mustahil. Lalu diapun mengangkat kedua
tangannya sambil berdoa , "Ya Allah , aku memohon kepadaMu agar kacang
soya ini menjadi tempe . Amin"


Begitulah doa ringkas yang dipanjatkan dengan sepenuh hatinya. Dia
sangat yakin bahawa Allah pasti mengabulkan doanya. Dengan tenang perempuan
tua itu menekan-nekan bungkusan bakal tempe dengan hujung jarinya dan dia
pun membuka sikit bungkusan itu untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu
menjadi tempe . Namun, dia termenung seketika sebab kacang tu masih
tetap kacang soya.

Namun dia tidak putus asa, sebaliknya berfikir mungkin doanya kurang
jelas didengar oleh Allah. Maka dia pun mengangkat kedua tangannya semula dan
berdoa lagi. "Ya Allah, aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagiMu.
Bantu lah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mata
pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soyaku ini kepada tempe ,
Amin"

Dengan penuh harapan dan debaran dia pun sekali lagi membuka sedikit
bungkusan tu. Apakah yang terjadi? Dia termangu dan hairan apabila
tempenya masih tetap begitu!! Sementara itu hari pun semakin meninggi
sudah tentu pasar sudah mula didatangi ramai orang. Dia tetap tidak
kecewa atas doanya yang belum terkabul. Walaubagaimanapun keranakeyakinannya
yg sangat tinggi dia bercadang untuk tetap pergi ke pasar membawa barang
jualannya itu. Perempuan tua itu pun berserah pada Tuhan dan meneruskan
pemergian ke pasar sambil berdoa dengan harapan apabila sampai
di pasar kesemua tempenya akan masak.


Dia berfikir mungkin keajaiban Allah akan terjadi semasa perjalanannya
ke pasar. Sebelum keluar dari rumah, dia sempat mengangkat kedua tangannya
untuk berdoa. "Ya Allah, aku percaya, Engkau akan mengabulkan doaku.
Sementara aku berjalan menuju ke pasar, Engkau kurniakanlah
keajaiban ini buatku, jadikanlah tempe ini. Amin". Lalu dia pun berangkat.
Di sepanjang perjalanan dia tetap tidak lupa membaca doa di dalam
hatinya.

Sesampai sahaja di pasar, segera dia meletakkan barang-barangnya.
Hatinya betul-betul yakin yang tempenya sekarang mesti sudah menjadi. Dengan
hati yg berdebar-debar dia pun membuka bakulnya dan menekan-nekan dengan
jarinya setiap bungkusan tempe yang ada.

Perlahan-lahan dia membuka sedikit daun pembungkusnya dan melihat
isinya. Apa yang terjadi? Tempenya masih belum menjadi!! Dia pun kaget seketika
lalu menarik nafas dalam-dalam. Dalam hatinya sudah mula merasa sedikit
kecewa dan putus asa kepada Allah kerana doanya tidak dikabulkan.

Dia berasakan Tuhan tidak adil. Tuhan tidak kasihan padanya, inilah
satu-satunya punca rezekinya, hasil jualan tempe . Dia akhirnya cuma
duduk sahaja tanpa mempamerkan barang jualannya sebab dia berasakan bahawa
tiada orang yang akan membeli tempe yang baru separuh menjadi. Sementara itu
hari pun semakin petang dan pasar sudah mulai sepi, para pembeli sudah
mula kurang.

Dia meninjau-ninjau kawan-kawan sesama penjual tempe , tempe mereka
sudah hampir habis. Dia tertunduk lesu seperti tidak sanggup menghadapi
kenyataan bahawa hari ini tiada hasil jualan yang boleh dibawa pulang.
Namun jauh d i sudut hatinya masih menaruh harapan terakhir kepada
Allah, pasti Allah akan menolongnya. Walaupun dia tahu bahawa pada hari itu
dia tidak akan dapat pendapatan langsung, namun dia tetap berdoa buat
kali terakhir, "Ya Allah, berikanlah penyelesaian terbaik terhadap
tempeku yang belum menjadi ini."

Tiba-tiba dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita.

"Maaf ya, saya ingin bertanya, Makcik ada tak menjual tempe yang belum
menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk
mencarinya tapi masih belum berjumpa lagi." Dia termenung dan terpinga-pinga
seketika. Hatinya terkejut sebab sejak berpuluh tahun menjual tempe ,
tidak pernah seorang pun pelanggannya mencari tempe yang belum menjadi.
Sebelum dia menjawab sapaan wanita di depannya itu, cepat-cepat dia
berdoa di dalam hatinya"Ya Allah, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi
lagi. Biarlah tempe ini seperti semula, Amin".

Sebelum dia menjawab pertanyaan wanita itu, dia membuka sedikit daun
penutup tempenya. Alangkah seronoknya dia, ternyata memang benar
tempenya masih belum menjadi! Dia pun rasa gembira dalam hatinya dan bersyukur
pada Allah. Wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum
menjadi itu.

Sebelum wanita tu pergi, dia sempat bertanya wanita itu, "Mengapa
hendak membeli tempe yang belum jadi?"
Wanita itu menerangkan bahawa anakn ya yang kini berada di England
teringin makan tempe dari desa. Memandangkan tempe itu akan dikirimkan
ke England , si ibu tadi kenalah membeli tempe yang belum jadi lagi supaya
apabila sampai di England nanti akan menjadi tempe yang sempurna. Kalau
dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti di sana tempe itu sudah
tidak elok lagi dan rasanya pun kurang sedap.

Perempuan tua itu pun kehairanan dan berfikir rupa-rupanya doanya sudah
pun dimakbulkan oleh Tuhan.....

Moral:

Pertama: Kita sering memaksakan kehendak kita kepada Tuhan sewaktu
berdoa, padahal sebenarnya Tuhan lebih mengetahui apa yang kita perlukan dan
apa yang terbaik untuk diri kita.

Kedua:. Sentiasalah berdoa dalam menjalani kehidupan seharian kita
sebagai hambaNya yang lemah. Jangan sekali-kali berputus asa terhadap apa yang
dipinta. Percayalah bahawa Tuhan akan mengabulkan doa kita sesuai
dengan rancanganNya yang mungkin di luar jangkaan kita.

Ketiga : Tiada yang mustahil bagi Tuhan

Keempat : Kita sering ingin Allah memenuhi hak kita sedang kita tidak
pernah mahu memenuhi hak Allah seperti menjaga SEMBAHYANG 5 WAKTU ,
menyegerakan solat, berkata-kata perkara yang berfaedah dan berpesan ke
arah kebaikan.. oleh itu, hantarlah kepada sahabat yang lain agar
kebaikan boleh sama dikongsi. Mudah-mudahan Allah suka dengan apa yang kita buat
(",) ....

..Segala yg baik..& yg buruk itu datang dr Allah dan yang penuh kelemahana itu itu dr kedhaifan diri saya sendiri.....


Duit pinjaman pelajar

Topik pagi di Hot FM.

Apa pelajar buat dengan duit biasiswa atau pinjaman?
Ranking:
1- Beli handphone canggih
2-Shopping barang peribadi yang mahal
3-Belanja girlfriend / boyfriend dgn hadiah mahal
4-Beli aksesori kereta atau motor
5-Melancong ke luar negara

Nasihat saya kepada semua pelajar yang mendapat biasiswa atau pinjaman.
Berjimatlah dengan wang yang telah diberikan kepada anda. Itu semua adalah wang rakyat yang dibelanjakan untuk pembelajaran anda.


Monday, June 14, 2010

Info trafik

Info trafik laman sesawang ini:



100 top site in Malaysia.

Pengunjung
tak sampai pun 10 orang sehari di laman ini.


Thursday, June 10, 2010

Telur atau Telor

Dua perkataan ini sering ditanya dalam mengenalpasti kesalahan dalam Bahasa Melayu.

Telur:
Ovum yang dihasilkan oleh haiwan betina untuk pembiakan. Ia sering dipergunakan sebagai sumber makanan, dan merupakan salah satu sumber protein yang baik.

Telor:
Loghat atau pelat. Bukan dialek atau bahasa daerah. Kelainan dalam sesuatu bahasa yang menjadi ciri satu golongan tertentu dalam kalangan penutur bahasa itu.


Kata kunci

Pagi ini aku cuba buat pencarian tentang peribahasa telur di google. Woww! Masuk top 5. Ya! Kata kunci adalah penting untuk kita senang mencari sesuatau di laman sesawang utama.


Wednesday, June 9, 2010

Peribahasa: Telur

Tiba-tiba aku nak tulis pula peribahasa pasal telur pula. Yelah, Qaisarah ini, bila buka peti ais nampak telur dia akan ambil dan kata teyur. Sebenarnya dah dua biji telur dia pecahkan disebabkan teruja nak tunujuk telur kat aku.


Bagai telur di hujung tanduk

Maksudnya: Orang yang berada dalam keadaan yang sangat sukar atau bahaya.

  • Orang yang ditahan oleh pengganas itu berada dalam keadaan bahaya. Mereka boleh dibunuh bila-bila sahaja. Nyawa mereka seperti di hujung tanduk.
Ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua
Maksudnya: Kesilapan yang dilakukan oleh seseorang menyebabkan orang lain menerima akibatnya

Bagai gagak menggonggong telur
Maksudnya: Perempuan hodoh berpakaian elok.

Jangan ikut resmi ayam, bertelur sebiji riuh sekampung
Maksudnya: Sesuatu berita yang tidak seberapa hebat, menjadi bualan di seluruh tempat.
  • Walaupun hanya memenangi pertandingan badminton di peringkat sekolah namun berita kemenangan Ahmad itu tersebar ke seluruh negeri.
Telur dua sebandung, pecah sebiji pecah keduanya
Maksudnya: Mereka setia dengan pasangan dan berjanji sehidup semati.

Telur enggang dieram merbuk

Maksudnya: Orang biasa beristeri bangsawan.

Telur hari ini lebih baik daripada anak ayam besok
Maksudnya: Untung kecil yang ada hari ini, lebih baik daripada untung besar yang belum tentu dapat esok.

Telur mengatakan timun tidak pandai duduk
Maksudnya: Mengatakan orang lain bodoh, padahal dia sendiri bodoh.

Berketak dulu sebelum bertelur
Maksudnya: Bersuka-ria dan bermegah-megah kerana mengharapkan keuntungan daripada sesuatu pekerjaan yang belum dilakukan

Berketak ayam mandul, orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak
Maksudnya: Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.

Bagai ayam mengeram telur
Maksudnya: Peri keelokan, merah muka seseorang.

Berketak ayam, tahu akan berbetelur atau tidak
Maksudnya: Orang yang bijaksana itu, apabila mendengar orang bercakap, tahu ia benar atau bohong, berilmu atau tidak.

Berketuk ayam dalam telur
Maksudnya: Anak-anak atau orang bodoh yang turut merundingkan sesuatu perkara yang tidak diketahuinya.


Rujukan:
1-Koleksi terindah peribahasa melayu
2-Senarai peribahasa dalam buku teks Tingkatan 4
3-Peribahasa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu
4-http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa_Bermula_Dengan_Huruf_%22B%22
5-http://www.activeboard.com/forum.spark?forumID=114537&p=3&topicID=13376542

Pencarian Popular

Aku dapati ramai pembaca blog membaca blog aku bila mencari di google dgn pencarian seperti berikut:

Tempat 1: Formula matematik adi putra. Wooow! Tempat ketiga di pencarian google.
Tempat 2: Pencarian simpulan bahasa pasal kucing. Kucing. Siap ada komen pembaca kat situ. Terima kasih kepada yang memberi komen.
Lain-lain yang pernah dicari menerusi google:
Telefon MyIman
Pemandu Peribadi
Makna Faris - muka pertama google
Minyak cenduai


Bagi aku, yang paling menarik cerita ini:
Tiada yang mustahil di dunia
Makan sambil tidur

Resipi ala-ala mee rebus
Tersilap jantina


Blog terbaik pada penilaian aku:
alkiram


Award
yang pernah diberi oleh Farah.

Ada lain yang menarik? Sila beri komen anda. terima kasih.








Tuesday, June 8, 2010

Teliti dalam melaksanakan kerja

Dalam aku melaksanakan tugasanan harian, tiba-tiba aku terfikir seketika. Ramai orang melaksanakan tugasan harian dengan penuh teliti. Bos bagi kerja buat teliti dan tepat masa. Senang cerita 'on time'. Kerja rumah, siap mop lantai, siap setiap ceruk sinki disental. Kalau masak, siap kalau satu bahan tak cukup sanggup pergi cari atau beli dulu. Benda ini mak aku pernah bgtahu aku juga dulu, dan ingatkan anak2 suruh jaga solat yang penting.Tapi, tak ramai yang melaksanakan ibadah dengan teliti. Cuba kita renungkan ibadah kita...

