Friday, December 21, 2012

Selamat Pengantin Baru


Selamat Pengantin Baru untuk adikku Hafizah dan Amir. Semoga bahagia hingga akhir hayat.

Friday, November 16, 2012

Banjir kali kedua di rumah mak abah.

Ini adalah beberapa gambar banjir di rumah my parent masa Nov 2012. Kali pertama dulu pernah terjadi masa tahun 2010. kali ini lagi teruk dan hampir dua minggu.





Wednesday, November 14, 2012

Selamat Hari Lahir Abah ke-60

Syukur Alhamdulillah Allah panjangkan usia abah sehingga kini. Semoga abah dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki dlm Iman. Sambut birthday abah dlm keadaan rumah abah banjir.

Sunday, November 11, 2012

Selamat hari lahir

Birthday kali ini beli kek secret recipe. kek Cheese-Oreo. Makan dgn Qaisarh dan suami. Nayanyi2 dan baca doa dgn Qaisarah. En suami tolong ambikkan gambar kita orang yang terlebih2. Then, esoknya bawak ke rumah mak bagi dia orang makan. Nanti ada masa aku muat-turun video nayanyi2 dgn Qaisarah.


Friday, November 9, 2012

Visit Halal Hub Melaka with students

6 Nov lepas, Jalan2 ke Halal Hab Melaka. Pertama kali jejak kaki ke Serkam. Rupanya kat situ ada satu pusat Halal Hab Melaka. Banyak produk Halal dari industri kecil. Antara yang aku baru kenal, minyak kelapa dara Cocoa Havana, Aanjad, produk gula melaka, dan juga produk Cocoa Minda. Sangat menarik.

Petang, jalan2 kat Bandar Melaka, tapi aku kepenatan duduk dalam bas saja. Students memang seronok jalan2.


Ini ada beberapa gambar utk tatapan anda.





Sunday, October 21, 2012

i-inova 2012


  

  
Tahun ini aku masuk bertanding. Tapi tak menang. Walau apapun tahniah kpd semua pemenang.

Sunday, October 14, 2012

My convocation

Finally, syukur Alhamdulillah aku telah dapat menyempurnakan ijazah PhD dengan liku2 yang berombak dan berduri. Ada pasang surut dan turun naik. Terima kasih kepada semua yang memberi dorongan dan doa.

  

Sunday, September 2, 2012

Beraya

Beraya rumah Cik Rah. Dia ni dulu pernah jaga aku masa kecik2. Syukur masih lagi sihat. Dah banyak berbakti jaga anak2 orang.


Saturday, September 1, 2012

Macaroni goreng jadi macaroni bakar

Asalnya nak buat macaroni goreng, tiba2 gas habis. Tapi rencah belum masak sepenuhnya. Jadi, aku pun masuk oven dan bakar. Inilah hasilnya.....

Tuesday, August 28, 2012

Terbabas

Qaisarah yang petah...nampak lipas dah mati... Qaisarah: mama bunuh ke lipas tu? Mama: Tak lah. Qaisarah: ooooo...dia lari2 lepas tu terbabas, lepas tu tergolek mati... (Dalam hati mama nak tergelak...boleh buat ayat terbabas)

Friday, August 24, 2012

Macamana nak buat linkwithin kat Blog?

Sebenarnya aku dah lama nak buat linkwithin ini. Tapi tak berjaya. Akhirnya aku berjaya juga buat berpandukan website di sini.

http://www.bloggersentral.com/2010/08/install-linkwithin-related-posts-with.html.

Ini memang berguna...

Thursday, August 23, 2012

Beraya di Zoo Melaka

Nak balik ke Nilai, kami singgah sekejap ke Zoo Melaka. Yang paling seronok, mestilah Qaisarah.
Kami tak jalan pun, naik trem je utk tgk binatang2 kat Zoo Melaka ini. Tak silap dulu masuk tahun 1993 macam tu, masa Ting 2. Abah bawa kami adik-beradik.






