Sabtu lepas, kami merancang untuk balik ke kampung suami di Gelang Patah, Johor. Kami merancang untuk bertolak ke kampung pada sebelah petang kerana di pagi Sabtu suami bekerja seperti biasa.
Sebelum bertolak, hujan turun dengan lebat. Muka buku kebanyakan kawan mengatakan yang banyak jalam sesak. Kami solat asar dahulu. Selepas asar, saya solat hajat agar dipermudahkan perjalanan. Saya berdoa pada Allah supaya tidak bertemu dengan sebarang kemalangan jalan raya serta hujanyang lebat.
Syukur Alhamdulillah, sepanjang perjalanan cuaca baik. Hujan berhenti sebelum kami bertolak. Hanya hujan renyai dalam 30 minit. Walaupun keadaan trafik sedikit perjalanan dalam satu jam awal perjalanan, namun tidaklah sangat sesak. Alhamdulillah. Kami mengambil masa lebih kurang 6 jam perjalanan termasuk berhenti sejam untuk solat jamak Maghrib dan Isyak, serta untuk ke tandas. Si kembar pun tidur nyenyak dan tidak meragam.
Itulah hebatnya kuasa doa dan kepada Allah tempat bergantung.
No comments:
Post a Comment