  1. Adakah solat kita menepati waktu? Azan je terus ke masjid atau tikar sejadah. Kalau mesyuarat pukul 9pg, 8.50pg kita dah ada kat bilik mesyuarat. Yelah takut bos marah.
  2. Adakah dalam solat kita memakai pakaian yang bersih? Pergi kenduri, pergi kerja, wah...siap mekap dan cantik2 baju. Kadang2 pakai baju corak2 kartun/ perkataan2 yang tak sepatutnya untuk solat.
  3. Adakah kita teliti dalam setiap pergerakan dan perkataan dalam solat? Mana tamakninah, bacaan dan sifat huruf yg betul. Ramai yang tidak lancar dan tidak tepat sifat huruf. Ada slang2 negeri, tapi masih belum dapat hidayah utk memperbetulkannya. Sedangkan kalau tulis tesis, setitik noktah tertinggal, sanggup print balik.
  4. Adakah kita cantikkan solatkan kita? Solat sunat qabliah dan bakdiah yg muakkad, mmg jarang kita buat. Apatah lagi solat israk dan dhuha (pembuka rezki), awwabin (membersihkan jiwa), solat istiharah (sepatutnya setiap hari kita buat), solat tahajud (kekuatan roh dan jiwa), solat hajat, solat witir, solat taubat, solat tasbih. Banyak rahsia antara rahsia yang aku sendiri pun tak mampu nak lakukan semua.
Wallahu 'alam. Semoga kita diberikan kekuatan untuk melaksanakan ibadah dengan sempurna.

Sunday, June 6, 2010

Laksa Sarawak

Semalam aku membeli sayur di sebuah kedai runcit. Tiba-tiba suami ternampak perencah laksa Sarawak. Dia kata, pernah makan dan sedap. Aku memang tak pernah makan. Aku ambil dan cuba masak semalam.

Ramuan perencah ada rempah ratus, dan bau macam herba minyak urut.

Aku cuma rebus udang dan ayam. Lepas tu didihkan perencah dgn kuah udang dan ayam tadi, masukkan balik udang dan ayam, dgn serai. Dah mendidih masukkan santan. Lepas tu makan dgn mee hoon dan limau, daun bawang, taugeh, telur.

Hari ini aku cuba cari laksa Sarawak yang asli. Ini aku jumpa. Nanti kalau ada masa terluang, aku akan cuba.



Resipi Laksa Sarawak.
diambil dari: http://resepi.mesra.net/Detailed/3646.shtml

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Tambahan:
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!

Thursday, June 3, 2010

Bengkel Penulisan

Bila masuk bengkel penulisan selama 2 hari, semangat untuk menulis buku ilmiah membuak-buak. Tidak tahu semangat ini sampai bila.


Karenah Birokrasi

Dalam aku membaca Metro online hari ini, tiba-tiba aku terbaca pasal artikel ini. TAJUK: Singapura paling cekap, India paling lembap.

Menurut kajian firma perunding Political and Economic Risk Consultancy (PERC), Singapura dan Hong Kong menjadi lokasi paling tinggi tahap kecekapannya.

Birokrasi kerajaan di sesetengah negara Asia menghalang sebarang usaha reformasi oleh ahli politik dan pegawai awam,” kata laporan itu.

Di Indonesia, katanya, kegagalan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono melaksanakan perubahan menyebabkan seorang menteri dihormati, Sri Mulyani Indrawati, meletak jawatan sebagai menteri kewangan.

Dia kemudian dilantik ke jawatan kanan di Bank Dunia.

Setiap negara diberi markah di antara satu (terbaik) sehingga 10 (paling buruk).
India memperoleh 9.41 mata, diikuti Indonesia (8.59), Filipina (8.37), Vietnam (8.13) dan China (7.93), manakala Malaysia di tempat keenam (6.97).

Singapura memperoleh 2.53 mata, diikuti Hong Kong (3.49). Seramai 1,373 eksekutif terbabit dalam tinjauan itu. - AFP

Ini adalah senarai negara-negara Asia.