Wednesday, August 22, 2012

Adik-beradik dtg beraya kat Gelang Patah

Sebenarnya dia orang selalu juga raya kat GP. Tapi adik ipar dari Perak ini mmg kali pertama datang sini. Kebetulan mak buat ayam percik gaya Kelantan. Licin dia orang makan. 





Ini pulak gambar kanak-kanak riang - Ahnaf, Qaisarah dan Najah.

Monday, August 20, 2012

First time ajak Qaisarah raya rumah yoyot B Pahat

Ini kali pertama Qaisarah datang rumah yoyot BPahat. Dulu lepas kawin ini baru kali kedua datang sini. Ini rupa Qaisarah yang dah penat beraya sbb jem kat jalan.

Sunday, August 19, 2012

Ucapan SMS hari raya

Antara pantun menarik SMS hari raya yang aku terima tahun ini,

Hari raya setahun sekali,
Bersihkan hati sucikan diri,
Mohon maaf setulus hati,
Salah dan silap jangan diingati,
SALAM AIDILFITRI.

Sebelum pintu-pintu taubat tertutup,
Sebelum kehidupan ini berakhir,
Kumohon sejuta keampunan dan kemaafan,
Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Cahaya Ramadhan berlalu pergi,
menyambut tibanya Aidilfitri,
Ampun dan maaf segala peri,
Semoga ikatan kekal abadi,
Selamat hari raya Aidilfitri.


Gambar Aidilfitri 2012

  

  

Hari raya Aidilfitri di rumah bonda kami berdua di Gelang Patah.

  

Saturday, August 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Salam Aidilfitri Maaf zahir Batin kepada semua yang mengenali diri ini. As usual, orang lain mungkin fikir nak balik mana dulu. Aku jenis relaks2, mlm raya baru akan balik rumah mak mentua. Sebelum balik rumah mak mentua, buka puasa kat rumah mak dulu.

MAAF ZAHIR BATIN JIKA ADA TERKASAR BAHASA, TERSILAP BICARA, TERSASUL KATA, DAN SEBAGAINYA. SAMADA YANG SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA.

Daripada kami sekeluarga: Farisan-Huda-Qaisarah

Tuesday, August 7, 2012

Imam Muda Jabbar Juara Imam Muda ketiga


Walaupun tahun ini aku jarang tengok Imam Muda, tapi biasanya aku akan tgk lepas rancangan sbb En Suami dah pasang Astro Beyond yang boleh rekod. Siaran langsung kemuncak imam muda akhir aku pun tak dapat tgk, selepas sehari baru dapat tengok. Tapi aku tgk mmg Imam Muda Hafiz dan Imam Muda Jabbar mmg hebat. Akhirnya IM Jabbar menjadi juara dgn hanya dipisahkan 0.7 markah.

Serba sedikit artikel dari era.fm (http://www.era.fm/Sensasi/Gosip-Mosssip/August-2012/Jabbar-Juara-Imam-Muda-musim-ke-3)

Keputusan pemuda dari Selangor sebelum ini untuk menolak tawaran kenaikan pangkat semata-mata untuk menyertai program ini juga merupakan suatu tindakan yang tidak sia-sia malah dia sebagai peserta tertua pada kali ini meluahkan rasa syukur tidak terhingga kerana menyifatkan kemenangannya sebagai permulaan buat dirinya berdakwah di jalan Allah.






Bertempat di Dewan Jubli, Pusat Penilaian Negara (INSPENS), malam akhir Imam Muda musim ke-3 telah disiarkan serentak di Astro Oasis dan Astro Mustika HD pada hari Jumaat yang lalu telah memberi impak khusus buat yang mengemari program keagamaan ini. Pada malam itu juga Naib juara disandang oleh Mohammad Hafiz Abdul Khodir sementara Abdul Rahman Naufal Mohd Hatta menduduki tempat ketiga.


Juara Imam Muda musim ketiga membawa pulang wang tunai RM100,000 berserta sebuah trofi sumbangan Astro manakala naib juara pula membawa pulang wang tunai RM35,000 sumbangan Astro, RM15,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala manakala tempat ketiga memenangi wang tunai RM15,000 sumbangan Astro dan RM10,000 sumbangan Bank Islam dan sebuah piala. 

Thursday, August 2, 2012

Lapang fikiran

Bila student cuti semester, lapang fikiran dan lega sedikit. Walaupun cuti semester kali ini ada bengkel P&P pulak. Siap ada majlis buka puasa pada hari akhir bengkel. Tapi rasa kejap je, pejam celik dah nak masuk semester baru nanti...

Tuesday, July 31, 2012

Qaisarah dan Ramadan

Lawaklah Qaisarah, bila bulan Ramadan, banyak lagu/ nasyid kat radio pasal bulan Ramadan. Tiba-tiba boleh dia kata, kat sekolah Qaisarah ada kawan nama Ramadan. Tapi gigi dia rongak. Ingat gigi Qaisarah tak rongak ke apa.

Paling kelakar bila bulan Ramadan dia kata puasa, tapi nak makan. Bila dah habis makan, kata puasa balik. Pandai betul berfikir. Mama kata, eh kata puasa... Qaisarah pun jawab, memanglah. Qaisarah dah buka, nanti qaisarah puasa lah balik... geleng kepala aku. Walaupun baru 4 tahun, tak puasa, sekurang2nya kita cuba terapkan istilah puasa dalam jiwa anak-anak. Tapi doa buka puasa dah hafal. Selalu tgk Upin Ipin, hafallah dia doa buka puasa.





Friday, July 27, 2012

Statistik blog

Tak sangka bila bulan Ramadan tiba, ramai yang cari entry berbuka puasa di Concorde Inn KLIA di blog aku. Makanan di Concorde Inn KLIA semasa buka puasa tahun lepas adalah berkonsepkan makanan melayu. Memang sedap.





Entry





Pageviews
Jun 1, 2012
19
18
16
11
9

Saturday, July 21, 2012

Salam Ramadan 1433 H

Salam Ramadan 1433H, semoga Ramadan kali ini akan lebih bermakna daripada tahun-tahun lepas...Amin.


Monday, July 16, 2012

Fazley juara MasterChef Selebriti yang pertama

Tahniah diucapkan kepada Dato' Fazley yang telah menjadi juara Master Chef Selebriti pertama. Sekaligus memberi dana RM57,000 kepada Yayasan Jantung Malaysia. Tahniah juga buat angah. Memang kemenangan Dato' Fazley telah dijangkakan sejak awal lagi.


Sumber Gambar: http://www.astro.com.my/masterchef/

Saturday, July 14, 2012

Majlis Makan Malam Fakulti 2012

Sempena dgn majlis makan malam bakal graduan dan majlis perpisahan Prof sbg dekan pada 13 Julai. Ada juga sambutan ulangthn kelahiran Prof. Ini ada sedikit gambar sbg kenangan.





Friday, July 13, 2012

Birthday Qaisarah yang ceria

Ini ada beberapa keping gambar yang cikgu sekolah ambil masa sambutan hari lahir qaisarah kat sekolah PASTI. This is the first time she celebrates her birthday with her friends. 


Tuesday, July 10, 2012

Selamat Hari Lahir keempat MyQaisarah

Semoga menjadi anak yang solehah dan bijaksana. Pagi tadi ada bawakan kek coklat strawberi dari secret resepi untuk Qaisarah untuk sambut birthday di sekolah. Ada juga sediakan goodies bag utk kawan2 Qaisarah. Dah pesan kat ustazah Qaisarah ambikkan gambar. Nanti ada masa, mama akan ambil kat ustazah.


Monday, July 9, 2012

Farouk terselamat dari penyingkiran

Pada episod ke-26, 9 Julai...Farouk dan Angah telah diuji dalam ujian sajian pantas. Sebelum ini, mereka berlima telah diminta untk menyajikan makanan yang berkonsepkan lagu yang diberi. Memang sgt menarik. Soo Wincci telah menjadi juara ujian sajian misteri dengan sajian konsep rock. Terus-terang aku mmg suka presentation Soo Wincci. Siap drumstick bentuk gitar. Soo Wincci dpt lagu dari sinar mata.


Hidangan Sinar Mata Soo Wincci


Farouk dan Angah terpaksa berentap untuk tpt ke separuh akhir. Farouk telah menyediakan masakan tom yam. Asas masakn tom yam sudah disediakan, dan mereka dikehendaki menyediakan tom yam mengikut cita rasa mereka sendiri.




Ini tom yam Farouk...

Pada mulanya, memang Farouk telah diumumkan sebagai peserta yang tersingkir. Tapi..tiba2 bila Farouk nak keluar dari pintu besar Master Chef, juri masakan telah memanggil Farouk... Farouk, datang sini kejap. Rupanya, farouk pun dipilih untuk ke separuh akhir final. Tahniah Farouk Hussain. Aku rasa Dato' Fazley dan Juliza yang mungkin akan ke final nanti.

(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Sambutan Hari Lahir

Sambutan hari lahir prof bersama geng-geng yang ceria Tempat aku pun tak tahu nama. Tpt ni aku selalu lalu, tepi kubur jalan Nilai lama-stesen komuter. Tapi tak pernah perasan ada gerai makan, dek terlindung dgn pokok-pokok. Makanan dia mmg sedap. Prof makan sampai 2 pinggan. Selalu dia makan hanya nasi RM0.50.



Saturday, July 7, 2012

Selamat Hari Lahir Prof

Setiap kali 7 Julai, aku akan ingat besday Prof J. Pagi td aku sms dia mengucapkan Selamat Hari Lahir. Mudah2an sentiasa dikurniakan kesihatan yg baik, dipjgkan umur dlm imna, diberikan ilmu yg bermanfaat dan rezeki yang berkat.

Dengan rasa gembira (agaknya lah...Wallahu 'alam) Prof menjawab TQ TQ 4 d wishes and doa. I hargai diatas ingatan itu. Paling penting  Prof kata...Esok golf dgn friends. Mmg tak boleh dipisahkan golf.


Friday, July 6, 2012

Jalan-jalan melawat kilang roti

Paling seronok bila jadi pensyarah bila jadi pengiring pelajar. Pertama, sebab semuanya percuma. Kedua, dapat pergi tempat-tempat yang sebelum ini aku tak pernah pergi. Tapi aku akui memang letih sedikit. Yang penting aku seronok dan sangat teruja.

Kali ini, pelajar Gen6 bioteknologi makanan ajak aku pergi lawatan ke kilang roti High5 dan Gardenia di Shah Alam. Sebelum ini, aku pernah juga melawat pelajar latihan industri di kilang roti IKS di Sg Mahang. Kilang roti Maria. Roti ini cuma ada di kawasan Nilai  saja. Pelajar kalau belajar teknologi bakeri, mesti ada bagi pada aku, bila mereka buat roti. Paling seronok, bila melawat kedua-dua kilang roti ini, mereka bagi bekalan roti. Memang puas hati.






Wednesday, July 4, 2012

Macam-macam karenah pelajar bila jawab periksa

Minggu menanda kertas peperiksaan akhir pelajar telah bermula. Kali ini aku dapat juga nota-nota yang ditulis oleh pelajar dalam kertas aku. Paling aku akan ingat...Dr, i answer this question because they have an extra time. (sbb banyak tak boleh jawab dengan baik, soalan aku suruh jawab 3 je daripada 4 soalan). Ada juga yang tulis...i cannot remember the answer. Kadang2 memang rasa nak ketuk juga sbb tulis nota2 macam ni. Biarkan je lah kosong. 





Tuesday, July 3, 2012

Azwan Ali terkeluar Master Chef Selebriti pada episod ke-24

Pada episod ke-24 ujian sajian pantas, telah menyaksikan kumpulan biru telah kalah dalam saingan luar yang bertemakan mengimbau nostalgia Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Yang menarik semasa  sajian lepas ada menu tembikai dengan sambal kicap. Baru pertama kali dengar orang makan tembikai dengan sambal kicap. Sambal kicap memang terkenal di negeri Johor dan di kalangan orang Jawa. Kumpulan biru yang dianggotai oleh Dato' Fazley, Azwan Ali dan Soo Wincci terpaksa mengharungi cabaran ujian pantas. Mungkin kerana nasi kandar yang mereka sediakan tidak menepati cara masakan nasi kandar.

Pada pusingan ini, tema masakan adalah mee. Azwan Ali terpaksa meninggalkan dapur master chef selebriti untuk selama. Masakan mee hailam Azwan Ali tidak menepati ciri-ciri hailam. Kali ini masa terkeluar Azwan Ali tak menangis. Selalu bila kawan2 lain keluar dia menangis. Ini adalah kali ketiga Azwan Ali masuk pusingan penyingkiran dengan ketiga2 adalah semasa membuat sajian luar berkumpulan. Cuma kali ini, Azwan ALi bukan sebagai ketua kumpulan. Yang dua lagi Azwan ALi sebagai ketua kumpulan. 

Tahniah Azwan Ali yang telah menyumbangkan dana sebnayak RM6000 kepada Taman Sinar Harapan (JKM).



(Sumber foto:  http://www.astro.com.my/masterchef/)

Monday, July 2, 2012

My new niece name

After seven days was born in the world, she was given named as Nur Aimey Thaqifah. We called her Aimey. Her head was balded and her face looked very round. This is her new faces.


Sunday, July 1, 2012

Tomok terkeluar master chef selebriti pada episod ke-22

Pada episod-22 yang disiarkan pd 1 Julai , tomok telah tersingkir setelah 6 kali terselamat pusingan penyingkiran. Tema lempeng yang dibuat oleh Tomok tidak menambat hati juri. Tomok telah menyajikan lempeng sos strawberi dan cokolat. Paling menarik, hidangan Angah. Lempeng dengan sambal tumis ikan bilis. Memang citarasa orang Asia. Farouk dan Tomok menyajikan Lempeng ala-ala Pancake.

 (Sumber: http://www.astro.com.my/masterchef/)

Tahniah kepada Tomok yang telah menyumbangkan sebanyak RM 5500 kepada Women’s Aid Organization (WAO).


Thursday, June 28, 2012

Selamat Maju Jaya Prof

Semalam ada majlis penyerahan tugas dekan baru. Secara peribadi, prof telah bertugas selama 9 thn 15 hari di universiti ini. Prof telah mendaftar diri di sini pada 1 Jun 2003, dan aku pula telah bertugas di bwh kepimpinan prof sejak 15 Disember 2003. Terima kasih prof kerana telah banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan dorongan yang tidak terhingga kepada aku. Aku sentiasa mendoakan agar Prof di berikan kesihatan yang baik dan umur yang panjang dalam iman. 


Wednesday, June 27, 2012

Jehan Miskin tersingkir pada episod ke-20

Disebabkan kumpulan biru telah kalah dalam cabaran membuat cokolat, maka mereka telah masuk ke pusingan penyingkiran. Pada episod kali ini, tema masakan berkonsepkan 'Kari Ini Hari’. Sebelum cabaran bermula mereka telh diajar oleh Chef Amran untuk mencipta satu rempah dan hidangan kari tersendiri. Sebelum ini, mereka semua hanya menggunakan serbuk kari yang tersedia. Paling kelakar, Soo Wincci telah tiga kali kena masak kari di cabaran penyingkiran.

Ini adalah Wincci sweet curry. Dia telah telah mengolah kari dengan tema 1 Malaysia.

Sajian Jehan Miskin kurang menyerlah. Dekorasi hidangan pun kurang memuaskan. Mungkin ini yang menyebabkan dia tersingkir. Tahniah, Jehan Miskin yang telah sampai ke peringkat ini dan telah mengumpulkan dana sebanyak RM5ooo kepada SPCA Selangor. SPCA ini rupanya adalah pusat kebajikan haiwan.

Ini adalah Kari Hari-hari Pun Mau Jehan Miskin.

(Sumber foto: http://www.astro.com.my/masterchef/articles/art_11297.html)