Dalam aku melaksanakan tugasanan harian, tiba-tiba aku terfikir seketika. Ramai orang melaksanakan tugasan harian dengan penuh teliti. Bos bagi kerja buat teliti dan tepat masa. Senang cerita 'on time'. Kerja rumah, siap mop lantai, siap setiap ceruk sinki disental. Kalau masak, siap kalau satu bahan tak cukup sanggup pergi cari atau beli dulu. Benda ini mak aku pernah bgtahu aku juga dulu, dan ingatkan anak2 suruh jaga solat yang penting.Tapi, tak ramai yang melaksanakan ibadah dengan teliti. Cuba kita renungkan ibadah kita...
- Adakah solat kita menepati waktu? Azan je terus ke masjid atau tikar sejadah. Kalau mesyuarat pukul 9pg, 8.50pg kita dah ada kat bilik mesyuarat. Yelah takut bos marah.
- Adakah dalam solat kita memakai pakaian yang bersih? Pergi kenduri, pergi kerja, wah...siap mekap dan cantik2 baju. Kadang2 pakai baju corak2 kartun/ perkataan2 yang tak sepatutnya untuk solat.
- Adakah kita teliti dalam setiap pergerakan dan perkataan dalam solat? Mana tamakninah, bacaan dan sifat huruf yg betul. Ramai yang tidak lancar dan tidak tepat sifat huruf. Ada slang2 negeri, tapi masih belum dapat hidayah utk memperbetulkannya. Sedangkan kalau tulis tesis, setitik noktah tertinggal, sanggup print balik.
- Adakah kita cantikkan solatkan kita? Solat sunat qabliah dan bakdiah yg muakkad, mmg jarang kita buat. Apatah lagi solat israk dan dhuha (pembuka rezki), awwabin (membersihkan jiwa), solat istiharah (sepatutnya setiap hari kita buat), solat tahajud (kekuatan roh dan jiwa), solat hajat, solat witir, solat taubat, solat tasbih. Banyak rahsia antara rahsia yang aku sendiri pun tak mampu nak lakukan semua.
No comments:
Post a Comment