Sunday, June 6, 2010

Laksa Sarawak

Semalam aku membeli sayur di sebuah kedai runcit. Tiba-tiba suami ternampak perencah laksa Sarawak. Dia kata, pernah makan dan sedap. Aku memang tak pernah makan. Aku ambil dan cuba masak semalam.

Ramuan perencah ada rempah ratus, dan bau macam herba minyak urut.

Aku cuma rebus udang dan ayam. Lepas tu didihkan perencah dgn kuah udang dan ayam tadi, masukkan balik udang dan ayam, dgn serai. Dah mendidih masukkan santan. Lepas tu makan dgn mee hoon dan limau, daun bawang, taugeh, telur.

Hari ini aku cuba cari laksa Sarawak yang asli. Ini aku jumpa. Nanti kalau ada masa terluang, aku akan cuba.



Resipi Laksa Sarawak.
diambil dari: http://resepi.mesra.net/Detailed/3646.shtml

BAHAN A
Perencah laksa Sarawak
1 bungkus bee hoon (direbus)
3 sudu serbuk kari ayam/daging
10 biji limau kasturi (dibelah dua)1 bungkus 'fish cake' (dihiris nipis)
Air
Minyak masak
Garam dan ajinomoto secukup rasa

BAHAN B
5 keping tauhu (digoreng dan dihiris nipis/dadu)
1 mangkuk besar taugeh (ditanak)
3 telur ayam (dipukul, goreng, dan hiris nipis)
Bawang goreng
Ayam (ambil isi, rebus, dan hiris nipis)
BAHAN C (Sambal)
10 tangkai cili merah (dikisar)
3 biji bawang merah (dikisar)
Seulas bawang putih (dikisar)
Segenggam udang kering (dikisar)
Cara:
1. Panaskan minyak, tumiskan perencah laksa Sarawak hingga naik bau.
2. Tambahkan air (untuk kuah) dan gaul hingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari. Jika mahu kuah lebih pedas, masukkan lebih banyak serbuh kari.
4. Masukkan 'fish cake' yang telah dihiris nipis.
5. Tambahkan bahan perasa.
6. Ambil semangkuk bihun (untuk seorang) dan tuangkan kuah ke dalam mangkuk tersebut.
7. Ambil sedikit BAHAN B dan taburkan ke atas bihun.
8. Perahkan limau kasturi.
9. Jika suka makan pedas, ambil sedikit BAHAN C dan gaulkan bersama bihun tersebut.
Cadangan Hidangan:
Selain menggunakan isi ayam yang telah dihiris nipis, and juga boleh menggoreng ketulan ayam sebelum menumis perencah laksa Sarawak dan masakkan sekali di dalam kuah laksa.
Tambahan:
Saya tak tahu dimana anda harus mendapatkan perencah laksa Sarawak. Tetapi percayalah, laksa Sarawak merupakan laksa paling sedap berbanding laksa yang lain!

No comments: