Wednesday, February 13, 2019

Allah nampak

Petang Isnin 11 Februari, semasa mengambil Qaisarah dari KAFAI.

Qaisarah: Esok cikgu semua tak masuk kelas.
Mama: Kenapa?
Qaisarah: Cikgu ada mesyuarat. Tapi cikgu dah bagi kerja banyak. Cikgu suruh buat masa cikgu tak masuk. Cikgu tak bagi buat kat rumah, nanti esok dalam kelas tak ada kerja.
Mama: Buat je kat rumah cikgu bukan tahu (Dalam hati sebab tak nak malam dia main handphone).
Qaisarah: Tapi Allah nampak...
Mama: Ya... memang Allah nampak. Malam ni kat rumah kena buat buku latihan biasa.

Fuuh...mama tersentak seketika. Namun, syukur dengan Qaisarah.

Semoga menjadi anak yang sentiasa ingat Allah, dan sentiasa ada Alalh dalam hatinya.


No comments: